Yap, setelah beberapa review aku buat untuk mempromosikan produk saudara Abdul Hafiz Wasa ni, banyak dah bayaran komisen yang aku terima dari beliau. Bukan ini sahaja produk beliau, ada banyak. Dan memang agak selalulah aku terima duit dari dia. Itulah hasil aku mempromosikan produk tempatan. Ya, dari program affiliate tempatan. Asyik-asyik dapat dari program luar aje, kali ini, aku kupas tentang program affiliate tempatan.

komisensenanghamil Komisen ke 6 dari senanghamil.com


Untuk pengetahuan korang, ada bersepah program affiliate tempatan. Tak kiralah berbentuk jualan atau berbentuk Pay Per Lead, tapi memang ada banyak. Tinggal pilih dan promosikan. Ada satu sales boleh dapat RM20, ada yang dapat RM100, ada yang dapat RM5 dan ada yang dapat 30 sen sahaja untuk 1 downline/lead. Aku tak kisah sangat sebab bab promosi ini bukan susah sangat. Cukup siri promosi yang terdiri dari 3 artikel untuk 1 siri promosi. Lepas tu, boleh promosi lagi satu siri untuk minggu depan atau bulan depan. Yang penting, jangan berhenti promosi. Kalau tak, memang susahlah nak buat duit dengan program affiliate tempatan ini.

Yap. Aku langsung tak guna list seperti mana otai-otai IM yang cemerlang memanipulasikan dengan bijak kegunaan list yang beribu-ribu tu. Tak guna pun tak apa. Aku masih boleh dapat hasil dari cara aku. Memanglah apa yang aku dapat tak sekencang mereka yang ada list. Cuma aku lebih selesa dengan cara promosi aku ini. Memang aku tahu kelebihan menggunakan list untuk alat promosi. Cuma sejak dah ramai otai salahgunakan benda ni, aku dah macam tawar untuk try guna cara ini. Biarlah aku guna cara biasa, janji dapat hasil. Tapi tidak mustahil aku juga akan bina list untuk ujikaji benda ni. Kalau kita gunakan dengan cara yang betul, aku yakin ramai orang akan suka. Tak percaya? Boleh tengok contoh-contoh yang dah berjaya.

Nak buat duit dengan program affiliate tempatan ini, korang kena tahu beberapa perkara. Antaranya, lihat siapa owner program tersebut. Ok ke tak. Sewel ke tak. Bengong ke tak. Lepas tu, tengok review atau ulasan bagi sesiapa yang dah pernah beli produk program affiliate tu. Kalau produk bagus dan ada dalam pasaran, ini bermakna produk tu sesuai untuk dipromosikan. Kalau sekor pun tak berjaya jual produk tu, jadi jangan buang masa untuk promosi produk tu. Cari program lain. Yang terakhir, tengok program tu masih ON lagi ke tak. Kang sibuk promosi sana-sini, bila time nak bayar komisen, lambat. Liat nak bayar. Dan penuh dengan alasan tak nak bayar komisen korang. Cari owner yang selalu update program mereka. Ok. Itu aje. Yang lain, korang fikir sendiri. Tidak pun, baca blog orang lain atau otai kegemaran korang tu. Ini tips biasa-biasa aje.

DAh, nak cuba program Senanghamil ni. Boleh cuba promosi kat sini >> Senanghamil.com

Ps: Jangan pandang rendah dengan Program affiliate tempatan. Memang banyak potensinya. Setanding dengan program affiliate luar. Cuma jangan overdose dan tak tahu nak pilih mana satu aje. Pilih satu, fokus. Dah ok, pilih lain, fokus. Dah maintain dapat komisen tiap-tiap bulan, cari program lain. Dan fokus. Fokus, fokus dan fokus..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap, baru je dapat bayaran dari program Text Link Ads ni. Takdelah banyak sangat. Lagipun, advertiser pun dah makin kurang berbanding 2-3 tahun lepas. Kira bolehlah nak ada hasil sikit-sikit dari program ini. Malah, aku tak submit dah blog baru untuk Text Link Ads. Cukuplah dengan blog-blog yang ada tu.

komisenke36daritla Komisen ke 39 dari Text Link Ads


Jangan ditanya macam mana aku dapat duit dari program TLA ni. Memang susah sebenarnya. Tapi kalau korang punya blog ada memenuhi ciri-ciri yang advertiser mahukan. Memang senang nak dapat duit dari program ini. Dulu, memang banyak iklan aku dapat. Tapi sekarang, dah makin kurang. Tapi yang aku pelik, iklan-iklan untuk satu dua blog tu memang tak putus-putus. Alhamdulillah, masih ada advertiser yang percaya dan mahu terus beriklan diblog aku tu.

