Hari ini aku akan pulang semula ke Jerantut. Agak penat sebab hari Jumaat aku berjalan sampai ke malam dengan kawan-kawan. Hari Sabtu, aku ikut plan parents aku untuk menemani mereka bercuti 1 hari 1 malam di Bagan Lalang dan semalam, aku kena hantar adik perempuan aku ke Sentul. Fuhh, penat dan black saga aku tu tak berhenti daripada drive setiap hari. Fuhh..penat. Tapi malam tadi aku check, bayaran komisen TNX yang ke 36 dah masuk ke akaun paypal. Alhamdulillah..

Ini komisen pertama dalam bulan Oktober. Aku keluarkan dalam 30usd sebab aku nak bayar 10usd untuk yuran bulanan domain GDI aku, nak beli lagi 2 domain tambahan dan 1 hosting tambahan untuk program TNX. Hosting apa yang aku cuba untuk projek tnx aku itu? Nantikan Panduan TNX versi 2.0. Ada 1 hosting yang cukup sesuai untuk ujikaji korang nanti. Mungkin korang pun boleh cuba.

tnxpaymentoctober 300x150 Komisen ke 36 dari TNX


Dan eksperimen aku untuk TNX ni agak membuahkan hasil dan aku sudah nampak apa yang diperlukan untuk memastikan blog kita diindex dengan cepat. Rahsianya? Ada dalam panduan TNX versi 2.0. Benda ni aku tak cerita kat panduan TNX versi 1.0. Sebab aku kurang pasti tentang hal itu. Tapi bila aku perhatikan dalam tempoh 1-2 minggu ini, ternyata unjuran dan trik mudah tersebut memihak pada aku. Tak kusangka, ianya mudah sahaja. Tak hairanlah member aku dari Indonesia dan Filipina selamba badak aje sedut dalam 100-200usd daripada program TNX ni. Aku yakin, kita pun boleh capai tahap tu jika kena caranya.

Tentang web jualan. Aku dah ada web jualan yang aku tempah dulu. Dan aku sedang buat settingnya. Tapi jika aku rasa designnya tak kena dengan konsep yang nak, mungkin aku akan mintak orang lain untuk design web jualan tersebut. Aku juga sedang jeling mana-mana designer yang boleh buat design web jualan Panduan TNX versi 2.0 ni dengan harga bawah RM150 + dengan sistem affiliate. Memang murah, tapi aku nak tengok siapalah yang mampu buat kerja semurah ini. Kalau tak, aku sendiri buatlah. Bukan aku tak reti nak buat, cuma aku takde masa aje sekarang..

Siapa-siapa nak buat duit dengan TNX. Leh register sini: TNX

Selain Papadom, aku sempat juga tengok Surrogates. Bruce Wills jadi pelakon. Agak kecewa walaupun jalan ceritanya memang menarik. Takde orang jahat yang sangat jahat. Orang jahat dia sangat baik. Orang tua pulak tu. Ini memang cerita orang tua lawan orang tua. Memang tak best. Apa nak buat, aku dah bayar Rm10 kat budak jual tiket kat Alamanda tu. Layankan aje. Dah la sejuk bangat malam tu. Depa pasang aircorn level berapa agaknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Maaf sebab tak menulis apa-apa walaupun aku pulang bercuti ke Banting sempena cuti Deepavali ini. Mungkin kerana aku agak sibuk sedikit dengan urusah keluarga dan beberapa urusan lain yang perlu aku dahulukan. Namun aku sempat juga menonton wayang Papadom. Aku rasa ramai antara korang yang dah tengok cerita Papadom. Aku bawa kawan. Dia kata tak best cerita melayu ni. Tapi aku tetap nak tengok cerita Papadom ni. Dan akhirnya beliau bersetuju dengan muka masam. Lantaklah, aku nak tengok juga cerita Adflin Shauki ni sebab memang aku minat semua filem dan drama yang dia arahkan atau yang dia berlakon. Sebab bagi aku, jalan cerita dia agak menarik. Siap ada boria lagi tu diawal dan akhir filem ni..

