1. Kempen dari Celcom. Masih berjalan lagi sampai ke hari ini walaupun aku rasa memang dah lama. Korang boleh kumpul token-token korang dan kalau dah cukup, boleh tukar dan angkat satu Smartphone baru yang korang suka. Itu pun kalau dah cukuplah Haha..

2. Kempen dari Petronas. Ceritanya berkisar bila sambutan tahun baru cina dah habis. Tapi mungkin ada yang belum mak abah diorang gi makan besar. Jadi, iklan kat TV yang dibuat oleh Petronas ada siarkan tentang kisah pengorbanan dan apa yang diorang mahu dari anak-anak. Salahkah kalau ada perayaan macam tahun baru cina atau hari raya, kita balik kejap dan makan bersama-sama dengan mereka?

3. Kempen dari FineTV. Kiranya macam televisionlah. Tapi aku rasa yang ini untuk versi online punya. Bukan macam tvalhijrah tu. Nampak macam ok. Kalau nak tahu, bolehlah pergi tengok apa yang best dan tak bestnya tentang FineTV nih..

4. Kempen pasal produk Svenson. Cite pasal rambut. Rambut bermasalah, rambut kering, rambut itu ini, macam-macamlah boleh tahu tentang rambut. Aku yang tak penah-penah nak tahu pasal rambut, gi jugak usha apa yang patut sebab rambut aku ni kadang-kadang gatal semacam. Ada kelumumur bertakung kot. Tak pun, ada pendatang asing yang bernama encik kutu merempat agaknya. Kena buat post-moterm kat rambut nih..

5. Kempen pasal American Idol. Aku tak tengok sangat cerita nih. Lagipun, aku kurang minat bab-bab idol nih. Tak tahu aje, dah ada macam-macam artis. Bagi aku, artis kurang sesuai untuk jadi idola. Bukan aku bangkang, aku tak kesah korang nak idolkan sape-sape sekalipun, cuma dalam bidang aku, artis atau idol-idol ni, tak sesuai untuk dijadikan sebagai idola ataupun guru. Ahh, korang tak suka, aku pedulik apa kan. kan?

6. Kempen dari AXE. Ni memang semata-mata nak popuplarkan produk minyak wangi Axe diorang tu. Sebab tu kalau perasan, bersepah iklan Axe ni merata-rata. Kat facebook pun ada. Ternyata, pandai Axe buat marketing. Sana-sini, semua dok cerita pasal benda nih. Huhu..

7. Kempen kesihatan dari Nestle. Kempen ni antara yang terlama dekat Churpchurp nih. Kalau korang rasa berat badan korang ada masalah, leh rujuk kat sini dan leh belajar banyak benda tentang kesihatan korang tu. Takdelah lepas ni asyik sakit-sakit ajer..

8. Kempen dari Milo. MAcam biasa, ada contest dan ada game yang bernama Jam Pack. Korang kena main game tu dan kena menang. Baru leh dapat hadiah untuk contest dari Milo ni. Kiranya, lama gak Milo buat kempen ni. Aku rasa ni 2nd round punya kempen kalau tak silap aku..

9. Kempen pasal PizZa Hut. Eat, laugh and share. Kiranya tema baru untuk resipi dan perasa baru untuk piza dan produk piza yang lain. Pendek cerita, Piza ni ada resipi baru dan mahu kita makan, kita gelak dan kita share melalui blog-blog kita nih. Kiranya, ini salah satu promosi yang bagus untuk Pizza Hut. Bagus diorang wat macam ni, leh dapat beribu blogger untuk support mereka promosi setiap kali ada promosi dari Pizza Hut.

10. Kempen pasal gula-gula getah 5 GUM. Tak habis-habis lagi kempen ni. Aku rasa dah masuk 2nd round punya promosi dan setakat ni, aku belum rasa lagi gula-gula getah 5 GUM ni. Dengar ceritanya harganya agak mahal. Tapi aku rasa aku kena cuba sekali gula-gula ni. Sedap ke tak sedap..

