Apa kebendanya isunya ini?

1. Earning bulan Jun 2011 masih belum diupdate. Sampai la hari ini, masih tak ada update. Takkan nak kena genap 2 bulan baru nak update earning bulan tersebut? Sekarang dah nak masuk penghujung bulan Julai. Apakehalnya lambat sangat ni? Ke memang kena tunggu 2 bulan baru earning tu diupdate?

earningmanggadterkini Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..


2. Aku rasa official fanpage untuk ManggaAd dah hilang. Ke itu hanya perasaan aku sahaja? Dulu, selalu gak aku skodeng fanpage tu. Tapi hari ini, apasal macam dah hilang aje? Kat website ManggaAd pun..takde link ke facebook diorang. Yang ada Twitter sahaja.

3. Update dari Twitter? Paling akhir adalah 13 April 2011. Itupun nak bagitau tentang update earning bulan Mac. Boleh plak bagitau. Yang bulan Jun ni, bila pulakk?? Update terakhir di email ada aku dapat beberapa hari lepas. Itupun suruh tukar dan update kod banner iklan. Aku rasa ada 1-2 kali dah email yang sama masuk cerita benda sama. Korang pun ada dapat juga email tersebut, kan?

4. Aku pernah baca kat facebook ManggaAd yang ada blogger yang masih belum dapat duit walaupun dah request payout dan juga dah hantar email bertanyakan hal tersebut. Tapi masih tak ada maklum balas. Aii..biar betul. Dah la aku baru nak cecah payout nih..time ni buat hal ke??

5. Minimum payout adalah RM100. Rate untuk impression atau klik masih lagi misteri. Jadi..susah nak agak. Aku sendiri tak tahu rate yang macam mana mereka buat. Ini lagi misteri dari rate Nuffnang atau Innity.

6. Ada mana-mana dikalangan korang yang dah pernah dapat bila buat duit dari ManggaAd? Ce cite sikit.

7. Facebook atau fanpage ManggaAd yang official ni wujud ke tak sebenarnya. Betulkan wujud? Tapi cuma sekarang sahaja gagal untuk diaccess. Ke aku salah masuk fanpage orang sebenarnya?? Aku perlukan confirmation ni.

8. Patutkah aku putus asa dengan ManggaAd? icon smile Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..

Ps: Bukan 9 bulan lagi dah. Dah 13 bulan aku bercinta ManggaAd. Tapi masih tak ada hasilnya lagi. Grr..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kenangan lama bersama cik YMads.  Ini surat cinta pertama yang aku terima dari Alex yang kena buang kerja dari YMads itu. Ini juga email yang membuatkan aku mula kenal apa itu YMads.com dan ini jugalah email yang menjadi punca kepada ramai blogger Malaysia huru-hara dalam 1-2 bulan dulu. Haha..

proposalfromymads Kenangan bercinta dengan cik YMads.com


Ini pula update terbaru dari YMads. Kalau dia bayar, aku ambil. Mahu dekat 1000 dollar tu hutang dengan aku. Tapi kalau tak bayar, tak apa. Aku tak marah. Aku geram-geram aje.

latestinfofromymads Kenangan bercinta dengan cik YMads.com


Apapun, YMads aku dakap kemas dalam ingatan aku. Ini kali pertama aku leh dapat 1000 dollar dalam masa 2 bulan untuk program luar. Gila terer aku. Cinta pandangan pertama yang dah kali ke berapa dahh. Tak ingat dah semua cinta-cinta pertama aku dulu. Haha..

#Memang tak ada jodoh dengan cik YMads. Takpelah, cik Nuffnang ada. Cik Advertlets dengan cik Innity pun ada. Cik 701panduan pun apa kurangnya. Cik Tnx pun ok gak. Cik TLA masih kekal comel. Dan ramai lagi. Tak perlu sedih-sedih bila berpisah dengan cik YMads ni..hilang seorang, seribu datang maa..

Ps: Dah, jangan rindu-rindu YMads. Rindulah pada orang yang korang sayang. icon smile Kenangan bercinta dengan cik YMads.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Masih dalam mood berkongsi tentang bayaran-bayaran yang aku dapat dalam minggu ini. Cabaran Usahawan Affiliate versi PPL telah pun berakhir. Aku berjaya dapat sedikit imbuhan dari program ini. Tidak banyak yang aku dapat, tapi bolehlah beli aiskrim dan makan cendol petang-petang selama 2-3 hari. Itupun dah cukup bagus kan?

komisenusahwanaffiliate Komisen pertama dari UsahawanAffiliate.com


Lihat, tak banyak kan? 1 lead dibayar sebanyak 50 sen. Aku dapat 10 lead aje. Itupun aku cuma letak banner sahaja. Tak buat artikel sangat. Jadi, lead yang dapat pun sikitlah. Aku tak all out untuk cabaran kali ini. Tak apalah, kalau ada cabaran macam ini lagi, aku akan cuba untuk buat sebaik mungkin.