papadom 206x300 Titan, Liyana Jasmay dan Papadom


Aku tak sempat tengok Setem. Tapi aku sempat tengok filem Papadom. Bagi aku, Papadom ada kekuatan yang tersendiri dan mungkin filem ini terbaik yang aku pernah tengok. Tapi mana tahu, Setem pun best jugak. Nanti aku cari kawan-kawan aku yang ada beli DVD setem ni. Pendek cerita, Papadom mengisahkan tentang seorang bapak yang overprotective terhadap anaknya. Si bapak bernama Saadom dan anaknya bernama Miasara. Lakonan Adflin sebagai Saadom memang best. Liyana Jasmay pun not bad. Lakonan Farid kamil juga cukup berkesan. Dan lakonan Scha al-Yahya pun mengancam dan memang buat aku benci dia dalam cerita ini. Mengada-ngada tak kira tempat. Paling tak ingat, bila dia kene hentam sendiri dengan team tukang sorak dia. Dan lakonan Que Haidar memang antara yang terbaik dalam filem Papadom ini. Memang nerd, haprak, gaban, besh dan macam-macam lagi. Nampak hidup gila watak si Mat ni. Memang wajib tayang betul..

Cuma aku rasa yang tak best adalah starting cerita Papadom ni. Agak slow bagi aku. Panggung pun senyap. Dalam 3-5 minit, masih tak ramai yang mula gelak. Tapi lepas sahaja si Dom cuak bila isteri dia nak mengandung, masa itu bermulanya gelak ketawa di panggung wayang tanpa henti. Sejujurnya, setiap 3-4 minit ,pasti kami agak gelak sakan. Memang banyak betul double meaning dan triple meaning dalam filem ini dan aku tak sangka ramai betul yang faham. Nampaknya penonton negara kita memang berfikiran matang dan cepat tangkap apa yang cuba disampaikan dalam filem yang bersifat kebapaan ini.

Overall, semua best walaupun permulaannya agak kurang bagi aku. Sisipan terakhi bila si Mat(lakonan Que Haidar) meluahkan perasaan terhadap Miasara(lakonan Liyana Jasmay), memang satu panggung gelak tak henti-henti. Bagi sesiapa yang dah pergi tengok cerita Papadom, mesti korang faham double triple meaning yang aku cuba maksudnya. Semua orang dewasa faham, tapi budak-budak sebelah aku buat muka poyo aje sebab tak faham kenapa satu panggung dok gelak sakan. Takpe budak-budak, korang kecik lagi. Tak faham.

Tapi banyak gak pengajaran yang kita dapat dari sini. Sayangi orang kita sementara dia masih ada. Sayangi orang tersayang sementara dia masih ada disisi kita. Bila dah kena tinggal, baru nak ingat. Kan dah jadi macam si Saadom ni. Baru ingat salah sendiri. Itulah, sibuk buat papadom dengan nasi kandar aje..

Ps: Teringin nak makan nasi kandar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Isu blackhat ni menjadi isu panas dalam beberapa hari ini. Aku sebenarnya malas nak ambil tahu benda ini sebab macam-macam pandangan negatif akan muncul dan tak mustahil akan membuatkan ramai orang tertanya-tanya dan juga membuatkan ramai orang give up dengan banyak program buat duit diinternet.


so, simplenya. benda ni subjektif. Nak buat blackhat, buat. Nak beli ebook blackhat, whitehat, greyhat, bluehat..beli kalau ada duit. Tapi nak amalkan ilmu blackhat ke apa..terpulang pada individu.


Nak nasihat, nasihat aje. Terpulang pada individu itu sendiri.Nak dengar atau tidak. Sekurang-kurangnya, ada yang memberi nasihat, memberi pendapat dan berkongsi pandangan. Jangan tak ada langsung.


Sebab tu kita kena yakin. benda ni aku dah fikir 6-7 tahun lepas. Memang banyak keraguan. Kalau korang rasa teknik ni cam tak besh dan korang dah setat ragu-ragu. Takyah guna trik nih. Cuba cari jalan alternatif yang membuatkan korang yakin dan tak ragu-ragu..


macam apa yang charlis bagitau. Buat akaun adsense banyak2..text link ads dan banyak benda lagi. Itu memang blackhat punya style. Kita bermain dengan sistem. Kita main kat HPK. Kat Adsense for domain. kalau korang main main letak je nama domain, berapa bulan korang nak dapat duit dari adsense? setahun? 2 tahun? kalau korang twing sikit, setiap bulan korang leh dapat cek dari adsense..


