Earncent.com - Part 169



Ehm, pernah tak korang masuk hospital dulu, kini dan selamanya? Apa kaitan cerita antara blog aku dengan Hospital? Mengapa? Korang leh tau kenapa kalau melawat ke blog aku satu lagi. Ada penerangan kenapa dan mengapa.

Aku pernah dimasukkan ke hospital pada penghujung 2005 dan selama satu bulan lebih aku menetap di wad itu. Sakit apa? Biarlah rahsia. Agak teruk jugakla. Tapi bukan accident kereta atau motor. Accident benda lain. Nantilah aku beritahu korang. Sekarang bukan masa yang sesuai. Ini story untuk Hospital dan apa kaitan dengan post aku hari ini? Baca dulu kisah Nasihat kejam dari aku dulu dan cuba cari kaitan dengan tajuk post aku hari ini.

Ok. Ada 3 Nasihat Kejam yang aku nak beritahu kepada newbie2 yang baru nak memanjat tangga ke arah Internet Marketer (IM) yang berjaya. Terutamanya untuk Malaysia punya pasaran. Agak sukar dan banyak ranjau yang perlu diredahi. Tak semua ini nampak mudah. So, 3 advice untuk korang..

Pertama, NIat. Pasang niat awal-awal. Jika korang hanya hendak buat duit dan tiada perancangan jangka masa panjang. Korang boleh cuba. Tapi jangan salahkan kepada sesiapa jika anda tidak sampai matlamat yang anda hendak. Niat penting. Dulu aku niat nak bayar yuran kolej aku. Alhamdulilah. Sudah tercapai. Dan Niat seterusnya untuk kumpul duit belanja semasa di UMS pada konvokesyen aku bulan September ini. So, selalula pasang niat. Matlamat dan niat berbeza. Kene pandai bezakan tu..

Usaha. Ini yang kedua. Usaha yang berterusan. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Aku tahu dan aku dapat perhatikan. Tak ramai yang berjaya dengan lancar di dunia marketing ini. Ramai yang tewas dan tidak kurang juga yang berjaya. Yang berjaya, tahniah dan teruskan usaha. Yang tewas, perkataan kejam. Tinggalkan aje bidang ini. Tak sesuai untuk anda. Tapi jika perkataan baik. Cuba lagi sampai berjaya. Nasihat normal yang biasa orang beri pada kita. “Tak apa, cuba lagi..cuba sampai berjaya!” Ada baiknya nasihat cam gitu, tapi kalau tak ambil ikhtibar. Tak guna jugak kan?

Ketiga, kawan atau lebih senang cakap marketing atau connection. Munkin korang tak faham nasihat aku yang ini. Partner atau rakan kongsi kena ramai. Mesti ada ramai yang boleh backup kita. Kalau start dari bawah. Mesti ada ramai senior2 yang boleh tolong walaupun ramai IM Malaysia yang menjurus kepada bidang yang berbeza. Ada yang terror adsense, ada yang pakar blogging, ada yang pakar marketing, ada yang expert buat e-book, ada yang expert dalam coding. Pendek cerita, kawan atau connection. Mesti power. Hidup tak boleh sorang2 kawan. Paling2 pun, mesti ada awek punya nanti. Takkan tak nak kawin kot..Begitula adat resam IM Malaysia. Kawan mesti ramai. Maksudnya, kawan yang membantu. Kawan tikam belakang pun kadang2 membantu jugak. Pendek kata, depend pada koranglah macam mana nak buat kawan. Kadang2 musuh itu kawan kita yang paling akrab..

So, cukup rasanya 3 advice tak rasmi aku. Mungkin ada yang fikir ini perkara biasa.”Alah, aku pun tau benda2 cam gini!” Yap. Aku tak nafikan. Mungkin ini perkara remeh temeh. Dan kenapa ada kaitan dengan hospital. Cuba korang sakit? Siapa yang melawat korang selain parents dan awek korang? Kalau ada kawan yang melawat korang. Itulah kawan yang sejati. Teringat masa aku masuk hospital dulu. Ada seorang pempuan, memang aku tak kenal langsung. Tiba-tiba datang melawat aku. Cuak gila..minah mana plak ni. Kiut pun ada. Lawa pun ada. Rupa2nya, anak pakcik aku yang bau-bau bacang berapa pupu.. Camana aku nak kenal kan? Lepas, budak2 kelab silat aku pun melawat. Penuh wad tu. Sampai jeles pakcik sebelah. Budak2 kos aku. Budak2 satu bilik..aras bawah lagi dan aras atas lagi. Tak adalah rapat sangat. Tapi sebab diorang penah hutang aku. Tu datang mintak halal tu. Tak guna korang. Hehe..

