Hehe..ya. Aku akan pulang ke Banting petang ini dan mungkin dalam pukul 2 lebih nanti aku akan bertolak setelah siap kemas-kemas apa yang patut. Isi mintak sikit dan aku akan terus memecut ke Banting dan aku harap takdelah kena speed trap pula. Aku akan cuba bawa BlackSaga aku tu dengan lebih berhati-hati. Doakan aku selamat pulang untuk bersahur dan berbuka dengan mak abah aku hari ini. Rindu dah pulak dengan ikan goreng rangup, nasi lembik, petai dan sambal belacan. 4 kombinasi tu dah cukup membuatkan aku tambah nasi 2-3 pinggan.

Dan hari ini juga kalau sempat, mungkin juga aku akan sempat solat terawih di Banting. Masjid At-Takwa. Teringat kenangan berterawih masa kecil dulu dimasjid nih. Dulu pernah main “polis and thief want to jaga”, pastu main “silat lagenda”, siap aku jadi Hang Kasturi lagi. Main mercun kat masjid ni. Main mercun tali. Gi cari sesiapa punya selipar, ikat mercun tali tu. Waktu paling seronot sekali, bila semua orang dah nak balik. Pakai je selipar, meletup-letup mercun dan melatop terus bunyi orang terkejut dan melatah. Paling best bila kitaorang pedajal selipar-selipar makcik-makcik yang datang terawih. Haha, kitaorang lah setan pada malam tu.

Mungkin juga akan sempat jumpa teman-teman seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Yelah, aku dah jarang lepak Banting sekarang, memanjang kat Jerantut dengan Damak aje. Jadi, memang kalau ada member Banting jumpa aku, kata aku sombong. Aku reda ajelah. Nak buat macam mana, kekangan kerja dan masa yang membuatkan aku terjebak sebegini. Takkan sebab ni pun nak putus sahabat pula. Takpe, malam ni aku roger, kita gi makan char kuew tiaw kegemaran aku tuh. Ok?

Pada masa yang sama, ini juga membuatkan aku akan bersahur kali pertama di Banting. Dan mungkin juga berbuka kali pertama di rumah nenek aku yang kat Olak Lempit tu. Dan mungkin ini juga kali pertama dalam bulan Ramadan ini, aku akan mendengar leteran nenek aku yang suruh aku cepat kahwin. Dah lama tak dengar nenek berleter.

Sungguh, aku rindu suaranya.Ye, ye. Aku cucu manja nenek aku. Berbanding adik-beradik aku yang lain, aku yang agak rapat dengan nenek. Aku juga yang selalu mengada-ngada dengan nenek. Aku juga yang selalu jadi tempat nenek luahkan masalah dia kat aku. Bukan aku nak riak. Tapi mungkin sebab aku pernah tinggal kat rumah nenek aku dalam setahun dua masa aku kecil dulu membuatkan aku rapat dengan nenek. Lagipun, antara adik-beradik aku memang aku yang selalu balik kampung. Adik-adik dan akak aku memang sibuk sikit. Lagipun, dalam keluarga aku. Aku yang pakai kereta dulu. Itu pasallah aku juga yang selalu kena bawa mak dan abah aku balik kampung. Ya, aku tahu. Besar tanggungjawab anak lelaki nih. Aku juga yang akan jadi wali untuk kakak dan adik perempuan aku nanti. Mereka masih dalam tanggungjawab aku dan aku akur aku tak boleh lari dari itu semua.

Itu sahaja aku nak kongsi dengan korang. Mungkin hal berbuka puasa dengan keluarga ni dah jadi kebiasaan bagi korang. Tapi bagi aku, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, memang cukup susah untuk aku berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ya, aku rindu suasana tu. Aku tahu, korang pun rindu mak abah korang dan juga rumah korang tu. Jadi, kalau korang juga balik kampung pada hari ini, memandulah dengan berhati-hati. Ingat pada orang yang tersayang dan insan-insan yang bakal menjadi kesayangan korang.

Ps: Korang sayang nenek korang tak? Aku sayang sangaatttt.. :)

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tahun 1997-2001.

Kali ini kisah aku berpuasa pada bulan Ramadan juga seperti siri yang lepas. Cuma kali ini ianya berlaku pada tahun 1997-2001. Kiranya ketika aku di alam sekolah menengah. Di sini, aku bersekolah di sekolah A selama 3 tahun dari tahun 1997 hingga 1999. Selepas aku berjaya dapat keputusan yang agak baik dalam PMR, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah B). Maksudnya, semua pelajar baik lelaki atau perempuan WAJIB duduk dekat asrama. Takda pelajar yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. Jadi, cerita kali ini lebih kepada 2 tahun terakhi aku dalam alam sekolah iaitu pada tingkatan empat dan lima atau lebih tepat ketika di sekolah B.

