1. Bila surat khabar dan tv cakap bila kantin sekolah dah tidak dibenarkan untuk menjual minuman dan makanan ringan termasuklah nasi lemak. Aku terus tersentap. Tambah lagi, nasi lemak dikatakan punca masalah obesiti atau kegemukan dikalangan pelajar sekolah. Terus aku pandang tv dan dengar berita tu betul-betul. Antara statement paling bangang yang pernah aku dengar sejak 26 tahun ni. Aku teringin nak jumpa dengan mangkuk-mangkuk yang buat kajian tentang nasi lemak ni..

2. Siapa setuju yang dengan makan nasi lemak sahaja akan membuatkan pelajar sekolah akan jadi gemuk? 99% akan angkat tangan macam usup wilcha.

3. Kalau seseorang tu gemok dan debab, siapa yang patut disalahkan? Orang pertama. Orang gemuk tersebut. Orang kedua. Mak dan abah orang gemuk tadi.

4. Jadi, adakah salah pihak kantin sekolah menyediakan nasi lemak? 100% tak salah.

5. Bagi bukti kukuh bahawa hanya dengan makan nasi lemak sahaja akan menjadikan seseorang itu gemuk. Bagi bukti kukuh untuk setiap bahan yang digunakan dalam pembuatan nasi lemak. Secara logiknya, mustahil. Sebab apa? Kita bukan nasi lemak setiap masa. Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu jadi gemok. Malas bersenam, tak kawal makan dan faktor keturunan. (Ye ke?)

nasilemakdiharamkan Kantin sekolah tanpa nasi lemak.


6. Dari darjah satu, aku makan nasi lemak hampir setiap hari kat sekolah. Sampai berpindah sekolah baru pun, nasi lemak tetap jadi ruji makanan aku ketika disekolah. Begitu juga ketika di universiti. Aku tak gemuk pun. Berat aku ketika tahun terakhir di UMS adalah 55 kilogram bagi seorang yang mempunyai ketinggian 165 cm. BMI pun ok. Aku tak gemok. Mak aku siap marah aku sebab ingat aku tak makan masa kat Sabah. Cuma sekarang aje, berat tu naik banyak. Haha..

7. Aku seorang pemakan nasi lemak yang tegar. Aku tak malu mengaku. Yang pasti, nasi lemak bukan sebab utama untuk seseorang jadi gemok.

8. Mungkin pada tahun 2040 nanti, nasi lemak dah tidak dibuat secara tradisional. Nak makan nasi lemak. Pergi kedai. Order nasi lemak. Dapat satu kapsul. Semua intipati nasi lemak, bau dan rasa, kita akan dapat rasa selepas menelan kapsul tersebut. Gila. Itu teknologi alien planet Zargos.

9. Siapa yang tak suka makan nasi lemak?

10. Aku tak dapat bayangkan kantin sekolah tanpa nasi lemak. Ahh, memang tak boleh.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku sebenarnya dah silap kira dan teka berapa kali aku dapat komisen dari Tnx ini. Dekat blog aku satu lagi, aku tertulis kali ke 73 walhal sebenarnya baru kali ke 72. Tak apalah. Ada ralat sikit. Nanti aku betulkan apa yang patut. Tapi kat blog ni, inilah komisen yang ke 72 dari Tnx.

komisenke73daritnx Komisen ke 72 dari TNX


 

Aku tak ada tips yang rahsia atau trik yang hebat untuk buat duit dengan Tnx. Kalau korang baca blog aku ni dari dulu, hampir 80% apa yang aku tulis kat ebook Panduan Tnx 2.0 sudah pun aku huraikan secara berperingkat. Tak nak beli ebook aku tu pun takpe. Lagipun harganya RM50. Bagi sesetengah orang akan rasa harga tu mahal semacam. Bagi sesetengah orang rasa macam tak berbaloi. Aku tak kesah. Tapi itu ebook yang aku tulis berdasarkan pengalaman aku bersama Tnx hampir masuk 4 tahun. Dari tahun akhir 2007. Jadi, kalau mahu aku jual RM10, lebih baik korang baca artikel-artikel dalam ini ataupun cari sendiri informasi tentang Tnx.Aku tak ada masalah punya. Yang mahu faham dengan cepat dan mahu tahu cara aku buat duit dengan Tnx ini, boleh terus beli ebook Panduan Tnx 2.0 dekat SINI.