Pendek kata. Ambillah yang baik dari post2 aku ini. Yang buruk tu, jeling-jeling cukuplah. Aku tahu ada kebenarannya. Ini cerita 80% je betul, yang lebih tu. Aku tipu je korang. Pepandaila cover. Takkan aku nak cite 100% life aku kan? Hidup mesti ada privasi. Ada yang boleh kita cerita, ada yang tak boleh. Begitu juga business, ada rahsia perniagaan kita boleh kongsi, kita boleh jual rahsia tu. Tapi ada juga yang tak boleh..

So, kepada sesiapa yang belum subsribe blog ini. Boleh berbuat demikian. Aku dah tambah kotak borak dekat blog ini. Apa-apahal. Leh wat bising kat kotak itu. Khas untuk korang walaupun melambatkan loading blog aku ini.

Ingat. Dalam 3 advice aku itu. Kawan dan connection. Itu yang paling penting. Terutamanya kawan untuk berhutang. Sape2 yang hutang aku, sila bayar balik sebelum hari raya tahun ini. Jika tidak, aku terpakse menghalalkan hutang korang. Duit tu.. Dan sape2 yang rasa aku ada hutang dengan diorang, sila claim sebelum aku meninggal dunia. Aku tak nak kena tanya kat akhirat nanti. Naya kang kena nanti..

Ps: CUkuplah advice kejam dari aku hari ini. Dapat payment dari Forum Onlineopening dan program sign-profit.com hari ini.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Aug 03

Beli Traffic?

5 comments - Post a comment


So, hari ini. Trafic adalah perkara yang aku akan kupaskan bersama dengan korang semua. Aku tahu benda ni nampak macam aneh sikit. Tapi di forum luar negara atau international, benda ini dah jadi perkara biasa sampaikan siap ada website yang jual traffic. Maka, dengan kemunculan website sebegini membuatkan ramai orang yang beli traffic untuk website dan blog diorang. Siapa tak mahu kalau response pantas, service bagus, adil dan saksama dan yang paling penting. Traffic atau hits itu memang datangnya dari 1 ip yang berbeza-beza. Nampak macam mustahil. tapi benda nih dah terbukti kesahihannya..

Korang boleh dapat banyak information tentang beli jual traffic ni dekat satu forum yang sangat popular. Cuba check dekat forum ini. [klik sini] Kalau tak leh tengok. Korang kena register dulu dalam forum ini. Tak ramai orang Malaysia kat sini. Tapi korang boleh dapat macam2 informasi dan offer menarik dari website ini. Tak Percaya? korang boleh cuba dulu sebelum kata tak percaya sahaja sepanjang masa..

Boleh Percaya ke Beli Traffic ini? Betul2 ke hits atau traffic datang dari sumber yang berbeza?

Jawapan aku adalah YA!!

Kalau masih tak percaya. Terpulangla. Ramai yang dah beli dan ramai jugak yang dok terlopong dan masih terfikir cara untuk menaikkan hits dan traffic. Tapi ingat, cara ini sangat berguna jika blog atau website korang tu tak ada adsense. Rasa dah langgar TOS dalam Adsense jika korang beli traffic. Kalau masih nak beli, risiko tanggung sendiri. Lagi satu, jika blog korang tu sangat berguna dan dalam bahasa english, beli traffic sangat sesuai untuk orang2 yang mempunyai website sedemikian. Tak mustahil 1-10% dari mereka yang datang ke blog atau website adan itu akan stay dengan website anda. So, bagi blog bahasa Melayu. Tak digalakkan sebab mungkin user yang datang tu, just datang dan pergi. Kalau nak traffic yang stay, maksudnya pembaca yang setia. Beli traffic, bukan caranya.

Banyak cara sebenarnya nak naikkan traffic bagi sesuatu blog atau website. Tapi satu perkataan sahaja yang sesuai untuk traffic ini. Promosi. Mesti tahu cara promosi yang berkesan. Pukul rata, mesti ramai yang dah tahu cara-cara nak promosi website, affiliate link atau blog kan? So, praktikkan sahaja. Mesti ada salah satu cara yang berkesan. Tapi aku letak juga beberapa cara untuk naikkan traffic yang aku pernah cuba dan hasilnya agak memberangsangkan.

