Hari ini, aku cuma nak kongsikan dengan korang beberapa tips untuk dapatkan balik bayaran korang dari Advertlets yang dah tertunggak lama. Ini kes bagi yang dah 1-2-3 tahun tak dapat-dapat lagi duit yang korang dah request, tapi sampai la ni, masih tak dapat-dapat juga. Apapun, aku bagitau awal-awal dan terang-terang. Ini cadangan sahaja. Berkesan atau tak, harta tu tetap Ahmad Albab yang punya. Bukan aku atau Advertlets yang punya. Faham?

advertlets1 Tips nak dapatkan balik bayaran dari Advertlets


Mula-mula, korang login akaun Advertlets korang tu. Kalau dah lupa, cuba retrieve balik. Cuba search dalam inbox email korang dengan perkataan “search”. Mana tahu email dari Advertlets dulu masih ada lagi. Mungkin ada juga yang terlupa email atau username mana satu yang korang daftar Advertlets dulu, bolehlah cari balik dan sila update di ruang bayaran itu dengan akaun bank korang. Sekarang, Advertlets dah tak bayar pakai cek. Mereka terus transfer ke akaun bank kita. Jadi, silalah isi akaun bank korang. Itu pasallah ramai yang masih belum dapat sebab tak isi ruang akaun bank tersebut.

Ok, saya dah isi. Tapi tak dapat juga. Macam mana tu?

First, benda ini ambil masa juga. Tak adalah hari ini, esok diorang bayar. Biasalah, bab-bab bayar ni bab paling bosan dan menyusahkan sikit. Jadi, ikut kes aku. Dalam seminggu, setel masalah aku. Dapat terus duit dari Advertlets. So, kalau berpandukan kes aku, lepas korang isi akaun bank korang tu, bagi masa kat Advertlets dalam 1-2 minggu. Ini paling cikailah. Tapi kalau diorang bayar lagi awal dari itu, itu rezeki korang atau doa korang dimakbulkan oleh Allah. Aminn..

Ok. Dah doa banyak-banyak. Tapi saya masih tak dapat juga. Dah 2 minggu ni..camana ni??

Ohh, tak makan saman jugak? Ok. Kita buat taktik perang saraf pula…ada ala-ala gerila sikit. Caranya macam ini, nak tak nak korang kena contact mereka. Korang boleh login akaun Advertlets korang dan pergi kat ruang contact dan hubungi mereka.

Tidakpun, korang pergi ke facebook Advertlets ni >> Akaun Facebook Advertlets

Dah pergi, silalah buat satu post paling menarik pasal korang tak dapat bayaran dari Advertlets yang dah 2-3 tahun lamanya tu. Tapi bila karang ayat tu, biarlah ayat tu manis sikit. Bagitau dengan terperinci. Dari bulan berapa dan tahun berapa tak bayar. Jumlahnya sekali. Biar terperinci agar mereka tahu kita serius nak dapat duit kita balik. Jangan terlalu liar atau kurang ajar. Marah-marah pun, ada peringkat-peringkatnya. Orang kita kan kaya budi bahasa. So, minta elok-elok. Insya-Allah diorang lembut dan akan bayar..

Kalau Facebook pun tak berkesan, korang cari pula Advertlets dan Josh Lim ini kat Twitter. Pakat dengan kawan-kawan support korang tweet mereka. Mesti diorang perasan punya. Mungkin sebelum ni, semua email yang korang hantar tu, hilang entah ke mana. Jadi, bila mesej korang tu boleh dilihat oleh seluruh orang kat Bumi ini termasuklah di Planet Nameck, Insya-Allah, mesti diorang terasa nak transfer duit ke akaun bank korang. Macam aku cakap, ayat tu biar elok sikit. Jangan terlalu kurang ajar..

Ini akaun twitter mereka: Akaun Twitter Advertlets

Dan inilah cara terakhir dan selalunya sangat berkesan. Buat satu entri khas dalam blog korang. Luahkan apa yang korang rasa dan ceritalah satu kisah sedih tentang korang bersama Advertlets. Aku bukan suruh mintak korang merayu. Tapi jika korang yakin duit tu hak korang. Sila mintak. Jangan dok mengutuk sana-sini, tapi tindakan susulan tidak dibuat dengan kemas. Ya, aku tahu ada yang berkali-kali email mereka, tapi tidak berbalas. Cuba sabar sikit. Usaha itu kena berterusan. Aku yakin korang akan dibayar juga nanti..

Kalau semua cara yang aku cadangkan tu juga tak berjaya. Doa hari-hari pun tak makan saman juga. Korang ambil air semayang, buat solat sunat 2 rakaat. Dengan hati yang ikhlas, korang sedekahnya aje duit yang korang kumpul bertahun-tahun tu pada Advertlets dengan harapan, mereka akan berubah dan akan bayar blogger lain pula.

