Ok. Sepanjang aku menulis blog sejak tahun 2007 secara serius, aku dah jumpa ramai blogger. Yang dulunya berhingus, yang dulunya tak tahu apa-apa, yang dulunya orang pandang rendah aje TAPI kini dah jadi lelaki kacak. Korang kenal tak siapa mereka yang berhingus ni?

Korang kenal Khai? Pemilik Ohmedia tu? Dulu, tak ramai orang kenal dia. Blog dia pun orang taktahu. Tapi cuba tengok apa yang dia dah capai hari ini? Salah satu group yang cukup disegani dan dihormati oleh ramai blogger. Dan Khai lah pencetus kepada fenomena “OH” sehinggalah wujudnya macam-macam website dan blog yang bermula dengan “OH”.

Dan lagi seorang lagi yang aku anggap sebagai budak kecil tetapi dah jadi lelaki kacak yang digilai oleh ramai gadis-gadis comel. Beliau tak lain dan tak bukan adalah Adly. Salah seorang pemilik Majalah IM dan juga pemilik syarikat Flarebiz. Dulu, orang siap kutuk lagi budak Adly ni. Ramai yang pandang rendah pada beliau. Tapi sekarang? Universiti pun cari dia buat talk dan ceramah. Malah, siap boleh buat bisnes lagi dengan pemilik Upin dan Ipin. Ohh..mereka sangat kacak, bukan?

Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal diorang berdua. Hari ini aku nak cerita pasal WootMedia yang merupakan satu lagi kumpulan yang mungkin mampu menyaingi apa yang Khai dan Adly lakukan. Ya, walaupun aku tak berapa kenal dan mesra dengan semua anggota rasmi Wootmedia, tapi aku rasa mereka juga merupakan salah satu group yang cukup berjaya dalam arena blogging ni. Network diorang kira besar gak. Dan ramai peminat. Jika nak banding dengan aku, jauh panggang dari api. Tapi aku tetap yakin aku lebih kacak dari diorang. Tapi ada beberapa sebab aku rasa WootMedia ni kacak yang aku boleh kongsikan dengan korang.

405104 415466821812518 100000476123832 1745413 963578775 n Disebalik kekacakan WootMedia..


1. Seperti pakcik Denaihati, WootMedia juga rajin buat giveaway dan pertandingan. Kiranya diorang tak lokek berhabis dalam bab promosi. Ya, nak popularkan sesebuah blog ni bukan takat pakai air liur dan ayat-ayat kacak sahaja. Tapi duit pun perlu ada. Umpan mesti mahu cantik. Sebab tu, aku rasa ramai orang kenal dengan WootMedia dan mula meminati mereka.

2. Kalau korang masuk blog-blog kepunyaan WootMedia ni, diorang suka tulis macam-macam benda. Baik dari politik, hiburan, isu semasa, cerita pelik-pelik dan segala bagai lagi. Tapi kenapa aku lebih suka mereka berbanding blog hiburan dan isu semasa yang lain? Sebab kadang-kadang ayat-ayat kacak dan gaya penulisan dia memikat hati aku untuk terus datang ke sana. Walaupun tidaklah setiap hari, tapi kalau aku singgah, memang lama gak aku lepak sana. Ada gak la sejam dua. Kalau aku sorang boleh sangkut lama macam tu, orang lain macam mana pula agaknya?

3. Krew atau budak-budak WootMedia ni bukan calang-calang orang. Ada Affan, Kodet, Syafiq nombor 1, Iqbal dan Syafik nombor 2.  Semuanya lelaki-lelaki kacak dan digilai oleh ramai gadis-gadis. Aku pernah masuk blog-blog peribadi mereka. Jadi, aku tahu gaya penulisan mereka. Contoh macam Affan, sekali dia tulis kat blog dia, bersepah komen masuk. Ingat senang ke nak dapat komen? Dia tulis satu artikel aje, tapi ramai datang komen. Jeles aku. Huh, itu belum lagi bab jumlah LIKE lagi..

4. SukanMalaya.com. Ya, ini pun produk WootMedia. Aku tahu ramai yang tak tahu bukan? Aku baca blog sukan ni. Theme lawa, bersih dan kemas. Tak bersepah. Tak ada lalat pun nak hinggap punya. Maklumlah, bersih macam kedai KFC.  Fans dekat facebook pun dah 13 ribu lebih. Dah terlebih kacak sangat tu.

533914 415465448479322 100000476123832 1745408 49836202 n Disebalik kekacakan WootMedia..


