Ya. Ada hasil sikit hasil dari penglibatan aku dengan jus monavie ni. Tak banyak, tapi bolehlah kan. Sebenarnya aku dah terlupa sangat pasal Monavie ni sejak aku sibuk berkursus. Sampai siap lupa maintain bulanan lagi. Haha..takpe. Nanti ada masa, aku gi HQ, bila 2-3 kotak untuk stok baru jus monavie. Aku punya stok dah tinggal sekotak dua aje lagi. Tak cukup tu untuk minum 2-3 minggu ni. Kena topup dulu la gayanya.

komiseninnitybaru Komisen pertama dari Monavie


Siapa yang berminat dan mahu penerangan. Leh contact aku. Tanya ajelah apa yang patut. Aku tahu, aku jawab. Aku tak tahu, aku tanya upline aku. Dia leh jawab. Aku bagitaulah jawapan dia pada korang. Jujur. Aku tidaklah tahu sedalam-dalamnya tentang Monavie. Aku tahu apa yang aku baca, apa yang aku kaji dan apa yang aku lihat. Benda yang aku tak baca, benda yang aku tak tahu, benda yang aku tak kaji dan juga benda yang aku tak pernah nampak, of courselah aku tak tahu. Kalau ada soalan aku tak boleh jawab. Sila faham. Aku tak tahu. Aku tak nak tipu korang. Sebab Monavie ni, memang MLM. Banyak orang kata MLM ni menyusahkan. Aku tak nafikan hal itu. Sebab tu, nasihat aku..nak join MLM ni mesti ada 3 benda. Modal, produk power dan Semangat yang tak mengaku kalah. Ada 3 benda ni, insya-Allah..boleh meletup punya.

Bab MLM ni, aku tak salahkan mana-mana syarikat MLM. Kerja mereka memang nak buat untung. Tapi aku tak suka sikap sesetengah orang kita yang mempromosikan MLM ni. Bab paksa tu dah jadi lumrah. Bila orang kata memang dia tak ada duit nak buat MLM ni, JANGAN DOK paksa mereka lagi dah. Nak cari orang yang nak buat duit ni senang sebenarnya. Biasanya mereka yang cari kita. Jadi, orang yang cari kita nilah kita didik sebaiknya tentang syarikat MLM yang kita sertai tu. Orang yang malas cari kita, toksah buang masa. Tugas kita, didik mereka, beri informasi dan teruskan promosi. Biasanya, orang kita ni bila dah ramai join sesebuah MLM tu, barulah mengada-ngada nak join. BIla rasa macam ramai dah join, mulalah malas nak promosi dan start bagi 1001 alasan malas nak aktif dengan MLM walaupun dah dipujuk oleh kawan-kawan dan upline..bagi aku, mereka yang gagal dalam MLM ni, hampir 99% adalah disebabkan sikap diri sendiri. Tak perlu nak salahkan upline, syarikat dan orang lain. Cuma 1% aje disebabkan oleh faktor-faktor yang malas aku ceritakan disini.

jusacaimonavie 300x215 Komisen pertama dari Monavie


Bukan sahaja MLM, even kerja kat pejabat pun. Bila ada orang baru masuk, tiba-tiba tak sampai setahun boleh naik gaji dan naik pangkat, sedangkan korang yang dah bekerja 4-5 tahun, tak pernah-pernah naik pangkat. Mesti korang bengang kan kalau kena situasi macam tu. Tapi cuba fikir, mengapa korang tak dapat naik pangkat kalau korang malas, buat kerja malas, bila bos suruh buat kerja, bangkang aje, kutuk bos belakang-belakang, buat kerja sambil lewa, mengumpat dan bergosip kerjanya dan macam-macam lagi. Jadi, tidak hairanlah kalau ada budak baru masuk, kerja bagus, ada ijazah lagi, rajin buat kerja tanpa disuruh, even disuruh pun buat dengan kacak sekali. Mana-mana bos dan CEO syarikat pun suka kalau ada pekerja macam ni. Naik gaji seribu dua pun tak membangkrapkan syarikat punya.

