Kalau korang pergi mana-mana hospital kat KL dan Selangor nanti, aku harap korang jangan terkejut kalau nampak seorang badut lelaki yang berhidung merah sedang menghiburkan anak-anak kecil. Anak-anak kecil itu tertawa riang dan tersenyum gembira apabila ada badut hidung merah melayan telatah mereka. Ya, anak-anak kecil itu menderita pelbagai penyakit yang merbahaya. Kanser.
Aku kongsikan beberapa keping gambar untuk korang. Kalau ada yang menangis, aku tak tahu. Kalau ada tulang ketiak korang bergetar-getar menahan kepiluan, aku tak tahu. Kalau ada bahu suami yang menjadi mangsa air mata isteri, jangan salahkan aku. Kalau..




Lelaki dalam gambar itu adalah Dr Bubbles. Nama sebenar beliau adalah Iskandar Syah Ismail. RED BUBBLES ditubuhkan pada April 2011 dan merupakan satu organisasi ‘non-profit’. Semua sumbangan disalurkan khas untuk program atau projek Red Bubbles.
Dan jika korang mahu menyumbang sesuatu untuk Projek RM1 Red Bubbles ini, bolehlah hulur sejumlah amount melalui nombor akaun dibawah ini. Aku ambil dari facebook rasmi Red Bubbles dan letak kat sini. Kalau korang malas sangat..transfer RM1 setiap hari tanpa gagal. Kalau segan transfer RM1 setiap hari, leh genap. 30 hari, hulurlah RM30. 31 hari, hulurlah RM31. 28 hari, hulurlah RM28. Setahun, dah boleh kumpul RM365. Haa..banyak kan tu?? Kalau 1 orang transfer RM1 sehari untuk projek Red Bubbles ni dah leh kumpul RM365 hari, bayangkan kalau 10 orang? Dah RM3650. Kalau 100 orang? Dah cecah RM36500. Fuhhh, banyak tu. Ini bukan skim piramid orang minyak. Inilah nilai keikhlasan korang. Biarpun sedikit, tapi kalau 100 orang fokus dan berusaha untuk sokong Red Bubbles ni, aku yakin korang semua memang tergolong dari golongan yang kacak-kacak belaka.

Akaun Maybank: 564070002826 (Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah) - ini bukan akaun bank aku aa..
atau boleh tulis cek kepada
Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah or simply write: Red Bubbles
Website rasmi Red Bubbles: www.redbubbles.org.my
Aku tak paksa. Siapa yang nak join Projek RM1 Red Bubbles. Boleh join aku setiap bulan. Ini projek persendirian aku. Tapi kalau ada ramai geng, lagi bagus. Lagi ramai, lagi kacak!
Oleh sebab aku sibuk. Aku rasa mungkin aku gagal nak transfer RM1 setiap hari. Jadi, aku sumbang sekali harung untuk satu bulan bermula bulan April ini. Ya, aku tahu ada orang akan mengata aku. Setakat RM1 sehari apalah sangat. Kalau nak bantu, hulurlah banyak sikit. RM1 tu, berapalah sangat. Â Biarlah. Aku tak kesah orang mengata aku. Dah lali. Lelaki kacak ni memang ramai yang dengki dan busuk hati. Aku ulang sekali. Ini bukan cerita tentang aku. Ini cerita tentang mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian.
Ps: Aku cerita ni, bukan sebab aku nak menunjuk. Aku pernah hilang sesuatu. Dan aku tahu perasaan orang yang kehilangan insan tersayang. Aku tahu perasaan kehilangan sesuatu. Aku tahu perasaan orang yang kelaparan nasi. Aku tahu perasaan orang yang sudah tidak ada nilai gembira. Jadi, bila aku lihat Dr Bubbles ni buat sesuatu yang aku rasa sangat bermakna, tak salah bukan kalau kita sokong sekali?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content

















