Ok, hari ini aku akan umumkan keputusan Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang berlangsung pada tahun 2011. Kepada yang menang, aku ucapkan tahniah. Kepada yang tak berjaya, cuba lagi dalam siri-siri pertandingan yang akan aku anjurkan. Ya, akan ada satu lagi pertandingan yang akan aku anjurkan dalam masa terdekat ini. Sempena masih ada semangat tahun baru ni, mungkin korang akan lebih berminat untuk mentertai pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan ini, 10 blogger kacak telah menyertai pertandingan 3 Artikel Berpengaruh di Blog Earncent.com. Tak kira menang atau kalah, korang merupakan blogger-blogger kacak kerana sanggup mengikuti pertandingan tersebut. Oleh itu, ini adalah senarai pemenang? Keputusan muktamad. Aku malas dah nak bersengkang mata mengira jumlah komen dan malas nak peningkan kepala yang tengah serabut dengan macam-macam masalah. Kalau ada yang tak puas hati, sila cuba pada pertandingan yang akan datang.

Pemenang Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

1. Bluedianthus
2. Tehr
3. Cik Tom
4. Syaisya
5. Ohbuku

Pemenang Pertandingan Komen di Blog Earncent.com

1. FarahAznil
2. Sjiehan
3. Tehr
4. Yas
5. Syaisya

Dan pemenang yang bertuah yang berjaya menewaskan artikel aku sendiri dalam cabaran SEO adalah tak lain dan tak bukan..

pemenangciktom 10 Blogger blogger kacak yang berpengaruh
Sila copy dan paste gambar ke browser untuk paparan yang lebih kacak.

Jadi, kepada tuan punya artikel tersebut, sila hantarkan kepada aku nama penuh, alamat rumah dan no telefon untuk memudahkan aku hantar hadiah misteri kerana berjaya menewaskan artikel kacak aku. Hadiah tu cuma beliau sahaja yang tahu dan aku harap beliau akan cerita dan kongsikan hadiah tersebut dalam blog beliau. Aku yakin, hadiah misteri itu cukup istimewa dalam hidup beliau. Lebih-lebih lagi, blogger lelaki yang kacak macam aku yang hadiahkan. Betul tak? Haha..

Kepada pemenang yang lain, sila hubungi aku melalui ruang contact. Sila bagi nama penuh, dan nombor akaun bank. Aku cuma terima Maybank, CIMB atau akaun paypal sahaja. Akaun bank lain, aku tak layan. Harap semua pemenang boleh berbuat demikian dengan secepat mungkin. Jangan lupa kepada setiap pemenang untuk buat 1 artikel tentang kemenangan korang agar korang boleh jadikan artikel itu salah satu moment terindah dan kenangan terkacak yang pernah korang alami.

Terima kasih juga kepada para sponsor. Semoga boleh sambung buat sponsor lagi pada tahun 2012 ini. Aku jangkakan sekurangnya akan ada 3 pertandingan dalam blog ini pada tahun 2012 ni. Walaupun tak banyak macam sesetengah blog yang lain, tapi ini yang aku mampu. Apa yang aku dapat dari hasil menulis blog, aku kongsikan dengan korang melalui pertandingan seperti ini. Nak aku bagi saje-saje, nanti korang rasa tak best kan? Jadi, melalui pertandingan inilah aku gunakan untuk berkongsi hasil menulis blog sekaligus mengasah skill menulis review dan mempertajam skill bermain SEO.

Aku nak ajar sorang-sorang bab SEO dan menulis review ni, aku tak mampu. Jadi, melalui penulisan aku dalam blog ini dan juga hint-hint yang aku sampaikan samada secara sengaja atau tak sengaja dan juga melalui pertandingan yang aku anjurkan, aku harap dapat berkongsi pengalaman aku bersama korang. Biarpun tak banyak, tapi lebih baik dari tak ada langsung bukan?

bloggerkacak 10 Blogger blogger kacak yang berpengaruh
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel, ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.

