Sakit hati lagi aku tengah hari ini. Penat je aku taip, tup-tup hang plak PC abah aku nih. Macam malas je nak taip balik. Dah lah tak sempat aku save as draft. Terus hilang dan membuatkan aku rasa macam nak menyepak orang je.

Macam biasa, aku meneruskan rutin aku melawat blog-blog blogger Malaysia. Penuh ragam dan macam-macam. Ada yang nak e-book, ada yang promote e-book ewriterpro yang bernilai RM10 oleh Maizul. Flarebiz mempromosi Majalah IM bulan februari dan pelbagai lagi isu yang memang seronok dibaca.

Kes yang paling best sekali apa yang terjadi dengan blog Smartusaha dan proses promosi yang dijalankan oleh Zul. Ada kontroversi sikit. Leh baca kat blog Zul dan kat thread di wangcyber nih..

Kesnya melibatkan E-book Rahsia Perniagaan digital yang dipromosikan oleh Zamri Nanyan di SINI dan forum Wangcyber. Dan ada yang tak puas hati dengan e-book itu dan juga ada yang tak berkenan dengan e-book ini. So far, aku tak berani cakap apa-apa sebab aku belum baca lagi satu muka surat pun termasuklah preview e-book ini. Produk ini merupakan produk terbaru Zamri dan testimonial di website tersebut bukan calang-calang rasanya. So far, aku rasa e-book tu bagus, Harganya pun cuma RM37 kan? Tempoh Promosi RM30 kan? Pasal Nuaeman dan Muaz tu, sabar ek. Nanti diorang jawab soalan ko..

So, adakah Zul dan Zamri Nanyan bersalah pada hal ini? Aku tak dapat berikan jawapan. Cuma better korang email atau dapatkan support dari diorang. Aku tak mahu nak ulas panjang lebar kat sini. Tapi ini kisah paling menarik untuk hari ini hasil Tour aku pada hari Ahad ini. Huhu.Ok Case Closed!

Cite lain plak..

So far, jika korang masih belum mendapatkan E-book RajaPayloadz, dapatkan hari ini terutamanya pada warga wangcyber. Promosi RM20 itu akan tamat pada malam ini jam 12 tengah malam. Siapa lambat, boleh dapatkan dengan harga RM30 bermula 4 Februari 2008. So, lambat aku tak tahu yek! korang leh dapatkan info pasal bayaran di sini untuk pembayaran E-book Panduan RajaPayloadz.

Tak ada cerita sangat pada hari ini. Tapi aku yakin ramai yang membuat tour macam aku gak ke sana ke sini. Kalau aku ada kamera DSLR, nak gak aku tangkap gambar apa2 yang patut nanti.

Lagi satu, jika korang rindukan seseorang pada pagi Ahad ini, apa kata korang hantarkan kad kepada mereka dengan perkhidmatan yang Mael cakap ni. Best woo!

Ps: Argh..dah penin lalat dah aku nih. Tunggu air masak nih. BIla la nak menjerit cerek tu aa..

Enter your email address: Delivered by FeedBurner

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, selesai aku menjelajah lebih 20 blog. Memang jadual aku hujung minggu ni, off sikit keje2 dan menjelajah satu dunia untuk membaca blog-blog orang lain. Terutamanya blog tanah air kita. Pelbagai karenah dan terlalu banyak isu kontroversi yang menarik hati aku untuk membaca terutamanya blog Mael. Aku rasa korang tau kan? Antara blog yg mempunyai ranking yg baik di alexa, harga yang mahal di Dnscoop dan juga mempunyai banyak post2 yang menarik, bernilai serta kontroversi. Hehe..Betul tak?

