Kalau nak ikut hati, ada macam-macam cerita dan isu yang hendak aku ceritakan dan aku rasa mungkin aku perlu buat check list untuk ketengahkan isu itu dalam blog-blog aku ini. Tapi tak apalah, apa yang tertulis nanti, itulah yang korang baca ye dan aku rasa dah agak lama juga aku tak update blog-blog aku. Biasalah, dah nama pun raya, kene raya betul-betul. Takkan masih nak buat duit aje sepanjang masa. Tapi blog-blog tnx, blog-blog adsense akan terus beroperasi seperti biasa dan aku akan mulakan Plan B dan Plan C aku untuk projek TNX. Lupakan kejap tentang projek lain sebab projek ini mungkin akan mengubah sesuatu pada tahun 2010 nanti. Biarkan aku dengan ujikaji aku. Bila ianya success, akan aku kongsikan pada korang..

projektnx Titan, Projek TNX dan Black Saga


Tidak aku nafikan Raya pada tahun ini agak berbeza. Aku tidak lagi menerima duit raya yang hebat seperti dulu. Jika dulu paling cikai pun 2 ratus lebih aku mampu kumpul beserta pelbagai jenis sampul raya, tapi kini aku cuma dapat bawah RM100 sahaja. Tapi aku pula yang belanja lebih daripada yang tak sepatutnya. Yelah, anak buah ramai maa. Kalau sorang dua, tak kesah aku bagi setiap orang 1 not RM100 yang baru tu. Tapi ini dekat berpuluh. Lum lagi anak buah yang ntah dari mana datangnya. Tak apalah. Niat dihati memang nak sedekah bila aku terima gaji dari kerajaan ni. Sebab inilah kali pertama aku kerja dengan sektor awam. Jadi, ini juga kali pertama aku ada ramai rakan sekerja dengan orang sektor awam. Ada bagusnya juga kerja kerajaan ni. Mengapa? Salah satu sebabnya, korang akan jumpa ramai kawan. Tak kiralah orang muda ke orang tua ke, melayu ke, cina ke, india ke, bangla ke, orang asli ke..semuanya ramah-ramah belaka. Namapun 1 Malaysia, kan? Bagi aku, mungkin kene juga nama 1 Malaysia tu berbanding Islam Hadari atapun yang lain-lain. Kena sikit, tapi aku tahu ada juga antara korang yang tak suka nama tu. Ahhh, lantaklah. Dan satu lagi kelebihannya orang sektor awam ni, pinjaman memang senang lulus. Nak beli rumah, kereta, kad kredit dan pelbagai lagi, memang senang dan kemudahan juga banyak. Kalau dulu, masa aku nak apply kad kredit, bila aku bagitau aku kerja sendiri. Semua tarik muka maa..tapi bila aku tunjuk akaun bank, mulalah diorang senyum. Last-last, aku blah macam tu aje. Biasalah, mentaliti orang kita memang macam itu. Sabarkan aje. Sebab aku sendiri tahu prosedurnya memang agak payah sikit. Ahh, lupakanlah hal itu..

Pagi ini, aku pergi servis kereta kali kedua untuk kereta Proton Saga BLM aku tu. Kena charge RM105.20 termasuklah bayaran cuci kereta. Kira oklah tu. Ramai yang tanya aku, mengapa aku pilih kereta Saga tu. Dah takde kereta lain ke? Bukan ke ko mampu beli kereta lagi mahal dengan pendapatan ko? Ya. Aku tahu. Tapi aku hendak tanya korang, kereta apa yang mempunyai sejarah yang korang rasa semua orang akan ingat? Proton Saga, bukan? Sebabnya Proton Saga merupakan kereta kebangsaan negara kita, kereta nasional pertama di Malaysia dan sekarang dah ada Proton Saga BLM dan aku hendak tanya korang, berapa kali model kereta Saga ni dinaik taraf dan berapa jenis Saga yang pernah korang dengar? Pendek cerita, aku bangga dengan mana-mana Proton Saga tak kesahlah Proton Saga jenis lama yang empat segi tu, Proton Saga Aeroback, Proton Iswara yang macam Proton Saga, Proton Saga BLM, Proton Saga BLM SE dan aku yakin akan ada berlakunya evolusi untuk Proton Saga ini. Kalau kereta nasional yang lain, berapa banyak kereta yang akan mengalami evolusi macam kereta Saga ni? Bukan tak ada. Tapi evolusinya tak macam kereta Saga dan selain alat gantinya mudah diperolehi, ianya agak murah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika korang tengok kat jalan, Proton SAGA BLM dah bersepah dalam tahun ini, bukan? Nampakya, promosi yang dijalankan oleh pihak Proton memang berjaya.

