1. Aku lihat pengguna blogspot makin bertambah setiap hari. Dan ramai dikalangan mereka benar-benar aktif menulis blog setiap hari. Sampaikan ada yang sanggup tulis 5-10 entri setiap hari. Keghairahan mereka benar-benar terbukti. Tak hairanlah kalau ada seorang blogger yang baru 3 bulan menulis blog, jumlah entri mereka sudah mencecah 400 artikel. Ohh, itu sangat hebat..

2. Ada blogger yang tak suka blogger lain buat entri yang menumpukan isu-isu panas diblog mereka setiap hari. Kalau blogger tersebut mengulas isu tersebut, dikira tak apa. Tapi blogger tersebut cuma copy dan paste dari blog orang lain. Kredit pun tak bagi, sumber pun tak tahu dari mana. Disalinnya bulat-bulat sampai dekat 10 artikel. Memang benar-benar mahukan trafik rasanya. Mungkin mereka mahu cari duit dengan cepat. Sebab tu update bagai nak rak untuk dapatkan trafik dan populariti. Ada orang suka dia, dan ada juga yang tak suka. Tapi aku rasa sekurang-kurangnya dia berusaha untuk dapatkan duit dengan cara dia tersendiri. Ini lebih bagus daripada mencuri dan merompak beg tangan makcik-makcik dengan menaiki motor kapchai..

3. Ada blogger baru hilang punca sebab tak tahu apa yang hendak ditulis dalam blog mereka. Mungkin ini terjadi apabila ternampak banyak blogger yang dulunya mentah tapi dah berjaya buat duit dengan banyak dan mencapai populariti dalam masa yang singkat. Sebab itu, blogger baru ni ikut dan cuba meniru apa yang blogger lain lakukan. Tapi kurang berjaya. Akhirnya, blogger baru tu hilang entah ke mana. Mungkin kerana kecewa dengan dunia baru yang disangkanya peluang baru untuk dirinya mencari duit atau populariti.

4. Bila aku bercerita tentang potensi blog dengan kawan-kawan aku. Ada yang bertanya, halal ke haram buat duit dengan blog ni? Boleh percaya ker? Ada juga yang beritahu mereka serik buat duit dengan blog sebab kena tipu. Aku tanya bagaimana dia buat duit dengan blog? Dia bayar duit pada orang, suruh buat duit dengan blog. Tapi bila orang yang disuruh itu kurang berjaya dapat duit sebanyak mana yang dia mahukan, dia tuduh orang yang menolongnya itu menipu walhal, orang yang dia tuduh tu dah cuba bagai nak rak dapatkan duit untuk kawan aku tu. Pulak tu, kawan aku ni, satu habuk pasal blog pun tak tahu. Bukannya nak belajar dengan orang tu pun, ambil tahu pun tidak. Ini, dikutuknya orang yang bersusah payah untuknya dan buat fatwa sendiri. Apa bangangnya kawan aku sorang nih..tak payah tengok akal. Tengok muka pun tahu. Bodoh.

bodoh Tak payah tengok akal, tengok muka pun tahu..



5. Kawan aku yang sorang lagi, tak percaya dengan yang kita boleh buat duit dengan blog. Ya, ini lagi seorang kawan aku yang sempit fikiran kecil hatinya. Aku tanya dia, kenapa dia tak percaya. Dia masuk satu program. Program tu kena cari orang. Dapat satu orang, baru dia dapat komisen. Pastu dia siap cerita bab pairing, matching, 13 level dan entah hape-hape lagi. Aku cuma sengih sorang-sorang aje lepas dia habis cerita dengan tangannya turut sama berlakon..

Apa kaitan buat duit dengan blog dengan program matching pairing 13 level ni? Itu MLM la derr. Perbezaan macam ni pun tak dapat nak bezakan. Lantas, dia terus menghukum bahawa apa jua benda yang berkaitan dengan internet ni, tipu belaka. Sandiwara semata-mata. Dia kecewa sebab gagal dapat buat duit dengan program MLM tu. Aku tak kesah dia nak buat duit dengan MLM ke dengan forex ke, dengan Adsense ke dengan jual baju online ke..tapi kena tahu perbezaan setiap program atau method tersebut. Besar perbezaannya. Inilah masalahnya bila orang yang tak tahu cuba berlagak dia tahu semua benda. Aku sabarkan ajelah hati ini dan aku explain satu demi satu pada dia. Terlopong mulut dan terkebil-kebil mata bila dengan aku patahkan semua hujah-hujah beliau yang dikatakan mantap tu..

