Hari ini aku cuma nak kongsikan 2 bukti bayaran yang aku dapat dari 2 program yang aku kira sangat bagus untuk kita semua. Aku rasa kebanyakkan dari korang pun sudah ada yang sertai 2 program ini. Malah, mungkin ada antara korang yang berjaya buat duit dengan 2 program ini dengan lebih baik dari aku.

Program pertama adalah Triond. Aku dah jarang gila update pasal Triond dan bayaran yang aku dapat setiap bulan. Yelah. Dapat pun sikit aje. Tapi kali ni aku nak tunjuk gak kerana ini mungkin bayaran terakhir yang aku dapat dari Triond pada tahun 2008 ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak kan? Sikit aje. Mesti korang buhsan tengok payment yang sikit macam ni. Itupun nak tunjuk. Takpe. Biarlah sedikit. Tetapi tak berhenti masuk ke akaun paypal kita. Itu lebih bagus daripada tak dapat langsung. Betul tak? Jadi, kepada sesiapa yang masih belum berjaya buat duit dengan Triond. Sila usaha dengan lebih gigih lagi. Ingat dalam triond, marketing sangat penting. Jadi, mahirkanlah bahagain marketing dan berusaha bersungguh-sungguh.

Program kedua adalah produk pertama Wangcyber atau boleh aku kata program affiliate pertama yang dijalankan oleh Wangcyber iaitu Laporan Rahsia Menjual Produk Fizikal di Internet. Aku baru je dapat bayaran daripada shuth hari ini. Walaupun tak banyak, tapi aku suka sebab berjaya mendapat komisen dari program ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak kan? Korang pun boleh buat dengan menyertai program affiliate Wangcyber ni dan dapatkan juga Laporan Rahsia Menjual Produk Fizikal ini. Jika korang hendak tahu tips dan pengalaman Shuth sendiri, dapatkan laporan tersebut sekarang. Of course kene beli. Bukan percuma. Kalau aku sendiri pun beli, takkanlah korang tak boleh kan? Leh gi beli kat sini.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content




Ok. Demam aku masih tak kebah lagi. Tapi aku nak kongsi juga salah satu bayaran yang baru aku dapat dari program TNX. Mesti korang buhsan kan? Asyik-asyik TNX aje aku cerita. Nak wat macam mana, dah cukup minimum payout, aku request ajela. Aku bukan jenis yang suka tunggu sebulan baru nak withdraw point tnx tu. Lagipun, memang aku nak pakai duit paypal sekarang ni. Nak beli barang. Tak cukup duit plak aritu..

Jadi inilah antara adsense alternative yang banyak membantu aku. Bukan takat adsense dan nuffnang sahaja yang mampu menjana wang bagi kita. TNX juga boleh menyumbang besar kepada kita jika kita tahu memanfaatkannya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak kan screen shot tu? Sikit aje. Tak banyak pun. Kalau dapat withdraw 4-5 kali sebulan dengan jumlah yang sama, aku rasa itu dah cukup memadai untuk tampung beberapa kos domain dan 2-3 hosting aku yang lain. Janji lepas semua tu dan tolak sana sini, aku masih untung setiap bulan.

TNX dan TextLinkads adalah antara program terbaik bagi aku untuk jana silent income melalui internet. Kedua-dua program ini merupakan antara belasan silent income yang masuk ke akaun paypal aku setiap bulan. Biarpun tidak banyak, tetapi ianya cukup bagi aku. Tak perlu nak tamak-tamak. Janji ianya cukup dan aku bersyukur kerana dapat.

Jika ada antara korang yang fikir bagaimana aku selalu ada fund paypal sahaja. Inilah antara penyumbang fund paypal aku setiap bulan. Tapi biasanya memang selalu habis cepatlah. Korang pun tahu apa aku wat dengan fund paypal tu semua kan?kan?