Belum lagi cerita pasal Labanon dapat 10k bulan lepas hasil jual e-book, buat design, adsense dan lelain lagi. Punyela banyak cerita orang tak percaya si Labanon ni. Pelik sangat ke dia dapat 10k tu? Belum lagi bila LiewCF review pasal labanon kat blog dia. Sampai 33 response lagi tu.Haiya. Betul2 aku tak faham. Aku rasa ada yang dok jeles je. Dulu aku tak percaya gak. Tapi bila aku teliti dan tengok modus operandi yang dilakukan oleh Labonon dan Team Flarebiz. Memang dia leh dapat 10k. Tak mustahil bulan ni dapat 20k plak kan? Hah, time tu semua orang nak review si labanon. Silap aribulan masuk surat khabar Metro lagi tuh. Walaupun ada orang yang tak percaya dan mengatakan macam2 pada Labanon termasuk kat si Labanon ni menipu dan macam2 lagi. So, kami buat open case.

So, daro review Earncent.com, Titan dan RajaPayloadz.com mendapati Labonan tidak bersalah. Case Closed!

Hehe. Memang macam2 cerita best hujung minggu nih. Biasalah, kalau orang suka kutuk sana sini. Bukannya dia sedar pun kan? So, kita maafkan jelah diorang. Mungkin diorang tak tahu dan mungkin tak berapa mahir. Biasalah, sape tak pernah buat silap kan?

Biarlah. Aku pun penat dah menjelajah hari ini. So, aku tibai 2 bijik pizza, 1 botol pepsi, 6 pcs ayam original. 1 sup, 1 seafood langsana dan 2 salad. Pergh. Sedap gila, tapi yang bayau semua adik aku. Sebab dia pun baru gaji cam aku. Gaji elaun latihan praktikal dia. Haha..pekena adik sendiri. Memang best betul Biasalah, aku kan abang..

Satu soalan. Google Adword dan Yahoo Search Marketing. yang mana satu lagi best untuk buat promotion? Siapa boleh jawab? Aku tengah tunggu Sham kuarkan e-book panduan google adword nih. Harap2 dia akan kuarkan nanti..

Ps: Penat dah hari ini. Tunggu TAC dari tadi. Bila nak sampai nih aa..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Nak marah. Tak best, nak nangis. Da besau. 2 draft yang aku penat taip hilang macam tu aje. Adakah disebabkan kerana aku tak update wordpress ke version terbaru atau memang draft kita boleh hilang macam biskut? Itu aku tak tahu. So, sabar ajela dan aku sedang menaip post baru untuk pagi sabtu ini menggantikan post2 yg dah terpadam itu.

Hari ini aku nak update saje apa2 yg patut dan sememangnya aku agak penat sedikit. So, faham2 ajelah. Aku pun penat sikit sekarang. Buat keje sana sini. So, harap2 dapat pulangan yang memuaskan dan dapat juga memuaskan hati orang lain.

Kuiz RajaPayloadz
akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. So, korang tunggulah. Tak hari ini, esok lusa aku umumkan.

Top Commentator pada bulan Februari 2008 akan dijalankan dengan sah pada 4 Februari 2008. So, lepas tarikh tu. Korang boleh buat komen sebanyak mungkin. Hadiah? Pastinya lebih menarik berbanding hadiah yg lepas.

E-book RajaPayloadz kekal dengan harga RM30 selepas 4 Februari 2008 ini. Tidak ada lagi promosi sama ada anda member WangCyber atau tidak. Sudah cukup 1 bulan maa. So, siapa yang berminat untuk dapatkan e-book tersebut. Sila buat bayaran secepat mungkin.

Ok. Update 9.12 Pagi. Sabtu

Ini adalah hadiah untuk Pertandingan Top Komentator Bulan Februari 2008.

Tempat Pertama : RM50 + E-book RajaPayloadz v0.4
Tempat Kedua : RM30 + E-book RajaPayloadz v0.4
Tempat Ketiga : RM20 + E-book RajaPayloadz v0.4

5 hadiah saguhati : RM5 + E-book RajaPayloadz v0.4

Syarat minimum untuk 8 Pemenang ini. Mesti ada at least 15 komen ke atas. So, jika korang nak dapatkan E-book RajaPayloadz secara percuma dan pada masa yang sama hendak dapatkan duit percuma. Bolehlah sertai Pertandingan ini. So, aku akan launch secara rasmi sekarang. Pengiraan komen akan mula dari hari ini dan akan berakhir pada 2 Mac 2008. So, harap maklum.