Semoga hidup blogger-blogger kacak yang berpengaruh ini akan lebih kacak pada tahun 2012. Jadikan kemenangan ini sebagai salah satu booster dan penggerak yang baik untuk tahun 2012 ini dengan lebih bermakna.

Ps: Tema gambar hari ini - Tun Mahathir yang kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku sebenarnya malas dah nak ulas isu tonton dan download Ombak Rindu nih. Tapi kawan aku duk cucuk aku suruh ulas isu download filem Ombak Rindu di youtube dan juga menontonnya di youtube. Yelah, dah aku dok mengada ulas filem Ombak Rindu ni biasa aje. Mahu dia tak cucuk aku ulas benda ni pula? Bila aku dok fikir isu yang ramai orang kata remeh-temeh nih, aku malas sebenarnya. Salah sebut, berjuta orang kat Malaysia leh amuk dengan statement aku. Yelah, aku pun bukannya tak pernah download filem, drama atau lagu kat internet. Pernah, bohonglah kalau tak pernah kan? Tapi aku cuma nak bagi satu dua kata tentang isu download-mendownload dan upload-mengupload ni. Tapi jangan jadikan panduan atau fatwa pula.

1. Kalau korang nak download filem Ombak Rindu diyoutube, download filem Ombak Rindu di Mediafire atau mana-mana filem yang kat youtube tu, downloadlah sampai lebam. Aku tak kisah. Itu korang punya pasal. Aku tak kisah. Bab dosa dan pahala, korang dah besar. Tak perlu aku nak ingatkan lagi. Nak download, download. Risiko, tanggung sendiri.

aaronaziz2 Isu upload Ombak Rindu di Youtube


2. Kalau korang nak upload kat youtube, filem ke drama ke apa ke. Tak kiralah atas apa sebab pun. Nak dapatkan trafik ke, nak umpan orang agak daftar program CPA korang tu ke. BUatlah. Cuma aku nak bagitau, risiko tanggung sendiri. Toksah nak salahkan orang lain bila dah kantoi nanti. Kalau aku leh tangkap permainan seorang perempuan seperti kes Penyiasatan Ombak Rindu Biasa aje, tak mustahil orang yang upload filem ke youtube tu pun boleh kantoi.

3. Bercerita pasal risiko ni. Apa risiko bila korang upload filem atau video kat youtube atau laman-laman seperti mediafire, rapidshare, megaupload dan adik-beradiknya. Nak upload, uploadlah. Samada korang nak kongsi ke nak cari duit ke, nak trafik ke blog korang ke. Aku tak peduli. Risiko tanggung sendiri. Apa risikonya, kalau orang yang buat filem tu tak kesah. Aku rasa korang bernasib baiklah. Tapi kalau penerbit atau pembikin filem ni rasa macam gatal tangan nak call lawyer dan cari mamat mana yang buat kerja mengupload tu. Pepandailah korang melarikan diri. Kalau korang bijak dan kacak, takdelah kena tangkap. Kalau kena tangkap, jangan pula buat soalan atau tuduhan, ehhh..apasal orang lain boleh. Saya tak boleh? Halo brader, lu sendiri tahu benda tu salah. Apa pasal lu mahu buat juga?

4. Dan selepas itu akan timbul isu hukum haram pasal download dan upload ni.  Aku tak pandai nak bercerita bab agama secara detail. Jadi, sila tanya pada mereka yang afdal dan pakar dalam isu ni. Cuma aku nak bagi satu pandangan. Kalau hak korang, ada orang lain ambil tak kiralah dalam apa jua cara sekalipun, korang marah tak? Kalau tak marah, itu ok lagi. Tapi kalau marah?  Haa, itu kes download mengupload. Lom lagi masuk isu hukum tengok filem dan wayang? Hukum tengok aurat orang perempuan? Haa..dah. dah. Jauh dah pergi nih..

