Ok. Aku dah bongkar cerita pasal Adly, pasal Khai, pasal Wootmedia dan ramai orang lain lagi. Hari ini, meh kita bongkar seorang lagi blogger kacak tanah air yang tiba-tiba muncul tanpa kita sedari dan kini kalau sehari tak pergi ke blog tersebut, memang rasa macam kurang sesuatu. Ya, tak lain dan tak bukan adalah pakcik Denaihati kita. Hehe..

Nama sebenar beliau adalah Amir Hassan. Dah macam nama kawan aku aje. Tapi aku tahu dia bukan kawan aku yang itu. Kawan aku tu tinggi lampai. Tapi brader kita ni takdelah tinggi sangat. Sedang-sedang aje. Kalau tinggi-tinggi, susah aku nak borak. Asyik mendongak langit aje. Haha..

Dari mula aku kenal blog Denaihati ni, aku tertanya-tanya gak. Camana rupa beliau. Kacak ke. Hensem ke. Hitam ke, putih ke. Muka penuh jerawat ke, muka licin ke..muka alien ke. Semua jenis muka yang aku pernah nampak, semuaya terlintas. Jenuh software-software dalam otak aku untuk membentuk wajah brader kita ni. Tapi hari ini, kepada mereka yang tak pernah nampak atau tahu siapa tuan punya Denaihati.com itu, aku kongsikan pada korang video yang mengkantoikan siapa disebalik kekacakan blog Denaihati tersebut.

AWAS. Kalau korang terkejut sampai terkeluar balik buah tembikai yang korang makan tadi, aku tidak akan bertanggungjawab. Mentang-mentang brader Denaihati ni kacak, sampai macam tu korang kagum ye.





Dan akhirnya, terjawab sudah macam mana dia dapat Ultrabook dari Toshiba tu. Aku sendiri pun tak tahu. La ni baru tahu. Banyak betul rahsia dia yang aku tahu. Rahsia aku pun, dah banyak korang tahu kan? Tapi bagi aku, saudara Amir Hamzah ni masih ada banyak rahsia dan misteri yang kita tak tahu. Aku siasat sana-sini pun berapa inci aje yang aku tahu. Tapi sekurangnya, kita sudah tidak diselubungi oleh misteri lagi. Betul tak? Haha..

Kalau korang terlupa, brader Denaihati masih buat insentif RM0.02 untuk setiap trafik ke blog beliau. Siapa yang masih belum cuba, bolehlah cuba. Tak perlu register apa-apa. Yang penting, bawa trafik ke blog Denaihati setiap hari dan tunggu hujung bulan untuk lihat siapa 10 yang bertuah dapat habuan dari beliau.

Dan baru aje 2 hari lepas beliau buat contest ringkas untuk bagi 20 orang RM100 yang hantar entri 5 entri terbaik Denaihati di Google Search Malaysia.  Dah macam ada bau-bau bacang aje dengan contest yang aku buat dulu, 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Korang ingat lagi tak? Apapun, kalau korang rasa nak cuba, bolehlah cuba. Aku tak tahu sama ada aku berjaya atau tidak dengan penyertaan dibawah ini. Rasanya dah beratus blogger cuba. Hoho..

1. Entri Cara tingkatkan alexa rank (636,000)

553015 420275164665017 100000476123832 1760887 1943585607 n Disebalik kekacakan Denaihati..


2. Entri webhosting blog terbaik (6,160,000)

553015 420275171331683 100000476123832 1760888 1908141914 n Disebalik kekacakan Denaihati..


3. Entri cara tingkatkan trafik blog (732,000)

553015 420275177998349 100000476123832 1760889 115963606 n Disebalik kekacakan Denaihati..


4. Entri bagaimana mengguna tags (5,060,000)

553015 420275181331682 100000476123832 1760890 1146530943 n Disebalik kekacakan Denaihati..


5. Entri Hidup berani untuk gagal (7,720,000)

549645 420284071330793 100000476123832 1760944 996446907 n Disebalik kekacakan Denaihati..


#Dekat 5 minit gak aku main taip-taip keyword tadi. Nasib jumpa 5 keyword kat atas tu untuk sertai contest 5 entri terbaik Denaihati di Google Search Malaysia. Ada banyak lagi. Tapi cariannya tak berapa banyak dari yang aku jumpa tadi. Jadi, inilah yang terbaik aku dapat pilih. Harap bro Denaihati bagi pengecualian untuk aku menang terus tanpa melalui temuduga dan peperiksaan bertulis. Haha..

“Akademi Denaihati akan menganjurkan Seminar Blog WordPress Pertama pada 14-15/4/2012 cepat daftar sebelum terlambat“.