Tips Traffic :

1. Beli traffic : Kriteria seperti yang disebutkan diatas.
2. Exhange link : Korang boleh tukar dengan kawan-kawan korang. Suka sama suka.
3. Jual link atau Beli Link : Cara ini juga antara yang dapat membantu. Beli space dekat blog atau website seseorang.Cuba deal dengan harga yang agak murah dulu..
4. Aktif di forum-forum international. Tak banyak forum di Malaysia selain Forum WangCyber dan Forum Jutawan.org yang mempunyai banyak traffic.
5. Promosi mulut ke mulut
6. Email signiture juga turut membantu.
7. Gunakan Feed macam feedburner atau feedblitz
8. Gunakan Perkhidmatan macam Digg dan Technorati. Sangat membantu.
9. Banner : Jika ada skill. Buat banner sendiri pastu letak kat mana2 blog, website atau forum.
10. Cara paling pantas sekali. Spamming la kat mana-mana. Ini juga sangat berkesan !!

Rasanya. Cukuplah tips2 ini. Aku rasa ramai lagi power dalam bab promosi2 ni. So, toksahlah pura-pura tak tahu melainkan memang tak tahu belaka.

Tentang bayaran untuk Beli traffic ni, biasanya tengok dealer korang atau website yang menawarkan perkhidmatan ini. Kadang2 mahal dan ada jugak yang murah. Cuma kena pandai carik aje. Bayaran dalam Paypal atau E-gold.

Ps: Aku baru je beli traffic untuk Blog aku satu lagi. Kalau berkesan. Aku try untuk blog ini pulak..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan ceritakan beberapa perbezaan yang agak ketara setelah aku mencuba beberapa program seperti paid posting, blogging, paid blogging dan macam2 program lain. Pendek kata, dah puas mencuba dan hasilnya pun boleh tahan.

Apa perbezaaan yang agak ketara di antara Payperpost.com dan Reviewme.com?

Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang program yang membayar ahlinya untuk menulis blog sahaja. Mesti ramai yang tak percaya. Tulis blog pun boleh dapat komisen ke? Boleh. Siapa kata tak boleh? Dah banyak program2 macam ini muncul dan aku akhirnya memilih tiga program yang dapat bertahan dengan aku selama ini. Ok. Ini tiga program yang aku cakap tadi :

1. Payperpost
2. Reviewme
3. Blogsvertise

Ok. Aku cerita sedikit perbezaan dia yang ketara. Cuba perhati betul2 dan fahami apa yang tersirat dan tersurat.

Aku dah cuba ketiga-tiha program ini. So, take advantages dan jangan amik kesilapan aku sebagai kebiasaan korang semua. Tak elok tu..

1. Payperpost selalunya mempunyai offer dan bayaran yang agak tinggi berbanding blogsvertise dan reviewme. Tetapi kadang2, blogsvertise dgn reviewme pun boleh dapat offer yang tinggi. Bezanya korang sempat tak grab offer tu sebelum orang lain sambar? Paling tinggi offer aku pernah dapat $10 usd di Payperpost, $11 usd di Blogsvertise dan $20 usd dekat Reviewme.com.

2. Setiap offer agak berbeza. Tak semua offer sama dan dalam ketegory yang berbeza. Korang mesti ada banyak blog yang mempunyai kategori yang berbeza. Kategori bagi business dan webmaster sangat sesuai untuk ketiga-tiga program ini. Terutamanya reviewme dan blogsvertise. Payperpost lebih kepada global dan kadang2 banyak review untuk filem dan dating online site. Dan banyak juga untuk US dan Canada member sahaja.

3. Kebanyakkan offer untuk tulis blog berbayar ini adalah international. Terutamanya bagi blogsvertise dan reviewme. Aku dah dapat banyak offer dan dapat payment dari 2 program ini. Cuma tak berapa banyak dari Payperpost. sebab offer dia banyak untuk US dan canada member. Sebab lain, susah betul post yang kita tulis tu diterima. Kadang-kadang kena reject..

3. Setiap program ada perbezaaan dari segi menghantar blog. Di payperpost, kita hanya boleh submit 1 blog sahaja. Untuk submit lebih blog, blog yang pertama tadi mesti ada 10 post yang approved oleh Payperpost. Setakat ini, aku tak lepas lagi. Banyak gak kena reject..