Mengapa aku tetap pilih Saga? Sejak kecil lagi aku dah berangan, even ada kereta mahal dan aku mampu, memang aku akan beli satu kereta Proton Saga. Tak kiralah jenis apa. Kalau tak pakai pun takpe. Buat pameran je kat rumah. Tapi kini, bukan takat pameran aje, inilah Saga yang aku gunakan untuk merempit ke tempat kerja setiap hari di Jerantut. Kalau kat Jerantut, tanya aje Saga hitam sape yang ada plat bermula huruf B..haa, taulah depa. Itulah budak Banting mana yang sesat kat Jerantut. Haha…

Ps: Petang nanti aku nak ambil BlackSaga aku tu. Diorang kata simen dan cat bumper tu siap waktu tu. Sekarang, aku rempit dengan kereta Kelisa aku ajela dulu. Adik aku dah bengang pagi tadi. Pagi-pagi kereta Kelisa pinjam dia hilang. Pedulik apa aku. Tu kereta aku juga. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini mungkin merupakan hari terakhir kita berpuasa dan aku tak nafikan perasaan gembira menguasai diri kita apabila kita bakal menyambut hari kemenangan kita setelah hampir sebulan berpuasa dan berjuang untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ni.  Dan jangan lupa untuk membayar zakat bagi golongan yang mampu dan tidak lupa jika anda sedang memandu balik ke kampung, sila memandu dalam keadaan yang berhemah. Ingatlah insan yang tersayang dan juga insan yang anda benci.

Aku sebenarnya malas nak menaip apa-apa sebab memang aku rasa malas sekarang ni. Jap lagi nak buat kuih siput yang biasanya akan kami buat setiap tahun. Hari last-lastlah memang nak semua benda. Nak kemas rumahlah, buat kuihlah, basuh cadarlah, basuh keretalah, macam-macamlah nak kena buat. Jadi, tolonglah buat apa yang patut dan bantulah ibubapa korang dirumah tanpa banyak soal walaupun kekadang aku sendiri tak berapa gemar buat preparation last minute. Mungkin sebab aku belum ada keluarga sendiri, jadi aku tak rasa apa yang orang bekeluarga rasa. Namun, aku yakin setiap orang tu ada cara mereka tersendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Badan aku masih penat sebab dalam 1-2 minggu yang lepas, aku asyik drive ke sana sini. Hampir 3-4 kali aku drive jauh untuk buat kerja. Belum lagi termasuk kerja-kerja offline yang sukar untuk aku tolak. Malam pula nak update blog dan teruskan ujikaji macam biasa. Penat. Tapi aku akuinya kehidupan begini agak seronok selagi aku masih belum berkahwin. Aku yakin jika aku sudah berkahwin, masa aku akan lebih tersekat dan tidak cukup untuk aku habiskan ke dunia blogging. Memang benarlah aku cipta teknik dan plan Cincai Blogging. Sangat sesuai untuk masa sekarang dan pada waktu yang akan datang. Sekurang-kurangnya aku sedang buat praktikal untuk masa hadapan yang pastinya mempunyai masa yang limit untuk kerja-kerja blogging. Huhu..

takagibakuman 300x234 Praktikal Cincai Blogging


Aku sedang cuba membayar hutang-hutang yang masih tertanggu sebelum hari raya esok. Kepada yang rasa mempunyai hutang dengan aku, sila cek akaun bank korang. Mana tahu ada apa-apa imbuhan yang akan aku transferkan ke akaun korang. Maaf sebab aku lambat buat bayaran. Bukan aku tak nak bayar, cuma aku malas nak pergi akaun CIMB. Kene pula korang bagi aku akaun CIMB. Kalau bagi akaun maybank, sekarang juga aku transfer ke akaun korang. Mengapa aku tak ada akaun CIMB online? sebab aku dah terlupa username dan passwordnya. Jadi, sebab tulah mengapa bayaran melalui CIMB terpaksa aku lakukan secara manual. Lawak kan?