Apa yang korang perlukan untuk join TLA ni? Blog korang paling teruk pun mestilah ada pagerank 3 atau pagerank 4. Niche blog korang mesti yang disukai oleh pihak advertiser seperti teknologi, finance, make money, automobile dan beberapa niche yang panas. Keyword yang korang tulis dalam artikel korang tu juga mesti panas dan sentiasa dicari oleh para advertiser. Kalau tak, memang susahlah nak dapat income dari TLA ni. Malah, alexa korang kalau bagus, mesti ada advertiser yang sangkut dengan blog korang. Jadi, pendek kata, antara ciri-ciri yang aku sebut tadi, mesti ada dalam blog korang. Ada banyak ciri lain, tapi ini antara yang perlu korang tahu sebelum cuba buat duit dengan Text Link Ads.

Dah, kalau minat. Boleh cuba kat sini: Text Link Ads

Ps: Aku dah penat. Nak gi pasar malam jap lagi. Lapar roti john..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini nak cerita lagi pasal buffered earnings yang baru dapat dari Nuffnang. Aku dah dapat buffered earnings yang ke 10 dan 11 untuk akaun aku setakat ini. Sekarang ni, tinggal 9 buffered earnings yang masih berjalan dan 1 lagi dah tukar status ke metered earnings. Jadi, kira ok gak la untuk permulaan bagi bulan Mac.

bufferedearningke10dan11 Buffered Earning ke 7 dari Nuffnang


Advertiser untuk buffered earnings kali ini adalah dari Biar Betul SS dan Biar Betul LR. Satu untuk earncent.com dan satu lagi untuk earnword.com. Mungkin dari Harian Metro sebab memang iklan tu banyak cerita pasal Metro. Korang pun tahu kan Metro, surat khabar yang paling laris dan hot di Malaysia ni. Penuh dengan macam-macam isu yang hot sepanjang masa. Siap masuk iklan kat Astro lagi. Punyalah panas Harian Metro sekarang ni. Hehe..

Jangan tanya aku macam mana nak dapat buffered earnings ni. Aku tak ada jalan atau tips yang baik untuk korang. Lagipun, belum genap sebulan aku run buffered earnings kat dua blog aku tu. Baru aje 2-3 minggu sahaja dan aku harap, earning untuk bulan April ini akan meningkat berbanding bulan lepas.

Ya, aku dah request payout untuk cek yang ke 10 dari Nuffnang. Harap boleh dapat dalam bulan ini. Bila? Aku tak pasti. Itu kena tanya pada encik posmen la gamaknya. Hehe..

Ps: Pening kepala. Penin, penin..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini takde banyak benda nak cerita sangat. Agak penat sebab banyak kerja kena buat sejak awal pagi. Tapi aku sempat tengok email aku dan ada beberapa bayaran dan offer baru untuk beli link kat blog-blog aku. Tentang bayaran, ada satu bayaran komisen dari program tempatan iaitu Cabaran PPL PanduanDPLI.com. Aku ada masuk cabaran itu dan dapatlah juga banyak lead untuk jadi juara untuk cabaran itu. Kira ok gak la. LAgipun tak banyak saingan dan ramai yang otai-otai tak promosi benda ni. Mungkin sebab nilai bagi satu lead cuma 30 sen, jadi rasa macam tak berbaloi nak promosi. Mungkin juga sebab hadiah untuk cabaran kali ini tidak seganas hadiah-hadiah cabaran yang bagi Ipad atau iPhone. Setiap cabaran berbeza. Begitu juga hadiahnya.

komisenpplpanduandpli Bayaran Komisen pertama dari Cabaran PPL PanduanDPLI.com


Habis aje cabaran ini, akan ada pula cabaran untuk affiliate. Versi berbayar. Mampukah aku dapat banyak sales untuk cabaran kali ini? Aku tak pasti. Mungkin boleh dapat satu dua sales. Tapi nak dapat 100 sales, belum tentu lagi. Kena usaha bagai nak gila la jawabnya. Lagipun, aku mendahului cabaran kali ini 100% melalui promosi diblog sahaja dan tanpa list yang biasanya johan bagi setiap cabaran menggunakan list mereka yang banyak tu. Ya, totally from blog. Semuanya melalui search engine dan memang banyak lead datang untuk tahu tentang DPLI dan ujian Medsi dengan lebih mendalam. Mungkin sebab itu juga aku dapat banyak lead.

Apapun, terima kasih kepada saudara Ikhwan Fahmi sebab bayar komisen ini dan juga invite aku untuk cabaran seterusnya. Review tentang Panduan versi lengkap Panduan DPLI akan aku buat secepat mungkin. Agak sibuk sikit beberapa hari ini.

Ps: Proton Satria Neo Handcrafted Special Edition. Korang pernah drive kereta tu?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011