6. Ada satu orang blogger ni, jenis buat duit. Tapi dia jenis tak bising. Dia buat senyap-senyap aje. Dalam setiap entri blog beliau, satu artikel mengenai nuffnang pun tak ada. Apatah lagi google adsense dan program-program lain. Dia dok cerita apa yang dia setiap hari, cerita kisah naik bas, kisah gi pantai dan semua aktiviti yang dia lakukan setiap hari. Ramai orang tertarik dan suka lepak diblog beliau. Sebab dia jujur cerita semua tu. Bila aku selidik punya selidik, income bersih sebulan dari satu blog tu sahaja dah cecah RM1000. Iklan yang dia letak dalam blog dia, cumalah Nuffnang dan Google Adsense. Tapi serius, memang takde satu perkataan yang dia cerita berkaitan lansung dengan buat duit. Perkataan nuffnang pun tak ada, apatah lagi perkataan google adsense. Blog dia sebijik macam diari. Duit yang dia dapat, semuanya dia gunakan untuk bayar duit kereta mak dia. Punya sweet kawan aku yang lelaki sorang ni. Mesti ramai anak dara dan blogger perempuan minat kat dia. Ya, dia lagi handsome dari aku. Tapi sayang, dia dah suka kat sorang perempuan ni. Aku tahu pun, sebab dia bagitau. Haha..

7. Ada satu blogger. Dia pun suka buat duit. Cuma satu yang aku puji. Dia bagitau terus terang kat pembacanya dia suka duit. Dia nak buat duit dengan blog dia. Semua entri dia memang 80% cerita pasal duit. Tapi cara dia bawa cerita dalam setiap entri beliau, memang berbeza dengan blogger yang kejarkan populariti dan trafik. Dari situ agaknya para pembaca jatuh hati dengan blog dia. Blognya sangat simple. Dan dia adalah pengguna blogspot. Yang aku suka, dia kelakar dan berbeza dengan blogger-blogger lain cari duit melalui blog mereka. Cara dia sangat berbeza. Yang pasti, dia bukan jenis update blog dia dengan artikel copy paste, cedok idea orang lain dan cara dan gaya dia menulis blog, aku belum jumpa lagi kat pasaran tempatan.

8. Ada blogger…(korang sambung sendirila..)

Emm, cukuplah untuk hari ini. Aku malas nak cerita dah. Sebab aku dah mengantuk. Jam dah menunjukkan pukul 5 pagi. Esok banyak kerja nak kena buat. Jadi, kepada korang yang baca entri ni, aku harap korang terhibur dan cuba dapatkan apa yang aku cuba sampaikan. Ada double meaning disebalik point-point yang aku sampaikan. Mungkin juga ada yang tak suka, dan mungkin juga ada yang suka. Tafsiran dan pemahaman setiap orang tu berbeza-beza. Aku nantikan respon dari korang. Kalau suka, kata suka. Kalau tak suka, kutuk je aku ni. Aku tak kesah punya. Yang baik, aku ikut. Yang aku rasa macam aku tak nak ikut, aku tak nak ikut la. Haha..

Ps: Mana rojak yang aku beli kat pasar malam tadi. Aku rasa ada kat peti sejuk..sape tibai ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Huhu..

Nampak macam banyak aje kan? Tapi aku malas nak cerita satu demi satu. Buffered earnings yang aku dapat dari nuffnang dah 12 kempen pernah berjalan diblog ini dan blog earnword. Tapi yang masih berjalan cumalah 7 kempen sahaja. Lagi 5 kempen dah jadi metered earnings.

bufferedearningke1011 Buffered Earning yang ke 8,9,10,11,12 dari Nuffnang


Kempen yang aku dapat kali ini, satu untuk blog ini dan satu lagi untuk blog satu lagi. Penaja kali ini adalah Celcom. Tengah sibuk nak promosikan Celcom Kolony tu. Tadi masa aku nak masuk login, terus terpopup gambar logo Koloni tu yang warna oren tu. Nampaknya dah merebak sampai ke Nuffnang akhirnya..Hampir semua kempen dah merasa CTR bonus. Tak banyak. Tapi boleh gak la untuk capai nilai minimum untuk bulan April ni. Cukup hujung bulan atau 2-3 hari sebelum habis bulan April, aku tekan butang cashout untuk cek yang ke 11 dari Nuffnang.

