Aku malas nak ulas apa-apa.Rasa-rasanya korang tau kan yang Blog aku menggunakan Cgyhost dan telah down genap 4 hari. INi membuatkan blog aku kerugian mencecah hampir Rm400 dalam tempoh itu. Sedih gila dan aku tak tahu nak kata apa. Jika sekali lagi down, mungkin aku akan tukar hosting baru.

Ok. Aku letak download link terbaru E-book Ini. Korang leh download. Aku cuma update apa yang aku rasa patut..

Update = Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz v0.2

Perhatian semua. Aku perlukan testimoni kepada sesiapa yang dah try cara buat e-book dari Payloadz. Jika ada sesiapa yang dah dapat duit dari Payloadz selepas belajar e-book ini. Sila reply kat sini testimoni korang.

Kepada Para Komentator, Korang boleh teruskan usaha korang untuk memenangi Top COmentatior 2007 itu dengan sebaik mungkin. Tarikh luput adalah 15 Januari 2008 dan pada 20 Januari 2008 aku akan announce Pemenang. Itupun jika Cgyhost tak buat lawak lagi. Camana aku nak cari duit camni..

Ps: Aku ada buka topic pasal E-Book Payloadz ini di Wangcyber. Boleh usha kat sana juga

Pss : Sape nak guna service VCC. Cari aku kat Wangcyber atau kat YM aku.

YM : titaniumhijau

Thanks.
Update : 1 Januari 2008

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Ok. tak ada banyak sangat masa aku nak update sangat hari ini. Cuma aku nak update 3 program utama yang memberikan pendapatan sampingan daripada internet. Walaupun tidaklah memberikan pendapatan yang sangat lumayan. Tetapi mampu menarik nafas lega setelah menerima payment terbaru dari diorang hujung bulan lepas.

So, seperti berita gembira di Wangcyber. Semua orang dah gembira kerana Payment payloadz masuk macam biasa. So, macam mana nak cakap. Aku sendiri pun dah boleh menarik lafaz lega kerana Payloadz dah kembali macam biasa. Seperti yang aku duga, diorang wat maintainance besar-besaran. So, korang tak perlu risau lagi. Ini payment aku yang latest >> Proof Payment

payloadzlatestnl6.th Payloadz, RajaPayloadz dan Italkcash Update.

So, untuk E-book RajaPayloadz pula. Mulai 4 Februari 2008, harga e-book ini akan kembali ke harga asal iaitu RM30. So, siapa lambat. Aku tak jamin korang leh dapat harga promosi lagi atau tidak. Masih ada 3 hari sebelum minggu depan. So, boleh dapatkan e-book ini secepat mungkin sementara harga masih murah di mata korang semua.

Tentang Italkcash, aku baru sahaja dapat payment dari big boss diorang. 3 payment sekaligus dan berjumlah USD75.00. So, berbaloi gak aku buat posting dan tunggu. So, aku sedang go forward untuk kerja-kerja seterusnya dan cuba capai payment yang seterusnya. Harap dipermudahkan..

Korang boleh lihat payment hujung bulan January 2008 kat sini. Walaupun tak banyak macam korang. Tapi cukuplah untuk 28-31 January. Siapa nak bagi kan? usaha tangga kejayaan!

macammacamoq2.th Payloadz, RajaPayloadz dan Italkcash Update.

Ps: Suka hati aku tengok diorang dapat payment Payloadz hari ini. Seperti yang aku duga..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Pagi ini merupakan pagi yang agak cepat bagi aku. Tak terasa sangat masa berlalu dan aku akhirnya berjaya menyiapkan E-book Percuma aku yang pertama di Internet hasil permintaan beberapa blogger dan newbie. So, jika ada antara korang yang berminat untuk mendapatkan E-book ini. Sila baca detail di bawah. Aku tak nak korang menyesal lepas baca E-book percuma ini dan sesungguhnya aku sangat menyesal memberikannya secara percuma. Waa !!

E- book ini menceritakan tentang bagaimana aku mendapat duit dari Payloadz. Aku
bukanlah seorang yang otai ataupun pakar dalam Payloadz. Tapi setelah 1 bulan aku bermain kata dan bermadah dengan Payloadz. Aku terus nekad untuk membuat 1 E-Book berbentuk kajian dan panduan Cara Pantas Buat Duit dengan Payloadz.