5. Itu belum campur lagi isu software pirate dan benda-benda lain. Kalau nak dibahaskan, parlimen pun takde jalan penyelesaiannya sebab internet ni bersifat bebas. Korang nak buat apa, buatlah. Tapi selagi tak melepasi garisan yang ditetapkan, itu sudah memadai. Kalau dah langgar, bersedialah menghadapi risikonya. Sekali lagi, pepandailah menanggung risiko dan tidak menyusahkan orang lain.

6. Kemudian, akan timbul satu lagi isu berbangkit seperti copy dan paste artikel kat blog A ke blog B. Jalan ceritanya berbeza, tapi isunya sama. Kisah tentang hak yang telah dicabuli. Kalau penulis artikel atau tuan punya karya yang ditiru itu tidak kisah, korang selamatlah. Tapi kalau dia nak saman, bersiap-sedialah di mahkamah. Belum tentu korang kalah. Tapi nasihat aku, bersiap-sedia sajalah.

7. Dan sekarang aku lihat banyak laman web dan blog yang meletakkan link download didalam blog masing-masing. Dah jadi macam satu ikut-ikutan. Aku tahu, sebahagiannya bukan mereka yang upload video filem atau drama tu semua. Ada yang memang benar-benar nak berkongsi, tapi ada juga yang memang nak cari trafik untuk umpan orang masuk blog mereka. Aku tak kata mereka yang buat semua ni bersalah kerana berkongsi atau bersubahat dalam menyebarkan link download tersebut. Nak buat, buatlah. Aku takkan halang. Cuma, aku nak ingatkan..kalau jadi apa-apa, bersedialah dengan risiko yang bakal tiba.

isuombakrindu Isu upload Ombak Rindu di Youtube


8. Dan yang terakhir, aku tak kata aku menyokong isu ini dan aku juga tidak membantah apa yang korang buat. Isu sebarkan link download ni dah lama. Bertahun lamanya. Tapi ianya hangat dan panas dibincangkan dalam tahun 2011 ni secara meluas. Yelah, lebih-lebih lagi sejak laman web megaupload tu dah tak leh access kat Malaysia melainkan orang-orang yang kacak sahaja tahu cara untuk bypass laman-laman web seperti itu. Bagi aku, ada baik dan buruknya. Yang baik, kita ikut. Yang kurang baik, kita tinggal.

9. Hero dalam Ombak Rindu dan Datin Ghairah adalah orang yang sama.

10. Hero dalam filem panjang Ombak Rindu dan filem pendek Tentang Titan mempunyai persamaan yang agak ketara. Kedua-duanya adalah lelaki yang kacak dan digilai oleh ramai gadis. Haha..

Benda ni mudah. Jika rasa macam apa yang korang buat boleh mendatangkan risiko. Tinggalkan. Melainkan korang cukup terer dalam bab-bab untuk tidak meninggalkan trace kepada diri korang. Kalau kantoi, pandai-pandailah jawab. Kalau tak kantoi, itu tidak bermakna korang tak kantoi selama-lamanya.

Ya, aku takde lagi upload filem tu sendiri dan kongsikan link download dalam blog-blog aku. Tapi aku selalu main keyword link download tu untuk umpan mereka-mereka yang mencari benda-benda macam ni ke dalam blog aku. Bila tak jumpa apa yang mereka cari, apa yang aku dapat? Makian dan carutan. Mana tidaknya, bila aku buat macam tu..cari pulak cerita filem Datin tak berapa Ghairah. Punyalah merata diorang cari link download. Last-last jumpa perkataan tu kat bahagian tag. Mahu tidak panas hati? Haha..itu salah satu ujikaji dan eksperimen keyword aku. Dan apa yang aku dapat dari eksperimen aku tu, orang kita ni memang suka benda-benda percuma macam ni. Dan bukan sahaja orang kita, aku rasa orang luar pun sama. Sebab benda ni sukar nak dihalang. Sebab tak ramai yang kena saman dan sebab ada permintaan untuk benda-benda macam ni. Sebab itulah, masih ramai yang mencari.