5. Salah satu sebab aku suka diorang, diorang dah dapat akaun Innity. Bukan senang nak dapat akaun Innity ni. Jadi, sape-sape yang dah dapat akaun Innity ni, kiranya mereka blogger kacak jugaklah. Bukan senang nak dapat kan? Jadi, untuk group macam ni memang wajib ada akaun Innity. Antara sumber pendapatan yang paling kencang sekali. Tapi ini tidak bermakna blog yang tak ada akaun Innity itu tidak kacak. Kalau income korang dari Nuffnang dah ratus-ribu, itupun dah kira blogger kacak apa??

Dan cadangan aku untuk WootMedia. Kurangkan sikit artikel copy paste tu. Lebih baik buat artikel sendiri dan ulas sendiri. Itu lebih menarik perhatian pembaca berbanding paparkan artikel copy paste sahaja. Itupun, kalau nak pergi lagi jauhlah. Tukar theme lain. Yang lebih kacak. Dan, aku rasa mungkin boleh kecilkan sikit font di artikel tu. Besar semacam. Kalau macam kat muka depan tu, ok sikit. Satu lagi, aku rasa macam susah nak komen kat blog korang tu. Mungkin orang lain rasa senang. Tapi entahlah, aku rasa susah pula. Mungkin sebab aku malas kot nak daftar livefyre tu. Tapi aku tetap respek sebab korang dapat dekat 110 ribu lebih yang LIKE fanpage korang. Dah cukup buat aku kagum sampai mengalirkan air mata kegembiraan.

Ok. Cukuplah. Aku buat entri ni pun sebab aku nak baju warna hitam tu. Kalau tak dapat pun tak apa. Tapi kalau dapat, WootMedia memang kacak sekali. Diorang tengah ada buat giveaway iaitu Wootmedia blogging shirts giveaway – giveaway ini akan memberi peluang kepada fans wootmedia yang terdiri dalam kalangan blogger untuk memenangi baju ‘blogging’ oleh wootmedia. Kalau korang nak tahu tentang giveaway tu, bolehlah pergi ke blog WootMedia ye.

Ps: Ok. Mahu pergi jalan-jalan. Nak kira jumlah batu kat jalan raya ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku sibuk hari ini kerana hari ini hari isnin. Banyak benda yang perlu disiapkan. Serius, dalam seminggu ni memang aku akan jadi salah seorang manusia yang super sibuk didunia. Jangan ditanya apa yang aku sibukkan tu, sebab memang aku jarang bagitau. Banyak rahsia yang masih perlu aku rahsikan. Kalau tak, ianya takkan jadi sebagai suatu rahsia. Betul tak?

Ok. Ini bayaran terkini dari Innity. Memang tak banyak kalau nak dibandingkan dengan bayaran bulan-bulan lepas. Tapi sekurangnya, masih ada hasil dari program Innity ni. Aku memang bersyukur kerana bukan semua orang boleh buat duit dengan Innity. Malah, bukan semua orang ada blog yang layak untuk program Innity. Bila blog aku dah terpilih, jadi aku harus bersyukur dan terus berusaha untuk lebih berjaya.

komisenpertamamonavie Komisen ke 15 dari Innity


Bagi yang masih kecewa kerana masih tak lepas-lepas lagi dengan Innity, aku harap korang tak mudah putus asa dan jangan putus asa. Sentiasa bangkit dan berusaha seadanya. Aku yakin, usaha keras korang akan membuahkan hasil jika korang buat apa yang sepatutnya. Tapi kalau korang malas, aku tak dapat nak buat apa. Sebab aku kenal sifat malas ini dengan sedalam-dalamnya kerana aku salah seorang yang malas. Jika orang semalas aku ni pun boleh berjaya buat duit dengan Innity, mengapa orang malas yang lain tidak boleh?

Baik. Waktu dah habis. Aku blah dulu.

Ps: Penat minggu lepas tak habis lagi. Sambung plak penat minggu ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Mar 25

Betul kata Titan.

30 comments - Post a comment


Sebelum aku sambung wat asignment mengarut yang berharga RM200 tu, aku nak temberang sikit dengan korang-korang semua yang kacak-kacak belaka ni. Itupun kalau korang melawat blog aku ni. Kalau tak, baca aje esok masa kat opis ye? Itupun kalau boss korang yang tak berapa kacak tu tak datang lagi. Janji, bukan sebab korang baca blog aku, korang kena tangkap dengan boss korang yang korang malas buat kerja.

