Blog Earncent.com down ke hari ini?
Ya. Itu jawapannya. Bukan down sebenarnya. Cuma blog ini telah kehabisan bandwidth. Jadi, selepas ini aku akan lebih berhati-hati dan mengawal aliran trafik agar tidak kehabisan bandwidth. Lagi-lagi pada hujung bulan sebegini. Mungkin ianya akan mencacatkan sedikit pendapatan aku. Tetapi, itu tidak apa. Aku biarkan satu hari gelap di Earncent.com dan juga Blog Earncent.
Sejujurnya, hari ini aku lebih banyak memerhati. Buat blog walking and shopping apa yang patut. AKu juga perlu buat sesuatu dan projek Ebook aku perlu diteruskan. Aku harap aku dapat buat lebih untuk mencapai matlamat dan cita-cita aku dalam masa beberapa tahun ini. Mudah-mudahan, perjalanan aku dimudahkan.
Sedikit tatapan video untuk korang. Lagu yang aku suka dengar minggu ini. Asma Allah dari album “Without You” yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf. Dengarkan..
Popularity: 100% [?]