Ehm, aku pasti korang pernah dengar nama ini bukan. MIRSB dan Monsun-biz! Adakah korang pernah dengar syarikat itu dan produk mereka yang popular itu? Sebelum aku melangkah lebih jauh. Aku yakin ramai yang pastinya marah tentang produk popular mereka itu. Monsun-biz memang tidak lari dari kontroversi kerana beberapa perkara yang perlu mereka titkberatkan. JIka tidak, pasti akan lebih ramai orang akan mengutuk program Monsun-biz dan MIRSB itu.


Dalam 1 minggu yang lepas, ramai yang heboh dengan benda ini. Termasuklah adik aku yang berminat dan nak pinjam duit aku. So, aku dengan sejuk hatinya bagi duit berkata aku takde duit. Haha, bukan tak ada. Cuma aku tak berminat nak pinjam duit pada dia untuk program-program macam ini. Aku lebih prefer dia kerja lebih masa dan dapat duit lebih untuk dapatkan duit lebih. Lepas tu aku dengar adik aku membebel pasal tak cukup duit, kos tinggi, nak makan mahal, minyak dan itu ini. Aku dok rumah dan tak keja. Tapi dapat duit hari-hari. Dia jeles dan bengang. Sebab itu dia nak cari duit lebih dan mahu hidup lebih senang dan dengan itulah dia berminat dengan program BossmMailer ini. Mungkin kerana desakan hidup, ramai orang sanggup melaburkan duit untuk program-program yang belum tentu kita tahu kesahihannya.

So, mengapa ramai orang bengang dengan Monsun Biz dan ramai yang mengatakan bahawa Monsun Biz ini SCAM? Mengapa dan mengapa aku juga turut merasakan demikian?

Website Monsun-biz yang buruk


Ini pendapat personal aku. Website rasmi mereka agak buruk dari pemerhatian aku jika mereka mampu caj RM50000 untuk satu penyertaan. Takkanlah tak boleh upah designer atau programmer untuk bina satu website yang hebat seperti Lelong atau E-bay. Paling tidak pun macam Mudah. Paling tidak pun, buatlah satu website yang lawa dimata rakyat Malaysia. Jika tidak, target mereka tidak akan tercapai. Nasihat aku, ubah dan perbaiki. tukar website itu dengan design yang lebih mengagumkan. Kalau boleh advertise mahal-mahal kat Metro untuk 1-2 muka surat. Takkan tak mampu buat website atau blog yang lawa? Harga 1-2 muka surat di Metro itu sudah mampu untuk buat 20-50 website yang gempak!

Sebelum korang dapat join website ini, korang kene bayar RM50 untuk sertai site berikut. Betulkan begitu atau aku menerima maklumat yang salah? Jika salah, sila betulkan aku. Jika benar, aku rasa itu tidak wajar. Sedangkan e-bay dan lelong pun tak caj anda untuk proses pendaftaran sahaja :mad:

Lagi satu. Nama domain monsun-biz. Tak sesuai aku rasa. Kalau dia orang letak monsun saja dah cukup hebat dah tu. Aku rasa itu lebih sesuai. Tapi itu pendapat peribadi aku. Dari segi SEO, aku menentang hebat domain monsun-biz. Bukan kata aku pakar, tapi aku rasa kurang sesuai. Itu sahaja. Diorang benci ulasan aku, aku pedulik apa. Dan kalau korang nak tahu, rank Monsun-biz dalam alexa adalah 627,294!

Jika korang nak tahu. Domain Monsun-biz ini telah dibeli pada August 14 2007 dan telab berusia 7 Months, 28 days. Aku rasa itu sudah cukup masa untuk buat design website yang bagus. 7 bulan bukan satu tempoh yang singkat untuk buat website gempak bukan? Dengan PR0 dan hanya mempunyai 38 inbound link dan nilai valuenya hanyalah 260 Dollar sahaja di Dnscoop Marketplace. Itu satu nilai yang lebih rendah 5-7 kali ganda berbanding blog aku :shock:

BossMailer adalah malware?