Apa aku cakap ni, apa yang berlaku dalam realiti kehidupan di Malaysia. Aku dah kerja macam-macam kerja. Baik kerajaan, swasta ataupun kerja sendiri. Perangai semua lebih kurang aje. Yang malas, yang menindas, yang gila kuasa, yang ditindas dan macam-macam lagi. Kalau tak kuat, selamanya kita kat bawah. Aku tak suka duduk bawah lama sangat. Ada masa dan kena masa, aku nak duduk diatas. Sampai bila nak duduk kat bawah kan? Kena masa, kita patut rampas kuasa. Haha..

Ps: Ok..dah mengarut sangat dah ni. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku rasa korang mesti jarang dengar website 1Artikel.com, bukan? Maklumlah, benda ni masih baru lagi dalam pasaran blogger tanah air. Jadi, tidak hairan ramai lagi yang terkenal dengan 1Artikel ni. Sejujurnya, ini antara salah satu website ping yang agak kemas dari segi susunannya. Tidak bersepah, tidak mengarut dan agak bersih berbanding website ping yang ada kat pasaran Malaysia ni. Pendek kata, antara website ping paling kacak yang pernah aku jumpa.

Kalau korang pernah cuba Apesal.com, Ohbelog.com, Rakanblog.com, Guabelog.com dan Busuk.org, ini maknanya tidak sukar untuk korang mencuba 1Artikel.com. Fungsi mungkin berbeza sikit sebab 1Artikel rasanya menggunakan wordpress sebagai asas, tetapi ianya tidaklah susah sangat. Mungkin bagi yang baru kali pertama mencuba akan rasa ralat semacam website 1Artikel ni. Sebab website ping yang lain lebih kurang aje dan mudah untuk digunakan. Tetapi 1Artikel ni agak berbeza sikit. Mungkin pengendali 1Artikel lebih suka guna medium wordpress dan menggunakan plugin tertentu untuk menghasilkan website ping sebegini. Bagi aku, tak ada masalah. Cuba sahaja. Insya-Allah, akan jadi sebaris dengan Apesal.com dan Busuk.org.

541117 414733018552565 100000476123832 1742394 1877020674 n Siapa dah cuba 1Artikel.com?


Walaupun aku bukanlah pengguna tegar website ping, tapi kadang-kadang aku selalu gunakan medan website ping ini untuk cari trafik dan bina backlink. Sesuai untuk korang yang menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak aku tu. Boleh bina backlink sebanyak yang mungkin dan juga boleh dapat trafik dalam masa yang sama.

Yang paling best, korang juga boleh letak RSS blog korang kat situ. Jadi, tak perlu update secara manual berbanding website ping yang lain. Ini lebih mudah, bukan? Jika website ping yang lain, korang kena letak link dan juga bagi penerangan sedikit tetapi 1Artikel datang dengan pakej yang lebih baik dengan memberikan korang peluang letak RSS blog korang disitu. Apa faedahnya? Jika 1Artikel ini akan dapat pagerank yang lebih baik pada masa hadapan, korang akan dapat sedut jusnya dari situ. Ada kira-kiranya yang membantu korang mendapatkan pagerank yang tinggi dan juga aliran trafik yang mantap. Ini agakan akulah tapi aku rasa memang betul pun. Walaupun tak dapat banyak, tapi kalau ada sedikit faedah, mengapa tidak kita gunakan 1Artikel ni, kan?

Dari segi design, layout dan lain-lain, aku rasa dah kemas dan cantik 1Artikel.com ni. Kalau nak ubah atau tambah pun, tak ada hal punya. Tapi cadangan aku untuk membantu 1Artikel lebih cemerlang dan lebih gemilang dan juga lebih kacak, mungkin boleh buat pertandingan atau giveaway seperti yang orang lain lakukan. Tengok sahaja Mynewshub.my dan Wootmedia.my. Rajin bagi giveaway. Tengok sahaja Denaihati dan Earncent, selalu buat pertandingan. Ini akan membantu dari segi popularity dan penjenamaan. Tak banyak, tapi kalau dapat bagi setiap hari ada orang baru kenal 1Artikel.com, itu sudah lebih dari cukup, kan?

