Its really important to have Paypal account?

Ya. Itu yang aku hendak beritahu jika korang hendak bergiat aktif dalam perniagaan internet dan juga program buat duit di internet ini. Aku tak kata ianya sampai ke tahap wajib. Tapi jika korang hendak bermain untuk market international, paypal dan kredit kad antara tools yang wajib korang ada untuk memastikan perjalanan untuk mencari duit online tidak terbantut. Ada banyak perniagaan yang tidak memerlukan paypal, tapi ada berjuta juga perniagaan dan program buat duit yang memerlukan paypal dan kad kredit. Pendek cerita, lebih baik ada daripada tak ada.
Susah ke mahu daftar dan memiliki akaun paypal? Tidak susah. Hanya perlu pergi ke website rasmi paypal iaitu (http://www.paypal.com) dan daftar secara percuma. Tapi korang mesti mengaktifkan akaun paypal korang melalui kad debit atau kad kredit. Itu syarat untuk memastikan akaun korang selamat terima duit daripada syarikat lain, pihak ketiga dan orang perseorangan. Paypal ini semacam bank online bagi kita. Dan yang bagusnya sekarang, Paypal sudah boleh transfer atau memindahkan duit ke akaun bank kita. Jika dulu, kita perlu memiliki kad debit untuk memindahkan wang ke Malaysia, tapi kini, pihak bank di Malaysia dan Paypal telah bekerjasama dan ianya memudahkan kita untuk memindahkan duit dalam akaun paypal ke akaun bank kita seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan sebagainya.
Ps: Jadi, jangan berlengah lagi. Daftar akaun paypal anda sekarang!
Popularity: 62% [?]