Ps: Biarlah hidup kita untuk lebih kacak. Aku tak mahu nilai kekacakan dalam hidup aku dicemari dengan risiko-risiko yang sepatutnya boleh kita elakkan. Jika boleh elak, elak. Itu lebih kacak, bukan?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, adalah hari pertama dalam tahun 2012 dan juga merupakan hari pertama aku menerima bayaran komisen yang pertama untuk tahun 2012. Ya, komisen dari Paid-to-Promote.net ini adalah bayaran pertama yang aku terima untuk tahun ini. Tapi kalau ikut kiraan, ini adalah bayaran yang ke 30 dari Paid-to-Promote.net. Alhamdulillah, setakat ini masih berjaya lagi dapat buat duit dengan program ini tanpa gagal.

Dan berita tak baiknya, bayaran minimum yang perlu kita capai untuk membolehkan kita dapat duit dari program ini 2 kali setiap bulan adalah 5 dollar. Sudah naik. Jadi, dah tak macam dulu. Dapat 50 cent aje, dah boleh dapat bayaran. Tapi kali ini, mesti lebih dari 5 dollar, barulah boleh dapat bayaran. Kalau tak, tak dapatlah jawabnya. Hehe..

komisenptpdecember2012 Komisen ke 30 dari Paid to Promote.net


Oleh kerana program Paid-to-Promote.net ini juga menerima trafik dan popup dari Malaysia, jadi korang boleh cuba kat blog korang. Kalau blog korang ada dalam 1000-10000 impression setiap hari, aku sangat cadangkan korang guna program ini. Kena caranya, leh dapat 5-10 dollar sehari. Tapi kalau macam aku, trafik kejap naik, kejap turun berdasarkan keadaan isu dan keyword semasa, aku biasanya dapat antara 50 cent hingga 1 dollar dalam sehari. Trafik tiba-tiba naik, dapatlah aku lebih masa tu. Kalau teruk..kekadang tak sampai 20 cent pun ada. Jadi, terima aje seadanya. Tak perlu nak buat artikel baru dan kutuk program Paid-to-Promote ini teruk. Faham-faham sudahh..

Ya. Jangan cuba dengan dalam blog yang mempunyai iklan Nuffnang. Hilang status Glitterati korang tu. Aku tak tanggung. Korang salahkan aku, aku terajang sekor-sekor. Huh, kalau tak hilang. Itu maksudnya orang Nuffnang lom terjah lagi blog korang atau sistem siasatan diorang mungkin dalam maintainance. Tapi kalau kantoi, tak yah nak teriak sampai beritahu kawan korang kat Planet Zuhal tu. Itu maksudnya korang minta aaku terajang korang dua kali. Aku dah bagitau, risiko tanggung sendiri. Haha..

Ps: Sekali lagi, tema tahun ini - Hidup untuk lebih kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pejam celik, bangun tidur, tergolek-terlanggang..kita dah nak masuk tahun 2012. Jadi, aku rasa ada banyak perubahan yang berlaku pada diri aku dan juga orang disekeliling aku. Aku rasa aku tak banyak berubah. Tapi rakan-rakan aku kata aku dah banyak berubah. Jika dulu aku ni orangnya serius, sekarang mereka kata aku berpotensi jadi seorang ahli lawak. Jika dulu aku ni orangnya jahat, kawan perempuan aku kata, aku dah menjadi seorang lelaki yang romantik. Jika dulu aku ni tak pandai berenang, sekarang? Mereka kata aku dah pandai mencuri hati mana-mana gadis yang aku mahu. Jika dulu aku ni suka terajang orang, tapi hari ini..mereka kata, akubukan setakat terajang orang, tempeleng lembu pun aku boleh buat. Entahlah, itu yang mereka kata. Bukan aku kata..