Dahh..tak tahu korang boleh terima tak cara dan cadangan aku ini. Tapi aku buat, dapat duit aku balik. So, sesiapa mahu cuba, silalah cuba. Nak dekat masuk bulan Ramadan ni, banyak nak pakai duit maa. Kalau dapat barang seratus dua..kira ok kan? Boleh beli murtabak daging tiap-tiap hari. Hehe..

Aku sendiri dah request bayaran kedua dari Advertlets. Kalau selepas 45 hari tempoh bertenang tu, dan aku masih belum dapat bayaran, apa yang aku tulis ini, akan aku buat balik pada Advertlets. Sebelum aku terlupa, bagi yang baru sahaja cecah RM100 yang pertama dari Advertlets, korang kena tunggu 45 hari sebelum duit tu korang dapat. Jadi, dalam tempoh 45 hari, toksah dok bising kenapa Advertlets tak bayar-bayar atau Advertlets lambat bayar. Korang tak ada bukti sendiri mengatakan Advertlets tak bayar. Takkan baru request tak sampai 2-3 minggu, dah bising melalak kata Advertlets tak bayar. Ini baca peraturan ke tidak? Tapi jika lepas tempoh 45 hari tu..dalam seminggu dua tu Advertlets masih tak gatal tangan nak transfer duit ke akaun bank korang, masa tu baru korang boleh declare Advertlets lambat bayar. Kalau tak, buat malu sendiri aje buat bising sana-sini. Bagi aku, Advertlets ni tetap akan bayar. Cuma kekadang, kita silap faham, tak ikut prosedurnya dan tak tahu caranya..

Ps: Serius, aku tak tidur lagi ni. Mata dah tahap mengantuk gila ni. Tapi aku gagahkan juga sebab seorang kawan aku suruh aku tulis benda nih. Dia siap belanja aku teh tarik lagi tadi. Itu yang sangap sangat sekarang ni. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, kita menang. Perlawanan antara Malaysia dengan Lubnan berakhir dengan keputusan 2-1 dan memihak kepada pasukan negara. Memang tak dinafikan aku agak gembira apabila menonton perlawanan tadi. Aku, mak dan abah aku bersorak dan menyokong habis-habisan. Hoho..

Masa separuh masa pertama, memang agak memihak pada pasukan negara. Kita berjaya mendapat 2 gol hasil jaringan Irfan dan Wan Zack Haikal. Secara peribadi, dua-dua gol aku suka dan memang lawa. Bukan senang nak dapat sepak macam Irfan buat. Dan Wan Zack Haikal juga menyempurnakan hantaran yang cukup lawa sekaligus menewaskan penjaga gol Lubanan. Korang tengok aje video kat bawah ni.








Nampak? Tapi masa separuh masa kedua, memang dari sejak si Gary kena buang padang, memang tak senang duduk dibuatnya. Nak pergi ambil air pun rasa bersalah aje kalau tak duduk depan tv. Dan ini yang rasa bersyukur juga bila ada piring Astro kat rumah. Harga mahal pun tak apalah. Janji aku dapat sokong pasukan Malaysia depan tv. Satu harga yang agak berbaloi bagi aku. Hohoho..

Kini pasukan Malaysia dan 11 pasukan Asia yang lain akan berentap untuk menentukan tiket ke Olimpik 2012 nanti. Aku harap sangat pasukan Malaysia dapat mara ke sana sejak pasukan kita tarik dari apabila di Sukan Olimpik di Moscow dulu..

Ps: Lubnan. Tak perlu kata apa-apa. Korang dah kalah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku tak berminat nak cerita panjang lebar macam entri Advertlets semalam. Cuma nak update satu lagi bayaran yang aku terima beberapa hari lepas. Bayaran ni sepatutnya dapat awal bulan ni atau penghujung bulan lepas, tapi ownernya baru bayar hari ini. Tak apalah sebab agak lewat sikit, janji dia bayar. Bayaran ni merupakan bayaran terakhir yang aku terima dari PanduanDPLI.com. Aku dapat 3 sales last-last minit pada penghujung cabaran yang dijalankan bulan lepas. Kiranya, siri-siri artikel yang aku buat itu agak membuahkan hasil. Terima kasih kepada owner Panduan DPLI kerana bayar aku dan harap pada tahun depan bila musim DPLI tiba semula, aku masih dapat buat sales untuk panduan ini. Hehe..