Yang aku pelik, tak ada lagi update earning terbaru aku Churpchurp nih. Aku tak berapa faham, setiap kali klik yang kita dapat tu, earningnya dia update dalam tempoh satu hari atau ada tempoh tertentu? Takkan tak ada langsung yang klik iklan-iklan churpchurp yang aku letak kat beberapa blog aku? Tak ada update pun kat bahagian history. Ke memang lambat updatenya? Emmm…korang perasan benda ni? ke aku sorang aje yang terkena macam ni??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Ini bayaran yang ke 15 dari Bursttraffic dan ini juga bermaksud, aku tak pernah miss dapat bayaran untuk setiap bulan. Satu bulan, dapat 4 kali bayaran. Jadi, dah dekat masuk hampir 4 bulan, aku tetap terima bayaran yang ciput-ciput dari program Bursttraffic ini.

2. Program ini agak mudah. Daftar, ambil code, tepek code kat blog dan promosi blog tersebut. Banyak traffic datang, makin banyak potensi untuk dapat income dari program ini.

3. Sayangnya, program ini dah tidak dibuka kepada orang ramai. Sudah ditutup. Hanya ahli lama sahaja yang boleh login akaun masing-masing dan masih terima bayaran sehingga ke hari ini. Yang baru nak join, memang tak dapat punya. Aku pun tak dapat nak tolong apa-apa.

komisenbursttrafficke15 300x134 Komisen ke 15 dari BurstTraffic.net


4. Dulu masa aku promote benda ni, korang buat sardin aje. Bila dah tutup, barulah tanya aku macam-macam sampaikan ada yang tanya kat email benda ni masih dibuka lagi atau tidak. Siap tanya lagi bila agaknya Bursttraffic akan buka pendaftaran baru. Ingat macam daftar kolej ker?? Pendek kata, aku sendiri tak ada jawapan.

5. Aku memberi agakan yang program ini akan dibuka semula. Cuma bila atau pukul berapa, aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku dengan galaknya akan update kat blog ini.

6. Program ini tak ada affiliate program. Kalau tidak, nescaya aku akan promosi habis-habisan kat semua blog-blog bernichekan make money online. Hehe..

7. Jika korang ada jumpa program macam Bursttraffic ini, jangan lupa bagitau aku ye. Bolehlah aku cuba dan buat duit macam korang juga. Jangan makan sorang-sorang plak.

8. Aku dah dapat bayaran ni 2-3 hari lepas. Tapi hari ini baru aku dapat update. Biasalah, banyak draft-draft dalam blog aku ni. Bersepah. Tak larat nak tengok satu-satu. Aku pilih yang mana patut keluar dulu dan yang mana boleh aku peram dulu.

Ps: Hari ini, semua orang dalam ahli keluarga aku gi makan kat luar. Dekat dengan rumah bapak Misbun Sidek. Semua sedap, ikan siakap masak steam, kerabu udang, air mangga gelas besar, kerang bakar dan cendawan goreng yang tak berapa jadi. Semua aku rasa dan akhirnya aku bagi A- untuk kedai malam ni. Tahniah!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ketika ini sedang dengar lagu OST Tasbih Cinta - Menyesal

Benar. Aku pun dah lupa tentang Squidoo ni. Dulu, aku gunakan Squidoo sebagai salah satu tools aku untuk promosi. Selain facebook, twitter, Triond, BUkisa dan lain-lain, Squidoo juga merupakan salah satu alat promosi yang cukup kuat. Malah, jika kena caranya, senang-senang artikel atau lens Squidoo kita tu duduk kat tempat pertama dalam search engine. Jadi, kalau korang masih tercari-cari cara lain untuk tambah trafik, boleh guna Squidoo. Ini alat promosi untuk jangka masa panjang dan dalam masa yang sama, boleh buat duit dengan Squidoo melalui program mereka.


squidoopaymentjanuari2011 300x157 Komisen ke 4 dari Squidoo


Ini bukan bayaran yang aku dapat hasil promosi produk-produk kat Squidoo. Ini bayaran hasil daripada jumlah impression atau click ke lens Squidoo aku. Lagi banyak trafik atau orang yang pergi ke lens Squidoo aku, aku akan terima income. Aku tak tahu camana kira-kiranya, tapi aku set 1 dollar untuk minimum payout. Jadi, setiap kali aku dapat capai lebih dari 1 dollar, secara automatiknya Squidoo akan bayar ke akaun paypal aku. Sebab tu, aku dapat bayaran sehingga ke hari ini. Yehh!

