Untuk hari Sabtu ni, aku tak nak cerita panjang-panjang. Sebab hari ini hari aku berehat. Malas nak peningkan kepala dengan macam-macam perkara. Kena plak ebook baru aku tu banyak benda nak kena buat dan ada gak yang masih belum cukup datanya. Tapi aku tetap akan kongsikan pengalaman aku dalam ebook tu agar dapat membantu lebih ramai blogger untuk buat duit dengan blog mereka.

komisenadarisquidoo Komisen ke 5 dari Squidoo


Memang tak banyak yang aku dapat dari Squidoo ni. Ini pun aku dah dekat 2-3 bulan langsung tak buat apa-apa untuk mempromosikan lens-lens aku yang ada dalam Squidoo tu. Aku boleh katakan Squidoo ni lebih kurang macam hubpages, Triond, dan program-program yang membayar kita berdasarkan trafik. Lagi ramai yang pergi ke lens kita tu, lagi banyak earning yang boleh kita kumpulkan.

Yang aku suka tentang Squidoo ni adalah bayarannya. Kita boleh setkan sehingga serendah 1 dollar. Jika korang nak set lebih pada tu pun boleh. Bila dah cukup, bayaran akan dibuat secara automatik dan ini memudahkan kerja aku agar tidak selalu login akaun Squidoo untuk buat request. Kini tak payah dah nak request, benda ni berlaku secara automatik dengan syarat kita set bayaran dibuat secara automatik. Begitu mudah bukan?

Untuk tips buat duit dengan Squidoo, korang cuma perlu pilih topik yang panas dan sesuai untuk menarik ramai pelawat datang melalui search engine. Website Squidoo ni dah cukup power kat search engine. Kalau lens Squidoo korang tu kena pada masa dan tikanya, trafik akan masuk mencurah-curah. Dan kalau lens korang tu dah jadi top, siap dapat trophy, haa, itu dah cukup baguss dan akan memudahkan lens korang menerima lebih banyak pelawat dari biasa.

Jadi, jika ada yang berminat dengan Squidoo, bolehlah daftar kat sini >> Squidoo

Ps: Wokehh, pakcik aku datang. Aku nak gi beli nasi lemak. Vrooommm!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku terpaksa mengaku, malam ni persembahan Jozan memang tak mengecewakan. Aku juga tahu Sepah pun best malam ni. Tapi malam ni, aku rasa Jozan yang paling menarik dan mampu mengelakkan aku lebih berbanding Sepah atau Jambu. Nabil? Aku rasa dia sudah kembali ke track asal beliau. Aku harap dia tidak ke laut lagi. R2? Persembahan pertama boleh tahan, bila persembahan kedua..ke laut Hindi la gamaknya. Jambu? Memang makin lama Maharaja Lawak makin best. Malam Maharajalawak minggu ke 11 ni memang best. Abah dan mak aku yang dulunya malas layan benda ni, akhirnya ikut sama gelak dengan aku. Haha..

Layankan 2 video yang aku ambil dari Youtube. Terima Kasih kepada GuaTV yang masih kekal handsome menyediakan video-video tersebut untuk dikongsikan bersama.





Ok. Sila komen. Aku tahu korang ada benda nak cakap. Haha..

Ps: Macam cute sangat aku tengok Milo punya mini van ni. Rasa macam nak sambar 14 bijik aje..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika semalam aku bercerita tentang program Churpchurp, hari ini aku sambung cerita tentang program Says.my. Yap, ini bayaran yang ke 4 aku terima dari Says ini dan untuk bayaran ke 5, aku sudah layak untuk buat request. Cuma aku tunggu lagi beberapa hari untuk tambah lagi earning Says aku tu. Biar banyak sikit. Hehe..