Ini salah satu lagi produk MIRSB. Orang kata software atau produk ini adalah bermasalah. Dari segi etika, software bossmailer ini akan spam email kita even kita tak pernah bagi diorang email kita. TAK PERNAH. So, macam mana diorang dapat email kita? Ada software yang diorang akan sedut dan ambil email tersebut. Aku tak sure macam mana modus operandi bossmailer ini, tetapi aku tak suka perbuatan spam itu. Biarpun ura-ura mengatakan bahawa software bossmailer ini dikatakan bukan spamming dari segi teknikal, tetapi aku yakin ramai yang tak suka bila email diorang kene spam. Katakan Tidak kepada Spamming!

Lot atau virtual property atau tanah online?

Mereka akan menawarkan 20000 lot selepas anda membayar RM50000 itu. Aku tak tahu macam mana urusan dapat 20k lot itu dan macam mana nak dapat duit dengan 20k lot itu. Adakah perlu menjual lot itu pada orang lain atau sewakan space/lot macam aku buat di blog aku ini? Oh..jika begitu, tak perlu 20k. RM100 sahaja aku sudah mampu menawarkan 20k lot di blog aku. Siapa mahu?? Tapi jangan suruh aku buatkan. Aku tiada masa untuk itu.

Tapi dari siasatan aku, ada orang mengatakan bahawa MIRSB dan program Monsun-Biz ini akan membantu mereka sampai berjaya. Sistem support akan membantu mereka untuk mencari duit dari lot-lot yang mereka dapat itu. Sampai hari ini, aku tidak tahu apa yang mereka buat dengan lot-lot tersebut. Ada sesiapa tahu siapa yang dah gunakan lot-lot itu dengan maksimum?

Cukuplah aku cerita sikit pasal monsun-biz ini. Aku tak berminat untuk buat post penuh sebab aku sangat lapar sekarang. Tak ada mood nak buat post penuh. Niat aku bukan nak bunuh perasaan orang Melayu untuk buat business internet. Tapi cara mereka promosi dan melakukan penyebaran berita tentang Monsun dan beberapa produk mereka itu tidak kena. Ramai yang dah terpedaya dan tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan lot-lot yang beribu tersebut. Tak kurang jua ada yang sudah merenung masa depan sebab tak ada basic internet. Dalam offline, apa yang mereka mampu buat dengan lot-lot yang kita tidak nampak itu :twisted:

Puan Nora

Siapakah beliau? Aku yakin beliau tidak berani untuk tampil di blog-blog dan menjawab persoalan-persoalan yang kami tanyakan. Belum tentu beliau mampu berhujah jika istilah spamming dan spammer pun tidak dapat dijelaskan dengan bagus. Aku yakin mereka tidak jelaskan bab itu ketika mempromosi bossmailer dan monsun-biz. Aku juga yakin mereka hanya buat pembentangan macam mana nak dapat duit dan macam mana nak gunakan duit itu nanti. Honestly, banyak aku dengar berita tak baik dari berita yang baik-baik tentang MIRSB ini. Jika permulaan sudah begini, apatah lagi 10 tahun akan datang :cry:

Aku tidak mahu berbicara panjang lagi. Korang boleh baca ulasan hebat dari beberapa blogger yang tak kurang hebatnya dalam menulis perkataan dan isu seperti ini.

Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu - Mohdismail.net
Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com
BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com
Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com
Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net
monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com
Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com
Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - U-monsun

So, apa yang kita mampu buat sekarang adalah tunggu sahaja bukti dari ahli-ahli mereka yang berjaya membuat duit dari program Monsun ini dan juga program-program mereka yang lahir. Jika benar hendak orang Melayu maju dengan cara Monsun, sila buktikan. Biarpun 6 bulan atau 10 tahun masa diperlukan, kami akan tunggu. Cuma buktikan sahaja dulu. Aku ingin sangat tahu apa yang terjadi pada mereka yang telah membayar RM50k untuk sertai Monsun dan mereka yang telah menguna product BossMailer itu.

Ps: Ini semua adalah pendapat dan agakan aku saja. Jika mahu tahu lebih lanjut. Tanyakan saja pada pihak Monsun sendiri. Apa yang pasti, kita tunggu sahaja apa yang akan terjadi dengan Monsun. Hope perbaiki apa yang patut diperbaiki. So, apa kata korang tentang Monsun dan MIRSB?

