Hari ini memang agak gembira. Ada banyak jamuan yang aku kena datang. Tapi dalam banyak-banyak, aku cuma datang undangan makan malam untuk kelab badminton kita orang. Aku gagal untuk jadi johan dan sekadar layak untuk tempat ke 3 dari semua pasukan. Tewas pada separuh akhir dan team yang mengalahkan team aku menjadi Johan kali ini. Huh, sekurang-kurangnya, aku kalah pada team yang jadi johan. Takdelah rasa trauma sangat. Haha..

Cerita tentang badminton ni, aku sedih lagi dengan kekalahan skuad badminton negara dalam Sukan Sea 2010 ini. Mungkin apabila Chong Wei kalah, semua semangat untuk menang menyebabkan skuad badminton negara terus hilang arah dan menyebabkan kita kalah 2-3 kepada Thailand. Aku tidak terkejut apabila Bonsak menang kita berlawan dengan Chong Wei. Dia ada kemampuan untuk mengalahkan Chong Wei. Jadi, kalau dia menang, aku tidak terkejut sangat. Cuma rasa kecewa tu memang terasa sebab kita memang mengharapkan pingat dari skuad Badminton untuk Sukan Sea kali ini.

Berita kekecewaan demi kekecewaan menimpa pula pada Skuad Bola Sepak negara yang kalah 3 kali berturut-turut. Kekalahan pertama ditangan Jepun. Kemudian, kepada China. Yang ni, memang aku cukup panas bila menyaksikan skuad Malaysia cuma bermain seramai 8 orang sahaja. Manalah cukup nak lawan 11 orang pemain China dan 1 orang pengadil yang agak berat sebelah. Dan hampir separuh pemain Malaysia dapat kad kuning. Seingat aku, cuma seorang sahaja pemain China yang dapat kad kuning. Aku rasa, hampir seluruh rakyat Malaysia memang angin satu badan dengan pengadil yang berasal dari Australia tu. Tapi kita tetap tak boleh buat apa. Pengadil adalah segalanya. Kita maki hamun ke, kita complain ke, kita santau ke, kita tetap telah kalah dengan China. Huh, Ben William, inilah nama pengadil yang buat aku sakit kepala dari hari kita kalah sehinggalah saat ini.  Kena pula kali ini Sukan Sea diadakan di China, so memang sangat advantage bagi mereka. Dan kekalahan ketiga kepada Iran. Yang ni memang kebal. 3 gol berbalas satu (3-1). Kalau tak kerana keeper Malaysia tu, aku rasa Iran dah pesta gol rasanya. Tapi nak buat macam mana, pemain yang ada pun bukan kesebelasan utama. Ramai pemain Malaysia yang dah cedera dan separuh daripadanya ada kad kuning. So, memang bayang-bayang kekalahan memang sudah kelihatan. Apapun, aku harap skuad Malaysia akan lebih gigih berusaha dan mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia seperti zaman Mokhtar Dahari dulu. Memang sukar, tetapi tidak mustahil.

Kembali ke sukan Badminton, apapun, kita masih ada peluang untuk Perseorang Lelaki dan Bergu Lelaki. Kita ada peluang untuk mengondol pingat. Tak kisahlah pingat warna apa, janji peluang tu sangat cerah. Harap Chong Wei dan bergu utama  kita dapat menyinar kembali. Dan mungkin Hafiz Hashim dapat menyelit ke separuh akhir untuk mendapatkan pingat juga. Inilah masa bagi Hafiz untuk membuktikan yang dia masih berbisa.

Esok, aku akan pulang ke Banting untuk meyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga. Harap perjalanan aku nanti tak ada apa-apa masalah walaupun aku tahu esok mungkin jalan raya baik highway atau lowway akan sibuk sehingga ke malam. Aku harap tak ada juga kemalangan jiwa yang berlaku pada esok. Cukup-cukuplah eksiden sebelum ni, bagilan kereta Ambulan tu rehat dan staff-staff kat hospital tu tak kerja lebih masa..