Kalau korang follow putih-putih cara yang memang whitehat..memang takkan korang dapat duit beratus ringgit, berpuluh ringggit, berpulug ribu, beratus-ratus ribu tuh.. kalau produk seks..tak letak gambar yang menghairahkan, tak letak ayat yang memberahikan..takkan ada sorang pun yang beli produk seks tu..


kalau google pagerank tu tak wujud, aku yakin banyak benda yang kita takkan dapat. Pernah tak korang terfikir yang Google dah rancang semua nih? Depa tahu yang Google pagerank akan banyak main peranan dalam dunia internet terutamanya blogging..dan diorang tahu ramai yang create banyak akaun dan exploitasi pagerank untuk keuntungan masing-masing. Dan mungkin juga Google tahu yang benda ni akan memporak-perandakan umat Islam? Sebab tu depa dok gelak-gelak bila kita semua jadi macam ni sedangkan kita masih tak tahu agenda mereka..


yang kakeru bagitau, guna video orang lain dan guna gambar hak orang lain. kalau ikutkan, memang tak boleh kan? Tapi orang kita masih buat juga. Jadi benda ni subjektif.. Kita buat apa yang kita mampu dan kita tolak apa yang kita mampu tolak.


Jadi, bagi aku, blackhat adalah salah satu cara untuk bermain dengan sistem. Ada cara blackhat dah tak relevan. Ada yang mungkin relevan sampai ke hari ini. Sebab tu, sampai ke hari ini, ada orang suka, ada orang tak suka. Ada orang yang tak tahu itu black hat, tapi anggapnya sebagai white hat. (Yang nih, ramai..) Yang tahu benda tu blackhat, dan apply cara blackhat (yang ni, kurang..)


Dan satu lagi blackhat paling ketara. Memberi insentif kepada ebook-ebook. Yang ni ramai gila otai kita buat. kalau korang beli ebook ni, korang akan dapat rebat. Dapat bonus ebook itu ini semata-mata untuk dapat sales. Mesti beli dari link referrals aku. Kalau tak, aku takkan bagi bonus tuh..(lebih kurang macam tu la, ayat aku kelam-kabut sikit) - Part ni, ada tak korang fikir benda ni menyerupai blackhat? Tapi ramai orang kata ini whitehat.. kalau whitehat, korang promote aje. Tak yah tawar apa-apa bonus..tengok. ada orang nak beli dari link korang ke tak? cuba tampal aje banner tu kat blog atau forum, berapa % yang akan beli dari situ? Sebab tu aku kata blackhat ni lebih kepada bermain pada sistem


Takyah cakap banyak. Satu lagi main blackhat paling melampau. Kita tak sembahyang. Tapi Allah tahu..dan kita boleh buat dek aje..boleh pulak melambat-lambatkan solat. Boleh bagi alasan, kerjalah, penatlah. Kejap lagilah. lagi 5 minitlah. Nak makan dululah. Ada meetinglah. Tak sempatlah.Gi dating. Pegang tangan sana sini. Tapi pada masa yang sama dia solat. Bukankah kita sedang bermain dengan sistem? Sistem yang Allah dah tentukan dan aturkan..kenapa masih ramai yang langgar benda sesimple tu? Tak blackhat ke tu? Tapi kita semua tahu, itu hak Allah. Dia yang tentukan. Itu belum lagi yang mengular time bekerja. Itu belum lagi yang tak bayar parking. Pendek kata, banyak ah blackhat dalam kehidupan kita nih..


Dan sebab tu aku rasa blackhat ini adalah subjektif. Bukan Google atau sesiapa yang tentukan walaupun ada orang kata gOogle is the god on net. Dan ianya terlalu sukar untuk diertikan dan diberikan pemahaman yang sesuai. Pendek kata, subjektif. Susah nak cakap la..