Masih hilang mood sebab Malaysia kalah lagi semalam. 3-5. Dah macam lawan Liverpool sahaja. Macam siaran ulangan. Safee Sali juga yang terpaksa kita sandarkan harapan. Aku harap pemain Malaysia boleh buat sesuatu. Pemain pertahanan, lupakan apa yang dah berlaku. Buat post-moterm, buat ujikaji dan cuba bermain sebaik mungkin. Jangan bolos lagi. Aku tak nak defense kita hancur macam ketika lawan Liverpool dan Singapura semalam. Aku tahu mereka kuat. Cuma kena fokus, kreatif dan berdisplin.

Hari ini hari Ahad. Aku malas nak cakap panjang-panjang. Jadi, sampai disini sahajalah dulu.

#Gathering Wangcyber berakhir dengan baik. Aku dah tengok gambar. Teringin jumpa korang semua. Tapi apakan daya, aku ada hal hari ini di Jerantut. Esok kena pergi Kuantan pula. Jadi, tak dapat buat apa-apa.

Ps: Denaihati ada tawarkan peluang untuk buat duit. 1 klik 2 sen. 10 klik, 20 sen. 100 klik. 200 sen. Jadi, dapatkan banyak-banyak klik ke website Denaihati. Hidup ini untuk memberi. Bukan sahaja untuk terima gol sahaja. Kadang-kala, kita kena golkan lebih berbanding menerima bola masuk ke gawang gol. Ok, aku dah merepek. Babai!

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kita kalah lagi. 3-5. Aku sedih. Tapi tak jumpa tiang nak hantuk kepala. Tak jumpa orang nak tumbuk. Tak jumpa lipas nak dipijak. Tak jumpa gelas untuk dipecahkan. Tak jumpa cili untuk dimakan. Jadi, aku kena sabar. Sabar itu separuh dari kekacakan seorang lelaki. Ok, itu mengarut.

1. Untuk 2nd leg nanti, sebolehnya aku nak Safee main sampai habis masa 90 minit. Dia penat ke, dia dah tak larat nak jalan ke. Dia kena berdiri dan berlari-lari kat kawasan penalti Singapura nanti. Kewujudan Safee sahaja sebenarnya dah bagi ancaman pada mana-mana negara sekarang. Cuba kira, berapa kali bola sampai kat kaki Safee bila dia berhampiran dengan gawang gol tadi. Dari 5-6 kali percubaan, dua tepat masuk ke gawang gol. Sebab tu, lepas ni banyak pass bola ke Safee. Kunalan tahu tentang benda tu. Sebab tu, dia pass ke Safee. Sebab Safee yakin dan percaya pada rakan, dia akan cuba golkan mana-mana bola ke gawang gol pihak lawan. Tapi, cuba tengok masa first half..berapa kali Safee dapat bola berbanding masa 2nd half?

2. Kemasukan Amirul Hadi memang mengubah corak permainan. Aku lihat Amirul bukan sahaja main sayap, dia take over bahagian tengah dan bahagian defend kanan. Kekadang main sayap. Kalau dia main tengah atau defend, Mahali akan take over tempat sayap. Tapi kesian gak aku tengok Mahali, turun naik bagai nak gila. Mahali ni, aku leh kata dia macam Ronaldo Carlos. Cuma dia tak terer kot bab-bab sepakan percuma. Apapun, bila separuh masa pertama, aku memang tunggu K. Rajagopal masukkkan Amirul Hadi dengan Abdul Hadi Yahya.

3. Fakri Sarani. Tak menjadi malam ni. Aku tak tahu kenapa. Tapi memang tak berapa menjadi malam tadi. Mungkin dia bukan pasangan yang serasi dengan Safee. Takpe, lepas ni kalau dia diturunkan lagi..mungkin dia boleh buat sesuatu. Aku berfikiran positif ni. Tapi serius, dia tak berapa menjadi..

4. Bila Abdul Hadi masuk. Aku yakin ianya adalah pilihan yang tepat. Safee tengah keseorangan kat atas. Dia sorang aje..dah boleh huru-harakan defense lawan. Tapi dia tetap kena ada kawan. Sorang-sorang kat atas, boleh jadi gila dibuatnya. Kemasukan Abdul Hadi berbaloi. Dia menjaringkan gol kedua hasil lambungan dari Mahali. Cuma Abdul Hadi ni, masa liga Super, memang menjadi-jadi. Malam ni, banyak gak dia cicir bola. Nak gelecek pun susah nak bypass defense Singapura. Dia kena lebih banyak berlatih lagi..