Ps: Secara jujur, aku sangat mengantuk lepas Subuh tadi. Hadeh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sepatutnya aku akan buat post semalam, tapi talian streamyx kat rumah pakcik aku ni menghadapi masalah dalam pukul 1 pagi semalam. Tak tahulah apa sebabnya yang menyebabkan benda ini berlaku. Jadi, aku tidur awal untuk mendapatkan tenaga untuk kerja pada hari ini. Memandangkan aku akan balik ke Banting pada pukul 2-3 nanti, bos aku bagi banyak kerja pula pagi ini. Adeh, ni yang aku malas nak buat banyak kerja bila fikiran dah teringatkan rumah aku ni. Takpe, kerja ajelah. Kalau tak, aku dikira tak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Aku mendapat banyak maklum balas tentang artikel semalam termasuklah melalui sms dan juga email. Tapi tak perlu rasanya aku ulas panjang-panjang dan setiap jawapan telah pun aku hantar. Harap korang berpuas hati dan faham. Jika tak faham, boleh tanya aku lagi. Aku akan cuba jawab dengan baik pada masa akan datang. Tentang TLA dan TNX, aku rasa korang boleh rujuk artikel-artikel aku yang lepas. Aku pasti ramai yang masih tidak tahu bagaimana 2 program ini berfungsi. Bagi aku ada persamaan antara kedua-duanya dan ada juga perbezaan yang ketara antara 2 program ini. Jadi, korang just baca aje yang patut. Tentang Ebook Panduan TNX, aku dah buat. Harga RM37. Boleh dapatkan sebelum aku naikkan harga ke RM57. Aku tengah update versi latest sebab aku rasa TNX mungkin dah tak ubah peraturan terbaru. Seingat aku, TNX dah mengalami sedikit perubahan. Terutamanya dalam segi mengindex dan sistem bayaran tnx point. Jika dulu dibayar bulanan, tetapi sekarang dibayar secara harian.

Ahh. Hari ini aku tak berapa gemar nak sentuh sangat tentang perihal buat duit online atau dunia business. Aku nak update beberapa blog dan main Facebook. Dah lama rasanya aku tak bermain dengan facebook dan aku akui, Facebook semakin best. Walaupun akaun utama Facebook aku dah kene ban sebab terlalu ghairah beriklan, tapi aku masih ada banyak akaun facebook yang boleh aku gunakan untuk tujuan suka-suki. Tak apa. Banyak lagi masa untuk aku boast dalam pengiklanan dengan Facebook. Aku lebih fokus kepada dunia blogging dulu.

Sebelum itu, aku tetap nak ucap pada korang Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maafkan segala kesilapan, keterlanjuran, kekasaran bahasa, kelancangan bicara dan kebiadapan yang disengajakan. Mungkin cara aku agak sengal dan membuatkan korang rasa menyampah dengan aku. Tak apa. Aku bukan kesah sangat. Tapi niat aku masa aku tulis artikel pertama di blog ini dulu hanyalah untuk berkongsi pendapat dan menyediakan bukti tentang program-program yang ada diinternet. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu orang lain menjana pendapatan, membuka mata orang Melayu agar aktif buat duit diinternet dan membantu orang kita menulis blog dengan lebih baik. Disebabkan itulah juga aku mewujudkan Cincai Blogging dan 3 Month Blogging Test.

Ps: Tengah setup blog untuk abah aku. Dah lama dia mintak aku setupkan. Tapi asik tertangguh aje. Sori abah. Nanti dah siap, abah dah boleh berblogging macam Tun Mahathir. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lagi 2 hari, aku akan balik ke Banting. Petang kHamis, aku akan memecut ke Banting dengan kereta Saga yang baru aku beli tak sampai 3 bulan tu demi untuk menyambut hari Raya bersama keluarga pada tahun ini. Ini kali pertama aku berhari raya sebagai seorang pegawai kerajaan dan bukan lagi sebagai Fulltime Blogger. Tak apa, benda dah lepas, biarkan sebab Halftime Blogger pun best apa. Banyak benda yang aku belajar dalam tempoh 9 bulan ni. Banyakkk, tak terhitung aku nak tulis kat sini..

sarutobisensei Edisi Siasat: Ulasan tentang 7 Program Buat Duit dengan Jual Link


Ok. Apa dia 7 program Jual Beli Link/Inlink atau jual beli Text Link yang menjadi pilihan aku untuk dikritik dan diulas oleh aku. Aku yakin ada segelintir blogger yang mengetahui tentang 7 program tersebut. Jadi, aku akan ulas apa yang patut. Bagus atau tidak, terpulang pada perasaan aku. Kalau korang suka, boleh daftar. Kalau tak suka, baca aje dan ambil apa yang patut. Ini luahan ikhlas aku tentang program-program tersebut. Ada yang aku suka, ada juga yang aku menyampah gila..

Text Link Ads
Aku rasa ramai yang dah tahu tentang program TLA ini. Sudah dekat 3 tahun aku bersama dengan program TLA dan memang aku berjaya buat duit dengan program keramat ini. Mula-mula, memang sukar yang amat. Tapi aku yakin pada satu hari nanti akan mengalir juga duit paypal ke akaun aku dari program Text Link Ads ini. Ternyata, ianya terbukti. Benda yang aku suka, kalau kita dapat advetiser yang bagus, memang dia akan continue beli iklan kat blog kita setiap bulan. Dan benda yang aku dan blogger lain tak suka ialah banyak blog terkandas untuk diluluskan oleh pihak TLA. Senang cerita kalau takde sekurang-kurangnya PR2. Jangan mimpilah nak buat duit dengan TLA. Faham?