komisendarisays Komisen ke 4 dari Says.my


Memang tak banyak yang aku dapat kali ini. Tapi kira boleh tahan ajelah kan? Nak tunggu banyak-banyak, aku pun tengah nak pakai banyak duit sekarang. Untuk apa? Haa, jangan tanya. Adalah projek-projek aku tu. Projek tulis ebook ni pun banyak benda yang tak setel lagi. Yap, program Says ini juga akan masuk dalam projek ebook baru aku tu. Aku akan ulas sedikit tentang Says berdasarkan pengalaman aku ketika aku cuba buat duit untuk Says ini. Cara aku tu, mungkin berkesan pada korang dan mungkin juga langsung tak berkesan. Jadi, lepas korang beli ebook baru aku tu..korang buat apa yang aku cadangkan dan tiba-tiba korang tak berjaya, jangan pula salahkan aku. Cara yang aku buat tu, ambil masa untuk berjalan dengan sepenuhnya. Bukan senang nak tarik perhatian pelawat untuk klik-klik kat iklan-iklan yang kita umpan kat blog atau facebook masing-masing kan? Betul tak? Sebab tu, cara aku ni mungkin ada yang kurang berkenan dan mungkin juga ada yang suka. Yang tak suka mungkin sebab banyak kerja kena buat, manakala yang suka, mungkin sebab mereka rasa cara aku tu senang nak diikut. Walaubagaimanapun, cara aku ni masih ada kekurangan. Aku tak kata cara aku ni adalah pasti untuk bagi korang earning semacam apa yang aku dapat, tapi kalau dapat 10-20% dari apa yang aku dapat, itu dah cukup bagus kan? Aku usaha berganda-ganda untuk dapat hasil seperti hari ini. INgat, usaha hari ini, adalah hasil kerja kita yang dah bertahun lamanya.

Aku takde banyak nak cerita. Banyak kerja lagi kena buat. Inipun nak update ringkas, tapi dah macam jadi karangan panjang untuk budak PMR rasanya. Mungkin juga ini tips merepek yang aku karutkan. Tunggu sahaja ebook tu keluar. Harga aku dah tetapkan. RM50. Tapi untuk tempoh seminggu, aku akan diskaun ke RM30. Lambat sambar, korang terpaksa dapatkan pada harga RM50. Bagi aku, RM50 itu adalah sangat murah berdasarkan lebih dari 10 program yang bagi aku income yang lumayan sepanjang aku menulis blog. Sejujurnya, bukan 10 program sahaja, tetapi lebih dari itu. Dan bila korang baca nanti, korang akan tahu yang mana pengalaman itu adalah sangat berharga dan tiada nilai untuk bayar harga pengalaman tersebut. RM50 tu, adalah nilai yang sangat kecil bagi mereka yang tahu nilainya.

Siapa yang berminat nak join Says, boleh baca kat sini >> Says.my

Ps: Wokehh, mari makan oreo bersama-sama aku kalau korang datang ke Banting. Baru aje beli oreo. Ni semua iklan Innity punya pasal. Asyik keluar iklan Oreo aje memanjang. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang korang tahu, aku dah dapat cek ketiga dari Churpchurp. Cek ini aku dapat sama hari dengan cek nuffnang semalam. Cuma aku rasa bayaran kali ini agak lama walaupun aku sebenarnya tidak menghitung hari. Haha..

komisenketigadarichurpchurp Cek ketiga dari Churpchurp


Nampak macam banyak kan? Tetapi ianya tidaklah sebanyak mana sebab ada orang dapat lagi tinggi dari aku. Setakat 2-3 ratus tu, selamba aje dengan diorang. Tetapi aku, nak dapat RM50 pun berusaha bagai nak gila. Walaupun tidak segila Miha Pogacnik yang bermain biola dengan liarnya atau Alex Au-Yong yang sanggup berlari dengan gilanya sehingga berpuluh kilometer, tetapi usaha gila aku itu agak membuahkan hasil. Betul tak?

Tips untuk churpchurp, tak banyak beza dengan program Says. Baca apa yang aku tulis sebelum ini dan ambil tindakan. Setakat ini, ada 2-3 panduan yang bercerita tentang Churpchurp dan korang boleh dapatkan panduan tersebut untuk membantu korang buat duit dengan blog masing-masing. Tidakpun, korang boleh tunggu aku selesai tulis ebook terbaru aku kerana aku akan sentuh sedikit isu berkaitan dengan program Churpchurp dan Says. Itupun kalau korang sanggup tunggulah. Hehe..

Ok, sekian. Terima kasih.

Ps: Mehh, vote Mia Sara untuk Digi WWWOW Awards. Aku harap dia menang. Aku harap Mia Sara ni kekal comel sehingga dewasa. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011