Earncent.com - Part 5



Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..



Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, aku telah selamat sampai ke Banting dengan kereta saga hitam aku. Semua selamat. Tak ada kecederaan baik luaran atau dalaman. Ini kali pertama perjalanan pulang yang tidak mengantuk. Selalunya, memang aku balik dengan keadaan badan yang kurang sedap dan mata yang mengantuk. Mungkin sebab aku mendapat tidur yang cukup, sebab itu aku tidak berapa mengantuk hari ini. Kena pula jalan tak ‘jem’ membuatkan perjalanan lancar. Tidak ada drift ataupun korner baring. Drive macam biasa. Dengan bantuan GPS, perjalan menjadi semakin lancar walaupun GPS kali ini memilih jalan yang lebih banyak tol. Selalu aku ikut Putrajaya, sekali masuk KESAS plak kali ni. Tak apalah..

gdijanuarypayment


Ya. Inilah komisen pertama yang aku terima dari GDI. Aku malas nak tunjuk berapa aku dapat. Kalau korang terrer, korang tekalah berapa jumlah yang aku dapat dari GDI nih. Sikit aje. Tapi bolehlah. Ada hasilnya. Aku target dengan GDI untuk 3 tahun. Menjadi atau tidak, itulah limitnya. Ini ujikaji 3 tahun dari aku. Untung, aku ambil. Tak untung? Aku pedulik apa. Dah nama pun ujikaji, kira adatlah kalau rugi. Hangus. Tak untung. Itu normal. Jadi, terpulang pada pemikiran masing-masing.

Ada yang kata, GDI ni menipu. Jika benda ni menipu, atas sebab apa GDI menipu? Buktikan dan aku cadangkan korang hantar surat saman 10 juta ke Syarikat GDI. Jika benar telahan dan tuduhan korang, aku rasa korang dah boleh jadi jutawan sebab berjaya membongkar penipuan GDI. Tapi jika tak ada bukti, atau setakat jerkah liar dan tuduhan melulu tanpa bukti kukuh, tak perlulah nak beritahu dunia yang mana GDI ini menipu. Benda ni dah berjalan lama. Jadi, aku tak nampak sebarang masalah disini. Tapi aku tahu setiap orang ada pendapat masing-masing. Cuma jika tak cukup bukti, jangan mengada nak mengata lebih-lebih..

Harga bulanan yang dekat 10 dollar itu tak berbaloi? Memang tak berbaloi bagi sesetengah orang dan ada sesetengah dari kita tak mampu nak maintain 10 dollar setiap bulan. Jadi, sila fikir terlebih dahulu. Nak beli atau tidak. Kita ada hak untuk beli atau tak bukan? Bukankah kita diberi 7 hari untuk mencuba program ini? Jika suka, promosi dan penuhi syarat-syaratnya. Jika tak mahu, korang dengan hormatnya boleh keluar dari GDI. Tak susah bukan?  Ini tidak, belum join lagi, belum bayar 10 dollar setiap bulan, anda sudah claim ini company menipu? Haiya, mana lu belajar? Selagi kita belum sertai mana-mana program atau business, selagi itu kita takkan tahu macam-macam tentang sesebuah program itu. Aku tak kata GDI sahaja, program-program lain pun begitu. Jika tak ada bukti kukuh, tak perlulah nak buat bising merata-rata. Kalau berminat, buat sungguh-sungguh. Jika kurang berminat atau was-was, sila tinggalkan..

Berminat dengan GDI? Boleh daftar kat sini dulu >> GDI

Bagi aku simple. Selagi kita tak berusaha, jangan harap kita dapat 1 7 sen pun kat muka bumi nih. Tak ada perkara mudah di dunia ini dan jangan merintih mengapa aku masih gagal buat duit, mengapa aku tak dapat kerja tetap, mengapa aku masih tak dapat-dapat kerja, mengapa aku masih tak dapat capai cita-cita aku, mengapa aku masih tak kahwin lagi dan sebagainya. Pokoknya, anda berusaha bersungguh-sungguh atau tidak? Hidup ini kene berani gagal..Tak bermakna kalau korang gagal berkali-kali, korang terus berputus asa dan menyalahkan orang lain dan tuhan. Usaha dan terus berdoa. Insya-Allah, kita akan dapat hasilnya..

Ps: Lega. Walaupun ini rumah mak abah aku. Aku gembira berada di sini..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Feb 11

Titan kene saman!

11 comments - Post a comment


Tadi, aku semak sekejap email-email aku. Dekat satu minggu jugaklah aku tak baca semua email yang masuk ke dalam inbox aku tu. Tak kiralah samada di yahoo dan Gmail. Itu belum lagi akaun-akaun yang lain. Ada dekat berbelas akaun email yang berbeza untuk pelbagai benda. Jangan tanya kenapa aku ada banyak email, dah memang aku kena ada. Jadi, aku kena buat. Untuk apa? Untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan kerja-kerja aku. Haha..

