Seperti yang diduga, malaysia menang semalam. Aku rasa ramai yang gembira gila termasuklah Dato Najib sampai bagi cuti umum hari jumaat nih. Yelah, hampir 14 tahun kita tak dapat pegang Piala Suzuki ni, tapi tahun 2010 nih, kita dapat. Aku rasa, dalam tahun 2010 ni, macam-macam pencapaian Malaysia yang kita boleh banggakan. Kalau aku cerita, memang banyak sangatlah. Tapi aku rasa, korang tahu juga kan?

Nama Khairul Fahmi Che Mat, menjadi bual mulut orang sekarang. Penjaga gol Malaysia ni memang bukan calang-calang pemain dan aku rasa dia wajar kekal sebagai penjaga gol utama Malaysia untuk siri-siri kejohanan yang akan datang. Cuba tanya diri korang, berapa nama penjaga gol keeper yang korang masih ingat? Maksud aku untuk yang baru-baru nih. Dulu, kita ada ramai, Khairul Azman Muhammad, Mazlan Wahid dan ramai lagi. Tapi tahun 2009-2010, cuba bagitau aku nama penjaga gol kebangsaan yang korang boleh ingat selain si Khairul Fahmi ni? Tak ada kan? Sebab aku sendiri pun cuma ingat nama Khairul Fahmi ni aje. Sehingakan namanya popular di Twitter, Facebook, blog dan surat khabar sekarang. Tak hairanlah banyak blog asyik cerita pasal mamat tu. Yela, benda tengah panas. Memang ramai orang cari..
Apapun, tahniah untuk semua pemain malaysia dan juga pasukan jurulatih Malaysia terutamanya Rajagopal yang berjaya membawa satu kejayaan gemilang untuk menutup tirai tahun 2010 ni. Aku yakin, tahun depan, pasukan bola sepak Malaysia akan lebih gemilang dan cemerlang. Insya-Allah..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content