Semua orang suka bagi pendapat, cadangan, sumbangsaran dan segala bagai lagi. Kadang-kadang, ada pendapat kita yang takkan sebulu dengan pendapat orang lain. Belum tentu pendapat dari perdana menteri Uganda akan sama dengan perdana menteri Israel. Belum tentu peguam kat Malaysia ni akan sama pendapat dengan peguam kat Papua New Guinea. Belum tentu lagi, pendapat perempuan comel sama dengan perempuan seksi. Belum tentu juga cadangan gadis bertudung akan sama dengan gadis yang berlakon dalam 3gp. Belum tentu. Yang pasti, tak perlu sampai benci antara satu sama lain. Tak ada faedahnya pun.

531292 415410351818165 816635671 n Betul kata Titan.
Jadi, apa yang kita perlu buat kalau pendapat kita tak sebulu dengan orang lain?

Kalau pendapat tu berdasarkan fakta dan ada orang bangkang fakta tu. Itu memang wajib korang bantai balik orang tu. Contohnya, mengapa umat Islam mesti bersembahyang? Mengapa ayam tak boleh mengaum? Mengapa rukun negara Malaysia cuma ada 5 rukun aje? Bukan lapan belas? Kalau dah fakta, toksah mengarut dengan pandangan kelas ke 3 tu. Abaikan. Korang tak rugi, diorang pun tak untung.

Tapi kalau korang rasa pendapat tu betul. Tak salah korang bersetuju. Tak ada masalah. Bukannya dapat dosa pun. Lagipun, kalau pendapat korang tu betul-betul menjawab persoalan yang diutarakan.

Masalah orang kita ni, suka sangat tak boleh terima pendapat orang lain. Sikit-sikit nak bangkang. Sikit-sikit nak cari salah. Sikit-sikit ada aje fakta yang nak diputarbelitkan agar menjadi faedah kepada diri sendiri. Sebab tu, kekadang aku sedih dengan perangai orang kita ni. Kekadang, mengarut aje lebih. Tapi aku tak nafikan, ada gak orang yang suka bagi pendapat yang bagus dan kacak seperti mamat kat bawah ni..

380705 415406681818532 100000476123832 1745093 55068629 n Betul kata Titan.


Haha..aku tahu korang tengah bengkek, kan?

Ps: Ok. Aku nak buat kerja. Jangan usik atau kacau aku. Grr..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku cuma nak memeriahkan saja peraduan dari PTS ni. Jadi, aku kongsikan dan cerita sikit tentang Peraduan dan Menang dari PTS ini dan juga tentang Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung setiap tahun tu. Aku yakin ramai yang minat baca buku dan novel dari PTS ini bukan?

528933 415149985177535 100000476123832 1744289 1702752674 n Peraduan Hebah dan Menang dari PTS


Ok. Ini info ringkas tentang Peraduan Hebah dan Menang PTS 2012:

1. Proses pendaftaran mesti guna facebook. Siapa takde FB, sila buat satu.
2. Hadiah dikira berdasarkan jumlah klik setiap minggu.
3. Ada hadiah mingguan dan juara keseluruhan sepanjang kempen ini berlangsung.
4. Hadiah mingguan dapat baucer RM50.
5. Siapa sahaja boleh join asalkan berumur 8 tahun ke atas.
6. Jumlah ‘klik’ akan di reset setiap minggu.
7. Peserta perlu menukar profile gambar bagi melayakkan diri memasuki kempen ini dan memenangi hadiah
8. Hadiah boleh dituntut bermula 27 April sehingga 6 Mei sahaja.
9. Baucar ini hanya sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 dan boleh digunakan hanya di booth rasmi PTS.

Yang lain-lain, boleh baca kat sini: Syarat dan Terma

528933 415149988510868 100000476123832 1744290 1580611972 n Peraduan Hebah dan Menang dari PTS


Dan korang juga boleh berkesempatan jumpa Penulis Bestseller PTS disepanjang pesta ini berlangsung. Dah lama juga aku tak pergi Pesta Buku Antarabangsa ni. Kena cari geng ni. Baru seronok jenjalan. Haha..

Fuh, kalau menang baucer RM1000 tu, macam-macam buku aku nak ambil. Macam-macam buku dan novel boleh aku baca nanti. Tapi kalau tak dapat, menang sekali hadiah mingguan pun dah cukup kacak apa, kan?

Dah, sertai disini: Peraduan Hebah dan Menang PTS 2012

Ps: Aku nak gerak dah. Penat kemas barang nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 13 of 341« First...10111213141516...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011