LinkXL
Program ini memang bagus. Walaupun aku pernah dapat beberapa bayaran. Tapi sekarang cukup sukar untuk dapat income yang bagus dengan LinkXL. Sejujurnya, aku tak berapa gemar dengan program ni. Mungkin sebab aku dah gian gila dengan TLA dan TNX. Sebab tu aku lupakan LinkXL walhal aku kenal LinkXL lebih awal berbanding program-program yang lain.

Backlinks
Program ini juga memang bagus. Yang gampangnya, Backlinks cuma terima blog yang ada pagerank sahaja. Kalau blog korang PR0, boleh berambus dari Backlinks. Sebab memang kene reject awal-awal. Jadi, tak perlulah nak salahkan Backlinks sebab depa dah kata awal-awal, memang blog PR0 takkan ada harapan dengan program ini. Dan perkara paling buruk, potensi untuk kehilangan pagerank adalah sangat tinggi. Jadi, jangan kata aku tak beri amaran awal-awal yek. Nak join, risiko tanggung sendiri dan aku tak nafikan aku dah banyak kali dapat payment daripada Backlinks ni..

Linkadage
Program ini sebenarnya satu anak syarikat dengan program Backlinks. Kiranya cam adik-beradik tirilah. Sebab Linkadage menerima semua blog tanpa kesah blog tu ada pagerank atau tidak. Sampai sekarang, blog takde pagerank aku menerima income yang besh daripad Linkadage setiap bulan. Tak silap aku dah 12-13 kali aku terima duit daripada diorang. Aku dah join program ini pun macam dah nak dekat setahun. Lama jugak tu. Yang tak best, income bagi satu link bagi PR0 memang ciput. Tapi, itu lebih baik daripada takde langsung kan?

Teliad
Program ini juga dah agak kurang menyengat bagi aku. Memang awal-awal dulu, aku cukup suka dengan program Teliad. Depa dah bagi aku banyak duit dan memang terima duit setiap bulan. Tapi aku menghadapi masalah dengan setting blog aku dengan setting kat Teliad. Tak berapa faham aku dengan setting diorang. Syarikat ni kalau tak silap aku dari Jerman. (Betulkan aku kalau silap). Dan bayaran memang bukan dengan dollar atau ringgit malaysia. Apapun, program ni tetap best sebab income dia memang lumayan kalau blog korang ada pagerank yang hebat. Yap, blog ini juga terima blog PR0 dan blog PR tahap tertinggi korang tu..

TNX - Invitation code: 119592567
Program ini rasanya tak perlu aku terangkan lagi. Antara lubuk duit bagi aku setiap bulan dan hampir setiap bulan aku terima bayaran 2-3 kali daripada TNX. Ini program jual beli link yang paling sempoi pernah aku temui. Walaupun aku tahu link yang terjual tu memang kadang-kadang mengarut, tapi ianya masih dibawah kawalan. Tidak ada iklan porno atau judi. Kalau ada, korang sendiri boleh padam secara manual. Yang bagus tentang program ini, minimum payout adalah 5usd sahaja dan korang boleh request bila-bila sahaja. TNX bayar dalam tempoh 1-3 hari. Penjualan link berlaku secara automatik dan korang juga boleh memilih advetiser yang korang nak. Ini perbezaan yang ketara antara TNX dengan penyedia jual beli link yang lain.

Inlinks
Program ini pula sebenarnya adalah serpihan daripada program Text Link Ads. Kiranya macam anak syarikatlah. Biasalah tu. Diorang memang suka buat macam nih dan aku tak nafikan Inlinks juga penyumbang yang bagus kepada aku dalam tahun ini. Cuma sekarang, income Inlinks tak selebat TNX, Linkadage dan TLA. Apapun, aku bersyukur yang aku masih boleh buat duit dengan Inlinks. Inlinks bayar kita melalui paypal dan dalam bentuk dollar. Takde minimum payout.

Ok. Itu sahaja ulasan dan krtikan ringkas daripada aku tentang 7 program jual beli link yang aku boleh kata popular dikalangan rakyat Malaysia. Kalau kat negara lain, aku tak berapa pasti. Biasanya member dari Filipina dan Indonesia antara yang suka update macam yang aku buat kat blog aku ni. Negara lain memang malas nak buat atau memang takde blogger yang sanggup buat kerja gila macam aku nih..

Ps: Dan 7 program ini sebenarnya sebahagian daripada plan Cincai Blogging yang aku katakan tempoh hari. Jika korang mampu laksanakan plan Cincai Blogging dengan baik, aku yakin RM1000-RM2000 sebulan bukan lagi masalah antarabangsa buat korang. Betul!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011