Sambil baca bende nih. Dengarlah lagu Dafi dan Gita Gutawa ini






Debt ManagementCompare debt management plans usingour calculator - Search online now!

www.trapped.co.uk

Matched.co.uk

Popularity: 25% [?]


Sphere: Related Content


Todays, we always heard and saw many people not get job especially for student who already graduated. What do you think about that guys? Its another hot issues in our country. Millions people not have a good job and always complain about their job. So, if some of you like to get a job. Work hard for that. If you think money will come from sky, i think you in wrong planet. Better you go to Jupiter or Pluto. Maybe more people need you at that planet :?:


Ok. Anyone here are medical student or anyone interested with any job with medical enviroment? If some of you interested and want to get job. You can try this one. Even its not give you rich in short time. At least, you can get some good job for your future. Besides, become a medical assisting also a great job :smile:

OK. This site looking for X-Ray Technician. Its also another job in medical assisting. If you like to apply. Just go to that site and get some information first. You also can go further by contact them by email or by phone.

Actually, i believe some of you wonder what is X-Ray Technician right? I know its not a simple way to explain all medic stuff and x-ray stuff. But if you like to know about MRI (Magnetic Resonance Imaging) and CTs (Computerized Tomography) as your techic as medical assisting, i believe you in a right place to choose your job. Did you watch House Series at AXN channel before? Its about medic and doctor stories. So, if you interested with that, become X-ray Techinian also another great chance for you to become a great doctor in future. Who know you will be specialist in future right?

If you go to this site, you can see many Featured X-Ray Technician Schools you can choose when you interested to apply that X-ray Techinician course. Florida Hospital College of Health Sciences, Maric College, The Bryman School and others school are great place for you to learn X-ray Techinian and Practical Technologist in Radiology. So, interested know?

“According to the Bureau of Labor Statistics, the middle 50% of Radiographic Technicians was $32,000 to $46,500 in 2002. The median annual earnings were $40,000, and the top 10% made more than $55,400”

So, the range of salary is big if compare x-ray technician in our country. So, why not some of you give a try if you really happily want to earn good income? Hehe, if i’m not have job right now, i will take a flight ticket and fly away :evil:

By the way, i’m don’t want to waste your time. If you interested and want to be X-ray Technician, you can go and get more information at their site below :


Job Outlook - X-ray Technician Degree Program




Popularity: 10% [?]


Sphere: Related Content


Sejak minggu lepas, terlalu banyak isu semasa yang diketengahkan oleh pihak media baik di surat khabar atau di internet. Kita disajikan dengan begitu banyak cerita dan isu panas sehingga membuatkan ramai yang ingin tahu tentang berita itu. Jadi pada hari ini, aku nak panaskan lagi satu cerita yang agak panas juga sekarang. So, mari kita hangatkan lagi berita baru IM Tanah Air kita ini.


Satu seminar yang julung-julung kalinya menghimpunkan 5 speaker dimana 5 pemuda ini akan membuat Pendedahan Rahsia Sistem Penjanaan Duit Di Internet Daripada 2 5 Pemuda Berpendapatan 6 Angka Setahun. So, jika anda hendak tahu apakah strategi, plan dan cara-cara untuk buat duit di Internet, aku kuat mencadangkan kamu orang semua mendaftar sekarang sebelum terlambat. Kang kalau korum dah penuh. Tak dapat plak nak join. Kene tunggu next seminar plak :cry:

Sebelum itu, siapakah 5 Speaker yang kita sedang cerita ini?


1- Syed Ikhwan : Otai Adsense dan Usahawan Internet Yang Berjaya dengan Teknik White, Grey and Blackhat yang diamalkan selalu. Otai Kelas Online jugak. Banyak murid dia yang berjaya hasil buah tangannya. :cool:

2- Alang : Otai Directory Malaysia. Setakat ni, aku rasa cuma Alang sahaja yang pakar dalam bidang ni kat Malaysia. Yang Exposed la. Yang lain, aku tak tahu. Baru-baru ini beliau telah ditemuramah oleh Harian Kosmo mengenai kejayaannya dalam menceburi perniagaan internet :up:

3- Gobala Krishnan : Otai Blogger dan Internet Marketer yang terkenal di Malaysia. Kalau indians, mamat ni memang terkenal gila. Masa kat UMS, korang tanya saja. Siapa tak kenal Gobala dekat mana-mana indian student. Semua tau maa :XO:

4- Fuad Latif : Ehm. beliau adalah seorang penulis yang telah menulis buku “15 Cara Efektif Internet Marketing”. Seriusnya, aku tak berapa kenal beliau. Tapi dari cerita dan pembacaan aku, dia juga sangat hebat :shock:

5- Yusri : Otai Affiliate Marketing. Dengar cerita speaker yang misteri ini merupakan seorang yang pakar dalam Affiliate Marketing dan PCA. Beliau juga merupakan Expert Programer. Aku tak kenal dia. So, siapa nak kenal Yusri ni siapa. Korang kena datang seminar ni :!:

So, aku dah beritahu serba sedikit tentang speaker. Ini plak informasi tentang hari kejadian Seminar ini berlaku. Korang kena tahu. Manalah tahu nak susun jadual awal ke ada kursus kahwin ke ada majlis tunang ke. Penting tuh :wink:

Tema : Multiple Streams Of Online Income
Modul : Pelbagai kaedah membuat duit daripada internet samada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan.
Tarikh : 10hb Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 9 pg -5 ptg (8 jam)
Lokasi : Hotel Armada, Petaling Jaya
Yuran : RM 479

Info Penting : Jika korang berjaya menjadi 30 orang yang mendaftar terawal, korang cuma perlu bayar dengan harga diskaun RM 397 sahaja! Tapi aku rasa macam dah penuh je 30 kerusi ni. Beza RM100 je. Tak luak pun kan? Ilmu itu lebih penting daripada korang terus tak tahu nak buat duit dari internet :roll:

Macam mana mahu daftar ini seminar?

Ok. Aku beritahu cara paling mudah. Korang pergi ke website rasmi dan daftar. Nanti korang akan dapat detailsnya. Kalau nak cara paling cepat. Boleh contact Syed Ikhwan di talian 013-3936460 atau emailkan ke syed_ikhwan@yahoo.com. Jangan kata aku tak bagitau plak ek :neutral:

Ramai orang akan tanya. Apakah benefit yang akan dapat dari seminar ini?

Honestly. Aku pun tak tahu. Sebab seminar belum berjalan. So, kita tak tahu apa-apa benefit lagi. Tapi tekaan aku secara mudah dan sedikit kajian. Insya-Allah korang boleh dapat banyak ilmu. Jika siapa berminat dengan Adsense, carilah Syed Ikhwan masa seminar tu. Jika berminat dengan affiliate or CPA, carilah Yusri yang misteri, jika minat nak tahu macam mana nak buat duit dari website directory, Alang ada caranya dan Gobala serta Fuad pun ada follower masing-masing. Aku tak rasa rugi sebab seminar ini dapat membongkar kerunsingan dan memecah kebuntuan korang tentang bagaimana nak buat duit di internet.

Jika ada duit lebih dan berminat nak belajar, apa kata korang sertai seminar ini. Biarpun ada orang kata macam mahal. Tapi ilmu yang mahal itu la lebih bermakna jika korang amalkan dan apply dalam perniagaan korang nanti.

Ok. Nak maklumat lanjut. Korang leh terbang ke blog dan site dibawah ini :

Website Rasmi : JomSeminar.com
Blog Syed Ikhwan : Learn How to Work From Home For Real, by Syed Ikhwan
Blog Alang : Jumpa saya di JomSeminar

Apa kata orang lain tentang seminar ini ?

Blog Syed Hafidz : Jom Pi Seminar Di JomSeminar.com
Blog AbdFatah : Cerita gempar masa kini untuk rakyat Malaysia!
Blog Titan Method : Learn How To Make Real Money from Online

Ps: Itu sahaja maklumat yang aku nak sampaikan pagi ini. Biarpun hanyalah satu promosi ringkas tanda menyokong industri IM di Malaysia, tapi aku pasti ianya akan membantu sedikit sebanyak sesiapa yang berminat cari duit di internet. Cuma aku tak dapat ikut serta seminar ini kerana kekangan waktu dan jadual yang padat pada bulan April dan Mei tahun ini. Jika dapat ku selit. Akan aku cuba pada waktu itu. All the best to all people who interested with this seminar! JOM GI SEMINAR KAWAN-KAWAN :XO:

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content


Pengakuan yang aku rasa memang setan dan bengong dari budak Sufiah. Jika korang nak baca satu lagi wawancara atau interview yang aku rasa dibayar dengan harga mahal kepada Sufiah. Korang boleh usha di website ini untuk mengetahui betapa jeleknya dan betapa ceteknya ilmu agama minah ini. Aku malas nak cakap banyak sebab aku pun bukan budak baik sangat. Aku still ada kejahatan dan sudah berbuat apa yang aku mampu. Tapi tidaklah sampai berbangga dengan pekerjaaan yang orang kata HINA sejak zaman nabi sehingga ke zamam ITC ini. :twisted:

Ohh. Mentang-mentang internet ni medium penyebaran paling laku dan paling cepat. Ko fikir ko leh cakap sesuka hati ek? Aku tak tahulah mengapa aku bangun je hari ini aku rasa cam tak best. Sufiah memang wat kita sakit hati. Sudahlah kita kesian dengan keadaan dia. Tapi sekarang, dia leh wat pengakuan dan pendedahan berani dari gambar-gambar seksi dia kat website Newsoftheworld. Making galak la propaganda barat dan wartawan kat situ mencungkil rahsia budak pempuan yang aku rasa dah tak betul. Memang ada skru tertinggal kat Malaysia ni sampai camtu sekali pengakuan beliau hari ini. :roll:

Korang mahu ke aku tunjuk gambar beliau di sini? Aku tidak mahu. korang boleh terus direct ke website Newsoftheworld dan boleh juga lihat video yang bercampur dengan gambar-gamar tak cukup kain tersebut. Aku pasti pasti ada yang terliur tengok video tersebut kan? Tak kurang juga yang mengucap beberapa kali selepas melihat video itu. Nasib mak aku tak masuk bilik aku masa aku tengah tengok video sufiah tadi. Kalau tak, kantoila tengok gamba pempuan bogel nih. Arghh..persetankan dia. Aku dah tak tau nak kata apa. Kita nasihatkan dia pun bukan dia baca blog kita nih. Kita hanya mampu berdoa sahaja semoga dia berubah :vangry:

Nah. INi websitenya dan juga link direct ke video tersebut. Korang lambat tengok, nasiblah. Jika diorang nak biar video tu. Korang masih sempat nak tengok. Arghh. Sakit hati :

Pengakuan Sufiah suka jadi pelacur : Being a hooker is summing I love
Video tak cukup kain dan berbaur seks : Video Interview Favourite Sufiah

Dalam hati. Kalau aku di sana, memang aku cari budak Sufiah ni. Masalahnya aku di Malaysia dan punye banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebagai seorang anak, pekerja, blogger, pencinta wanita dan pengemar wang. So, aku mengaku bahawa aku tidak ada kuasa untuk pergi ke sana untuk berjumpa Sufiah. Jika kamu orang semua berdekatan dengan dia. Pergilah korang lempang sedas atau dua das bagi pihak aku. Walaupun hukuman itu sangat ringan tapi mungkin mampu menyedarkan budak tak sedar diri ini :???:

Ps: korang gi baca kat sanalah untuk tahu tentang lebih lanjut. Aku akan mengikut kisah Sufiah ini dari semasa ke semasa. Hope ada orang berani lempang budak ni. Harap maklum. Ini pengakuan penuh emosi dan berdasarkan fakta emosi. So, jangan samakan dengan fakta aku yang berjenaka atau serius. Ini dua tulisan aku yang berbeda :!:

Popularity: 25% [?]


Sphere: Related Content


Dalam pelbagai cara nak buat duit dari internet, aku yakin korang semua tahu banyak cara dan pastinya sudah cuba terlalu banyak cara sehingga gagal mendapat 1 sen pun dari internet. Ada member dan murid terbaru aku, tak pernah dapat duit RM1 dari internet. Apatah lagi USD1 biarpun telah mencuba selama 1 tahun. Apa perasaan korang jika ditempat diorang? Bagi aku mungkin disebabkan beberapa faktor.