Ps: Ok. Aku nak gi makan. Tergendala agenda ke 44 aku tadi. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku cuma nak update ringkas aje. Serius, aku masih mengalami sindrom carleg akibat drive jauh hari ini. Jadi, aku perlukan rehat dan kena mandi. Badan dah berbau wangi semacam dah ni.

Ok. Ini bayaran terbaru dari program Paid-to-Promote.net. Pertengahan bulan Mac ni aku tak dapat cashout setelah 34 kali aku berturut-turut dapat bayaran tanpa gagal. Ini kali pertama aku fail. Sebabnya? Masa pertengahan bulan tu, earning PTP aku tak cukup 5 dollar. Jadi, tak dapatlah nak withdraw. Maklumlah, aku tengah sibuk masa tu, blog pun tak update sana-sini, jadi kurang sangatlah trafik kat blog-blog aku tu. Tak boleh salahkan sesiapa, salah aku jugak kan? Jadi, terputuslah rekod aku menerima bayaran dari program ini secara tetap. Tak apa., lelaki kacak tak kesah punya dengan hal remeh-temeh macam ni, kan?

524260 419555741403626 100000476123832 1758601 810944846 n Komisen ke 35 dari Paid to Promote.net


Bagi mereka yang dah cuba program ini dan berjaya dapat duit pada setiap bulan, aku ucapkan tahniah sebab bukan senang nak dapat duit dari program ini. Kalau dapat, aku rasa itu satu kemenangan besar dalam kehidupan blogging korang. Yelah, ada orang dah cuba program ini berbulan-bulan, tapi masih tak dapat satu pun bayaran. Tak ada hasil. Tapi korang, akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Jadi, tahniah sekali lagi dari aku.

Siapa minat, leh cuba daftar kat ini: Paid-to-Promote.net

#Banyak blog-blog aku yang bernaung dalam hosting Hostgator down sekarang ni. Termasuklah blog sampingan lelaki kacak aku tu. Tak dapatlah korang baca entri merepek dari aku disitu. Nanti aku setelkan masalah tu dengan Hostgator. Kena rasuah dengan aiskrim pedepop agaknya, baru dapat setel masalah ni. Haha..kalau tidak, aku jentik bulu ketiak diorang. Jangan memain dengan aku. Grr..

Ps: Ok. Nak mandi. Siapa mahu ikut??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari Jumaat. Walaupun waktu tegang dah terlepas, tapi aku masih ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Walaupun pada minggu ini aku rasa agak mustahil untuk aku siapkan kerja yang perlu aku langsaikan, tapi berkat kepada usaha keras dan tidak hilang fokus membuatkan semua kerja yang perlu aku siapkan dalam minggu ini berjaya diselesaikan. Alhamdulillah. Kalau kita fokus dan tidak terpengaruh dengan lelaki kacak yang cuba menggoda korang, nescaya akan siap semua kerja yang sepatutnya kita siapkan pada tempoh yang ditetapkan.

Ok. Biarkan kejap cerita aku mengada-ngada pasal kerja itu dan kerja ini. Saje aje aku nak bermanja-manja dengan korang. Biar korang bosan dengan cerita pasal diri aku yang kacak ni. Hari ini, aku cuma nak beritahu hadiah utama bagi Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 telah bertambah terutamanya bagi hadiah wang tunai. RM500 tunai untuk tempat pertama. Secara jujur, aku tidak sangka akan pergi sebanyak itu. Jadi, korang semua patut berterima kasih kepada para penaja yang sanggup menghulurkan sedikit habuan untuk menaikkan semangat korang bagi menyertai pertandingan ini.

Macam mana nak berterima kasih?

Mudah aje. Korang cuma perlu UPDATE senarai penaja dibawah ini ke artikel korang. Bantu promosi blog atau website mereka kerana menjadi penaja bagi cabaran ini. Walaupun cabaran ini tidaklah memberi ganjaran sehebat Digi Award yang tengah berlangsung ni. Tapi korang kena faham sesuatu, dari pemberat, Cabaran SEO Lelaki Kacak ini lebih berkualiti berbanding Cabaran Digi Awards tu. Mengapa aku kata demikian?

