Jika korang perasan, semalam aku ada cerita yang aku dapat buffered earning yang terbaru dari Nuffnang bukan? Ya, inilah buffered earning yang ke 14 aku dapat buat masa ini. Yang terbaru ini untuk blog earncent, bukan blog aku yang satu lagi tu. Tapi setakat ini, 2 buffered earning tengah bersarang diblog ini dan lagi dua buffered earning juga bersarang diblog satu lagi. So, overall, ada empat buffered earning yang sedang berterbangan diantara dua blog tersebut.

Ya, aku tahu sekarang ni cukup susah nak dapat kempen buffered earnings. Aku pun turut terasa. Mungkin ada sebab-sebab yang kita tak tahu atau memang kita dah tahu. Apapun, aku tak adalah kisah sangat. Tetapi jika aku dapat, ianya umpama satu penghargaan bagi blog-blog aku yang ada iklan Nuffnang. Itu sahaja. Dan aku yakin, bab-bab pemilihan blog untuk diberikan buffered earnings ini masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

bufferedearningske14 Buffered Earning ke 14 dari Nuffnang


Penaja untuk kempen buffered earnings kali ini adalah Digi. Terima kasih kepada Digi sebab bagi kempen ini dan aku harap Digi akan lebih bermurah hati untuk bagi lebih banyak buffered earning pada masa akan datang. Kempen ini tentang DiGi Menang & Terbang SS Contest. Pendek kata, Digi tengah promosi dan buat contest. Hadiahnya? Korang boleh naik kapal terbang dan terbanggg..siapa yang tak pernah terbang, boleh cuba contest ini dan cuba dapatkan hadiah yang menarik dari Digi.

Okeh, apapun, terima kasih pada Digi dan Nuffnang.

Ps: Ada orang ajak aku berlumba. Fuhh, dia tak tahu ke aku terer bab rempit-rempit kereta ni.. http://bit.ly/i5vOha

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, aku dapat juga cek yang ke 10 dari Nuffnang setelah lama menunggu. Boleh dikatakan agak cepat juga cek kali ini sebab memang dapat dalam tempoh 30 hari. Cek yang ke 11 pulak akan tiba nanti. Mungkin hujung bulan Mei nanti agaknya. Tak apalah, kita tunggu sahajalah dan inilah salah satu keistimewaan jika akaun Nuffnang kita berstatus Glitterati. Bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas kita tekan butang cashout. Berbeza dengan akaun biasa, ianya mengambil masa 60 hari. Ohh, itu satu tempoh yang agak lama. Lebih kurang aje masanya dengan YMads punya program. Haha..

cekke10darinuffnang Cek ke 10 dari Nuffnang


Ini gambar ceknya. Aku dah hantar ke CIMB dan tunggu masa aje nak cair dalam akaun bank aku. Harap cek-cek yang seterusnya akan tiba dengan baik dan tepat pada masanya.

Aku tak ada tips yang baik untuk Nuffnang atau cara nak dapatkan cek dari Nuffnang selain 4 tips ini. Pertama, dapatkan status Glitterati. Kedua, berdoa agar dapat lebih banyak buffered earnings dari Nuffnang. Ketiga, update blog dan tulis artikel-artikel yang menarik hati pembaca. Keempat, latih teknik trafik, belajar tentang SEO dan pelbagaikan taktik promosi untuk blog korang. Itu sahaja.

Berita baik pagi ini, aku dapat satu lagi buffered earnings. Korang pun tahu syarikat mana yang menjadi penaja kali ini? Itupun kalau korang perasan dengan iklan baru warna kuning yang selalu berputar-putar kat dalam blog ini. Nanti aku cerita dalam entri baru. Hoho..

Ps: Malam tadi Alex dari YMads contact aku. Aku tengah mintak dia tukar bayaran dari 2 bulan ke 1 bulan. Harap-harap dia ubah fikiran. Tapi kalau dia tak nak, aku nak buat macam mana. Sabar ajelah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tiga hari lepas, masa aku pergi kenduri kahwin kawan aku kat Taman Mat Kilau, Jerantut. Ada seorang kawan aku ni bertanya tentang bab-bab berkaitan dengan dunia blogger dan juga cara buat duit dengan blog. Beliau dah mula menulis blog dan mula menjana pendapatan dari blog beliau. Tak sangka aku, dulu dia hanya hangat-hangat tahi ayam, tapi akhirnya dah berjaya membuahkan hasil. Mahu dekat setahun jugaklah dia try dan error tentang benda-benda yang ada dalam dunia blog ni.

Dulu, aku ada terangkan bab-bab wordpress, cpanel, install blog, beli domain dan hosting serta macam-macam lagi. Mahu pening-pening gajah dibuatnya. Tak faham dan konfius. Dia sendiri beritahu yang dia hilang fokus bila sudah mula sebulan berblog dan cuba buat duit dengan blog. Dia kata hasil memang tak dapat. Rasa macam kena tipu je dengan aku. Dan aku sendiri lost contact dengan mamat ni dekat beberapa bulan, dan bila jumpa balik, tak sangka dia teruskan aktiviti menulis blog sehingga ke hari ini. Bolehlah dan hasil pun agak lumayan. Dia berjaya menjual baju batik yang dia dapat dengan harga murah. Jadi, agak lumayan jugaklah yang beliau dapat.

akupunbloggergak Akupun blogger gak


Kemudian, dia tanya aku kehidupan aku sebagai seorang blogger separuh masa. Secara jujurnya, hampir sama sahaja dengan kehidupan aku sebagai full time blogger dulu. Walaupun cuma 2 tahun aku bekerja sebagai full time blogger, tapi aku akui ianya tidak banyak berubah dengan blogger separuh masa. Waktu kerja tetap sama dan mungkin juga lebih. Cuma kini aku lebih banyak keluar untuk dunia yang lebih kompetetif dan mencabar. Tidak hanya pada online sahaja. Offline pun best jugak apa..

