Ok. Hari ini aku cuma nak kongsikan dengan korang tentang Alexa rank blog Earncent ni. Aku rasa korang dah tahu dan nampak peningkatan alexa rank untuk blog aku sekarang. Walaupun tak banyak dan tak sehebat macam blogger yang lain, tapi ini satu pencapaian yang mengagumkan bagi aku.

Ya. Bukan senang nak masuk peringkat bawah 100k dalam Alexa rank. Dan bukan senang nak masuk bawah 500 dalam Alexa Rank Malaysia. Tapi hari ini, aku berjaya capai target yang dekat 3-4 tahun aku cuba. Tapi awal tahun 2012 ni baru tercapai. Lama kan? Ada blogger, diorang dapat masuk alexa rank bawah 100k dalam masa 3-4 bulan aje. Ada yang setahun sahaja. Aku? Kena ambil masa bertahun-tahun. Ternyata, ramai blogger yang lebih kacak dari aku dalam bab-bab Alexa ni. Hehe..

Itu ranking Alexa bagi blog Earncent sekarang.

alexa93 Bila Alexa dah jadi kacak..
Alexa rank Worldwide - 93,542
Alexa rank Malaysia - 381

Aku tak ada tips yang menarik. Tapi ada 3 artikel yang aku tulis khas untuk bagi Alexa rank korang turun ke bawah 100k. Mungkin berkesan, dan mungkin juga tidak berkesan. Boleh cuba kalau mahu.

1. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 1
2. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 2
3. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 3

Dalam jadual berkala Alexa ni. Makin rendah nombor Alexa rank blog kita, itu bermakna berlakunya peningkatan Alexa rank. Ini yang aku anggap selama ini. Kalau tersilap definisi atau tafsiran, aku tak kisah. Haha..yang penting, Alexa rank blog Earncent dah jadi kacak sekarang. Mungkin kedudukan sekarang akan berubah. Sama ada makin naik atau makin turun. Tapi sekurangnya, ini yang terbaik pernah blog earncent ini capai.  

Ps: Sekali lagi. Siapa nak jeles. Sila jeles. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tak berapa sihat lagi sejak malam tadi. Demam kura-kura aku macam tak kebah sehingga ke petang ini. Jadi, aku update seringkas yang aku boleh untuk hari ini.

1. Terima kasih kepada Kenichi Tago kerana tak melawan sangat semalam dan bagi Chong Wei menang. Kalau dia melawan pun, dia akan kalah juga sebab Chong Wei memang layak menang berdasarkan prestasi semasa. Aku suka waktu time Kenichi Tago tersenyum riang bila bola beliau sangkut ke net atau bolanya memanjang keluar.

2. Tahniah kepada Selangor kerana berjaya mengalahkan Perak 1-0. So, sekarang Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 4 mata. Tahniah kepada PKNS FC yang berjaya mengekang Kelantan (1-1). Tahniah juga pada Negeri Sembilan kerana menang 2-0 ke atas Johor FC. Dalam liga Super kali ini, aku sokong 3 pasukan ini, Selangor, PKNS FC dan Negeri Sembilan. Haha..

komisenterbaruinnity Komisen ke 10 dari 701panduan


3. Ini merupakan bayaran terkini dari program 701panduan. Sebenarnya, bayaran ini untuk bulan November 2011. Tapi aku baru aje dibayar beberapa hari yang lepas. Agak lambat, tapi sekuranganya mereka bayar walaupun dah jarang balas email yang aku hantar. Apatah lagi orang lain yang dok cuba daftar nak join 701panduan, tapi tak lepas-lepas.

4. Invois untuk bayaran bulan Disember pun dah dapat. Tapi lebih rendah dari target asal. Sepatutnya, bulan November aku boleh dapat sekali gandar dari jumlah yang diatas. Tapi macam blogger lain, diorang kena tolak, takkan aku tak kena tolak kot.

5. Hati-hati dan jangan buat salah dengan 701panduan. Ramai yang dah kena ban dari program 701panduan. So, jaga akaun masing-masing. Blog yang ada sediakan link download untuk video, filem dan lagu memang akan dalam perhatian dan mungkin dibuang. Begitu juga dengan blog yang dok cerita pasal cerita orang dewasa dan juga politik. Ramai dah kena. So, sila berhati-hati ketika melintas dijalan raya.

6. PAda mulanya, aku ingatkan ini bayaran terbaru dari Innity. Tapi ternyata aku silap. Ini bayaran dari program 701panduan. Aku dapat pastikan bila invois dari 701panduan masuk ke inbox aku. Kalau tak, susah aku nak detect duit tu untuk program yang mana satu..

