Baru hari ini aku dapat sentuh internet. Ciss, bila aku balik Banting hari jumaat yang lepas, abah aku bagitau internet problem. Terus aku menonong ke bilik aku dan lihat modem. Memang tak menyala bahagian DNS dan aku dah try setting apa yang patut. Adjust sana. Bukak plug itu, plug ini. Shut down kejap itu ini. Adjust apa yang patut termasuklah main jampi serapah ntah apa yang aku bebelkan, tapi masih cam lagu tu jugak. Jadi, 3 harilah aku berkabung tak tentu pasal. Aku try pergi online kat cyber cafe, internet pun camtu juga. Aku syak internet kawasan aku ada masalah. Mungkin tak semua tempat, tapi kebanyakkan cafe yang aku gi, internet memang masalah. Kalau tak lembab, mesti putus-putus. Akibatnya, aku dengan orang lain yang nak surf internet, tetiba jadi gamers plak. Haha..

Tapi aku yakin kepulangan aku 3 hari itu tak sia-sia. Ada banyak benda yang aku dapat selain tidur yang agak kurang kawalan. Nasib baik mak aku rajin kejut aku time solat. Kalau tak, memang terbabas aje dibuatnya. Salah aku juga. Tidur tak kunci jam atau alarm handset. Apa yang aku dapat? Yap, beberapa idea untuk projek TNX, projek GDI dan juga projek Adsense aku. Nanti aku ceritakan kalau projek tu berjalan lancar. Blog-blog tnx aku ada yang belum terindex. Maksudnya, bot-bot tnx yang malas tu masih belum ke blog aku. Itu yang menjadi permasalahannya. Kalau takde link yang diindex, memang kebarangkalian untukjual link mencapai tahap kosong. Haru tul la..nampak gaya, terpaksa aku tanya ruang support diorang jugak. Lama tol diorang wat hal cam gini walaupun income tnx aku masih berjalan macam biasa..

mangamanis Titan, Lapar dan Mangga


Aku rasa sekarang memang musim Pay Per Lead la. Punya banyak betul yang berjalan sampai ke hari ini dan aku yakin akan muncul lagi program berbaur PPL ni pada masa akan datang. Yang terbaru adalah PPL CeritaIM yang menceritakan dekat 13 orang Internet Marketer yang berasal dari Malaysia. Huhu..ok apa. Bukan senang nak dengar cerita 13 orang IM yang aku boleh kelaskan berjaya buat duit dari internet ni.

Korang nak baca, gi download la : tips TNX la, triond tips, bukisa tips, cara nak lulus akaun adsense la, cara nak install fantastico, cara nak tulis blog, cara nak dapat trafik, uih..macam-macamlah. Penat aku jawab soalan korang tadi. Harap dapat membantu. Kalau tak faham, tanya je lagi sampai aku tak tahu apa nak jawab. Haha..

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi sebab nak tunggu waktu berbuka nih. Lapar tu memang lapar, tapi aku sabarkan aje sebab lapar tu memang wajib bila bulan puasa ni. Mana ada orang tak lapar bila bulan puasa ni, betul tak? Kalau tak lapar, kat tasik atau hotel manalah agaknya depa makan ek. Hahaa..aku baca surat khabar tadi. Ada ke gi tasik untuk jadi port berbuka puasa ditengah hari. Punya banyak port lain, tasik gak dipilih. Kalau betul nak makan, haa..gi beli makanan. Makan senyap-senyap kat rumah. Ini dah lah tak puasa, makan kat tasik atau semak. Pulak tu kantoi. Kene tangkap plak tu. Malu beb. Nasib gambar tak masuk surat khabar atau kat blog aku nih..

Ps: Sape lapar? Meh tengok manga tu sama-sama. Slurppp..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku rasa ramai diantara korang yang tahu apa itu Pay Per Lead, bukan? JIka dulu, kita selalu dimomokkan dan disogokkan dengan program Pay Per Lead luar negara sehinggakan 1usd untuk 1 lead atau 1 downline, kini kita sudah boleh menikmati banyak program PPL yang dianjurkan oleh kita sendiri. Walaupun nilai komisen untuk 1 downline tidak begitu tinggi, tapi jika kene caranya, tak mustahil kita boleh dapat RM100-RM200, bukan?