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Abangensem, Cikgu Dahlia, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Sebab pertama, dari segi undi. Digi Awards lebih kepada undi. Begitu juga dengan kebanyakan pertandingan dan contest yang dijalankan diinternet. Majoritinya contest atau pertandingan sekarang menilai menggunaka LIKE facebook untuk mencari pemenang. Ya, bukan senang nak dapatkan LIKE facebook ni. Kalau fans atau kengkawan korang tak ramai, susah gila nak menang dalam mana-mana kategori. Aku tak pernah nampak lagi mana-mana blog yang tak popular tapi menang dalam sesuatu contest. Dalam kajian aku, memang tak pernah. Tapi bab blog yang memang tak popular tapi menang kerana kroni tu, itu memang banyak. Jangan tanya aku contest mana, sila cari sendiri. Jadi, bab undi ni memang senang dimanipulasikan. Cuba perlu guna ayat-ayat manis, ayat-ayat kacak, ayat-ayat cinta dan beberapa trick mudah didalam blog atau facebook, nak dapat beribu-ribu LIKE adalah tidak mustahil. Itu belum aku cerita bab main tipu lagi. Jadi, bab undi-mengundi ni bukan aku tak suka, cuma aku lebih rela mengaku kalah terlebih awal sebab aku tak terer bab-bab macam ni. Nak menang secara adil, memang susah bagi aku. Kalau aku nak menang dengan cara yang jahat, ANYTIME aku boleh buat. Masalahnya, aku tak nak buat. Lelaki kacak tak suka menang dengan cara jahat.

Kedua, dari segi tahap kesusahan atau pemberat. Jika Digi Awards memerlukan undi dan sesetengah awards sebelum ini juga menggunakan undi untuk menentukan pemenang, tapi Cabaran SEO Lelaki Kacak tidak bergantung pada undi sahaja. Ya, aku tak mengira kemenangan berdasarkan undi facebook. Tapi undi facebook, undi dari Google+, undi dari Digg dan website social yang lain ada pemberatnya masing-masing yang boleh membina lebih banyak backlink untuk memekatkan keyword “Lelaki Kacak” dalam blog korang. Sebab tu aku kata, dari segi pemberat atau cabaran, Cabaran SEO Lelaki Kacak ini lebih sukar berbanding cabaran, awards atau pertandingan yang pernah korang sertai. Nak maintain lama dalam muka surat pertama di search engine, bukanlah mudah. Kena pula maintain dalam 3 bulan. Setiap saat, siapa-siapa sahaja boleh memintas sebab kita tak tahu apakah formula yang Google buat untuk menentukan artikel atau blog siapa patut diatas. Cuma yang aku tahu, backlink masih menjadi pemberat utama untuk membantu blog atau artikel kita masuk ke muka surat pertama dalam search engine. Jadi, aku dah bagitau hint. Perbanyakkan backlink ye..

Ketiga. Ilmu dan pengalaman. Bila korang bertanding dalam Digi Awards ke pertandingan review ke, Giveaway ke apa ke..korang akan dapat pengalaman dan ilmu baru. Tapi kalau Digi Awards korang cuma kena belajar bagaimana nak paksa orang undi blog korang. Tapi Cabaran SEO ini berbeza. Bukan sahaja korang kena paksa Google suka korang, malah korang kena paksa pelawat blog korang suka dengan blog korang. Suka dengan gaya penulisan korang. Suka dengan pembawaan korang. Suka perangai gila-gila korang. Bukan senang. Aku sendiri mengakui bukan senang aku nak naikkan keyword “Lelaki kacak” dalam blog Earncent ni. Tapi alhamdulillah, penjenamaan baru sempena tahun 2012 ini sedikit sebanyak membantu membina jenama dan nama blog ini untuk lebih dikenali. Jika ramai orang kenal, ada kelebihan sikit kalau nak buat duit.  Lebih ramai orang bagi aku kerja. Lebih ramai orang akan suruh aku review blog atau produk baru mereka. Lebih banyak duit akan masuk. Trafik pun akan bertambah. Jadi, ini juga peluang korang kenal dengan lebih ramai lelaki kacak yang masih single dan available.

Ya, aku mata duitan. Aku sukakan duit. Aku tak malu mengaku. Itu lebih baik daripada jadi orang yang malas cari kerja tetapi jadi pengemis setiap hari. Itu lebih baik daripada terpaksa pinjam duit orang lain untuk menyuap nasi ke mulut anak. Walaupun aku belum ada anak dari darah daging aku sendiri, aku tak nak bakal anak dan bakal isteri-isteri aku kelaparan nasi. Aku tak nak terpaksa pinjam duit orang lain, untuk kenyangkan mereka. Aku yakin, korang pun tak mahu perkara itu terjadi kan? Jadi, carilah ilmu. Binalah pengalaman. Insya-Allah, korang takkan kelaparan. Dengan izin.

#Tapi kalau lawan dari segi hadiah, memang Digi Awards punya hadiah lebih seksi berbanding hadiah yang dapat aku sajikan. Tapi hadiah yang ada ni pun dah cukup kacak, kan? kan? Haha..