Tahun 2011 ni sebenarnya merupakan permulaan bagi aku untuk lebih serius menjadi lebih matang. Itu aku akui. Mak aku pun dah bising. Bila aku nak berubah. Jadi lebih dewasa sikit. Umur dah 27 tahun, tapi perangai macam kanak-kanak liar berumur 7 tahun. Tapi ada gak perempuan boleh teka umur aku ni 17 tahun. Walaupun aku kurang percaya, tapi aku terima dengan hati terbuka. Ya, aku dah tak leh main-main. Ada hati yang perlu dijaga, ada emak yang wajib disayangi, ada nenek yang perlu dipujuk sentiasa dan ada ayah yang perangainya kool sepanjang masa. Ya, aku terima. Aku cuba berubah walaupun tidaklah 100%.

bloggerkacak1 Filem Pendek 2011   Tentang Titan


Bab kahwin. Bukan aku tak nak. Nenek, mak, makcik, adik perempuan aku, kakak aku..paman, ipar duai, mak mertua pakcik aku..atok nenek belah kiri kanan dan juga kawan-kawan kipas susah mati aku semua dok suruh aku kahwin cepat. Cukup-cukuplah jadi kacak tu. Kena jadi lebih kool lepas ni. Bujang itu kacak. Berkahwin itu kool. Yelah, bukan aku tak nak. Cuma aku tak boleh bagi masa yang sesuai lagi. Calon-calonnya ada. Kalau jadi, aku bagitaulah kat korang. Siapa yang pernah komen kat blog aku tak datang masa 4 kali hari kahwin aku nanti, aku bagi buah siku potong kat rusuk kiri dan kanan korang. Grrr..

Aku rasa sebahagian besar dari korang dah tahu sedikit sebanyak tentang Titan dan siapa disebalik nama Titan. Ya, nama sebenar aku pun korang dah tahu. Stalker-stalker aku pun rasanya mungkin dah tahu rumah mak bapak aku. Tak mustahil juga diorang tahu macam-macam pasal lelaki kacak seperti aku ni. Jadi, kalau korang dah tahu. Terima kasih kerana ingin mengenali tentang Titan dan aku. Sungguhpun Titan adalah watak khayalan yang aku reka sejak aku awal menulis blog, aku tak sangka dalam macam-macam watak yang aku wujudkan, nama Titan yang lebih berjaya dan dikenali ramai. Entah dari mana auranya, entah dari mana datangnya kekuatan nama Titan tu, aku rasa korang saja yang tahu. Betul tidak?

Jadi, jika aku ada buat salah pada tahun 2011 ni dan tahun-tahun sebelumnya. Maafkanlah aku. Jika ada aku terkata sampai terguris hati lemah korang tu, ampunkanlah aku. Jika ada kata-kata jahat aku tu menyebabkan korang merajuk dengan bini-bini korang tu, jika ada ayat-ayat manis aku tu menceriakan hati awek-awek korang, jika ada pakwe yang tertekan kerana awek korang hari-hari baca blog aku berbanding blog korang..aku harap korang maafkan aku. Sekali lagi. Untuk tahun 2011 sahaja. Maafkanlah silap-silap aku yang lepas. Tapi tahun 2012, aku tak berani jamin aa. Haha..

Sekian, filem pendek 2011 telah tamat dalam versi kata-kata. Nama filem pendek ini adalah Tentang Titan. Insya-Allah akan ada sambungan filem pendek Tentang Titan pada tahun 2014 nanti.

keterangan gambar: Gambar hari raya tahun ini ketika di Sekolah Mak aku buat jamuan raya. Tak aku sangka, ramai juga cikgu-cikgu perempuan muda yang comel-comel. Lupa, inilah gambar disebalik nama Titan yang korang kata kacak tu. Bukan senang aku nak tunjuk siapa sebenarnya orang yang mencipta nama dan watak Titan ni. Haha..

Ps: Tema untuk tahun 2012 - Hidup untuk lebih kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 40 of 341« First...102030...37383940414243...506070...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011