Tahun pertama ketika di sekolah B, tak ada banyak yang menarik. Maklumlah, sekolah B tu pun masih baru. Baru aje 3 tahun ditubuhkan dan pada tahun itu juga baru ada budak tingkatan 1 masuk. Selama ini cuma ada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Dan aku akui, kemasukan pelajar tingkatan 1 memeriahkan lagi suasana kat sekolah tu. Yelah, kat sekolah tu wajib panggil abang atau kakak walaupun usia korang cumalah berbeza beberapa bulan sahaja dengan orang lain. Kekadang, berbeza satu dua bulan sahaja dan aku terpaksa juga panggil diorang abang walaupun aku tak berapa gemar. Tapi kalau akak-akak tu, aku tak kesah. Haha..sebab majoriti budak-budak perempuan sekolah aku tu, semuanya pandai-pandai belaka. Baik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sudahlah pandai, lawa plak tu. Kekadang, aku sendiri tak sangka begitu ramai pelajar perempuan yang lawa-lawa semasa aku belajar kat sekolah tu. Kiranya macam kejutan budaya gak dibuatnya.Aku ni kira masih hijau lagi kot masa tu..

Ok. Stop! Aku dah melalut ni. Dipendekkan cerita, bulan puasa pada tahun 2000. Kiranya tahun y2k la yang katanya akan merosakkan semua sistem komputer seluruh dunia. Tapi tak rosak pun. Cis! Bulan puasa pada tahun itu memang aku berpuasa penuh, solat terawih 20 rakaat, 3 rakaat untuk witir da membaca al-Quran. Dan aku harap ianya mendapat keredaan dari Allah walaupun aku ni takdelah sebaik mana. Alhamdulillah aku tak pernah datang bulan ataupun tumpah darah. Dan pada bulan tersebut juga aku kenal dengan satu pelajar perempuan. Nak kata kenal, tak juga. Tapi lebih kata aku rasa cam terpaut dengan seseorang. Biasalah, zaman budak sekolah. Bohonglah kalau korang tak suka kat sesiapa. Yang peliknya, aku cuma nampak dia pada bulan Ramadan aje. Bulan-bulan sebelum ni aku tak pernah nampak budak tu. Selidik pun selidik, rupanya-rupanya budak tu tingkatan 5 dan ketika itu aku baru tingkatan 4. Tapi kira aku masih tinggi banding budak tu sebab dia rendah banding aku. Biasalah, budak lelaki memang biasanya lebih tinggi dari budak perempuan.

Jadi, bermulalah episod aku cuba untuk mengorat dia. Segala jenik taktik dan strategi telah aku buat. Kekadang tak menjadi dan akhirnya aku reda. Mungkin dia bukan untuk aku dan aku akur jika aku dapat bercakap dengan budak tu sekali seumur hidup pun, dah kira orait apa. Dan pada penghujung ramadan, lagi 2 hari kita orang semua nak balik berhari raya ke kampung masing-masing, aku berpeluang untuk bercakap dengan budak tu. Itupun nasib aku rasa nak keluar gi tandas. Kalau tak, memang takkan terserempak punya. Budak tu masuk ke perpustakaan. Jadi, aku saja-sajala lalu kat situ. Sekali masa dah nak kat pintu perpustakaan tu, budak tu tetiba plak keluar. Aku dah susah nak elak, terus budak tu terlanggar aku. Oleh sebab badan aku agak sasa sikit waktu, budak tu tergolek plak kat situ. Aku dengan spontan terus tarik budak tu bangun sebab aku rasa cam aku bersalah plak. Budak tu dah tersipu-sipu bila aku tarik dia bangun dan aku terus minta maaf sebab muncul tiba-tiba. Aku pandang dia dengan tak reti malu. Dia pandang aku termalu-malu. Dan selepas berborak sikit-sikit. Terus aku pergi masuk dalam kelas. Dan akibat keluar kelas menghampiri 30 minit, aku kena denda dengan cikgu sebab masuk lambat. Lantaklah, janji aku dapat cakap dengan budak tu. Haha..

Dan yang paling best, esoknya aku dapat sedikit titipan dari budak tu. Dia passing bekal kuih tu ke pelajar tingkatan 1 yang lelaki. Dan budak tu cari aku. Budak tu cerita, tadi ada akak tingkatan 5 suruh bagi bekal ni kat abang (aku).Aku bukak, sekali ada kuih karipap dua bijik dan kuih keria 2 bijik. Aii, camana leh tau kuih kegemaran aku. Satu yang pedas, satu yang manis.  Dan aku terima dua berita pada hari terakhir sebelum kami pulang ke kampung.

