Saban hari, kita semua maklum bahawa industri buat duit di negara kita semakin berkembang dan akan terus berkembang. Kebanyakkan orang kita sudah boleh menerima blog sebagai salah satu medium komunikasi selain surat khabar, television, radio dan sebagainya. Blog sudah berdiri dengan kuat dihati rakyat kita. Dan aku akui ramai yang sudah ada blog sendiri. Tak kisahlah blog itu blog berbayar ataupun blog percuma. Janji ada blog.

Fenomena buat duit dengan blog juga semakin menular dikalangan orang kita. Terutamanya orang melayu dan biasanya golongan tersebut terdiri daripada mereka yang bekerja, golongan remaja dan juga pelajar IPT/kolej. Mungkin mereka semua ini adalah golongan terdesak yang mahu mencari sedikit pendapatan untuk menampung hidup mereka. Aku tidak nafikan bahawa aku juga pernah menjadi golongan terdesak itu kerana memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan di kolej dan sehinggalah sekarang, aku masih dalam dunia blog ini. Industri buat duit di Malaysia akan terus berkembang selagi ada antara kita yang inginkan sesuatu yang berbeza.
Jadi, jika ada diantara korang yang baru bermula mahu menulis blog, jangan putus asa. Ada orang megambil masa 4-5 tahun untuk menjadi hebat dalam bidang masing-masing. Begitu juga dengan dunia blog. Ambillah masa korang dan sesuaikan. Mana tahu suatu hari nanti ada akan mencapai impian dan cita-cita korang dengan dunia baru ini. Aku tahu dengan menulis blog tidak akan menyumbang duit sehingga 1 juta. Tetapi jika hendakkan kepuasan dan mencapai kebebasan kewangan, aku rasa blog merupakan satu platform yang terbaik setakat ini. Cubalah, aku yakin korang akan dapat rasakan apa yang kami semua telah rasa.
Ps: Dunia blog ini unik. Ada masa kita dipuja. Ada masa kita dihina.
Popularity: 82% [?]