Trilogi Panduan Tnx ini akan aku keluarkan tahun ini. Ini siri terakhir dalam trilogi ebook Panduan Tnx. Akan ada sampai versi 3.0 sahaja. Sebab apa? Aku tak nampak banyak perubahan besar sejak aku sertai program Tnx ni dulu sampailah hari ini. Tapi aku akui, ada banyak cara dan trik yang korang boleh cuba untuk tackle program ini dan bagi korang lebih banyak duit pada blog korang.

Ya. Aku tahu, setiap orang pemahamannya berbeza. Ideologi berbeza. Kritikan dan ulasan mereka juga berbeza untuk panduan aku. Ada yang kata diorang dah tahu semua cara yang aku tulis dalam ebook aku selepas mereka beli dan baca panduan tersebut. Tapi dimana action mereka? Dimana tindakan mereka. Sampai hari ini, ada yang masih gagal untuk dapat income yang tinggi dari Tnx setiap bulan. Ada juga yang tak mula langsung. Adakah perlu mereka salahkan aku? Aku takkan sesekali mengaku salah atau mengakui kelemahan ebook aku sebab ebook aku tu tidak ada kelemahan jika korang mahu buat duit dengan Tnx untuk mendapat pulangan dari 10-50 dollar. Lihat sahaja web jualan aku. Ada aku kata korang boleh dapat berjuta atau beribu-ribu dari Tnx? Tidak. Aku cuma letak dari 10-50 dollar sahaja. Kalau mahu lebih, mesti usaha berganda-ganda dari aku. Itu sahaja.

Setakat ini, ada beberapa blogger yang berjaya dapat income mantap selepas beli ebook Panduan Tnx dari aku. Mereka ambil tindakan dan buat apa yang patut. Mereka berjaya. Yang gagal? Korang kena usaha. Aku jual ebook itu bukan untuk jadi perhiasan ataupun untuk menyemakan ruang dalam hardisk laptop korang. Baca, ulang dan praktikkan apa yang aku tulis. Kalau korang kurang berjaya dan tak faham, boleh hubungi aku atau contact aku diemail. Aku akan balas secepat mungkin yang aku mampu.

Alhamdulillah, setakat ini jualan ebook ini walaupun dah merundum dan tidak sebanyak masa awal-awal pelancarannya, tapi sudah lebih dari 300 orang mendapatkan panduan ini dari aku. Sebahagian dari mereka sudah menjadi Pemain Tnx yang tegar dan berjaya dapat lebih banyak dari apa yang aku peroleh dari program Tnx ini. Jika mereka boleh. Korang pun boleh.

Jika berminat dengan Tnx, boleh daftar kat sini: Tnx.net

JIka berminat dengan ebook Panduan Tnx aku. Sila dapatkan disini: Panduan Tnx. 2.0

Ps: Ebook tu tak ada rahsia. Tapi penuh dengan maklumat yang sepatutnya korang tahu, tapi korang tak cari atau korang kurang faham. Jadi, aku terangkan dengan lebih terperinci sahaja agar membuka pintu-pintu dalam hati korang untuk lebih faham dengan ebook tersebut. Itu sahaja. Tak lebih. Tapi mungkin kurang aje.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hemmm, aku tengah pening. 2 hosting aku ada masalah. Tapi nak buat macam mana, terpaksa tunggu juga diorang selesaikan masalah tu. Boleh dikatakan efek gila kepada hampir 10 buah domain untuk kedua-dua hosting tersebut. Aku tak dapat nak kata apa, tunggu ajelah. Income yang sepatutnya aku terima akan jatuh mendadak termasuklah point-point aku kat Tnx. Huhu..

komisenke3panduandpli Komisen ketiga dari PanduanDPLI.com


Ini bayaran ketiga dari PanduanDPLI. Masih berjaya lagi kumpul duit komisen dari program ini. Dan aku harap aku akan terus dapat lead dan sales dari program mereka. Masih lagi kena usaha kalau nak menang cabaran yang mereka anjurkan. Tapi nak dapat 100 sales tu, memang mencapai tahap mustahil bagi aku kerana strategi aku semuanya bergantung pada artikel-artikel yang aku promosikan. Aku tidak langsung guna email list sebab memang list yang aku kumpul tak ada kaitan dengan niche education ataupun pendidikan. Terpaksa guna cara yang biasa aku gunakan secara maksimum.