Jadi, aku yakin ramai yang hendak tahu bagaimana hendak membuat program Pay Per Lead sendiri. Betul tak? Apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita beli dan kita juga kene tahu strategi untuk melancarkan program ini oada waktu yang sesuai. Dan aku yakin masih ramai yang tahu tahu bagaimana modus operandi PPL yang dijalankan oleh orang kita. Mungkin korang main sertai sahaja program-program PPL ni tanpa mengetahui bagaimana hendak membuat program ini sendiri, apatah lagi kurangnya pengetahuan untuk menjana pendapatan melalui program Pay Per Lead sebegini. Tapi kini, kita sudah dimudahkan dengan kehadiran satu ebook baru iaitu Panduan Pay Per Lead.

panduanpayperleadreview Review: Panduan Pay Per Lead


Ok, mesti korang hendak tahu bukan apakah kebaikan Panduan Pay Per Lead ini. Jadi, aku listkan sedikit apa yang aku faham dan sedikit info yang aku cedok dari Panduan ini. Ala, korang pun leh pi baca kat website rasmi Panduan Pay Per Lead ni kalau nak lebih cepat.

- 4 teknik TERPANTAS untuk menjana pendapatan melalui program Pay Per Lead!
- Bagaimana menjadi TOP AFFILIATE bagi setiap cabaran program PPL!
- Cara sebenar memastikan pihak penganjur membayar komisyen kepada anda!
- Beberapa langkah penting yang WAJIB anda tahu sebelum menyertai program PPL.
- Kesilapan besar yang sering dilakukan oleh ‘agen promosi’ dalam mempromosikan program Pay Per Lead!
- Tips yang mampu mengelakkan anda dari ditipu dengan orang tengah yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda!

Aku malas nak cakap banyak lagi sebab hari ini memang aku dah dok membebel kat budak-budak aku yang kekadang ta

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebenarnya aku malas nak cerita. Jadi, aku tak nak cerita apa yang wat aku bengang semalam. Baik aku ceriakan hati aku dengan satu lagi bukti bayaran yang aku terima dari satu program yang tidak asing lagi bagi korang dan salah satu penawar jiwa aku. Yup. Ini satu lagi bayaran yang aku terima daripada program Text Link Ads. Dan ini merupakan komisen ke 21 daripada Text Link Ads dan ini juga merupakan August Text Link Ads payment.

tlapaymentaugust 300x152 3 Tahun Titan Bersama dengan TLA: Komisen ke 21 dari Text Link Ads


Memang tak banyak, tapi aku pedulik apa. Janji ada hasil dan aku tak perlu menipu orang lain atau mencaci sesiapa. Cukuplah aku sensorang rasa sengal atau sakit hati kalau gagal dapat duit dari program-program yang aku join atau projek-projek aku kurang berjaya. Betul tak? Ini tidak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah terbuat orang sakit hati atau marah. Kadang-kadang kita buat ikut suka hati kita. Dan kadang-kadang kita tak reti nak jaga hati orang lain. Betul tak? Kalau aku sendiri pun, aku peduli apa kan? Tapi berpada-padalah. Kalau nak permainkan orang pun, hati-hati sikit. Orang kita sekarang ni bukan macam 5-6 tahun yang dulu. Sekarang orang kita pintar, kreatif, bijak, pandai, genius pun ramai, rajin dan teliti. Jadi, bab-bab cam gini kita kene perhalusi sebelum kita buat sesuatu tak kiralah dalam soal perniagaan, buat duit, bisnes, percintaan, perpisahan dan apa jua keadaan. Ingat, orang kita belum buta lagi dan jangan ulang lagi kesalahan yang sama berulang kali.

