Posts Tagged ‘blogspot’

  • Ada apa dengan Blogspot.com?

    12

    Berapa ramai yang masih guna Blogspot.com?

    Sebenarnya, tak ada masalah timbul jika korang hendak gunakan blogspot.com sebagai platform untuk korang menulis blog. Ada yang kata sangat senang untuk buat SEO melalui blog dari blogspot.com dan aku tidak menafikan hal itu. Tetapi buat masa kini, aku lebih suka dengan menggunakan wordpress sebagai platform untuk aku menulis blog. Mungkin kerana aku sudah hampir 3 tahun menjadi pengguna wordpress yang setia dan aku cuma ada 1 blog sahaja yang masih aktif sehingga hari ini. Itupun kerana aku tidak berniat untuk buat blog itu dan aku masih melawat blog itu sekali-sekala. Mana tahu ada sesiapa yang meninggalkan jejak disana. Siapa tahu kan?

    Persoalan tentang blogspot.com itu bagus atau tidak, itu tidak menjadi satu masalah yang perlu diperbesarkan. Tetapi jika korang betul-betul serius untuk buat duit dengan blog, menggunakan wordpress sebagai platform untuk menulis blog adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan kepuasan maksimum dan juga mampu buat duit dengan lebih baik. Aku tahu ianya bergantung kepada si pengguna, kalau malas dan tidak rajin update blog, guna wordpress atau blogspot pun sama sahaja hasilnya. Tetapi jika benar-benar serius, gunakanlah wordpress jenis self-host. Aku yakin korang akan tahu keberkesanannya apabila korang sudah memahami selok-cilok wordpress nanti.

    Ps: Mahu terus guna blogspot.com atau tidak. Terpulang pada korang. :)

    Popularity: 87% [?]

  • Life: Did you have your own blog?

    1

    Just do it with your own way..

    psyrenlatest

    Siapa ada blog? Adakah anda menulis blog atau hanya bangga dengan mempunyai blog sahaja? Blog anda itu berbayar atau blog percuma yang anda dapat dari Blogspot.com? Adakah anda mempunyai pembaca blog yang setia dengan blog anda? Artikel yang anda tulis mendapat perhatian mereka atau tidak? Ya, ianya sesuatu yang subjektif. Sukar untuk kita tafsirkan sebegitu rupa.Jadi, tak perlu risau dengan apa yang anda tulis dengan blog anda. Tulis sahaja apa yang anda mahu memandangkan ianya adalah blog anda. Jadilah diri sendiri tetapi biarlah dalam keadaan terkawal.

    Ps: Ada blog pun susah. Tak ada blog pun susah. :|

    Popularity: 49% [?]