Jadi, ANda mahu buat duit dengan TNX? Daftarlah sekarang! :)

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hehe. Gambar panas. Ini satu lagi keyword wanted setiap bulan diblog ini. Jadi, korang boleh ambil dan try diblog masing-masing. Apapun, aku cuma nak sharekan gambar-gambar panas ni kat korang. Tatapilah dengan mata yang ghairah dan berahi sekali. Haha..



Ini gambar cek adsense yang aku dapat semalam..



Ini gambar cek nuffnang yang aku dapat bulan lepas. Malas nak cashkan lagi..



Ini gambar cek shareasale yang aku dapat semalam..



Ini saje je gatal. Gabung semua cek jadi satu gambar. Haha..panas tak?


Itu sahaja gambar panas untuk kali ini. Aku takde masa sangat nak ambil gambar gadis-gadis comel yang lain. Maklumlah, batuk aku makin kuat dan tekak aku dah bengkak. Sakit gila. Nak tak nak, aku kene paksa diri aku gi klinik lagi..

Itu sahaja. Entri ini dibuat hanya untuk memanaskan hati aku supaya berusaha dengan lebih kuat lagi biarpun tekak aku sakit gila sekarang. Dari malam tadi aku menderita. Takadakah seorang gadis yang mahu memasak untuk aku hari ini? Oh..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Secara jujur, aku tidak berapa sehat sejak semalam. Jadi, memang aku takde mood sangat nak menulis atau update blog-blog aku yang lain. Batuk dan demam tu aku leh tahan lagi. Tapi kalau bab sakit tekak ni, memang aku tak gemar. Kalau cam aritu, sampai tekak berdarah. Nak makan apa pun tak sedap, siap leh bau darah lagi. Uih, takkan petanda awal aku kene cari waris Earncent.com kot? Haiya..

Aku tengah tunggu TAC dari Maybank nih. Adik aku suruh aku topupkan maxis RM30. Adeh. Aku ingatkan bila aku wat dek aje dia akan lupa bab mintak topup setiap bulan ni. Sekali dia ingat pulak. Baru je lepas isyak tadi dia call suruh topup maxis. Dia call pakai no. celcom. Bertuah betul budak-budak sekarang, ada 2 handphone. Tapi yang topup aku gak. Adeh. Adeh. Aku tak kira, dia kene ganti semula dari januari 2007 sampailah yang terkni bila dah keje nanti. Huh, pelaburan jangka masa panjang ni. Nak kenekan interest tak? Hehe..



Berita gembira. Sudah 3 minggu berturut-turut aku memenangi bonus mingguan untuk tugasan menulis chapter di ProjekYouthsays yang RM30 ribu dulu tu. Jadi, ini bermakna RM300 sudah dalam tangan. Alhamdulillah. Aku memang tak sangka. Setakat ini, ada 3 orang yang lain bersama-sama aku memenangi bonus setiap minggu. 2 orang melayu dan 1 orang india. Syabas untuk kami bertiga dan mereka-mereka yang berjaya dapat bonus setiap minggu. Aku masih hutang 1 chapter lagi nih. Semalam punye task. Tak sempat wat sebab streamyx wat hal lagi. Alahai streamyx. Ni pun line kejap ada, kejap takde. Aku hempuk gak modem ni nanti..

Satu lagi berita gembira. Cek Adsense dan Cek shareasale bulan lepas sudah sampai petang tadi. Memang benar firasat aku bila pakcik posmen tu datang. Mana taknya, aku rasa cam dah terlewat sangat dah nih. Apapun, 3 cek akan aku clearkan isnin nanti. Takde gambar. Handphone aku pun demam gak sekarang. Jadi, leh la aku hantar hadiah untuk cik Farah kita tu pada masa itu. Mintak maaf sesangat. Amaran aku yang entah ke berapa. Sila bukak akaun bank. Ini memudahkan aku untuk hantar hadiah contest tu. Faham tak budak kecik??

Itu sahajalah update demam aku hari ini. Babai! :)

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Page 84 of 192« First...«81828384858687»...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------