5. Kunalan. Tok sah ceritalah. Bagi aku, dia antara pemain terbaik malam tadi selain Safee Sali. Gerakan dia pada 2nd half berbeza masa dengan first half. Berapa kali dia berjaya gelecek pemain Singapura dan hasil gerakan dia juga Safee dapat gol yang ketiga untuk Malaysia. Aku harap Kunalan boleh kekalkan rentak ini. Kunalan jaga sayap kiri, Amirul Hadi jaga sayap kanan.

6. Safiq. Susah nak cakap. Kalau dia sepak macam tu, dan pengadil nampak depan mata. Bagi kad merah adalah jawapan yang tepat. Cuba kalau pemain Singapura buat macam tu kat pemain Malaysia. Mesti korang rasa nak buat tendangan padu maut kat pemain Singapura kan? Macam itulah perasaan pemain Singapura dan penyokong mereka. Dan akibatnya, next game pun Safiq tak dapat main..kan dah hilang seorang pakar sepakan percuma. Aidil pun takde. Sape nak ganti mereka? Kita cuma ada dua aje yang boleh dikatakan pakar sepakan percuma. Aidil cedera, Safiq dapat kad merah. Kita dapat apa? Dapat geram dan sedih aje..

7. Sarbini. 100% hati aku mengatakan dia tidak akan bermain untuk 2nd leg. Khairul Fahmi akan bermain. Mungkin malam ini bukan malam Sarbini. Tak menjadi. 2 free kick dia tengok aje. Gol ketiga aku boleh maafkan sebab itu memang silap defense. Kena plak sepakan yang memang laju macam peluru. Mana-mana gol keeper pun susah nak tahan. Tapi 4 gol lain, aku tetap rasa Sarbini boleh buat sesuatu kalau dia alert dan pantas bertindak..

8. Defense? Hancur. Kalau boleh sampai 5 gol bolos, itu tandanya defense hancur. Aku harap 2nd leg nanti defense tak hancur. Mesti kebal. K. Rajagopal pun aku rasa dah pening macam mana nak settlekan masalah ini. Tak guna tukar-tukar pemain ganti tempat defense. Kita kena latih pemain defense yang sedia ada untuk lebih alert dan bijak mengawal keadaan. Ini tidak, tadi..terlalu banyak peluang yang dibuka kepada pemain Singapura. Berapa banyak kali dah pemain Singapura masuk kotak penalti senang-senang aje?

9. Faktor padang yang macam gelanggang basketball membuatkan bola senang melantun-lantun dan bola laju walaupun disepak dengan perlahan. Aku rasa macam pemain Singapura main bola versi futsal sahaja tadi. Semua bola laju tapi tepat. Mungkin mereka dah biasa dengan padan sintetik ni. Emm, sapelah punya idea cipta padang sintetik ni haa?? Itu pasal pemain pertahana kelam-kabut tadi. Bola pun asyik cicir aje..

10. Pemain malaysia ni ada satu sikap yang dah lama aku perhatikan. Asal kita dapat gol, mesti diorang akan cool down. Rilek..tak kiralah tengah ketinggalan atau tengah leading. Asal dapat gol..time tu mesti defense huru-hara. Cuba agresif dan alert setiap masa. Jangan bagi dan buka ruang sangat kepada pihak lawan. Cuba macam Safee. Dia tanduk bola..pemain pertahana pihak lawan sampai tergolek dibuatnya..

#Ada banyak aku nak cakap. Tapi cukuplah. Kang ada yang mengamuk nanti. So far, 3 gol tu sebenarnya dah cukup banyak advantage. Kita cuma perlu menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 ketika berada di Malaysia nanti. Aku tak nak tengok angka lain. Aku nak tengok angka tu aje..kalau boleh, jangan bagi langsung Singapura golkan. Biar Malaysia aje golkan. Sampai 10 biji pun tak apa..

#Aku harap Safee akan perform untuk 2nd leg nanti. Kekalkan Amirul Hadi, Safee, Abdul Hadi dan Kunalan untuk 90 minit pertama nanti. Pemain tengah..pemain defense..itu K.Rajagopal kena buat sesuatu..

Ps: Tak ada video atau gambar. Biarlah dengan perkataan. Lebih mudah faham dan memahami.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 79 of 341« First...102030...76777879808182...90100110...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011