Sejak kebelakangan ni, aku lihat sudah banyak pertandingan-pertandingan dijalankan secara online. Maksud aku, banyak pertandingan ditawarkan sejak ramai orang aktif menggunakan internet. Lebih-lebih lagi sekarang agak mudah untuk online berbanding 5-6 tahun yang lepas. Selepas peningkatan talian internet melalui Streamyx, Digi, Celcom, P1 Wimax, Maxis dan broadband yang lain, aku boleh kata tahap pemikiran orang Malaysia ni dah sampai satu tahap yang agak baik berbanding negara-negara maju yang lain. Malah, pada bulan lepas, Malaysia dikatakan bahawa negara yang paling ramai didunia menggunakan Facebook setiap hari. (Betulkan aku kalau aku silap, tapi aku dengar macam tu la gayanya..)

Jadi, hari ini aku nak kongsikan 2 pertandingan yang aku rasa mungkin korang berminat untuk sertainya selain pertandingan “The Social Network”. Mungkin korang akan lebih tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.

Pihak CIMB Bank telah bermurah hati untuk menawarkan sejumlah RM2.4 juta untuk 2 Good 2 Be True contest. Aku rasa ramai yang perasan dengan pertandingan ni. Jika korang perasan, ada iklan Nuffnang yang mempromosikan pertandingan tersebut. Aku rasa mungkin ianya salah satu cara promosi yang baik untuk mempromosikan bank CIMB Bank nih. Yang lebih baik dan unik, adalah kemunculan Lagenda Mr.2. Sampai hari ini aku tak berapa faham tentang motif dan mengapa mesti namanya Mr.2?

Maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ni, korang boleh rujuk kat website nih. Siapalah agaknya yang bertuah untuk memenangi hadiah0hadiah yang lumayan tu ek. Nanti aku akan update siapa yang berjaya. Kalau ada nama aku dalam senarai pemenang, korang agak-agak boleh fahamlah kalau aku tak update sape nama pemenang kat log nih. Hehe..

Satu lagi pertandingan pula ditaja oleh 100Plus. Salah satu minuman isotonik yang cukup bagus untuk ahli sukan dan juga rakyat Malaysia. Aku tak ingat sejak bila aku mula-mula minum air 100Plus ni. Tapi rasanya sampai hari ini berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan 100Plus. Setiap kali aku penat berlari atau berjogging, biasanya aku akan singgah kedai dan beli setin air 100Plus untuk menggantikan air yang hilang dalam badan. Fuhh, rasanya sangat melegakan..

100plus 300x211 Mencabar diri dengan Cabaran 100Plus MindWarp


Ok. Pertandingan ini menawarkan hampir RM50000 untuk jumlah keseluruhan hadiah tersebut. 15 orang perserta yang berjaya ke peringkat final berpeluang untuk merebut hadiah utama iaitu RM10000! Siapakah insan yang bertuah itu? Pertandingan ini diberi nama MindWarp. Korang kena pantas dan mempunyai kebolehan meningat atau menghafal dengan baik. Yang penting sekali, mesti berjaya untuk masuk ke peringkat akhir untuk merebut peluang RM10 ribu itu. Aku kena cuba nih. Mana tahu, ada rezeki. Hehe..

Nak cabar diri korang dengan Mindwarp? Leh gi sini : Mindwarp Contest

Ps: Nak main game Mindwarp ni, kena ada akaun Facebook. Kalau tak, tak leh join. Haa, tau tak apa itu facebook?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak cerita tentang satu lagi program yang aku rasa korang akan sakit kepala. Program yang aku cerita itu berkaitan dengan tajuk yang aku tulis nih iaitu Innity. Ini bayaran kali ketiga yang aku terima dari program Innity. Memang aku akui bayaran yang aku terima agak lambat. Kena tunggu dekat 45 hari baru duit Innity masuk ke akaun bank. Dan aku akui, memang agak pening dengan program ini sebab tak mudah bagi kita, blogger-blogger Malaysia nak buat duit dengan Program Innity. Di sini, aku kongsikan beberapa fakta menarik yang berkaitan dengan Innity. Mungkn korang tahu, mungkin korang tak tahu.

komisenke3dariinnity Komisen ketiga dari Innity


1. Program Innity berbeza dengan beberapa program syarikat tempatan yang lain. Program ini menawarkan banyak cara untuk beri peluang kita buat duit dengan Innity. Selain daripada kita dapat bayaran melalui klik, kita akan dapat juga bayaran melalui jumlah impresion yang kita dapat setiap hari. Lagi banyak impression atau hits yang kita dpat, lagi banyak earning yang kita akan dapat juga.

2. Tak semua blog memenuhi syarat-syarat ketat Innity. Hanya blog tertentu dan blog yang mempunya nilai hits yang tinggi pada setiap bulan sahaja akan diluluskan oleh pihak Innity.

3. Jika korang jarang update blog korang, pihak Innity akan bagi cadangan atau amaran ringan untuk meminta kita update blog-blog kita tu. Jadi, blog korang mesti sentiasa update. Kalau boleh, biarlah dalam 10-20 artikel setiap bulan. Itu dah cukup untuk membuatkan blog korang menerima banyak hits setiap hari.

4. Nak tak nak, korang kena mahir dengan SEO. Kalau tak mahir, korang kena belajar. Melalui teknik SEO yang mantap, korang akan dapat traffic yang tinggi setiap hari. cuma ianya akan mengambil masa untuk menghasilkan traffic yang tinggi dan stabil. Aku sendiri mengambil masa lebih dari 3 bulan untuk menghasilkan traffic yang banyak ke blog-blog aku.

5. Innity tak ada affiliate program. So, aku cadangankan mereka buat affiliate program. Sekaligus menarik perhatian lebih banyak publisher dan blogger untuk mempromosikan program Innity.