komisenke5panduandpli1 Komisen ke 5 dari PanduanDPLI.com


Tak banyak kan yang aku dapat? Tapi dengan jumlah tu, aku boleh beli macam-macam dan boleh buat pelbagai perkara. Sekarang, memang sukar nak buat duit dengan blog jika kita tidak tahu caranya. Aku teringat masa aku mula-mula menulis blog dulu, harapan tinggi menggunung. Mahu dapat ribu-ribu dari blog. Hasilnya, tak dapat apa-apa bila aku main redah aje ketika itu. Tapi setelah belajar macam-macam benda, kemaskan teknik promosi dan belajar apa yang patut, hasilnya aku dapat lihat pada hari ini biarpun bagi sesetengah orang, benda ini tidaklah seberapa sangat. Yelah, RM70 pun nak kasi heboh kat blog. Apa barang kan? kan? Itupun nak cerita kat orang. Tapi inilah salah satu hasil yang aku dapat setelah berusaha keras. Aku rasa ada lebih dari 10 siri artikel yang aku tulis tentang DPLI walaupun aku tak ada pengalaman dan informasi yang mendalam tentang DPLI dan dunia pendidikan. Kiranya, taktik dan teknik aku itu agak menjadi apabila mempromosikan produk-produk berelemenkan pendidikan. INi juga salah satu niche yang sangat panas bagi rakyat Malaysia yang dahagakan informasi. Jika tidak, aku takkan dapat buat satu jualan pun. Hoho..

Apapun, aku ucapkan tahniah pada diri aku sendiri. Tak sangka aku berjaya buat sales walaupun hanya bermodalkan artikel-artikel yang tak seberapa tu. Terima kasih juga pada mereka yang membeli melalui artikel aku itu dan aku harap mereka akan dapat sedikit kebaikan dari Panduan DPLI tersebut. Semoga mereka semua dapat jadi guru yang cemerlang suatu hari nanti.

Okeh, artikel hari ini pendek aje. Tak panjang macam semalam. Korang pasti boleh baca sampai habis kan?

Ps: Nak sambung balik tulis ebook aku. Sekarang tengah taip topik berkenaan program Says. Ada sikit lagi nak habis. Lepas tu, aku nak masuk bab Churpchurp pula..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Sempena aku tengah gatal nak join contests dan give away sana-sini, hari ini aku nak sahut cabaran gift away dari BroFramestone. Salah satu lain aku join benda ini adalah kerana BroFramestone ni nak feedback dari mana-mana blogger yang sedang dan pernah menggunakan Advertlets diblog-blog mereka. Secara jujurnya, blog ini tak ada iklan dari Advertlets tetapi aku ada beberapa blog yang sedang menayangkan iklan Advertlets dengan kacaknya. Sekarang ni memanjang aje keluar iklan handphone Samsung Galaxy SII keluar dalam 1-2 minggu ini.

advertlets Emm..Gift Away dari BroFramestone buat pengguna Advertlets


Tugas aku adalah menceritakan pengalaman aku sepanjang aku bersama dengan Advertlets sejak 2007-2011. Sejujurnya, aku join program Advertlets ni dah lamaaaaaaaaaaa sangat. Tahun 2007 lagi rasanya. Masa Advertlets baru nak bertatih dalam dunia blogging tanah air nih. Kiranya, aku antara golongan blogger pertama yang merasai kehangatan Advertlets ketika itu. Yela, semangat pun berapi-ais nak cari duit melalui blog. Dalam hati, ingin mendapat sekeping cek dari Advertlets. Usaha punya usaha, mahu dekat berbulan. Akhirnya pada penghujung tahun 2008, aku berjaya capai angka RM100 aku yang pertama dari program Advertlets. Dekat setahun setengah jugaklah bertungkus-lumus. Jujur, memang sakit jiwa nak dapat level seratus ringgit tu sebab masa tu blog-blog aku memang tak banyak macam hari ini dan trafik diblog aku tu juga tidaklah berpuluh dan beratus ribu impression seperti hari ini. Jadi, memang makan berbulan-bulanlah nak dapat jumlah tu.

Dan akhirnya setelah 2-3 bulan menunggu, cek Advertlets masih tak kunjung tiba. Bukan aku sahaja yang menghadapi masalah sedemikian, tapi berpuluh blogger tak dapat bayaran dari Advertlets. Mungkin juga beratus blogger dan ketika itu, memang ramai blogger berpakat buat reformasi untuk menurunkan iklan Advertlets dari blog mereka dan tidak lagi menggunakan Advertlets selagi pihak Advertlets tak bayar mereka. Aku sendiri akhirnya tak dapat bertahan dan tidak lagi menumpukan perhatian pada program Advertlets lagi pada ketika itu.