Ps:  Aku tengah belajar semula untuk jumping smash. Asyik-asyik kurang menjadi ajer..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru aje bangun tidur. Agak penat semalam sebab satu hari memandu tanpa henti. Pukul 4 petang baru sampai ke rumah dan aku terus bantai tidur sampailah pukul 6 lebih barulah tersedar dari tidur. Badan rasa masih sengal dan sakit-sakit masih terus menguasai diri. Rasanya, aku dah lama tak kena macam ni. Harap-harap tidak memudaratkan. Huhu..

Ok. Ini satu lagi bayaran komisen yang aku terima semalam. Ada beberapa bayaran yang masuk ke akaun paypal aku dan aku berminat nak kongsikan komisen yang aku terima dari program Burst Traffic. Masih ingat lagi artikel lama aku tentang program ini? Baru sahaja aku bincangkan pada minggu lepas, takkan korang dah lupa kot? Ya, program inilah yang bayar kita setiap minggu dan hanya bayar kita berdasarkan impression.

komisenkeduadaribusrttraffic 300x139 Komisen Kedua dari Burst Traffic.net


Program Burst Traffic ini sangat mudah. Korang register, ambil code banner dan letakkan di bahagian blog korang tak kiralah di header ke, di footer ke, sidebar ke atau mana-mana ruang yang senang dilihat oleh semua pelawat. Lebih ramai pelawat nampak, lebih banyak nilai impression yang terkumpul dan earning korang akan bertambah dalam masa yang sama. Letakkan juga dibeberapa blog dan nilai earning korang akan turut bertambah. Bukankah program ini sangat bagus untuk disertai oleh blogger-blogger tegar seperti kamu orang semua?

JIka korang mencari program alternatif untuk Mangga Ad, Innity, Advertlets dan Nuffnang, Burst Traffic adalah program alternatif yang termudah untuk korang sertai. Ini kerana jika korang mempunyai blog high traffic, ini sekaligus membuatkan korang mendapat bayaran dari Burst Traffic lebih awal berbanding dengan 4 program tempatan tersebut. Sekurangnya, program Burst Traffic ini bayar lebih cepat berbanding program yang lain. Syarat untuk join program ini pun tidak ketat dan ianya mudah. Mungkin kerana program ini masih baru dan masih dalam peringkat Beta. Jika syarat program ini menjadi lebih ketat, mungkin waktu tu kita dah sukar untuk buat duit dengan Burst Traffic agaknya. Jadi, sebelum terlambat, mari kita sertai program ini dan ambil kesempatana secepat mungkin.

Berminat? Boleh daftar kat sini: Burst Traffic

Ps: Ada yang dah cuba program ini tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang aku terima pada pagi ni. Memang tak berapa banyak, tapi boleh tampung aku untuk beli surat khabar Sinar ebanyak 70 hari tanpa henti. Walaupun jumlah yang aku terima tidaklah banyak, tapi itu sudah cukup membuatkan aku gembira dengan apa yang aku dapat dari program ini.

Ya. Program Sponsoredreviews. Aku rasa ramai yang dah kenal dengan program popular ini. Program ini menjadi popular selepas program Payperpost, Reviewme dan Blogsvertise menjadi semakin suam-suam kuku. Tapi empat program ini menjadi semakin sebati dalam diri blogger-blogger tegar yang mencari pendapatan melalui penulisan blog atau mencari duit melalui review. Jika korang pandai dan mahir untuk menulis ulasan, empat program inilah antara lubuk wang bagi korang setiap bulan.

sponsorreviewsoctoberpayment 300x179 Masih mahu buat duit dengan Sponsoredreviews?


Jadi, jika korang maih berminat untuk buat duit dengan Sponsoredreviews, korang boleh cuba sekarang. Pendaftaran percuma dan tidak dikenakan apa-apa pembayaran. Jika korang ada blog yang bagus dari segi alexa rank dan pagerank, program ini sangat sesuai untuk korang. Malah jika korang mempunyai blog yang ada niche berbeza, aku yakin ramai orang akan berminat dengan program ini. Jadi, bolehlah korang cuba dan buat duit dengan Sponsoredreviews dengan jayanya.