Lepas ni, aku akan terus update sekali harung. Bukan macam dulu lagi. Penat nak buat macam tu. Kalau dapat 2 buffered earnings, aku cerita dua buffered earnings. Malas nak update satu demi satu. Lagipun, aku macam dah silap kira hari tu. Biarlah..kali ini, aku cerita semua terus. Senang dan tak membuang masa aku nak buat entri banyak-banyak pasal buffered earnings nih..

Aku tak ada tips sangat untuk dapatkan buffered earnings nih. Tapi yang aku perasan, kalau blog korang trafiknya melampau-lampau tingginya atau lebih dari 1 ribu orang yang masuk blog korang setiap hari, nescaya agak sukarlah nak dapat buffered earnings ni dengan banyaknya. Kalau dapat pun, mungkin satu dua aje. Nak dapat banyak biasanya trafik antara 100-500 unik visitor rasanya. Itu dari pemerhatian aku dan juga bergantung pada niche-niche yang disukai oleh advertiser.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat blog-blog yang asyik cerita pasal Nuffnang setiap hari. Blog ni tak cerita pasal Nuffnang setiap hari. Aku cuma akan update cerita pasal Nuffnang kalau ada kaitan sahaja. Itupun kalau aku rajin sebab 2-3 hari ini aku cukup malas nak update blog.

So, korang nak buat duit dengan NUffnang. Sila daftar: Nuffnang

Kalau korang nak dapat RM1 tambahan untuk akaun Nuffnang korang, bolehlah jawab survey Nom Nom Media tu. Nanti korang diberi pilihan RM1 tu nak sumbat kat Nuffnang atau Churpchurp. Aku sumbat terus kat Nuffnang aje dah alang-alang aku tengah bukak akaun aku. So, kalau belum, sila berbuat demikian sekarang..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari lambat lagi update. Sebab ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Selepas layan video-video maharaja lawak minggu ke 3, aku tengok dalam email aku. Ada beberapa bayaran yang aku terima. Alhamdulillah, ada gak yang nak bagi aku duit tengah-tengah bulan. Ini bayaran paling sikit dari beberapa bayaran yang aku terima hari ini. Bayaran apa?

komisendaripaidtopromote Komisen ke 14 dari Paid to Promote.net


Ok. Ini bayaran yang ke 14 dari program Paid-to-Promote.net. Ini juga bermaksud dan 7 bulan aku sertai program ini. Maksudnya setiap bulan, aku terima 2 kali bayaran dari program PTP ini. Kira oklah tu. Walaupun tidak banyak promosi yang aku jalankan, program ini masih kekal kacak membayar aku setiap bulan. Aku yakin blogger lain pun ada yang dah berjaya buat duit dengan program macam ni.

Tentang cara nak dapat duit dari program ini. Tips aku mudah sahaja. Blog korang, mesti ada trafik dari luar. Trafik dari Malaysia atau negara asia yang lain, diorang tak terima. Kalau klik yang korang dapat tu trafik luar atau trafik dari US, UK dan Canada, nilai yang korang dapat adalah lebih tinggi. KLik dari Malaysia, tak dapat 1 sen pun. Jadi, blog korang kena ada trafik luar. Itu lagi bagus.

Satu lagi, cuba dapatkan downline yang berkualiti. Maksudnya, downline korang buat kerja. Tidaklah selepas daftar under korang, senyap macam tu aje. Jadi, korang tak dapat apa-apa dari mereka. Sehubungan dengan itu, pepandailah korang cari yang berkualiti. Aku nak dapat yang berkualiti, memang cukup payah. Tapi adalah jugak dalam berbelas dari berpuluh downline aku tu yang banyak membantu aku bagi aku sen-sen setiap hari. Bolehlah, dari apa pun tak boleh..janji ada.