Dan akhirnya, pada penghujung 2010, aku lihat sesetengah blogger berjaya mendapat duit dari Advertlets. Bukan blogger-blogger yang lama dulu tu, ini blogger-blogger baru yang sedang meningkat naik namanya. Untuk pengetahuan korang, sejak tahun 2009 hingga 2010, aku tidak lagi aktif menulis blog. Menulis pun biasa-biasa sahaja. Cuma pada awal tahun 2011 ini aku mula kembali aktif kerana kekangan yang dulunya membelenggu hidup aku akhirnya terlerai. Jadi, aku ambil inisiatif untuk menghubungi semula pihak Advertlets dan claim balik duit aku. Akhirnya, hanya dengan satu kali contact itu, mereka transfer terus duit yang aku tunggu sejak tahun 2008, ke dalam akaun bank aku dengan siap minta maaf lagi. Korang bayangkan, berapa lama aku tunggu bayaran pertama aku dari Advertlets? Mahu gila gak dibuatnya. Perasaan bercampur-baur. Marah pun ada, geram pun ada, gembira pun ada. Rasa nak panjat gunung pun ada. Namun aku tetap bersyukur sebab dapat bayaran itu sekaligus membuatkan aku terus pasang iklan Advertlets untuk memberi peluang kedua pada Advertlets.

Sekarang? Aku dah request untuk bayaran kedua dari Advertlets pada bulan Mei yang lepas. Dan pada bulan ini, earning Advertlets aku masih belum cukup. Cuma mampu cecah RM50 lebih sahaja. Bukan kerana trafik aku tak cukup, tetapi kerana iklan Advertlets kejap ada, kejap tak ada. Iklan skyscrapper tu kejap berfungsi, kejap tak. Begitu juga dengan iklan large rectangle. Cuma iklan leaderboard sahaja yang berfungsi dengan baik. Jadi, memang tak capai target rasanya untuk bulan ini. Kalau ikut plan awal, memang aku mampu untuk dapat RM100 lebih setiap bulan melalui 3-4 blog aku yang trafiknya agak mengagumkan juga. Jadi, aku harap pihak Advertlets mungkin boleh perhati masalah iklan yang selalu tak muncul itu. Sampai ada satu kali, 1 hari punya income, burn macam itu aje..itu yang buat aku geram kadang-kadang. Sabars sabar..aku lelaki. Aku lelaki..

advertletsstatistikharianbulanjun2011 Emm..Gift Away dari BroFramestone buat pengguna Advertlets


Ok. Ini statistik earning Advertlets yang harian punya. (klik sini untuk paparan gergasi) Tak banyak. Sikit dan ciput aje kan? Ada blogger lain, selamba-bagak aje dapat RM100-300 sebulan dari Advertlets. Aku dapat RM50 lebih sikit kira dah cukup bangga dah ni. Hoho..

Aku rasa Advertlets sekarang ni lebih menarik berbanding pada tahun-tahun kegelapan mereka iaitu pada tahun 2007 hingga 2008. Dulu, Advertlets ni memang banyak masalah dan kekadang ramai blogger tak puas hati dengan mereka. Tapi pada tahun 2010-2011 ni, aku rasa ada banyak perubahan drastik yang berbeza berbanding dulu. Mereka sudah bayar banyak blogger walaupun sampai satu tahap ada beberapa kes tentang masalah pembayaran. Malah, ada blogger terpaksa buat satu entri untuk minta Advertlets bayar blogger tersebut. Aku tak nak sebut siapalah kan. Tapi adalah 3-4 blogger yang terpaksa berbuat demikian. Aku juga tak mahu berbuat demikian untuk minta bayaran kedua dan ketiga dari Advertlets tu nanti. Jadi, mungkin pihak Advertlets dapat alert soal-soal pembayaran ni. Bab pembayaran ni, sangat penting buat para blogger. Jika terlalu lambat, ramai yang tidak akan percaya lagi pada mereka. Aku sudah beri peluang kedua untuk diri aku dan juga untuk Advertlets. Aku harap pisang tidak berbuah 2 kali..

Itu sahaja nasihat dan harapan aku. Mungkin pihak Advertlets dan juga BroFramestone boleh alert dengan isu yang aku bangkitkan tu. Mana tahu BroFramestone ni boleh jadi jambatan antara blogger dan Advertlets. Kiranya ala-ala duta la tu. Haha..

Ok. Aku dah start perangai lama balik. Mula buat karangan panjang-panjang macam ketika aku ambil SPM dulu. Cikgu BM aku selalu marah aku sebab terpaksa baca karangan aku yang sepanjang 2 muka surat depan dan belakang. Nasib dapat A1 untuk subjek Bahasa Melayu masa SPM dulu. Kalau tak, kena terajang padu maut dari cikgu BM aku. Jadi, bagi sesiapa yang berjaya sampai ke ayat-ayat aku yang terakhir ini, sila tepuk tangan dan cakap dalam hati. Aku hebat! Sebab berjaya baca sehingga habis artikel ini. Hehe..

Ps: Okehh, jom gi window shopping kat Hishop. Kedai online baru yang baru aku jumpa semlam. Macam ada benda menarik untuk dibeli untuk seseorang..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011