7. Kalau ada yang jeles. Aku nak cakap satu benda. “Sila Jeles dengan sepenuh hati hati anda..”

Ok. Dah. Cukuplah aku merepek. Tak sangka artikel semalam pasal lelaki kacak takkan pernah putus asa ramai yang dok komen dan mengadu blog aku ni banyak habuk. Yelah, yelah. Blog aku jelah yang banyak habuk. Aku nak cari penyapu jap. Nak sapu habuk dalam blog nih. Korang pandai komplen aje. Bukannya nak tolong buang habuk tu pun. Grr..

Ps: Hidup memang tak selalunya cerah. Tapi hari ini hari yang cerah. Aku suka!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tahu aku pernah gagal dalam banyak perkara. Aku tahu aku pernah menyakitkan hati ramai orang. Aku tahu aku pernah sakitkan hati mak aku. Aku tahu aku pernah mengecewakan ramai orang. Aku pernah buat orang perempuan menangis. Aku pernah membuatkan orang menangis kerana aku. Aku pernah menggembirakan hati orang lain. Dan aku pernah menangis kerana gagal capai apa yang aku mahu. Tapi bila aku lihat video sepanjang 3 minit dan 15 saat dibawah ni, aku terkenang kembali semua kegagalan yang pernah aku tempohi sebelum aku capai apa yang aku ada sekarang..



Ya. Kita pernah gagal banyak perkara. Kita pernah cuba salahkan orang lain kerana kegagalan kita. Kita pernah ambil kesempatan dan mencari peluang. Tapi satu perkara, segagal mana pun kita, jangan putus asa. Ya, jangan putus asa. Dan sehingga hari ini, even aku gagal dalam banyak perkara, aku takkan putus asa. Aku takkan putus asa.

Lelaki kacak takkan mudah putus asa.

Ps: Demm, kenapa banyak betul habuk kat mata aku nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kalau korang ada tengok siaran langsung perlawanan separuh akhir Badminton Super Siri Terbuka Malaysia 2012 tadi, mesti korang perasan bila Chong Wei mengamuk kan? Haha..ya. Masa set ketiga selepas kekalahan Chong Wei pada set kedua. Mana tidaknya, setelah diasak bertubi-tubi pada set kedua dan saling kejar-mengejar, Chong Wei tewas pada set kedua. Pada set ketiga, memang Chong Wei tak tunggu lama. Dari awal sampailah mata terakhir, memang kerja Chong Wei main smash aje. Akibatnya, Chen Long tertekan dan banyak buat kesilapan.

Dari perlawanan tadi, nampaknya Chong Wei tak ada masalah dengan Chen Long jika Chong Wei terus bermain dalam mode mengamuk beliau. Kalau main dengan mode biasa-biasa, tidak hairan Chen Long boleh menang. Mesti dari awal smash, smash dan smash. Baru ada peluang nak bagi pihak lawan buat kesilapan. Seperti yang kita semua tahu, menyerang adalah cara bertahan yang paling kacak dan berkesan. Sebab tu, kalau korang tengok penyerang bola sepak, biasanya semua muka mereka, kacak-kacak belaka. Akibat terlalu banyak menyerang. Haha..

398013 359237174102150 100000476123832 1582016 1875043435 n Chong Wei mengamuk tadi.


Ok. Untuk final nanti, Chong Wei akan menentang Kenichi Tago yang berjaya menumpaskan Chen Jin. Nampaknya, tak ada satu pun pemain dari China yang layak ke final. Trik mereka tidak berjaya. Baik Lin Dan, Chen Long dan Chen Jin. Trik 3 trio ni gagal menyerlah dalam terbuka Malaysia dan kini Chong Wei dilihat mempunyai kelebihan untuk memenangi kejohanan ini kerana belum pernah tewas kepada Tago, bermain dirumah sendiri dan kehebatan beliau sebagai pemain nombor 1 dunia. Tapi apapun, Chong Wei tetap kena berhati-hati ketika menghadapi Tago. Hoho..

Ok. Au nak layan Kedah vs Lions dua belas ni. Ada siaran tertunda kat Astro Channel 801. Tak tahu siapa yang menang. Tapi yang penting, Selangor menang 1-0 ke atas perak malam ni. Hebat. Dah kumpul 4 mata dah. Sekurangnya tak duduk tangga bawah liga. Hehe..

Ps: Siapa nak coklat percuma? Gi minta kat sini >> Coklat percuma.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 9 of 316« First...6789101112...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011