Apakah ciri-ciri istimewa E-book Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz? Kalau nak tahu, korang boleh baca E-book ini. Aku berikan percuma (sudah tak Percuma) sempena Tahun Baru 2008 ini. Orang kata hadiah buah tangan dari Blog aku ini.

Walaupun mungkin ada kecacatan dalam E-book yang serba kekurangan ini, aku terus juga taip dan menaip sehingga tidak sedar sudah 4 jam aku bersengkang mata buat E-Book Panduan ini dan aku akan terus buat kajian dan kajian tentang Cara-cara buat duit melalui internet. Cara Aku strict to the point. Tak ada lagi madah-madah. Kita tunjuk terus cara buat duit dari Payloadz. Bagaimana dan bagaimana, step apa dan apa yang kene ada.

Review aku sendiri terhadap E-book ini. Ia mampu membantu newbie mahupun Expert untuk mencari dan mendapatkan Duit Paypal mudah melalui Payloadz. Tak percaya? korang kene download dulu E-book ini. Jangan banyak cakaplah. Download je dulu, baca dan fahamkan. Aku buat Khas untuk newbie dan untuk Sesiapa yang tidak tahu apa itu Payloadz.

Dengan ini, korang semua boleh download melalui link ini sahaja sekarang

Download Place >>E-Book Panduan Cara Pantas Buat Duit Melalui Payloadz

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya Nufflets dilancarkan semalam pada pukul 8.40 malam ketika Hari Raya Krismas sedang rancak di ibu kota dan negara-negara yang meraikannya. Iklan Nufflets yang aku pasangkan di blog ini akhirnya menampilkan dirinya di sidebar kanan aku. Kiut je kat situ dan iklan pasal Nufflets.Anda tahu apa itu Nufflets? Ianya merupakan Ads Network ke 4 yang datangnya dari Malaysia dan ini sekaligus merancakkan Ads Network tanah air dan beberapa negara yang boleh menyertainya. Jika aku tak silap, Nufflets membuka penyertaan kepada negara Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, China dan Jepun. So, makin besar dan jika korang perasan, Nufflets lebih kepada Asian Ads Network. So, meluas berbanding Nuffnang dan Advertlets yang menumpukan pada Malaysia dan Singapura sahaja. Cuba korang lihat hari jadi diorang ni..

NuffNang - 27th of February
Advertlets - 9th of March
GrabMyAds - 21th of November
Nufflets - 25th of December

Dalam masa tempoh 1 tahun. 4 Ads Network datangnya dari hasil anak Malaysia. Semuanya sedang berdiri gah dan membuat sesuatu yang baru untuk arena Blog Malaysia. So, aku tahu ramai yang berminat untuk join 4 program ini. Jika belum, korang boleh join sekarang. Jika sudah, berusahala untuk mendapatkan income yang hebat dengan Nufflets dan Ads Network yang lain juga.

Ok. Tak banyak yang aku leh bagitahu. Korang leh lihat sendiri di website diorang dan sebenarnya beberapa blogger Malaysia telah menemui Nufflets lebih awal dari aku. Antaranya adalah Hongkiat, Boonage, dan Flisterz.

Untuk pengetahuan korang. Nufflets lebih berbentuk kepada Adsense. Earning dikira melalui text ads CPC. Ini bermaksud korang akan dapat duit untuk setiap click yang korang dapat dari iklan Nufflets yang ada di blog korang.

Antara syarat untuk join Nufflets. Mesti pakai blog yang ada domain dan hosting sendiri. Aku tak pasti jika free host blog diterima atau tidak. Korang juga akan dapat 5 usd percuma dalam akaun korang selepas berjaya daftar dan blog korang diterima oleh Nuffnang. Bonus 10usd juga akan menyusul selepas ini. Tapi bagaimana nak dapatkan 10usd? Korang akan tahu selepas korang register Nufflets ini.

So, ini antara peluang buat duit lagi dari Ads Network. So, aku tak rasa kita kena lepaskan peluang ini. Rebutlah peluang bersama-sama. Aku yakin masih tak ramai yang menyertai Nufflets. Di harap post ini dapat membuka ruang bagi blogger Malaysia untuk terus membuat duit dari blog dan program2 lain lagi. Jangan buang masa lagi. Kalau nak buat duit dari blog, inilah masanya. Marilah support barangan buatan Malaysia..

Ps: Jika aku tak salah, owner dia Nabil.

Pss : Ini post kedua aku. Bila aku buat tadi, tiba-tiba terpadamla pulak. Huu..

Pss : Nufflets Slogan - Everyone’s Advertising !

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011