6. Program Innity mengeluarkan iklan dari syarikat-syarikat yang agak gergasi seperti Toyota, Celcom, Maxis, P1, Mercedes dan sebagainya. Aku rasa, sudah banyak iklan-iklan dari syarikat besar di Malaysia yang menggunakan platform Innity. Ini sudah bagus sebab 5-6 tahun dulu, jarang sekali kita jumpa iklan-iklan syarikat tersebut di blog-blog melayu. Ini bermakna, Innity sangat hebat sebab berjaya membuatkan syarikat bear melaburkan sejumlah wang untuk program pengiklanan tempatan berbanding pengiklanan luar.

7. Berbanding cek, aku lebih suka menerima bayaran Innity melalui pemindahan wang melalui online. Biasanya aku terima bayaran melalaui akaun Maybank online aku.

8.. Err..korang tambah sendiri la..

Ps: Penat kemas rumah hari ini. Aku cuti minggu nih. Minggu depan baru masuk kerja semula.. icon smile Komisen ketiga dari Innity

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku terlupa, ini merupakan salah satu komisen yang aku baru sahaja terima semalam. Aku kongsikan untuk tatapan korang seperti biasa. Aku rasa ramai yang dah tahu aku join program Paid-to-pPromote.net tu kan? Ya, ini merupakan bayaran komisen yang ke 5 dari program tersebut. So far, mereka memang tak penah miss lagi bayar aku dan aku yakin ramai blogger lain yang dapat bayaran setiap bulan.

paidtopromotefivepayment 300x140 Komisen ke 5 dari Paid to Promote.net


Bagi mereka yang tak tahu, program Paid-to-pPromote ni membayar kita berdasarkan hits atau impression yang berjaya kita bawa ke website mereka atau website advertiser mereka. Lagi banyak hits atau click yang kita dapat, lagi banyak income yang kita akan peroleh. Ianya boleh juga dikatakan paid per click kerana setiap nilai klik yang kita dapat setiap hari tu, mempunyai nilai yang tersendiri. Malah, klik dari US, UK dan Canada mempunyai nilai yang sangat tinggi berbanding klik atau traffic dari negara yang lain. Jadi, ini peluang korang untuk buat duit dengan program ini jika korang berminat.

Ok. Kalau berminat, boleh sertai disini: Paid-to-pPromote.net

Tak lupa juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua umat Islam samada di Malaysia, Bumi Makkah dan Madinah dan diseluruh dunia. Kalau rajin, meh la datang berhari raya kat rumah aku di Banting ni. Tak ada open house. Tapi rumah aku sentiasa terbuka untuk korang. Hehe..

Ps: Apa kebendanya White Mission dari Darlie nih. Tak berapa faham aku dibuatnya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika korang berjaya baca artikel ini, ini bermaksud artikel ini telah berjaya dipublishkan di blog ini pada masa yang aku tetapkan semalam. Sebab hari ini aku akan bertolak balik ke Banting seperti yang aku rancang untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga. Sebab tu, salah satu perkara yang aku suka tentang kerja aku adalah tempat kerja aku jauh dari rumah parents aku. Kalau dekat, tak ada pula feel nak balik kampung. Tapi memang selalunya aku belajar dan kerja jauh dari Banting, sejak dari tingkatan 4 sehinggalah ke zaman bekerja ni, memang selalunya jauh dari keluarga. Memang seronok, tapi ada juga part yang tak seronok. Yelah, jauh-jauh pun, ada masa tak best gak. Biasalah tu, rindu masakan mak aku, sambal belacan yang mak aku buat tu yang aku tak leh tahan, dari Damak ni aku masih boleh ingat kepedasan dan kesedapan sambal belacan yang mak aku selalu buat. Aku pernah try buat, tapi tak sama macam yang mak aku buat, tak tahu kenapa..


komisenke62daritnx 300x192 Komisen ke 62 dari TNX


Apapun, hari ini aku nak ulas sedikit tentang komisen yang aku dapat dari program Tnx. Aku yakin program ini tidak asing lagi bagi mereka yang selalu melawat ke blog ini. Pasti korang tahu yang aku agak aktif dengan program Tnx kerana program ini sungguh senang untuk buat duit. Walaupun begitu, tidak semua blogger merasakan bahawa program Tnx ini mudah seperti yang aku rasa. Pasti ada yang rasa susah, ada yang rasa menyampah, ada juga yang rasa bengang disebabkan oleh pelbagai sebab. Bagi aku, tepuk dada, tanya selera. Jika kita nak sesuatu, kita cuba sampailah kita dapat. Betul tak? Kalau tak usaha, kita takkan dapat.

Nak cuba program Tnx? Daftar disini: Tnx.net

Itu yang aku dapat. Macam biasa. Tak banyak sebab memang aku tak nak keluar banyak-banyak. Aku keluarkan pun sebab nak bayar duit untuk 1 hosting dan 4 domain yang akan berakhir pada bulan 12 nih. Harap-harap domain-domain yang aku beli tu akan memberikan aku lebih banyak keuntungan berbanding kerugian. Domain-domain yang rugi, akan aku serapkan ke projek Tnx atau ke projek Amazon atau langkah terakhir, mengugurkan domain tersebut daripada terus digunakan lagi. Pendek cerita, aku buang terus domain tu..

Ps: Esok, lepas sembahyang raya, mesti balik kampung mak. Itu aktiviti tahunan yang aku rasa memang takkan diubah sampai bila-bila. Dah jadi macam satu tradisi. Kalau aku dan adik-beradik aku dah kahwin, aku rasa raya pertama, memang aku bawa anak bini aku raya ke rumah mak abah aku setiap hari raya. Biar anak-anak aku tahu apa yang abah diorang rasa dulu. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011