Aku saje nak promosi satu pertandingan komen yang diadakan setiap bulan di blog Cyza.us. JIka korang pernah masuk blog kepunyaan seorang lelaki kimia yang kacak ni, korang mungkin akan teringat blog lama beliau iaiti zakiyamani.com. Itupun kalau korang ingatlah. Aku masih ingat sebab aku dah lama lepak kat blog-blog beliau. Jadi, kalau korang nak menang sedikit duit sampingan hanya melalui komen-komen korang yang bernas tu, bolehlah sertai Top Commentator Contest - March 2012.
Blog lelaki kimia ni ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi, korang kena bacalah dalam english. Lagipun, bukanlah english yang susah-susah. Walaupun aku ni agak bebal dalam bahasa english ni, tapi aku masih boleh faham dan tangkap apa yang beliau tulis dalam artikel-artikel beliau. Sekurangnya, bolehlah tambah grammar apa yang patut memandangkan aku ni memang fail sikit bab english ni. Sebab tu kalau korang perasan, kebanyakkan blog english aku ni banyak perkataan dan ayat yang broken sikit. Lantaklah, kita takkan jadi pandai dan kacak selagi kita tak mencuba. Jadi, rajin-rajinlah mencuba. Baru leh jadi kacak macam brader kimia kita ni.

Aku dah 2 kali menang contest beliau pada bulan Januari dan Februari yang lepas. Bulan Januari, aku menang tempat kedua. Bulan Februari, aku menang tempat ketiga. Bulan Mac ni, aku tak tahu aku masih ada tempat atau tidak memandangkan aku rasa ramai yang akan kacau daun nanti. Jadi, aku cabar korang untuk mengalahkan aku bersama Farah dan Samdaddycool. Itupun kalau korang rasa tercabarlah.
Cuma bulan ini peraturannya agak ketat sikit. Nak tahu lebih lanjut, gi masuk blog lelaki kimia ini dan baca apa yang patut. Aku cerita semua kat sini, tak ada gunanya. Aku nak korang masuk blog beliau dan baca. Barulah korang faham apa yang aku cuba sampaikan. Takdelah baca kat sini aje. Sesekali, gi baca something yang berbeza yang ada disana berbanding korang dok senyum sorang-sorang baca artikel aku yang kacak yang mampu mencairkan gadis-gadis di Malaysia ini.
Ps: Artikel ni aku buat selepas aku terbangun awal pagi ini. Aku masih demam dan batuk. Tapi macam dah ok sikit. Kena pantang sikit makan dan kurangkan aktiviti liar aku seperti makan tanpa kawalan, mengorat tanpa batasan dan kurangkan minum minuman yang banyak semut. Huh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content

















