Semalam aku dah cerita pasal ManggaAd, jadi hari ini aku nak cerita pasal Says.my pula. Sejak beberapa minggu lepas, aku cuba buat eksperimen untuk cuba promosikan kempen-kempen dari Says atau Youthsays ni. Kira sakit kepala gak fikir camana nak jana trafik dan lepas tu nak pancing para pelawat untuk klik pada kempen-kempen tu. Kena main psikologi sikit dan kena pandai main silap mata. Akhirnya, kebanyakan kempen yang kene klik tu berjaya juga aku sudahkan. Memang susah, tapi ianya tidak mustahil Memang boleh berjaya kalau kena caranya.

Ini contoh earning-earning terkini yang aku dapat dari Says.my.Doposen, doposen, doposen, ouppss dua ringgit, doposen balik, doposen, doposen dan doposen. Haa, macam best plak buat duit dengan Says.my ni. Hehe..
Jadi, kalau korang terer dalam bab-bab promosi ni dan korang dah ada pengalaman dengan kempen-kempen Churpchurp, korang boleh cuba Says.my. Tak ada paksaan. Aku suka Says ni sebab dia update earning dia cepat dan terkini. Si Yuna tu pun selalu update earning yang kita dapat. Misal kata kita dah dapat berapa hari ini, dia akan update melalui email. Setiap kali aku capai nilai maksimum klik bagi sesebuah kempen, dia akan email aku. Kalau kempen Earth Hour tu, minimum dia 20 klik, jadi, cukup 4 ringgit, klik yang lebih takkan dikira dan secara cepatnya si Yuna akan email aku bagitau yang aku dah dapat maksimum klik. Berbeza dengan churpchurp, cukup susah aku nak nampak klik yang kita dapat secara harian. Ada orang kata, kita boleh tahu selepas sesebuah kempen Churpchurp tu habis. Tapi aku rasa sangat lambat. Mungkin pihak Churpchurp boleh buat sesuatu tentang itu. Dan mungkin juga aku tersilap. Kalau silap, sila bagtau aku. Ini pandangan liar aku ajer..
Dah, boleh join kat sini kalau nak: Says.my
Ps: Wokehh, nak buat benda lain plak.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content

