Itu sahaja aku nak cakap pasal 1Artikel.com. Korang boleh cuba kalau mahu. Kalau tak nak pun, aku tak paksa. Itu hak korang. Aku cuma bagi cadangan sahaja.

#1Artikel juga merupakan salah seorang penaja baru dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. 1Artikel dikendalikan oleh seorang lelaki kacak. Siapa lelaki kacak itu? Aku bagi korang peluang untuk meneka. Siapakah mamat kacak tersebut. Siapa pandai teka, dia memang lelaki paling kacak pada malam ini. Haha..

Ps: Terengganu menang dengan Singapura dalam saingan Piala FA (1-0). Tahniah! Huh, teringat bekas-bekas awek Terengganu aku dulu. Masih sihatkah? Masih cantik dan seksi lagikah??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lelaki kacak baru jumpa cek nuffnang yang dah lama hilang tanpa jejak dibiliknya. Haha..

Ya. Aku baru jumpa cek tu. Dah lama gak cari. Tapi bila aku cari memang takkan jumpa. Biasanya aku akan jumpa benda yang hilang ni bila aku tak cari. Dengan sendirinya barang yang hilang tu akan memunculkan dirinya. Entahlah, dah banyak kali aku cari kat kawasan tu dulu. Tapi tak jumpa. Mungkin ada hijab dan mungkin belum masanya aku jumpa cek nuffnang ni lagi. Hoho..

Walaupun tak banyak dan belum lagi tahap sampai nak riak sebab dapat cek nuffnang ni, aku tetap bersyukur sebab bukan senang nak buat duit dengan nuffnang yang terkenal dengan cemburunya, popular dengan masalah, tidak disukai oleh ramai blogger dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku tak ada masalah dengan nuffnang. Memang aku mata duitan, tapi kalau aku dah usaha, tapi tak dapat. Aku takde masalah.

cekbarunuffnang Cek ke 14 dari Nuffnang


Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.

Belum tentu. Biar 1 juta orang masuk ke blog orang, peratus untuk diorang klik iklan korang masih 50-50. Jika tak ada, kira nasib koranglah yang memang tak bernasib baik atau masih kurang skill dan pengalaman lagi. Jadi, tak PERLU nak salahkan nuffnang kalau korang tak dapat klik langsung. Tak perlu nak kata Nuffnang ni PENIPU. Tak perlu kata Nuffnang ni cuma pilih BULU kaki blogger yang paling lawa aje. Tak perlu.

Aku kata, bukan sebab aku nak AMPU syarikat Nuffnang ni. Aku punya status pun dah tukar ke Ordinary member. Ntah apa silap aku sampai bertukar status. Tapi aku biar aje. Malas nak cari pasal. Mesti Nuffnang ada sebab wat macam tu. Nanti ada masa, aku nak tanya balik kenapa jadi macam tu. Jadi, nasihat aku kepada blogger yang bajet mereka power sebab ada beratus dan berjuta unik visitor dan impression diblog masing-masing tu, tak payahlah nak buat topik kat facebook dan cerita macam-macam bagai nak rak. Menyalahkan sana-sini, menuduh syarikat itu jahat dan penipu dan sebagainya. Kalau BETUL, korang boleh saman syarikat itu. TAPI mesti ada BUKTI maa. Ada bukti, bukan setakat seratus dua ratus korang boleh dapat. Beribu dan berpuluh ribu boleh dapat kalau menang kes. Tapi korang ada BUKTI kukuh ke? Setakat cakap besar aje, belum cukup modal tu derr..

Ps: Aku malas nak layan topik bangang macam ni. Kekadang, aku rasa macam nak sepak orang aje. Tapi masalahnya, time aku bengang tulah tak ada orang disekeliling aku. Tuhan tu memang maha mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanyaNya.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Ini update hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Target aku adalah mencari penaja wang tunai untuk kasi UP hadiah tempat pertama sebanyak RM500. Aku cuma terima penaja sampai penghujung bulan April 2012 sahaja. Bulan Mei adalah bulan korang pulun habis-habisan.