Syarat Wajib menyertai pertandingan ini. Mesti subsribe blog ini. So, harap maklum dan aku rasa ramai dah fahamkan konsep pertandingan ini. Kepada peserta baru, anda semua diajak turut serta di sini.

Enter your email address:
Delivered by FeedBurner

Hadiah istimewa !!

Hanya 1 pemenang sahaja aku akan pilih untuk KOMEN YANG TERBAIK atau paling jujur di blog ini. Aku tawarkan 4% hasil keuntungan Jualan E-book RajaPayloadz v0.4 pada bulan Februari ini.

So, kiraan kasar. Jika aku dapat RM1000 bulan februari, korang akan dapat RM40 jika korang terpilih untuk jadi pemenang bertuah ini. Jika aku dapat RM10000, korang akan dapat RM400!! So, ini untuk pemenang bertuah. Kiraan mudah sahaja. sebab aku kasi bocor sikit. Keuntungan dari raja Payloadz adalah 4 angka pada bulan Januari 2008. So, harap2 akan begitu juga pada bulan kedua ini.

Dengan ini, pertandingan TOp kommentar pada bulan Februari dilancarkan secara tak rasmi pada hari ini. Post Rasmi akan lancar pada 4 Februari nanti.


Ps
: Itu aje. Nanti aku sambung lagi lepas balik makan nasi lemak. Adious!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hehe. Mesti ramai yang terkejut dengan title kat atas tu. Bukan aku saja-saja buat. Tapi beberapa bulan sebelum ini. Memang blog ini mengalami krisis kewangan dan dalam erti kata lain aku sebagai owner blog ini mengalami krisis kewangan. Terutamanya ketika aku hendak menghadapi minggu konvokesyen. Tersangat perlukan duit dan akhirnya semuanya selesai SAMA seperti yang aku rancangkan. So, walaupun ia berjalan lancar, tapi aku memang sesak nafas untuk mengawal sumber kewangan aku yang krisis ketika itu.

Jadi setelah aku baca 2 buah e-book kepunya Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie yang aku dapat minggu lepas. Aku tersentak. Memang aku ada buat banyak kesilapan yang disengajakan dan yang tidak aku sangka. Terdapat banyak perangkap kewangan yang kita tidak sedari dan aku rasa kita patut lebih berhati-hati. Sifat tamak pun kene dihindarkan jika kita hendak berubah ke tahap yang lebih selesa.

Malah melalui pembacaan itu, aku sedar bahawa kewangan untuk masa depan sangat penting. Bukan aku tak tahu penting atau tidak. Cuma kita kene faham, tak semua orang sedar perkara ni. Macam budak-budak muda sekarang, diorang tak fikir tentang duit sangat. Nak duit, mintak je kat parents. Diorang masih tak tahu betapa sukarnya nak dapat duit RM1 dengan usaha kita sendiri kan? So, masihkah korang semua ingat RM1 atau USD1 pertama yang korang dapat hasil usaha korang dulu? Jika korang ingat, mesti korang rasa kan betapa mudahnya dapat duit kan? Hehe. Dulu ye susah. Sekarang, alhamdulillah. Dapat duit harian lebih bermakna daripada dapat duit bulanan..

Dan jika korang rasa kita kena beli untuk dapatkan e-book yang berharga ini. Mungkin korang sudah silap besar. E-book ini percuma walaupun dikhabarkan nilai E-book ini lebih dari USD37. So, ambil peluang, baca dan fahamkan. Selepas itu, kita apply dalam kehidupan seharian kita. Jika dulu aku menderita nak RM200 sebulan untuk menyimpan. Sekarang, alhamdulilah. Boleh menyimpan 3-4 angka sebulan. Walaupun tak banyak, but its enough for me to continue my life and blog..