Ps: Tarikh untuk hari terakhir aku menerima penaja adalah 30 April 2012. Selepas tarikh itu, aku tidak menerima penaja lagi untuk Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Harap maklum.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Gua penat dalam 2-3 hari ini. Jadi, gua rasa gua mahu tukar rentak sikit. Mahu update bila gua suka. Jadi, lu olang jangan amok aa bila gua tak update macam biasa. Bukan apa, gua mahu bagi gua punya otak rehat. Otak gua sudah banyak kali bagi isyarat, suruh gua bagi dia rehat. Otak gua perlukan tidur, perlukan oksigen yang secukupnya, perlukan rehat. Tapi gua tetap tak mahu tidur dengan secukupnya. Jadi, otak gua merajuk. Selalu bagi gua tertidur tanpa sebab. Akibatnya, kerja gua tak jalan-jalan sebab melayankan perangai merajuk otak gua..

Sejujurnya, gua betul-betul penat. Tapi gua gagahkan juga otak sama gua punya tulang 27 kerat untuk bekerja. Cari rezeki orang melayu kata. Cari wang orang cina kata. Orang india? Gua tak berapa mahir dengan permainan bahasa mereka. Jadi, gua pohon lu orang jangan bising sana-sini bila lelaki kacak seperti gua ambil rehat sehari dua. Lu orang bising, gua jentik lu punya bulu ketiak. Biar tulang ketiak lu orang sakit macam baru kena sunat. Ada mahu ka??

306546 417657124926821 100000476123832 1752919 720682856 n Gua jentik lu punya bulu ketiak.
Apapun, gua banyak berterima kasih sama lu orang semua sebab sanggup ke blog gua yang theme wordpressnya masih tak cukup sifat. Gua sangat kagum lu orang berani datang blog gua walaupun blog gua bukan blog gadis-gadis gedik mahupun menghidangkan 3gp terpanas dipasaran Malaysia. Gua mahu menangis bila ada lu orang email sama gua tanya kenapa gua tak update blog. Gua terharu beb. Lu orang manyak sayang sama gua walaupun gua takdelah sayang sangat sama lu orang. Gua sayang gua punya mak dan abah lebih dari lu orang. Jadi, gua banyak berterima kasih sangat-sangat sebab lu orang datang hari-hari untuk baca gua punya bebelan. Kalau ada yang terkena rasukan semangat lelaki kacak gua tu, gua minta maaf. Tapi percayalah, gua memang lelaki kacak.

Okeh. Gua ada 3 asignment yang gua kena siapkan ini malam. Satu sudah siap. Gua ada dekat 4 jam untuk sudahkan gua punya kerja ni. Tapi gua curi sikit masa untuk update ini blog untuk kasi lu orang tenteram. Gua tak mahu lu orang pergi turunkan bendera dan baring kat tepi jalan. Lu orang ada rumah. Dalam rumah lu orang ada katil empuk dan ada bini-bini yang mantap dan seksi. Apakehal lu orang mahu baring tepi jalan disebabkan gua tak update gua punya blog? Jangan itu macam maa. Tak kesian ka sama lu punya orang rumah? Tak perlu hadap gua 24 jam. Gua bukan blogger fofular. Gua cuma lelaki kacak sahaja.

Ok. Sekali lagi, lu orang angin sama gua sebab gua tak update ini blog. Gua jentik lu punya bulu ketiak. Biar gugur semua bulu roma dibadan lu orang semua. Ingat. Amaran gua ini sangat merbahaya. Gua tak mahu lu orang tak ada misai dan rambut. Hilang kekacakan lu orang semua nanti. Gua tak mahu bini lu orang merajuk sebab lu orang jadi botak kerana kena jentik dengan gua. Jadi, jangan kasi gua angin aa. Tapi kalau lu orang mahu email kasi gua duit. Mata gua akan terus bersinar-sinar. Ya. Gua mata duitan. Tapi gua takkan ambil duit orang tanpa sebab. Gua cari duit dengan menggunakan tulang kerat gua yang tiap-tiap hari menjerit minta gua jangan gunakan mereka melebihi masa yang ditetapkan. Gua tak suka guna duit perempuan. Tapi gua tak ada masalah kalau ada gadis cantik mahu belanja gua piza atau roti canai cicah sambal ikan bilis. Itu memang feveret gua tau!

Ps: Bila gua dah guna perkataan gua, itu maknanya gua memang tengah biol sikit. Lu orang faham-fahamlah. Ingat lelaki kacak sentiasa kacak setiap masakah? Ada masa, mereka jadi biol jugak. Ada masa, mereka kena baca gak itu novel permata yang hilang. Lu orang ada bacakah itu novel?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 12 of 341« First...9101112131415...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011