Siapa nak jadi downline aku, leh daftar kat sini aa: Paid-to-promote.net

Ps: Malam ni, Nabil, Sepah, Jambu, Jozan memang terbaik. Tapi aku tetap kata Alex malam ni paling terbaik dan menjadi. Aku harap Alex kekal lama sebab antara ramai-ramai, dia aje yang suka bagi lawak lain dari yang lain.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Aku mula menulis blog pada tahun 2005. Pada waktu itu, platform yang aku gunakan adalah blogdrive.com. Aku rasa korang semua tahu kan apa itu blogdrive? Ketika itu, blog bukan macam tahun 2011 ini. Berbeza sangat. Boleh dikira dengan jari sahaja blog-blog bahasa melayu yang guna blogdrive dan aku antara salah satu daripadanya. Blog itu lebih kepada personal dan tempat aku merepek. Pendek kata, apa cerita aku masa kat UMS dulu, ada aku cerita kat blog tu. Kisah suka-duka, kisah lara, kisah pukul orang, kisah macam-macam, semuanya ada dekat blog itu. Maaf, tidak dapat aku kongsikan URL atau link blog tersebut. Jika korang serius mahu tahu juga blog aku yang mana satu. Sila cari sendiri. Blog itu masih wujud dengan kacaknya.

2. Masuk pertengahan 2005, ramai blogger yang menggunakan blogspot. Aku juga salah satu yang terkena gelombang blogspot. Jadi, aku pun setup satu blog menggunakan blogspot (blogger.com). Blogspot ni, Google yang punya. Tidak termasuk dalam senarai harta-harta Ahmad Albab yang diluar negara. Pada masa yang sama, gelombang pertama tentang Google Adsense melanda di Malaysia. Ramai blogger-blogger tempatan ketika itu berlumba-lumba untuk dapatkan cek hijau dari Adsense. Aku masih ingat lagi ketika itu. Aku siap buat 10 blog hanya untuk adsense semata-mata. Tak sampai 3 bulan, akaun Adsense kena ban. Akibat klik sendiri. Itu kali pertama aku kena ban dari Google Adsense. Haa, padan muka aku. Nak duit cepat sangat.

3.Nampaknya, penangan blogspot memang mula meresap dalam diri aku. Ketika itu, aku dah tak pandang belakang. Terus sambung tulis blog kat blogspot setiap hari. Biarpun tak ada adsense, pada waktu itu aku mula kenal program-program seperti Reviewme, Blogvertise, Payperpost dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan, aku cuba 1001 program ketika itu. Semuanya aku cuba. Tak kiralah senang atau tidak. Aku cuba sahaja. Mungkin disebabkan aku gila mencuba, bila aku nampak program baru, masuk aje website program tersebut, dengan sekali imbas sahaja, aku dah boleh agak macam mana program itu beroperasi. Apa yang perlu buat, macam mana nak buat duit dan macam mana nak tackle program tu. Pendek kata, semuanya menjadi eksperiemen aku dengan blogspot.

blogspotdalamkenangan Blogspot dalam kenangan


4. Ujikaji dan siri-siri eksperimen aku memang bermula dengan blogspot. Dan macam-macam aku cuba untuk buat duit dengan blogspot. Tapi banyak kekangannya. Blog aku kurang popular, kurang SEO, kurang tarikan, tak banyak theme yang menarik untuk digunakan, tak banyak program yang bersesuaian dengan blogspot serta macam-macam lagi biarpun aku dah berusaha bagai nak gila. Jadi, aku rasa mungkin aku terpaksa meninggalkan blogspot dalam masa yang terdekat. Blogspot dulu lain dengan sekarang. Blogspot sekarang, kalau pandai monetize, senang-senang nak dapat alexa rank bawah 200k. Pagerank 3 tu, senang-senang aje boleh dapat. Sekarang? Dulu? Ahh, memang berbeda..

5. Blog kurang popular dan kemunculan banyak blogger menggunakan domain sendiri serta mempunyai hosting sendiri membuatkan aku paksa diri aku untuk mencuba cara ini. Beli domain, beli hosting, setup blog dan belajar tentang cpanel dan sebagainya. Pendek cerita, disinilah bermulanya cerita domain earncent yang berjaya aku beli dan sampai hari ini, blog ini masih bertahan dengan kacaknya.

6. Salah satu sebab utama aku meninggalkan dunia blogspot adalah kerana terlalu banyak kekangan. Banyak benda yang aku tidak boleh buat. Sejujurnya, masa aku menyertai blogspot, niat aku memang hendak cari duit. Yelah, sebagai student di UMS, nak harapkan duit ptptn, memang hidup aku kat UMS akan jadi papa kedana. Nak buat program susah, nak join program susah, nak bergerak susah dan waktu itu, duit menjadi salah satu sebab utama aku mencuba dan terjah dunia blog. Dan sebab utama aku tinggalkan blogspot itu adalah kerana banyak program luar yang tidak support dengan blogspot. Blog blogspot susah nak dapat job dari advertiser luar. Apatah lagi advertiser tempatan. Jadi, ianya merupakan langkah yang bijak aku membeli domain baru dan memulakan perjalanan aku sebagai blogger pada waktu itu.

