1. Artikel yang korang tulis tu nampak macam tak menarik. Kalau tak menarik, nak komen pun rasa macam tak best. Kadang-kadang, nak baca semua artikel pun malas. Bila baca, memang betul-betul tak best sehinggakan nak komen pun dah was-was. Jadi, pembaca blah dan korang tak dapat komen.
2. Tajuk artikel diblog korang tu gagal berjaya minat para pembaca untuk baca artikel dan sekaligus, bila tak ada orang nak baca artikel korang dari mula hingga perkataan terakhir, ini juga memberitahu bahawa tak ada orang nak komen artikel atau blog korang tu. Jadi, sila pilih tajuk yang agak menarik, panas, kontroversi, gunakan perkataan yang top SEO dan laku sepanjang zaman.Insya-Allah, beratus datang komen.
3. Ada orang tak suka blog korang. Jika diorang tak suka dan benci dengan korang atau blog korang, jangan haraplah orang tu nak komen kat mana-mana artikel dalam blog korang. Jadi, kalau tak dapat komen langsung, tak perlu nak mengamuk kat Kampung Pisang. Baik belajar untuk cara-cara berkomunikasi dengan pembaca korang agar diorang suka dengan korang. Aku sendiri ada beberapa blog yang aku tak masuk. Blog popular, blogger popular tapi perangai cam haram. Cubalah perangai elok sikit. Ini perasan bagus.
4. Ruang atau tempat nak komen tu menyusahkan sesiapa pun nak tulis komen. Terutamanya pada pengguna blogspot. Kalau korang tak setting betul-betul, cuma pengguna blogspot sahaja yang boleh komen kat blog blogspot ni. Yang blogger wordpress dan lain-lain, terpaksa buat sardin aje walaupun entri menarik, keyword meletup, gambar seksi. Sayang, dah hilang pembaca yang mungkin akan jadi setia. Mungkin juga buat selama-lamanya.

5. Blog korang super lembab. Bila masuk blog korang aje, loading memang macam kura-kura. Nak tunggu loading mahu dekat 1 minit. Jadi, dengan selambanya, blog korang dah kena cantas dari senarai-senarai blog untuk dilawati setiap hari. Jadi, nak dapat komen untuk setiap artikel korang? Tunggu 20 tahun akan datang. Tapi tak dinafikan ada juga yang sanggup tunggu 1 minit tu, semata-mata nak baca artikel yang owner blog tu tulis. Bukan tak ada. Macam blog John Chow. Kekadang lembab semacam aje. Terpaksa gak tunggu. Mungkin line internet aku macam kura-kura masa tu..
6. Korang tak cukup handsome. Korang tak kacak, korang tak gedik, korang tak comel korang terlalu gedik, korang terlalu cantik, korang terlampau mengada-ngada dan sewaktu dengannya. Ini mungkin alasan paling korang benci agaknya. Tapi aku terpaksa bagitau, memang ada beberapa blog, aku dah tak masuk sebab perangai gediknya. Kalau mula-mula tu aku boleh terima. Tapi kalau bab perasan bagus, gambar gedik merata, cakap celupar dan perasan cantik. Memang susah hati-hati dalam taman aku untuk stay kat blog tu. Takyahlah tunjuk gambar jerawat dan jeragat besar tu kat semua orang. Memang ramai yang suka dengan blog tu. Tapi aku yakin dikalangan yang suka tu, mesti ada yang meluat juga. Nak jaga hati kawan agaknya. Nanti merajuk tak nak mandi seminggu..
7. Korang bukan blogger popular, bukan blogger otai, bukan blog popular dan sebagainya. Cuba perhatikan blogger dan blog popular kat luar sana, mesti beratus ribu yang datang komen. Owner buat satu entri pendek aje. Sekali yang komen, nuuunnn, beratus komen. Kekadang beribu komen. Jadi, salah satu cara nak dapat komen, cuba jadi blogger popular atau otai popular atau jadikan blog korang popular. Jadi, hal nak dapat komen, tu dah tak ada masalah..
8. Korang bukan artis, penyanyi ahli politik atau perdana menteri. Jadi, blog-blog artis, blog penyanyi, blog ahli politik, blog pro pembangkang, blog pro kerajaan mahupun perdana-perdana menteri kat seluruh dunia, mesti ramai yang datang komen. Walaupun mereka tak minta, tapi ramai orang suka sedekah komen. Sekaligus, mempopularkan blog-blog mereka. Contoh terbaik, blog Tun Mahathir. Dari mula beliau tulis artikel pertama kat blog beliau, sehinggalah hari ini, beratus-ratus komen bagi setiap artikel yang beliau keluarkan. Kadang-kadang pendek aje. Tapi yang bagi komen, macam dah karangan UPSR pun ada..
9. Blog korang bukan jenis melawan arus. Blog-blog yang memuji sana-sini, blog-blog yang biasa-biasa, blog-blog autoblog, blog-blog vblog, blog-blog bosan, blog-blog menyampah, blog-blog yang copy-paste dan macam-macam jenis blog lagi, memang susah nak dapat komen. Kalau ada pun, takdelah sebanyak yang diorang mahukan. Jadi, cuba buat blog yang unik, ada identiti tersendiri, ada lain dari yang lain. Contoh terbaik, Blog Serius, Blog Aididleaks, Blog keretamayat, Blog Lensarosak, blog beautifulnara, blog ohbulan dan sebagainya. Aku sebut 6 aje, sebab aku suka lawat blog mereka walaupun aku jarang komen kat setiap artikel mereka. Blog-blog lain, korang cari sendiri.
10. Kurangnya promosi. Dalam banyak-banyak point tadi, ini yang paling kritikal. Kalau korang tak promosikan blog korang, siapa lagi yang nak buat promosi tu? Nak harapkan orang lain? Bukan tak ada orang lain nak promosikan, tapi ianya sikit. Korang ada buat SEO? Ada promosi kat gengblogger? Ada promosi kat Digg dan Stumbleupon? Ada hantar artikel kat Apesal.com? Ada rajin buat blog walking? Ada rajin komen kat blog orang lain? Ada keluarkan duit promosi guna Adword? Ada rajin cerita kat kawan-kawan pejabat korang tentang blog korang? Jadi, kalau korang tak promosi, nak dapat 1 komen pun dah cukup susah. Jadi, boleh mula promosikan blog-blog korang. Ini taktik paling asas sekali. Jadi, sila percaya.
Okeh. Cukuplah. Mungkin apa yang aku cerita ni ada yang betul, ada yang kurang betul. Aku cerita dari pengalaman aku dan pemerhatian selama berada dalam dunia blogging ni. Kalau salah, kalau terkena kat sesiapa dan kalau terasa, pandai-pandailah bukak jurus-jurus Pendekar Laut untuk tepis semua point-point aku ni. Wokeh? Aku mahu daging masak burger. Dah pukul 3 pagi ni. Lapar gila. Mak aku merajuk masak hari ini..
Ps: Aku nak tulis pendek aje benda ni, tapi mengapa artikel aku selalu jadi panjang-panjang plak..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