4. Berbeza dengan Blogsvertise dan Reviewme. Korang boleh submit banyak mana blog korang mahu. Tapi diorang akan pilih blog korang dari beberapa kategori yang kadang2 aku sendiri tak terfikir. Blog bahasa melayu aku pun terpilih gak. Mungkin sebab blog BM aku tu PR 1..So, masih misteri lagi bagaimana blog kita memenuhi kriteria Blogsvertise dan Reviewme. Pokoknya, aku ada 4 blog approved dekat Blogsvertise dan 5 blog approved dekat Reviewme.

5. Tentang Payment. Juga berbeza. Aku tak tahu sangat berapa minimum setiap program. Tapi aku dapat simpulkan kalau korang guna paypal sebagai bayaran rasmi korang di Payperpost, reviewme dan blogsvertise. Korang leh terima minima $1 usd ke akaun paypal korang. Insya-Allah aku post bayaran yang aku dapat dari ketiga-tiga program ini nanti.

6. Syarat untuk join ketiga2 program ini. Mesti ada akaun paypal. Tak ada leh create free dekat website paypal.

7.  Contoh Post untuk ketiga-tiga program yang aku dah join ni, korang boleh check dekat blog silat aku ini. Kalau dalam bahasa inggeris tu, salah satu programnya. [KLIK SINI]

Cukuplah sampai sini dulu. Aku rasa korang boleh tahu semua maklumat dekat website diorang. Klik aje link diorang kat atas tadi. Tak faham, boleh tanya aku. Aku tak tipu, memang aku dah dapat bayaran ketiga-tiga program ini. Berapa? Aku tak pernah bagitahu pendapatan sebenar aku. So, anggar2 sendirila yek?

Ps: Hari ini. AKu buat 1 offer untuk Payperpost dan 1 offer untuk Reviewme.com. Boleh check dekat blog khas aku itu tadi..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari yang agak gelap buat saat ini kerana aku sedang duduk ditemani lagu2 sudirman dan menaip di laman web2 tertentu. Hari ini tidak banyak perkara yang dilakukan. Selain review beberapa website dan jalan-jalan cari idea dan berfikir bagaimana hendak tambahkan pendapatan, aku melencong ke friendster untuk update akaun. Nampak ada beberapa komen dan aku cuma buat apa yang patut sahaja. Malas nak tulis apa-apa atau reply. Hati aku cukup terkesan sejak pemergian Nurul. Mahu tahu berita selanjutnya tentang nurul. Sila pergi ke blog lama aku ini > Nurul Dalam Kenangan

Apa-apa pun. Hari seterusnya kena diteruskan juga. Bisnes mesti tetap kena jalan juga. Hari ini dapat beberapa payment kecil dalam Maybank dan Paypal. Ada rezeki sikit hari ini. Mungkin rezeki Nurul agaknya. Dan dapat email dari Zotspot.com. Ada berita baik. Nanti aku cerita dalam post2 akan datang. Payment untuk bulan July dari Reviewme.com dah sampai dalam email. Berapa? Nanti aku cerita. Tak ada semangat sangat nak cerita. Terlalu banyak perkara berlaku dan terlalu ramai yang tinggalkan aku bulan ini. Hoho, sedihnya..

Azam aku bulan Ogos ini. Mencapai $300 usd dalam satu bulan. Aku tahu itu agak sukar. Tapi aku mesti cuba. So, masih ada dua ratus lebih dollar yang aku kena kumpul. Harap2 tercapai azam untuk bulan Ogos. Korang macam mana? Perbaharui azam tiap2 bulan macam aku ker? So, at least ini target kecil aku. Walaupun mungkin nampak macam remeh temeh. At least i’m trying my best to earn some cash to paying my bills.. How about you guys?

Ok. Baru je update blog2 aku yang lain. Nanti aku inform apa-apa yang patut. Start besok, aku cuba concentrate pada kerja2 aku selain posting dan blogging sahaja. Kena naikkan traffic dan cari customer juga. So, harap berjaya hendaknya dengan step by step dalam perancangan awal aku nanti. Moga-moga berjalan dengan baik.

Satu tanda soal dalam diri aku sekarang. Pernat tak korang terfikir, macam mana rasanya bila korang kehilanggan seseorang yang korang kasihi? Maksud aku bukan kekasih. Tetapi seseorang yang korang rasa rapat betul pada hati korang? Boleh share dengan aku tak?

Ps: Offer Blogsvertise pun dah approved hari ini bila check tadi. Alhamdulillah..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Page 169 of 173« First...«166167168169170171172»...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------