7. Sekarang, aku lihat blogspot sudah menjadi lebih kacak. Banyak geng-geng underground yang mencipta theme baru untuk blogspot dengan lebih comel dan lebih kemas. Banyak blogger yang kreatif dengan mengubahsuai kod dan mencantikkan blogspot mereka. Aku sudah tidak berdaya mahu buat itu semua dan aku sekarang lebih selesa dengan menggunakan blog dot com sendiri. Blogspot ada banyak kelebihannya. Tapi blog sendiri ada berjuta macam kelebihannya yang kita masih tak tahu. Bila kita tahu, kita akan tahu betapa besar potensinya mempunyai blog dot com berbanding blogspot. Blogspot tetap pemain utama dalam dunia blog. Tapi jika korang mahu kelihatan lebih berbeza, lebih profesional dan mempunyai peluang yang luas untuk buat duit dengan blog, mempunyai blog dot com adalah satu kemestian.

8. Bukan aku membenci blogspot. Tidak. Cuma blogspot bukan menjadi keutamaan aku. Bila sudah ada option dan platform yang lebih baik, aku akan memilih apa yang lebih baik. Jika platform itu mendatangkan lebih banyak kebaikan dan kelebihan, platform itu yang aku pilih.

9. Salah satu dari banyak sebab aku dah tak aktif dengan blogspot adalah kerana jika kita tersilap langkah, bila-bila masa sahaja blogspot kita itu boleh kena tarik balik dari pihak Google. Jika blog kita tu agak kontroversi atau panas, atau terlalu banyak trafik, bila-bila masa sahaja ada orang dengki atau jeles akan report bagitau blog kita spam ataupun melanggar peraturan blogspot. Blogspot aku sendiri pernah terkena. Nak dapat balik blog tu, kena email diorang. Dekat beberapa minggu, barulah dapat balik blogspot aku tu. Ini salah satu perkara yang cukup aku risau bila menggunakan blogspot dan ternyata, memang kena kat diri aku sendiri. Bukan apa, semua artikel, gambar, pengalaman manis, data, penat jerih aku dekat blog tu memang susah nak ganti. Kalau dah kena padam, hilang tanpa sebarang jejak, mahu tidak taman-taman dalam hati aku dilanda tsunami?

10. Boleh. Boleh buat duit dengan blogspot. Aku tak larang atau suruh. Aku tak menghina atau mencaci. Siapalah aku hendak larang atau hina. Aku masih ada blogspot yang masih wujud sampai ke hari ini. Satu untuk peribadi dan yang lain untuk dummy dan supporter backlink untuk blog-blog network aku. Tidak aku gunakan secara serius. Cuma memang aku kurang aktif dengan blogspot jika dibandingkan pada tahun 2005-2006 dulu. Bila kenang balik apa yang aku buat dulu, memang buat aku tersenyum. Penat letih aku dulu, membuahkan hasil sekarang. Blog ini (earncent.com) adalah kesinambungan kisah kasih sayang aku dari blogdrive dan blogspot. Satu misi yang tidak pernah berubah sejak aku mengenal blog. Buat duit dengan blog. Ini satu legasi yang aku tanamkan dalam diri aku dan juga blog-blog yang aku jaga selama ini. Alhamdulillah, banyak yang berhasil.

Okeh. Cukuplah untuk cerita dengan blogspot. Ada banyak ceritalagi sebenarnya.  Aku cerita lain kali ye. Nanti takut korang bosan baca artikel panjang-panjang macam ni. Memang aku nak list pendek aje. Tapi memang tak dapat nak buat. Tak tahulah kenapa. Kalau korang bosan, sila baca komik Dewata Raya atau Pendekar Laut untuk melawan semula kebosanan korang tu. Tidakpun, bolehlah layan semula video-video youtube Maharaja lawak minggu pertama dan minggu kedua untuk memeriahkan dan menceriakan semula hidup korang dari dilanda kebosanan memanjang.

Ps: Bagi pengguna blogspot, korang memang hebat.  Jadi, siapa yang pernah menggunakan blogspot, sila angkat tangan macam Usop Wilchaa..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 82 of 316« First...102030...79808182838485...90100110...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011