Bagi aku, terpulang korang nak buat blackhat atau tidak. Dan baba halal dan haram. Sukar untuk kita tentukan. Aku tak kesah dan aku juga merupakan penggiat blackhat. Aku tidak nafikan hal itu. Aku juga pengguna tegar whitehat. Aku juga buat apa yang dikatakan bluehat, greyhat, redhat dan greenhat. Jadi, semua ini terpulang pada pendapat individu. Sebabnya, aku suka buat edisi siasat. Jadi, aku cuba semua teknik dan belajar teknik tu walaupun dikatakan blackhat. Jadi, pandangan dan pengertian blackhat bagi sesetengah orang adalah berbeza. Dan tak perlu marah-marah jika pandangan kita berbeza. Aku punya pandangan berbeza, begitu juga orang. Setiap orang ada hujah masing-masing. Semua orang tak sempurna. Betul tak? Tapi aku mengalu-alukan sebarang komen positif atau negatif tentang hal ini. Cuma jangan kurang ajar. Boleh? Hehe..


Ps: Mungkin ada ayat aku mengarut dan ada yang terasa. tapi itulah blackhat. Cuma kita sedar atau tak sedar aje. Aku bukan orang yang sempurna. Jangan mempersoalkan aku sebab ada soalan yang aku boleh jawab dan ada yang aku tidak boleh jawab. Bukankah korang juga begitu?


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan cerita tentang satu lagi tools yang mungkin sesuai untuk korang. Tak kiralah korang menjalankan perniagaan konvensional ataupun perniagaan internet. Bagi aku ianya sesuai untuk semua jenis perniagaan dan juga mereka yang terlibat dengan program-program buat duit online. Mungkin ini akan jadi tools yang menarik bagi mereka yang berminat untuk menggunakan tools ini.

Tools tersebut adalah Sistem Bulk SMS atau lebih dikenali sebagai HyproBulkSms. Bagi mereka-mereka yang mempunyai ahli forum atau subscriber yang mempunyai no Handphone, aku rasa ini mungkin bagus untuk mereka. Yelah, setiap kali ada produk baru, korang boleh promote melalui sms tapi dengan syarat ahli forum atau subscriber korang membenarkan korang membuat demikian. Jangan main spam aje. Bagi aku ini lagi bagus sebab aku yakin hampir setiap orang yang bekerja dan membuat duit diinternet mempunyai handphone. Betul tak? Sms lebih senang dibaca dengan santai berbanding membaca di email. Silap aribulan, kena kutuk pula dengan blogger lain. Haha..

rahsiabulksms 237x300 HyproBulkSMS   Panduan Rahsia Bulk SMS


Ok. Bagaimana HyproBulkSms ini berfungsi? Sejujurnya korang cuma perlu bayar sejumlah wang untuk masuk ke dalam sistem ini dan korang boleh gunakan sistem bulk ini dengan sebaiknya. Dan apa kata korang download satu laporan ringkas iaitu Rahsia Bulk Sms yang mana ianya menerangkan bagaimana Sistem Bulk SMS ini berfungsi dan bagaimana untuk mendapatkannya. AKu kira agak jelas juga penerangan yang ada dalam laporan ringkas itu. Tapi jika hendak tahu dengan lebih detail, beli terus aje Sistem Bulk Sms dengan owner laporan ringkas Sistem Bulk Sms tersebut. Harganya aku kira berpatutan.

Dan korang juga boleh buat duit dengan Sistem Bulk Sms ini melalui satu program affiliate yang dijalankan oleh Sistem Bulk Sms ini. Lumayan juga kalau kena caranya. Anda target sahaja pada syarikat-syarikat kecil dahulu. Selepas itu, percaya atau tidak lebih ramai orang akan mencari sistem ini kerana ianya agak bagus dalam proses promosi dan pemasaran.

Dan semuanya ada dalam laporan ringkas Rahsia Bulk Sms : Download percuma disini

Ps: Huhu..kalau aku ada ramai awek. Mungkin aku leh pakai cara ini untuk hantar sms sekaligus pada diorang. Menjimatkan masa, bukan? Hehe..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011