Boleh cuba jika berminat: Sponsoredreviews.com

Apapun, tidak mudah untuk buat duit dengan program ini. Ianya memerlukan masa untuk menghasilkan blog yang cukup bagus untuk menarik minat ramai advertiser untuk meminta korang untuk menulis ulasan bagi blog atau website mereka. Malah, ramai yang udah putus asa dengan cara ini. Jika korang pun putus asa, bolehlah cuba dengan program lain dan sekurangnya korang tahu yang korang cuma gagal pada 1 program, tidak pada program-program yang lain.

Ps:  Aku sangat lapar pada saat ini. Waktu untuk memburu nasi lemak..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Beberapa hari ini aku agak kurang sihat. Dari semalam belakang aku agak sakit. Mungkin akibat bermain badminton terlalu kuat sejak minggu lepas. Rasa sakit semacam aje dan aku rasa aku kena kurang sikit aktiviti lasak dalam bulan ini sementara menunggu belakang badan aku pulih seperti biasa.

Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman aku ketika mula-mula menulis blog. Dulu, tak banyak blog yang muncul seperti hari ini. Blog dalam bahasa melayu, boleh dikira dengan jari tangan dan jari kaki. Dan kebanyakkan blog menggunakan platform blogdrive dan blogspot. Ketika itu, kita masih dimomokkan bahawa blog ini hanya untuk mereka yang hebat dan hanya untuk mereka yang bijak sahaja. Orang-orang biasa cukup takut untuk berblog dan ditambahkan pula ilmu pengetahuan tentang blog dan blogging tidaklah banyak seperti hari ini. Malah, dari segi sumber rujukan, tidak banyak blog yang boleh kita jadikan sumber rujukan ataupun guru. Dalam 5-6 tahun lepas, boleh korang sebutkan blog mana yang menulis dalam bahasa melayu yang masih korang ingat sampai ke hari ini? Jika masih ingat, bolehlah kongsikan diruang komen nanti. Hendak juga aku tahu blog mana yang memberi inspirasi kepada korang untuk menulis blog.

Secara jujur, aku menulis blog dulu disebabkan pengaruh oleh blog-blog luar. Banyak penulis blog luar yang memberikan inspirasi dan memberikan aku semangat untuk meneruskan aktiviti blogging. Jika tak, aku tak yakin yang aku masih boleh terus menulis blog sehingga ke hari ini. Malah, aku sendiri lihat banyak blog-blog lama yang sudah tidak berupdate dan tidak lagi aktif sehingga ke hari ini. Bukan pada penulis blog tempatan sahaja, tetapi penulis blog luar pun sudah suam-suam kuku. Mungkin terlalu banyak gelombang yang membuatkan mereka terpaksa melupakan dunia blog. Aku tidak salahkan mereka kerana itu mungkin keputusan terbaik yang mereka lakukan pada ketika itu. Jadi, kita hormat akan keputusan mereka dan kita teruskan dunia menulis blog selama yang kita mampu.

Setiap blogger atau penulis blog, pasti ada sebab atau punca yang menyebabkan mereka terus menulis blog. Baik ingin mencari hiburan, ingin mencari sesuatu yang berbeza, ingin mencari pendapatan sampingan atau mencari isteri dan suami. Jadi, tak perlu dipersoalkan niat untuk menulis blog. Setiap orang pasti ada cara yang berbeza untuk menterjemahkan apa yang mereka mahu dan yang mereka fikirkan. Betul tak?

Ps: Dalam banyak-banyak blog, blog mana yang memberikan korang inspirasi atau semangat untuk meneruskan aktiviti menulis blog? Siapakah tuan punya blog yang mencetuskan semangat dan keinginan korang untuk buat duit dengan blog atau terus aktif membuat duit diinternet?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011