Yap. Aku dah dapat bayaran kedua dari program 701panduan. Program 701panduan ini aku kenal masa tahun 2010. Penghujung Disember. Tapi aku mula sertainya pada awal Januari tahun ini. Dan aku dapat bayaran pertama dari 701panduan pada bulan Mac dan bayaran kedua pada bulan April. Terima kasih kepada 701panduan yang tidak gagal membayar setiap bayaran yang aku dapat.

Memang agak susah pada mulanya untuk buat duit dengan 701panduan ni. Banyak cara yang kena aku lakukan dan aku gunakan program ini di empat buah blog yang mempunyai trafik yang agak menakutkan juga. Ada yang terlalu tinggi trafiknya, ada yang sederhana, ada yang tak sampai 10 orang yang datang setiap hari, ada yang agak banyak trafiknya. Pendek kata, klik dari setiap blog ada pasang surutnya. Ada naik, ada turunnya. Nasiblah. Bukan senang nak suruh orang klik iklan-iklan yang bersepah kat blog kita tu kan?
Tips aku untuk korang yang mungkin dapat membantu korang meningkatkan pendapatan blog korang dari segi klik atau sales ni adalah sediakan blog korang dengan menggunakan theme wordpress yang tidak berat. Jangan membebankan pelawat anda. Tanpa pelawat, sales tak dapat, pembaca tetap tak dapat, pengkritik pun tak hingin nak jenguk, musuh apatah lagi, klik? Jangan haraplah nak dapat. Jadi, blog anda jangan guna theme wordpress yang berat-berat. Ya, ada theme yang memang semulajadinya ringan. Tapi blog korang penuh dengan gambar yang bersepah-sepah, dari atas sampai bawah penuh gambar. Kemudian, penggunaan plugin yang melampau-lampau banyaknya. Pilihlah yang betul-betul sesuai aje. Kurangkan juga penggunaan javascript dan iframe. Tidak lupa juga jangan pilih iklan jenis popup. Kalau aku menyampah, tak mustahil ada 1 juta blogger lain yang menyampah dengan iklan popup tu.
Yang kedua, berikan apa yang pelawat mahukan. Buat artikel yang pelawat atau pembaca suka baca. Mereka akan kekal setia dan datang setiap hari kerana teruja untuk mengetahui apa isi kandungan terbaru dari blog korang setiap hari.
Yang ketiga, buat analisis. Korang boleh guna Google Analitic ataupun mana-mana stat seperti Sitemeter ataupun gunakan plugin Statpress untuk lihat trafik anda setiap hari. Boleh tengok keyword mana yang tengah panas dan apakah keyword yang selalu dicari ke blog korang. Pekatkan lagi keyword tu, tambah lagi perasa SEO dan jangan lupa buat blog walking untuk dapat trafik yang mudah.
Okeh. Itu sahaja 3 tips untuk tingkatkan pendapatan blog korang. Ini semua teknikal sahaja. Belum masuk bahagian taktikal. Ada banyak lagi. Lain kali aku cerita. Dan semua 3 tips ini boleh digunakan pada mana-man program termasuklah Innity, Nuffnang, Google Adsense dan sebagainya. Kalau tak, aku buat lagi karangan bahasa melayu aku tuh lagi. Hoho..
Ps: Aku dah layak untuk dapat bayaran ketiga dari 701panduan. Mungkin hujung bulan Mei nanti barulah aku dapat bayaran untuk bulan ni. Sabar ajelah ek. Sebab tempoh pantangnya 30 hari..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