Tentang hal TLA, aku rasa ramai yang dah tahu modus operandinya dan cara-cara untuk buat duit melalui program ini. Jika tidak, sila search menggunakan ruang kotak search dibelah atas kanan blog ini dan search dengan guna kata kunci “Text Link Ads” atau “TLA”, mesti jumpa punya banyak artikel yang berkaitan dengan TLA. Jadi, sila baca dan fahamkan sebab aku dah banyak cerita benda yang sama berulang kali. Walaupun aku bukan pemain TLA yang tegar, tapi sekurangnya aku mampu maintain income dari program ini setiap bulan. Jika aku dah bersama TNX lebih setahun, maka..aku dah bersama dengan TLA menghampiri 3 tahun iaitu sejak awal 2007 hingga sekarang. Senang cerita, dah 2 tahun lebih aku bersama TLA. Kalau adsense, lagi lama. Dah nak dekat 5 tahun. Cuma akaun asyik bersilih ganti la. Maklumlah, kene ban memanjang. Nasib aku kreatif sket bab-bab nak dapat akaun adsense tu. Haha..

Boleh daftar program Text LInk Ads kat sini : Daftar

PPL Speed Adsense dah terkubur dan aku semak cuma aku dapat 7 orang sahaja yang signup under referrals aku. Takpe. Mungkin tak dibayar sebab tak cukup nilai minima kot. Dan aku malas lagi nak ulas benda ni. Baik aku tumpu pada PPL yang lain macam Panduan H1N1 dan atau buat duit dengan Text Link Ads aje.

Ps: Masih menunggu maklum balas dari pihak Rawanaz. Kes yang masih belum selesai sejak 4 bulan lepas. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Patutkah aku terus bersabar atau sebaliknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak kongsikan bayaran yang aku terima dari TNX. Aku akan cuba update apa yang berkaitan dengan TNX dan blog ini akan terus bercerita tentang TNX sebab aku sedang cuba untuk mencari jalan untuk menjadikan TNX kepada income utama aku selain adsense, bukisa, squidoo, jual iklan, tulis review, TLA dan yang lain-lain. Insya-Allah, aku yakin boleh dan aku sedang cuba beberapa cara yang aku fikirkan sesuai untuk dikombinasikan bersama.

Ok. Ini benda yang aku dapat kongsikan. Memang tak banyak dan kalau ada yang bengkek sebab ingat aku belagak tunjuk income yang tak seberapa ni, aku reda. Benda sikit. Janji ada hasil dan aku tak menipu atau merompak bank. Betul tak?

tnxaugustpayment 300x152 1 Tahun Titan bersama TNX: Komisen ke 33 dari TNX

tnxaugustcashout 300x129 1 Tahun Titan bersama TNX: Komisen ke 33 dari TNX


Yang awal tu adalah komisen yang ke 32 dari TNX dan yang kedua tu merupankan komisen TNX yang ke 33. Maksudnya yang ke 33 adalah jumlah bayaran yang berjaya dibayar oleh pihak TNX ke akaun paypal aku. Janjilah dan aku rasa dah nak dekat genap setahun lebih aku bersama dengan TNX. Bayaran pertama aku adalah bertarikh 2 Julai 2008 sebanyak $4.95 sahaja. Kira oklah tu kan? Sekarang dapat maintain 10-50 dollar sebulan pun dah cukup hebat kan? Haha..

Cuma aku nak bocorkan rahsia sedikit. TNX dah tak macam dulu. Diorang sekarang agak ketat dan memang pentingkan sangat pasal trafik dan pagerank. Jika blog korang tu trafik rendah sangat dan pagerank pun kosong, memang sakit nak buat duit dengan TNX. Setidaknya, trafik kene tinggi dan jika ada pagerank, itu adalah bonus besar. Untuk diterima masuk ke TNX, senang. Untuk blog diluluskan ke tnx marketplace oleh moderator tnx, itu senang. Tapi untuk kene index oleh bot tnx, sangat lambat. Berganda lambatnya kalau blog korang sangat cincai dan semput. Jadi, buatlah satu blog yang agak berkualiti. Maksudnya, ada trafik, theme menarik, blog dalam bahasa english, blog yang ada komen, blog yang tak macam MFA, atau MFT. Kalau tak, susah sikitlah nak buat duit dengan benda ni. So, jangan kata aku tak bagitau aa.

Dan sistem TNX dulu dan sekarang memang berubah. Jadi, nak tak nak, kita kene ikut rentak diorang sebab diorang yang bayar kita dan mungkin ini juga adalah kehendak pihak Advertiser. Jadi, ikut ajelah. Depa yang bayar gaji publisher kan? Jika kita kat tempat diorang pun kita mahukan ianya berbaloi dan tidak sia-sia. Betul tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011