Apapun, terima kasih kepada owner PanduanDPLI kerana masih kekal macho bergaya membayar komisen kepada promoter mereka. Mungkin korang juga boleh sertai cabaran mereka jika berminat.

Ps: Ada kerja sikit. Kena keluar. Huhu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi-pagi lagi aku dah kena tag oleh zaki tentang 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali. Aku rasa bukan setakat 5 aje, ada 1001 macam benda yang aku nak buat kalau aku ada mesin masa doraemon yang nobita selalu pakai tu. EMm..ok, aku cerita jugaklah walaupun aku tak tahu 5 benda ni yang paling utama atau tidak..

1. Badminton. Aku ingat lagi masa tahun 1992. Tahun Malaysia berjaya menjulang kembali Piala Thomas dan merampas dari Indonesia. Memang malam tu aku satu keluarga bersorak bagai nak gila. Tak sia-sia aku dan jiran-jiran aku menyokong dirumah masing-masing. Aku juga yakin satu Malaysia yang sedang menonton siaran langsung ketika itu juga akan ingat kenangan ni. Betul tak? Yang aku agak menyesal, aku pernah jadi wakil sekolah masa tingkatan 5. Untuk training peringkat zon, kami berjaya menjadi johan berpasukan. Tapi aku tak dapat main untuk single atau bergu. Sekolah cuma hantar satu bergu dan 2 single sahaja. Jadi, aku yang sebagai bergu kedua sekolah, memang tak dapat main untuk bergu. Kalau masa ini dapat diulang kembali, aku akan lawan cakap cikgu yang jadi coach kitaorang waktu tu, mesti aku dah boleh masuk single atau bergu. Tapi aku kurang berani. Kalau berani, tak mustahil untuk aku jadi pengganti Hafiz Hashim. Haha..tapi memang aku serius pada waktu darjah 2 tu. Memang aku nak jadi pemain badminton negara. Cuma, hasrat aku tak tercapai. Dengan tiada jurulatih dan tiada latihan yang mantap mahupun kelab badminton luar, memang sukar untuk jadi pemain badminton negara. Apa yang aku mampu sekarang, menyokong pasukan badminton negara dengan setulus hati.

2. Tak dapat pilih bidang yang aku minati ketika matrikulasi dan universiti. Masa kat matrikulasi, memang aku masuk aliran Sains Tulen. Kiranya subjek yang lebih kepada sains. Mungkin disebabkan aku belajar disekolah asrama penuh dan beraliran sains tulen, jadi bila masuk matrikulasi, memang aku automatik belajar Sains Tulen. Bukan aku tak minat, tapi aku lebih minat pada benda-benda macam business atau accounting. Kalau niat aku kuat waktu tu, mesti aku akan tukar ke aliran accounting dan mungkin juga sekarang aku akan jadi businessman atau accountant. Tapi oleh sebab aku tersilap pilih dari situ, aku teruskan juga dan alhamdulillah, aku berjaya tamat belajar di matrikulasi dan universiti. Sekarang, aku kerja kerajaan dan mampu ada side income yang lumayan dari blog-blog aku. Mungkin ada hikmah disebalik aku memilih aliran sains ketika itu..

