Yap. Aku dapat lagi. Ini bukan tipu-tipu punya, ini memang betul-betul dapat punya. Dulu, bila akaun Nuffnang aku masih berstatus ordinary, memang susah nak merasa buffered earning yang menjadi kegilaan ramai blogger malaysia ni, tapi hari ini, bila aku sendiri merasa buffered earnings yang diperkatakan oleh ramai orang tu, memang gembiralah dibuatnya. Tidaklah melambung-lambung sampai ke langit ketujuh. Cukuplah aku rasa bersyukur sangat sebab dapat buffered earning ni. Bukan senang nak dapat, betul tak? Lepas ni, kalau tak dapat buffered earnings ni seminggu 4-5 kali, bagi 10 buffered earnings setiap 3 hari pun kira ok la. Hehe..

Yap. Kempen buffered earning yang ke 4 dari Nuffnang ini adalah dari AirAsiaX Paralel SS. Apa benda Paralel SS itu, janganlah dok tanya aku. Aku pun tak faham. Hari itu dapat yang New Zealand dan India. Dan masih berjalan lagi buffered earnings yang kedua dari Nuffnang tu dan siap dapat CTR Bonus lagi. Berapa? Jangan tanyalah. Dah banyak sikit berbanding hari pertama dulu.
Dan dalam masa yang sama blog Earnword aku tu dapat buffered earnings yang kedua dari Nuffnang. Kali ini datangnya dari AirAsiaX Paralel LR. Tahniah kepada blog itu dan aku telah buat sedikit ubahsuai ada blog itu agar lebih cerah berseri, putih melepak dan sedap mata memandang oleh semua pelawat yang datang ke blog aku tu. Aku yakin 100% lebih lawa berbanding theme wordpress yang lepas tu. Terima kasih kepada theme wordpress berlagenda yang bernama K2. Sangat banyak jasanya dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang fulltime Blogger dari dulu sampailah sekarang yang bertukar kepada Blogger separuh masa.
Apapun, terima kasih kepada Nuffnang sebab bagi lagi 2 buffered earnings pada blog-blog aku. Kalau boleh, bagi banyak-banyak pun tak apa. Aku reda menerimanya. Haha..
Ps: Pernah tak korang main game Play Cash Me dari MyFM?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