Antara benda yang baik korang leh dapat dari pembacaaan E-book ini :

  • Cara menguruskan perbelanjaan dengan teknik yang sebenar.

  • cara paling efektif untuk membayar hutang dan pinjaman walaupun tiada wang di dalam poket.

  • Ketahui perangkap paling berbahaya yang akan menyebabkan anda mengalami krisis kewangan yang serius.

  • Pelajari cara yang paling simple dan mudah menambahkan simpanan tanpa perlu mencari sumber pendapatan yang lain!


Satu lagi. Penerangan yang simple dan mudah difahami. Takdelah susah macam baca buku sejarah atau matematik tambahan. Kalau susah macam tu, aku pun tak nak baca. So, pendapat jujur dari aku, kedua-dua e-book ini bagus untuk dijadikan sebagai tools bantuan untuk mengatur kewangan korang baik harian atau masa depan.

So, korang boleh dapatkan 2 E-book Percuma ini di Krisiswang.com.

Ps: Fadlie juga telah melancarkan King of Top traffic KrisisWang. So, kalau ada seiapa nak duit leh join diorang dan dapatkan hadiah berjumlah RM90 dari Krisiswang.com


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


ANtara benda yang buatkan aku semakin bengang sekarang nih. Cgyhost memanjang buat lawak dan menyukar semua visitor dan pembaca setia blog aku. Aku yakin ramai yang tertanya-tanya mengapa blog aku sukar dicapai dalam tempoh 2-3 hari ini. Aku tahu kenapa. Sebab penyedia webhosting aku down lagi berlagi-lagi!

Nampak gaya aku terpakse tukar baru dalam masa terdekat nih. Harap2 time aku tukar nanti diorang tak down. Kalau aku refund, korang rasa leh dapat duit tak? Sebab aku bayar pakai diorang dulu pakai paypal. Ikut hati jahat aku, aku refund je. So, jika tidak ada kemajuan atau apa-apa alasan yang konkrit. Aku akan bertukar.

Kepada semua pemenang Top Commentator, sila emailkan semua data yang diperlukan jika anda hendak menerima hadiah. SEtakat ini hanya beberapa sahaja yang email. Aku cuba buat bayaran serentak jika boleh. Jika tak boleh, aku bayar la sesape yang dah bagi details dengan kadar yang segera!

Tak ada apa-apa nak update. Cuma nak bagitahu aku busy sikit dalam 1-2 minggu nih. Sesiapa nak pakai service VCC, boleh contact aku di Yahoo Mesengger atau di forum2 yang aku aktif macam italkcash atau wangcyber.

Tentang masalah payloadz, aku rasa diorang buat maintainance besar-besaran. Susah nak cakap. Better korang email diorang untuk dapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya. Aku dah dapat payment, tapi aku rasa semua dapat tak lebih 50 cent pun kan? Aku pun sama. Janji ada nafas baru dari payloadz dan memang membuatkan aku dan semua member tak senang duduk rasanya..

Projek baru sedang dibuat. Projek lama yang cukup susah tu aku tangguh dulu. Otak tengah bernanah ni. So, kene tunggu sembuh. Aku betul-betul nak rehat dan nak memanjakan diri. Ke manakah aku patut pergi bercuti?? Ada cadangan? Ho ho ho..

Apapun, kepada yang baru datang ke blog ini. Selamat datang dan selamat berkomen seperti biasa. Memang sakit jiwa kalau webhosting down..aku ada 2 domain dengan Cgyhost ni. Kalau down 2-3 hari seminggu. Memang rugi aku beratus..

Ps: Biarlah rugi. Jangan hati ni mati..


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Page 43 of 67« First...«40414243444546»...Last »
fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Toronto Flights Flights to Sydney
Flights to Melbourne Fare Search