Earncent.com: Titan and Changes

Mungkin permulaan yang baru itu perlu..

Yap. Satu perubahan telah berlaku pada main site Earncent.com. Jadi, aku harap korang faham bagaimana untuk melayari blog Earncent.com. Untuk pengetahuan semua, mulai saat ini. Blog ini akan mempunyai 2 jenis yang berbeza. Blog ini akan lebih kepada peribadi dan sensitif manakala Blog utama iaitu (http://earncent.com/blog) pula lebih membincangkan topik buat duit, perniagaan internet, review, program buat duit dan yang berkaitan dengan duit dan internet.

butterfulybiru

Di main site Titan’s Blog ini, aku akan buat lebih kepada live blogging. Jadi, korang boleh terus pergi ke blog utama dengan klik RSS di belah kanan korang tu. Terus ke sana dan boleh baca update harian yang aku buat tentang eksperimen dan ujikaji yang aku buat tentang program-program buat duit.

Insya-Allah, aku akan teruskan juga buat review berbayar seperti dahulu. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi aku diruang contact. Harga masih sama dan semoga sedikit perubahan ini tidak membuatkan korang semua rasa pelik dan pening. Terpaksa membuat sedikit perubahan sebab theme dulu agak serabut. Mungkin theme baru ini dapat membuatkan aku lebih ingin untuk menulis blog secara live. Mudah-mudahan.

Ps: Lepas ini, korang akan jumpa lebih banyak entri yang berbaur personal dan sensitif. Hehe..

Popularity: 42% [?]