Berita pertama. Budak tu bagi aku surat. Itu pun dia main pass-pass gak. Tapi kali ini dia pass kat budak perempuan yang satu kelas dengan aku. Dalam surat tu dia ceritalah memacam. Biasalah, ayat-ayat jiwang. Mukadimah aje dah bagi hadis dan ayat Al-Quran. Aku sengih sorang-sorang kekadang bila ingat benda nih. Last sekali dia kata, dia suka dengan aku dan dah lama perhatikan. What!!?? Aku terkedu. Itu berita gembira.

Berita kedua. Dalam surat tu juga budak tu beritahu. Dia akan berpindah sekolah selepas raya kerana mengikut ayahnya yang berpindah kerja ke Kedah. Aku sekolah kat Subang Jaya masa tu. Jadi, kira jauhla. Dan aku memang jenis tak suka hubungan kawan jarak jauh ni. Selebihnya, korang boleh corakkan mengikut imaginasi liar korang. Ok. Itu berita sedih.

Penutup. Dalam 2 tahun itu, inilah salah satu cerita dalam bulan Ramadan yang sukar aku hendak lupakan sebab itu kali pertama aku tersuka pada budak perempuan yang lebih tua dari aku. Sebelum ini tak pernah. Sekali lagi. Tak pernah. Dan sekarang pun tak pernah. Jeling-jeling aje pernah. Ada banyak cerita lagi. Tapi kiranya ini yang aku rasa nak kongsikan sebab aku sendiri jarang cerita bab aku bercinta monyet kat korang kan. So, ini salah satu cinta monyet aku pada sekolah menengah dulu.

Ps: Nama budak perempuan tu, Husna.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Aug 23

Salah Siapa?

15 comments - Post a comment


Kalau tak buat kerja, kita tak dapat apa-apa. Betul atau tidak?

Benda yang aku nak cerita ni simple. Tapi disebabkan oleh orang kita ni terlalu bijak dan pandai, benda ni selalu disalahertikan dalam pelbagai jenis maksud dan pandangan yang berbeza. Dalam beberapa jenis situasi dan melibatkan beberapa syarat yang tertentu seperti kalau kita tak buat kerja, kita tak promosi, kita tak baca, kita tak tau kerja itu halal atau tidak, kita tak pasti apa yang kita buat dan sebagainya akan menyebabkan kita tak dapat apa-apa terutamanya dalam bidang perniagaan dan buat duit di internet.

Ada banyak program dan cara untuk buat duit melalui internet. Samada melalui blog, menyertai sesebuah program, sertai skim itu ini, menyertai pelaburan tertentu dan sebagainya. Semua benda ni kita akan lihat satu perkara yang penting. Kalau kita tak buat kerja, kita takkan dapat satu sen pun. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku? Tak kerja. Tak ada hasil.

Itu belum cerita pasal produk lagi. Belum masuk bahagian produk tu halal atau haram. Belum cerita lagi produk tu sebagai produk sampah atau produk “kambing hitam”. Belum lagi cerita tentang plan perniagaan atau strategi yang dikatakan menghampiri money game atau plan perniagaan MLM yang agak mengelirukan. Dan apa yang aku kata ni mungkin ramai yang kurang setuju. Korang punya akal dan fikiran. Boleh berfikir dan korang sendiri tahu ramai pengusaha sesebuah program yang memang sedang mencari ramai orang untuk diperdayakan.

Jadi, adakah sesebuah program itu disalahkan jika korang tak dapat duit dari program tersebut sedangkan korang tak usaha dengan smart. Sudahlah tidak berusaha dengan bijak, tidak berusaha siang dan malam. Kemudian, disalahkan pula pada produk syarikat atau plan program tertentu yang dikatakan menyukarkan ahli untuk mendapat duit dengan mudah. Memanglah. Mana ada dapat duit dengan mudah. Tak ada. Plan yang direka pun tidak akan mengayakan kita dan SEMUA program atau syarikat kat dunia nih memang akan UNTUNG BESAR dan jadi kaya raya kita produk dan program mereka menjadi sambutan. Syarikat atau program memang akan jadi KAYA biasanya. Diorang akan untung besar. Takkan ada sesiapa yang lebih kaya dari syarikat atau program. Ini kita kena tahu. Aku dah menyampah bila orang menyumpah-seranah yang mengatakan admin ini tipu, admin ini kaki bohong, syarikat ini penipu besar, syarikat ini salah, syarikat ini mengelirukan dan syarikat ini skim cepat kaya.