- keinginan tinggi tapi usaha rendah
- usaha dan melampau, dah spamming sana sini dan iklankan pakai adword atau YSM. Tapi still failed. Mungkin dalam hal ini. Korang perlukan pengorbanan, pengalaman dan juga Sifu yang membantu.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku stop kuliah 2 minit ni. Aku nak cerita tentang satu lagi program yang menghancurkan keyakinan orang ramai terutamanya newbie yang cuba-cuba menceburi bidang buat duit di internet. So far, aku rasa ramai yang dah terjebak termasuklah diri aku sendiri. Nak buat macam, aku memang akan cuba sesuatu program, baru aku berani cakap benda tu bagus atau tidak. Macam aku cakap dalam kuliah di atas, pengorbanan dan pengalaman diperlukan. Cuma pada 3-4 tahun lepas, sifu-sifu masih takde yang expert seperti mana sekarang. Kita ada banyak kelas online sekarang melalui Yahoo Mesengger. So, apa lagi. Aku pun ada kelas tersendiri. Tapi kelas aku mahal. So, jangan nak ngada-ngada mintak aku wat kelas untuk korang jika korang rasa tak mampu bayar kelas aku. Mengapa mahal? Aku ada banyak kerja nak buat. So, kalau nak aku tumpu pada sesorang. Aku kene tumpu betul-betul Tak leh memain. Itu prinsip buat duit dan modus operandi kelas buat duit yang aku buat. So far, setakat nih. Ramai yang menyahut cabaran :XO:

OK. Program yang aku benci ini dipanggil AWSurvey. Aku rasa ramai yang dah tahu dan aku kira ramai gak yang spamming dan promosi program ini. Kekadang, aku jumpa gak orang promosi benda ni melalui Adword dan YSM. Tidakkah mereka tahu apakah benda AWsurvey ini yang sebenarnya? Ok. Mari kita redah dan siasat mengapa aku benci AWSurvey.

Proragm AWSurvey adalah program survey. Korang jawab soalan dan review sahaja. Dah dapat duit mudah. Ko, korang nampak banner di atas. INi adalah banner referrals link aku. Kalau korang gatal tangan nak join. Join aje. Kompem aku tak dapat duit punya. Kenapa? Aku sudah request bayaran payout dari program AWSurvey ini. Minimum payout adalah 75usd. Tapi tolak fees yang ngada-ngada diorang adakan. Andaikata aku dapat bayaran, aku cuma dapat 50usd sahaja. 25usd kira fee aku bayar diorang pakai paypal. Kalau nak full. korang pakai cek. Cek? Aku tak pernah dengar ada orang dapat duit dr AWSurvey pakai cek :mrgreen:Ini bukti aku. Aku dah request payout lagi satu semalam. tetiba je akaun aku dah cukup untuk request payout kali kedua. Aku konfirm lagi sekali diorang akan email dan bagitau bahawa ada fraud activity dalam akaun aku. Aku dah tak promote benda nih sejak aku tak dibayar dulu. So, macam mana ada orang join under aku? Inilah antara hasil taktik gerila aku dulu. Memang berkesan sampai ke tahun ini. Hebat :up:

AWsurvey stat
Nampak? So, memang aku tak akan dibayar. Tapi jika diorang kesian dan tercabar dengan tindakan aku ini dan diorang bayar. Aku ambil sahaja duit tu. Hoho :grin:Ok. So, aku dengan ini menjerit sekuat-kuatnya dalam hati dengan niat untuk menasihat sesapa yang dah join program ini, tinggal sahaja. Biarkan ia pergi dari hidup kamu orang semua. Ianya hanya membuat masa dan sesungguhnya anda akan terima surat break dari diorang dan mengatakan akaun anda ada fraud activity. Damm! Ingat aku segila tu ke :!:

So, ini officially scam dari siasatan aku. Aku akan open case jika aku dapat bayaran atau dapat email maki-maki dari admin diorang. Lantaklah. Bukan korang faham melayu pun. Aku faham english. So, aku ada kelebihan. Nak baca? Korang gi cari kamus indonesia, transelate la tulisan aku ini jika rajin.

Noktah!


Compare Credit Cards

We search over 300 credit cards - apply online now!

www.applyhere.co.uk

Matched.co.uk

Popularity: 12% [?]


Sphere: Related Content


Page 57 of 91« First...«54555657585960»...Last »

-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------