Memang tidak dinafikan banyak benda yang kita akan terlepas bila kita aktif menulis blog ni. Fikiran mesti fikir pasal blog ini, blog itu,  nak update blog, nak komen ini, nak tengok sales, nak kejar trafik dan sebagainya. Tapi apa yang aku buat masa fulltime, berjaya aku praktikkan ketika aku menjadi blogger separuh masa. Pendek kata, kena bijak bahagi masa dan kena bijak untuk sentiasa fokus dalam setiap yang kita lakukan. Aku juga ada masa untuk bekerja, ada masa untuk buat kerja online, ada masa untuk main bowling,ada masa untuk call mak aku, ada masa untuk pergi pantai, ada masa untuk baca komik, ada masa untuk pergi pasar beli ikan, ada masa beli kelapa parut, ada masa juga untuk berborak dengan jiran. Pendek kata, rutin manusia biasa, sama sahaja dengan rutin full time atau blogger separuh masa.

Bila kawan aku kata, dia susah nak asingkan kehidupan bloggernya dengan kehidupan asalnya, aku tersenyum. Bukan aku tak pernah alami, pernah. Malah, mungkin lebih teruk dari apa yang dia rasakan. Tapi macam aku kata, kita kena fokus, kena rajin, kena kreatif dan kena banyak berkorban untuk dapat apa yang kita mahukan. Kalau tidak, susah nak buat banyak kerja dalam satu hari dan susah untuk fokus dengan apa yang kita sedang lakukan. Kalau korang jurutera, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang cikgu, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang pegawai polis, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang pelajar universiti, korang pun boleh jadi blogger gak. Blogger ni, semua orang boleh jadi..janji, kita tahu nak bezakan setiap apa yang kita lakukan..kehidupan luar mesti juga diteruskan. Kehidupan online, mesti juga tidak diabaikan jika mahu dapat apa yang kita inginkan.

Bila dah nak blah dari masjid kenduri tu, aku cuma kata satu aje dengan kawan aku, kalau ko mahu duit, buat cara mahu buat duit. Kalau ko mahu dapat awek, tackle awek betul-betul. Kalau ko mahu jadi blogger, serius betul-betul mahu jadi blogger. Bukan sebab orang lain jadi blogger, ko pun nak mengaku jadi blogger gak..

Habis cerita, kawan aku yang lain hantar aku balik ke kereta aku sebab aku tumpang kereta dia untuk jimat minyak kereta aku. Selepas itu, aku terus pecut ke Banting sebab keesokan harinya aku ada kenduri kahwin anak pakcik sedara aku kat Melaka. Fuhh, memang penat. Itulah kehidupan seorang blogger separuh masa yang tidak seberapa nih. Sekurangnya, korang dah tahu sehari punya cerita tentang aku sepanjang aku jadi blogger kacak separuh masa ini. Best tak cerita aku? Haha..

Ps: Entri ni aku buat khas untuk kempen Akupun Blogger Gakuntuk membantu Catzer mempromosikan Rumpun Blogger. Sori kalau cerita tak best. Aku pun tengah buntu idea macam ko gak. Mana komik Conan aku nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ahad ni, aku malas nak update panjang-panjang. Jadi, aku nak kongsikan satu lagi bayaran komisen yang aku terima dari program YMads. Bayaran ini bukan bayaran yang mereka lakukan seperti biasa. Bayaran ini merupakan bayaran bonus yang mereka bagi setiap hari kepada blogger atau sesiapa yang menyertai program YMads. Mungkn mereka pilih mana-mana blogger yang mempunyai trafik yang tinggi pada setiap hari dan beri sedikit saguhati pada blogger tersebut. Dan pada tarikh 28hb, mungkin aku terpilih untuk dapat bonus ini. Mungkin juga ada blogger lain yang turut terima saguhati itu pada hari yang sama..

firstpaymentfromymads Komisen Pertama dari YMads


Aku juga dapat tahu yang ada blogger lain juga terima saguhati seperti aku. Mungkin pada masa yang akan datang kami akan dapat lagi saguhati ini. Cara nak dapat? Itu aku tak tahu. Seperti yang tertulis, mungkin ini adalah special activity yang ditawarkan untuk mereka yang ada banyak trafik diblog masing-masing. Jadi, mari cuba sama-sama buat duit dengan YMads jika korang berminat.

Yang suka, ada banyak trafik kat blog korang, meh join YMads >> YMads

Bagi yang tanya samada ianya terima trafik dari malaysia atau tidak. Ya. YMads terima. Rate untuk cpm Malaysia kekadang naik ke $0.11 dan kekadang ke $0.10. Pukul rata, $0.10 untuk 1000 hits atau impression. Kira bagus gak kan? Aku tak guna untuk blog ni, aku guna kat blog-blog aku yang lain. Kalau ada yang perasan, tahniah. Korang berjaya mengspy blog-blog aku yang aku cuba nyorokkan dari korang. Haha..

468x60 Komisen Pertama dari YMads


Ps: Terima kasih pada mereka yang sudah mendaftar under aku. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 78 of 317« First...102030...75767778798081...90100110...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011