1. RM500 + 1 set Buku Rakasa Misai dan Jambul Alif dari Contengconteng.com + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + Review dan 1 slot banner 125x125 selama 1 tahun dari Bluedianthus.com + lukisan potret vektor digital dari Jomtonton.net + domain dan hosting dari Netkl (RM60) dari Bukitbesi + Pakej iklan 200x80 dari Radhio + Pakej iklan 468x60 dari Cikgu Dahlia
2. RM300 + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + lukisan potret vektor digital dari Jomtonton.net + Pakej iklan 200x80 dari Radhio + Pakej iklan Teks dari Cikgu Dahlia + Pakej iklan 125x125 dari 1Malaysianews.net
3. RM150 + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + Pakej iklan 125x125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 200x80 dari Radhio + Pakej iklan Teks dari Cikgu Dahlia + Pakej iklan 125x125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my
4. RM100 + Pendrive 4GB + Pakej iklan 125x125 di blog Harfiz-bizstudent + Pakej iklan 125x125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 125x125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my
5. RM80 + Pendrive 4GB + Pakej iklan 125x125 di blog Harfiz-bizstudent + Pakej iklan 125x125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 125x125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my
6. RM40 + Pakej iklan 125x125 dan RM10 Topup dari Farish Ishak
7. RM30 + Pakej iklan 125x125 dan RM10 Topup dari Farish Ishak

543190 413437552015445 100000476123832 1737815 1919532033 n Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
#Semua lima pemenang ini akan menerima hadiah berupa review dari blog Muazfaris.com dan menerima 1 slot Iklan Premium 300x60 percuma untuk tempoh sebulan dari UmarFaruq.com

Aku cuma akan update senarai peserta melalui link ini sahaja. Jika korang mahu tahu jumlah atau siapa yang menyertai Cabaran SEO ini, sila rujuk pada link ini: Senarai Peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012.

Ini merupakan senarai pendek bagi mereka yang dah hantar link penyertaan. Tak perlu hantar banyak link, cukup hantar satu link sahaja. Tapi korang tak ada masalah kalau nak buat 1 juta artikel yang berkaitan dengan lelaki kacak diblog masing-masing. Lebih banyak artikel, lebih banyak backlink korang boleh bina untuk bagi pekat keyword lelaki kacak dalam blog masing-masing. Huh, aku dah bagi hint lagi tu.