Sebelum korang menyalahkan sesebuah program atau syarikat, pernah tak korang siasat latar belakang dan plan perniagaan atau cara untuk buat duit dari program dan syarikat tersebut? Pernah? Kalau pernah? Pernah tak korang tahu hampir 75% operasi yang dikendalikan oleh mereka? Pernah tak jumpa bukti yang program ini membuahkan hasil? Ada testimonial dari yang dah berjaya? Jika ada review, adakah review itu boleh dipercayai dari beberapa segi yang mampu membuatkan kita yakin dengan produk dan pelan marketing syarikat atau program tersebut? Pernah lakukan? Dan seandainya korang dah yakin, dan korang sertai program tersebut. Dan selepas beberapa bulan korang GAGAL buat duit dari syarikat atau program tersebut, adakah syarikat itu bersalah kerana korang gagal buat duit? Adakah salah produk itu kerana produk itu gagal menghasilkan jualan? Adakah salah syarikat tersebut kerana mencipta pelan yang meragukan? Salah siapa?

Dan jika korang menuduh tanpa bukti, jangan tak percaya jika korang boleh kena saman tak tentu pasal atas tindakan korang tersebut. TAPI  jika korang ada bukti kukuh, ada ramai yang rasa tertipu dan yakin korang boleh saman syarikat atau program tersebut, MENGAPA korang tak ambil tindakan untuk bawa bukti tersebut dan ketengahkan ke mahkamah atau badan yang mampu menegakkan kebenaran bagi pihak korang? Mengapa korang tak berbuat demikian? Jika tak ada bukti, jangan cakap banyak. Sudahlah gagal dalam promosi, dikatakan pula sudah promosi berbulan-bulan. Walhal, dok main facebook hari-hari, chatting kat YM. Apa kes? Sudahlah gagal menjual produk, dikatakan pula produk tu takde kualiti, produk lapuk, produk RR, MRR ni takde value langsung. Produk digital ni dah tak sesuai untuk masa sekarang. Sape cakap?? Sudahlah gagal untuk mencari seorang downline, tapi dikatakan semua ini salah syarikat atau program 100%.Dan banyak lagi..

Ok. Persoalannya. Adakah itu patut? Adakah itu adil? Kita lihat masyarkat kita pada hari ini suka masuk program itu, suka join MLM ini, suka masuk program ini, cuba-cuba menulis blog, cuba jadi blogger, suka jual e-book, jadi peniaga e-bay, suka cuba syarikat ini. Katanya sekadar mencuba nasib. Ok. Itu kita boleh terima lagi. Tapi bila masuk part menyalahkan company, menghina, mencarut, berdusta dan menipu atas fakta yang diutarakan, aku sangat membenci perbuatan tersebut. Pertama, tanpa bukti kukuh. Kedua, pendapat tanpa sokongan yang sangat berasas. Ketiga, cetek dalam dunia buat duit di internet dan dunia perniagaan. Rata-rata berfikir, mereka sahaja yang benar. Mereka yang mmebuat fatwa tersebut. Ini haram, itu halal. Ko salah, aku betul. Diorang pembohong, aku yang benar. Sungguh jarang sekali aku melihat yang mengaku bahawa itu sebenarnya kesilapan mereka sendiri. Tidak membuat rujukan. Tidak berusaha dengan lebih gigih. Tidak menyalahkan orang lain tanpa bukti. Tidak yakin dengan diri sendiri. Dan atas sebab ini juga aku lihat keadaan orang melayu yang semakin layu ditinggal oleh bangsa-bangsa yang lain. JIka kita fikirkan secara waras, orang Melayu antara orang yang paling bijak di dunia ni. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku ni?

Cukup. Cuma aku tinggalkan satu soalan pada korang. Pernah tak korang diri korang tu sebenarnya yang bersalah sebelum menyalahkan orang lain? Pernah tak korang rasa diri korang tu yang tak betul sebelum menuduh orang lain?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tahun 1990.

Waktu ni aku baru aje umur 6 tahun. Tapi kiranya aku dah start belajar berpuasa. Aku masih ingat sebab itulah tahun pertama aku belajar berpuasa pada bulan ramadan. Masa umur 1-5 tahun. Memang sah-sah aku tak puasa sebab aku tak reti nak baca niat puasa, tak reti lagi solat dengan baik, tak reti lagi nak ambil wuduk, tak reti lagi nak fikir dengan waras dan masa tu pun aku tak tau apa menatang blog tu. Malah, aku yakin masa tu juga aku tak pernah terfikir untuk jadi penulis blog seperti hari ini. Tahun ini, aku tak banyak karenah. Ada masa aku puasa penuh. Ada masa puasa penuh, tapi solat ikut suka aku. Kekadang leh plak lupa bacaan dalam solat. Biasalah, budak-budak. Aku bebal sikit masa mula-mula nih. Maklumlah, nama pun budak yang baru berumur 6 tahun..