Aku malas nak cerita panjang, korang leh baca sendiri kat sini >> Squidoo.com

Hari ni, banyak layan lagu berbanding buat kerja. Jadi, ada kekurangan sikitlah. Tapi tak apa, aku yakin apa yang aku buat ni akan bantu aku dalam banyak perkara. Huhu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, ini lagi satu bayaran komisen yang aku terima dari Tnx pada bulan ini. Terdapat kejatuhan jualan link yang mendadak dalam bulan ini. Jika ada pemain Tnx yang perasan, pasti korang risau. Aku pun risau. Harap tak adalah berterusan dan aku buat keputusan untuk cek semula blog-blog tnx aku dan buat perubahan besar-besaran. Buat masa ini, bari 30% aje. Tak larat aku nak buat dalam beberapa hari. Kena ambil masa juga. Jadi, aku harap ada perubahan yang mendadak pada bulan Mac nanti. Insya-Allah..boleh.

komisentnxke68 300x136 Komisen ke 68 dari TNX


Jika aku kenang masa aku join Tnx nih, memang pelik. Aku tak sangka program ini akan jadi penggerak aku untuk terus kekal dalam dunia blogging. 5 bulan, aku tak dapat apa-apa jualan langsung di akaun Tnx aku. Yelah, masa tu pun baru ada 1-2 blog aje yang aku letak code Tnx tu, jadi bila aku dapat jualan, aku tak pandang belakang, aku terus setup blog-blog yang dah lama mati disebabkan oleh payloadz, adsense dan widgetbucks, terus aku gantikan dengan tnx. Alhamdulillah, menjadi dan sejak tu income Tnx aku naik mendadak sehinggalah ke hari ini.

Bab tak banyak link terjual, advertiser lari, advertiser dah malas beriklan di blog kita, itu perkara normal. Perkara yang diluar kepercayaan kita. Jadi, kita kena teruskan dan aku dapat sokongan dari beberapa program lain dan banyak bantu aku masa kat UMS dan juga sebelum aku dapat kerja kerajaan ni. Jadi, bila dah kerja dan ada side-income, memang income pun bertambah dan aku agak rilek sikit waktu tu. Jadi, bila dah rilek, dah tak tumpu sangat, income jatuh. Masa tu, aku risau jugak. Kekadang, income tak banyak dan kekadang, sakit hati gak bila tengok income blogging tak sebanyak mana seperti tahun-tahun sudah, tapi bila aku buat post-mortem dan tahu apa masalahnya, aku cuba atasi masalah tu dan sekali lagi, income naik sikit demi sedikit dan aku boleh berbangga dengan apa yang aku dapat. Tapi aku takkan berhenti disini aje, dan aku akan teruskan ujikaji dan buat post-moterm agar aku dapat lebih income.

Dulu, tak banyak blog support tentang Tnx dan program-program luar ni, tapi hari ini, dah banyak. Program tempatan pun dah banyak muncul dan banyak orang yang dah berani muncul dengan program affiliate tempatan dan program-program lain. Kiranya, bagus gak. Satu langkah berani dari mereka yang sanggup ambil risiko dan aku harap, semua blogger dan IM akan terus berusaha untuk kembangkan dunia blogging di Malaysia.

Nak cuba Tnx? Gi sini >> Tnx.net

Satu aje nasihat aku, jangan mudah putus asa bila income korang jatuh. Cuba buat post-moterm dan selidik. Mesti ada lubang kat mana-mana. Atasi masalah tu dan korang akan nampak langit dan bumi yang lebih luas. Masih banyak lagi taman-taman yang kita tak teroka kat dunia nih. Hehe..

Ps: Ok, mahu layan komik online plak. Tajuknya “Kenji”. Komik ni dulu ada dibukukan kat pasaran Malaysia. Tapi dah stop. AKu cari punya cari. Tak jumpa. Sekali ada pula kat mangareader ni. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011