Sekali ada satu email menarik pada bulan ini dari MyEG services. Korang tahu tak apa itu MyEG services ni? Aku pun tak berapa mahir sangat. Tapi satu daripada servis yang dijalankan adalah untuk melihat jumlah saman dan juga kita boleh bayar saman kita melalui online. Bagi aku, aku gunakannya untuk memberitahu aku setiap bulan jika aku ada saman dari JPJ atau tidak. Dan yang bagusnya, diorang akan beritahu aku melalui email aku. Tak ke bagus tu? Jadi, selamat aku pada bulan lepas. Tak ada saman. Alhamdulillah..

myeg


Itulah antara servis yang ditawarkan oleh MyEG. Ada banyak lagi. Korang explorelah sendiri yek. Tapi memang memudahkan kerja aku. Yelah, kita memang tak sedar yang kita bawak kereta ni laju macam pelesit. Niat dihati nak berlumba kat litar sepang, tapi highway karak tu jugak nak berlumba. Jadi, kalau kena saman, tak yah lah nak mengamok. Memang sah-sah salah diri kita sendiri. Kalau nak cerita bab adil dan keadilan, memang sampai kiamat takkan selesai. Jadi, pasrah ajelah. Korang memang buat salah pun kan? Aku pernah kena 3 saman dalam 2 bulan. Total Rm900. Tapi aku kena bayar Rm600 aje. Kira oklah tu..sakit gak jiwa masa nak hulur duit tuh..

Sabtu ni aku akan balik ke Banting. Dapat cuti sekejap sempena hari Raya Cina ni. Bolehlah aku sambung kerja-kerja yang dah dok terbengkalai ni dan mungkin aku sempat buat personal coaching untuk TNX dan juga tips dan cara buat duit dengan blog kat 2 orang kawan aku yang bersungguh-sungguh paksa aku balik cuti ni. Ikut hati, aku nak lepak dulu kat Jerantut. Tapi disebabkan mendapat permintaan yang serius, siap ugut putus sahabat, memang aku kena balik juga. Hampeh tul. Main ugut-ugut plak..

Sekali lagi, aku berniat untuk menaikkan harga lagi ebook Panduan TNX 3.0 ke RM67.00. Bila? Aku tak pasti lagi sebab versi update ini belum siap lagi. Bagi pembeli lama, korang akan dapat update ini secara percuma manakala bagi pembeli baru, korang nak tak nak boleh dapatkan panduan ini pada harga RM67 dan bayaran komisen akan naik ke RM27 untuk 1 sales. Bila? Mungkin pertengahan tahun ini ataupun mungkin pada bulan April. Aku kurang periksa dan insya-Allah, aku yakin bahawa ketiga-tiga panduan ini dapat membantu korang memahami apa itu TNX, cara nak buat duit dengan TNX dan trik-trik istimewa dari aku tentang TNX. Ya, semuanya dari pengalaman aku..

Ps: Ok. Dah cukup untuk hari ini.. :)

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini tidak banyak yang dapat aku ceritakan. Cuma hendak update satu lagi bayaran yang aku dapat hari tu. Sebab terlampau sibuk, jadi aku tak berapa nak sempat update apa-apa yang patut. Banyak gak bayaran yang aku terima, belum lagi yang kat akaun Maybank, CIMB dan Bank Islam. Jadi, aku update ajelah apa yang patut..

tlajanuaripayment


Nampak? Tak banyak kali ini yang aku dapat dan aku rasa memang akan menurun. Tak tahulah kenapa. Tapi aku tetap bersyukur sebab dah 3 tahun berturut-turut aku berjaya dapat sedikit pendapatan dari program Text Link Ads setiap bulan. Aku harap aku dapat teruskan momentum ini. Insya-Allah..

Banyak pula kerja yang kena buat petang ni. Jadi, tak banyak benda yang aku dapat update dan banyak juga projek blog aku yang tertangguh. Aku harap aku dapat buat sesuatu dan aku sedang mulakannya secara perlahan-lahan. Kita kena yakin, barulah akan ada perubahan dalam diri kita. Jika kita tak yakin, satu hapa pun takkan menjadi. Itu yang aku pegang dan aku rasa setakat ini ianya menjadi.

Dan itu juga yang apply dalam semua program yang aku sertai. Jika aku yakin yang aku boleh bawa, aku akan cuba. Dan biasanya akan berakhir dengan kejayaan walaupun mungkin ianya mengambil masa yang agak lama. Tak kesahlah. Janji ada hasil daripada tak dapat apa-apa, kan? Sebab tu kebanyakkan program yang aku cuba, menjadi. Tapi ada juga yang tak berapa menjadi. Jadi, semuanya masih dalam proses ujikaji dan aku akan terus buat ujikaji. Biarlah orang kata aku gila sebab join memacam program. Sekurang-kurangnya, ada hasilnya..

Lambat lagilah jawabnya keputusan cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh denaihati. Terlalu hebat cabaran kali ini. Tetapi aku cukup suka sebab ianya melibatkan banyak perserta yang terdiri daripada blogger-blogger yang cukup hebat. Akui agak sukar, tetapi semua masih tidak mustahil asalkan kita mesti berani dan hidup. Yahh, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk aku..

Ps: Huh, aku harapkan sesuatu. Sesuatu yang berbeza..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 5 of 174« First...«2345678»...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------