3. Kalau aku boleh ulang masa kembali, aku tak nak lagi main cuba-cuba pakai cermin mata akak dan abah aku waktu aku kecil dulu. Dulu, aku tak berkaca mata. Tapi bila tengok tv, macam nampak cerdik dan bijak aje bila pakai cermin mata, jadi aku gatal tangan pakai akak aku punya cermin mata. Naik darjah 6, aku dah tak berapa nampak dengan jelas kalau duduk jauh dalam dewan. Jadi, terpaksa pakai cermin mata waktu tingkatan 1. Dan akhirnya, sehingga sekarang aku masih kekal kacak memakai cermin mata. Dari penjelasan bekas awek-awek aku, salah satu sebab diorang suka dan tertawan dengan aku adalah kerana aku pakai cermin mata. Nampak sangat seperti aku kacak dan pelajar yang bijak. Sebab tu di sekolah, matrikulasi dan universiti. Aku tak putus-putus berkawan dengan perempuan. Ada sahaja sampai surat bersalut bedak ke tangan aku. Secara jujur, aku tak berapa suka pakai cermin mata. Sebabnya setiap kali aku bangun tidur, benda pertama aku cari adalah cermin mata. Memang sakit jiwa dibuatnya. Aku pernah mimpi, masa aku mimpi tu, aku bangun dari tidur. Dan waktu mimpi tu, aku tercari-cari cermin mata. Tengok. Dalam mimpi pun aku kena pakai cermin mata. Kalau tak, susah aku nak berjalan atau main lari-lari dalam mimpi. Tapi mungkin ada hikmah aku pakai cermin mata, itu agaknya buat aku masih kacak sampai hari ini. Haha..

4. Kalau aku boleh ubah masa kembali, aku tak nak lagi klik-klik sendiri masa aku join program Google Adsense kali pertama masa tahun 2005 dulu. Kalau aku tak buat kerja bodoh tu, mungkin akaun aku dah berusia 6 tahun hari ini. Rasa-rasanya, dah berapa banyak cek kaler hijau yang aku boleh dapat ketika itu hingga hari ini? Ohh, rugi. Rugi..aku pernah ada 7 akaun adsense tidak pada masa yang sama. Sekarang, cuma ada satu sahaja yang selamat. Itupun puas menyorok tak bagi korang tahu.

5. Kalau aku boleh ulang masa dulu, aku nak belajar sungguh-sungguh untuk matapelajaran bahasa inggeris masa darjah 1 dulu. Memang aku dari dulu ada masalah dalam bahasa penjajah ni. Walaupun aku dapat A masa aku kat Universiti, tapi aku terpaksa mengharungi masa lebih 10 tahun dimarahi oleh cikgu-cikgu bahasa inggeris kerana terlalu bebal masa kat sekolah dulu sehinggalah masuk ke universiti. Masa kat universiti barulah aku boleh dapat A masa dalam exam. Kalau tidak, jangan haraplah. Aku tak pernah langsung dapat A atau B untuk mana-mana peperiksaan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Kecuali masa UPSR dan percubaan UPSR. Masa itu aje aku merasa dapat B. Yang lain, langsung tak pernah. Sudahlah kena ejek dengan kawan-kawan, kena marah lagi dengan cikgu. Azabnya, orang-orang yang lemah english macam aku aje yang tahu. Tapi alhamdulillah, sekarang kalau nak tonton wayang atau filem tanpa subtitle pun aku tak kesah. Boleh faham punya. Lainlah kalau drama korea. Itu kena ada subtitle english. Aku belum fasih lagi berbahasa korea. Sikit-sikit tu bolehla..Ini kalau aku dapat ulang balik ke waktu aku darjah 1 dulu. Kalau..

titan6kenanga 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali


Gambar masa darjah 6 kenangan di SRK Sri Langat. Tapi sekarang dah jadi SK Sri Langat. Aku balik banting, memang dah berubah gila sekolah ni. Siap ada padang futsal khas kat dalam kawasan sekolah. Hebat..masa zaman aku, takde plak diorang nak buat. Grr..

Okeh. Habis cerita. Tugas aku sekarang aku nak pass baton tag ni yang dimulakan oleh Zaki(cyza.us) kepada rakan-rakan blogger yang lain. Kalau ada masa, boleh balas ni. Kalau tak boleh, tak perlu paksa diri. Buat bila korang rasa taman-taman dalam hati korang sudah cukup tenang dan tidak bergelora.

Blogger-blogger yang bertuah itu adalah.. adele, suri, zik, decrewz dan Ronaldmohoni.

Yang lain, kalau rajin nak sambung tag ni. Boleh juga berbuat demikian. Tak ada masalah punya. Okeh, aku nak sambung tidur jap lagi. Mengantuk gila nih. Haduhhh…

Ps: Banyak sebenarnya lagi aku nak ubah kalau aku dapat kembali masa dulu. Tapi aku bagitau 5 ajelah dulu. Lainkali aku cerita lagi. Okeh!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 81 of 316« First...102030...78798081828384...90100110...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011