1. Esempoi - Lelaki Kacak
2. JR - Lelaki Kacak
3. Mrs.Yie - Lelaki Kacak
4. Puteri Kasih - Lelaki Kacak
5. B3njy - Lelaki kacak test power pertama
6. Juan - Lelaki Kacak dengan buah tembikainya
7. Ini Krie - Cabaran Lelaki Kacak
8. Jomtonton - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid
9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak
10. Amirez - Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 - Earncent.com
11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum
12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak
13. Azmanisma - Lelaki kacak Malaysia
14. Sjiehan - Warkah untuk lelaki kacak
15. UmarFaruq - Lelaki kacak
16. Auc dot com - Lelaki kacak vs Lelaki kacak - Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
17. Aidanatasya - Lelaki kacak
18. Ana - Definisi lelaki kacak dari kacamata Wanita
19. Yas - Siapakalah Lelaki Kacak 2012 - SEO Contest
20. Lelaki kacak - Lelaki Kacak
21. Zida - Siapa dia lelaki kacak?
22. PuanBee - Lelaki Kacak nak lagi Kacak
23. Faiz - Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
24. Zamani - Lelaki Kacak - Who want to join club?
25. E’raz Fadli - 10 Perihal yang melibatkan Lelaki Kacak
26. Maya Diana - Lelaki Kacak ada disini.. lelaki kacak?
27. zik - Aku Lelaki Kacak Wei!
28. Akulearn - Cabaran SEO 2012 Lelaki Kacak
29. Beckhrooy - Lelaki Kacak dan tentang Lelaki Kacak Malaysia
30. Wie - Lelaki kacak
31. Hafizul - Lelaki kacak
32. Kamal Mustafa - Lelaki Kacak bukan hanya pada rupa
33. Hapizi84 - Lelaki kacak sukakan cabaran
34. Shahrul - Lelaki kacak dan handsome
35. Anastasyea - Lelaki kacak yang sebenarnya kacak
36. AdamHawa - Top 10 Lelaki Kacak
37. Jebeng Otai - Teknik Pelaburan Emas Lelaki kacak
38. Hatiputera - Lelaki kacak: 5 perkara wanita inginkan
39. Azyani - Lelaki kacak- Lelaki boleh menjadi kacak apabila..
40. Mahamahu - Lelaki Kacak Gay
41. JAI - Lelaki Kacak 2012 - Siapa pilihan Anda?
42. Fiezaradzi - Bagaimana lelaki kacak uruskan duit?
43. Iza - Lelaki kacak
44. Azura - Budak Lelaki Kacak 2012
45. Azwan - SEO Challenge At EarnCent.com – Lelaki Kacak
46. Neu - Lelaki kacak tidak marah
47. Hafizmd - Lelaki Kacak suka buat kontest
48. Jomkongsistory - Lelaki kacak itu apa?
49. Kulanz - Bila lelaki kacak menulis
50. Azuan - Antara Persaingan dan Permintaan/”>Lelaki Kacak
51. ProfHariz - Lelaki Kacak - Trivia Menarik
52. 52. Ohbuku - Lelaki kacak di Toko Buku
53. Macambest - Lelaki kacak pada pandangan mata aku
54. Kimmie - Lelaki kacak mesti cuba aktiviti water
55. Akubiomed - Lelaki kacak akan mengalah dulu sebelum berjaya
56 Chi - Aksi Budak Lelaki kacak
57. Tehr - Lelaki kacak berani untuk gagal
58. Zuls - Lelaki kacak sebenar-benar kacak
59. LangkawiHomestay - Lelaki Kacak ke Langkawi
60. Naziman - Lelaki kacak mudan cepat blogwalking
61. Putera-Malam - Siapakah lelaki kacak?
62. Norizwan - Cara diet untuk menjadi lelaki kacak
63. Ummi Hanie - Lelaki kacak Penggila Kereta
64. Mohd Isa - Lelaki Kacak Pelindung Wanita
65. Sha - Cabaran SEO Lelaki kacak 2012 - 17 Orang Lelaki Kacak dalam hidupku !!!
66. Wazy - Lelaki kacak
67. Luqman Hakim - Lelaki kacak Lelaki Hot
68. Bukit Besi - Lelaki kacak bagi mata lelaki tak kacak
69. Ladfe Amir - Cabaran Getir Lelaki Kacak
70. Aiman - Lelaki Kacak|Ciri dan Personaliti
71. Myvirtd - Cabaran 30 hari Lelaki kacak bina six pack
72. Macambetul - Lelaki Kacak Copy Paste
73. Farish Ishak - Lelaki kacak vs Lelaki Beriman

74. Lelaki kacak 2012 Lelaki Kacak
75. Sharifdez - Lelaki Kacak di laman pertama Google
76. Lelaki Kacak - Lelaki Kacak
77. Hati Putera - Pandangan Lelaki Kacak
78. Dyiena - Lelaki Kacak Handsome Guy Kacak
79. Khairol Asrol - Lelaki Kacak Cukup Bergaya
80. MK Kimi - Aku Lelaki Kacak, setuju?
81. Hidayah - Lelaki Kacak
82. Fid - Lelaki Kacak itu Siapa?
83. Terbelog - Lelaki Kacak
84.
85.


Sekali lagi, terima kasih kepada semua para penaja atau sponsor yang menaja Cabaran SEO Lelaki Kacak ini. Siapa yang nak jadi penaja, bolehlah hubungi aku dengan kadar yang segera. Ini kerana korang akan dapat backlink bukan sahaja dari cawangan blog-blog aku, malah korang juga akan dapat backlink dari sebahagian besar dari peserta Cabaran SEO ini. Maksudnya, penaja akan dapat banyak backlink dari IP yang berbeza, dari negeri yang berbeza dan juga blog yang berbeza. Banyak kelebihannya kat itu. Bukan takat promosi untuk blog korang aje, ada kebarangkalian mempengaruhi pagerank dan Alexa rank korang pada masa hadapan.

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.


Ps: Aku penat. Baru terbangun tidur pukul 4 tadi..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Page 14 of 341« First...11121314151617...304050...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011