Tahun 1991-1996

Dalam tempoh 6 tahun ini, memang macam-macam berlaku. Maklumlah, aku dah naik darjah. Bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Setiap tahun, puasa, solat terawih, main mercun, main meriam buluh, main bola petang-petang, drama cina kul 6 petang, solat terawih dan bersahur. Itulah antara peristiwa-peristiwa yang silih-berganti setiap hari sejak 6 tahun tersebut. Aku masih ingat lagi aku main mercun mancis. Bila aku baling, tunggu 5-6 saat. Tak meletop plak. Aku pelik. Jadi, aku gi la belek mercun mancis yang aku baling tadi. Dalam 2-3 saat. Bommm!! Meletup. Habis jari aku. Tak putus. Cuma rasa bisa yang amat. Jari telunjuk aku berdarah. Tapi darah tak keluar. Darah beku. Dekat beberapa bulan jugaklah aku korek darah yang dah beku tu. Itupun sebab nak tunggu kuku jari aku tu panjang sikit. Senang nak korek darah tu dan leh potong kuku terus. Family aku tak tahu kes ni. Aku dan Allah je yang tahu. Kalau mak abah aku tahu, memang aku tak leh dah main mercun gamaknya..

Dan dalam 6 tahun ini jugaklah merupakan tahun istimewa bagi aku sebagai seorang kanak-kanak. Aktiviti mencari duit raya akan diteruskan setiap tahun. Setiap tahun, paling teruk pun mesti ada dapat lebih RM100. Dan jangan tak percaya, aku pernah kumpul dekat RM500 lebih. Semua simpan dalam bank BSN. Masalahnya, bila aku masuk matrikulasi. Semua duit dalam akaun bank BSN, aku keluarkan. Joli sana-sini. Last-last, kad atm BSN aku entah hilang ke mana. Aku tak kesah hilang sebab dalam akaun aku tinggal sepuluh ringgit aje. Dan kalau ada yang jumpa kad atm aku tu sekarang, kad tu dah tak laku pun.

Ponteng puasa? Bohonglah kalau aku tak pernah. Ada la jugak. Tapi aku tak berapa ingat berapa hari. Biasalah, masa sekolah agama petang-petang tu. Masing-masing dah rasa penat. Jadi, waktu nak gi solat asar kat masjid, masa ambil wuduk..masing-masing menjalankan kewajiban untuk perut masing-masing. Gogokla air sejuk semana mampu. Dah kenyang, ambil wuduk dan solat cam biasan dengan rasa tak bersalah langsung. Pastu, petang tu berbuka macam biasa. Gila tak gila lah waktu tu. Pernah juga aku ponteng hanya dengan kuih karipap. Beli kat macik tu kul 4 petang. Nampak sangatlah aku tak puasa. Macik tu senyum aje. Aku gi nyorok dalam kereta Nissan abah, sambil cover line, aku sumbat karipap tu dalam mulut. Seringgit dapat 5 bijik karipap. Fuhh, rasa manis dan pedas kari kentang dan empuk tepung karipap tu memang mengasyikkan. Masa memang aku rasa macam nikmat sangat walhal aku tau yang aku dah buat kerja gila. TAkde sape yang tahu kecuali aku, para malaikat dan Allah. Isk..

Dan part yang paling tak bleh blah..waktu nak mintak ampun kat mak abah aku di pagi raya. Nak nangis pun ada. Nak gelak pun ada. Aku jarang nangis untuk scene-scene macam ni. Akak aku aje selalu nangis. Aku dengan adik-adik aku yang lain jarang la nangis. Pakat gelakkan akak aku aje. Dan part mak aku salam abah aku minta maaf adalah part yang ditunggu-tunggu oleh kami. Bukan selalu leh tengok drama swasta nih. Setahun sekali aje tauu. Mak sengih-sengih aje nengok perangai anak-anak nakal dia ni. Dan aku dengan adik laki aku paling kuat sakat mak aku. Maklumlah, anak lelaki ni memang rapat sikit dengan mak diorang berbanding anak perempuan.

Itu aje kenangan yang aku masih ingat. Nantikan sambungannya dalam part-part yang akan datang..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 2 of 192«1234567»...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Route Mapping
hookah pipes
Be our guest to find Russian model wife for love or not
-----------------------------