Hari ini aku cuma nak update tentang Innity. Sedikit info tentang program Innity bagi mereka-mereka yang baru sahaja tahu tentang program ini. Mungkin ada yang masih tak tahu dan mungkin ada yang dah tahu. Tapi tahukah korang tentang syarat-syaratnya yang semakin ketat untuk membolehkan lebih ramai blogger untuk apply program Innity ni? Ya, makin sukar dan syaratnya pasti memeningkan kepala ramai blogger tegar. Tapi aku yakin bagi sesetengah blogger, ini bukan masalah. Mereka tahu cara dan trik untuk mengatasi masalah itu.
APapun, ini antara syarat baru yang perlu dipatuhi sebelum korang apply program Innity. Memang sukar. Menyesal juga aku tak hantar banyak blog masa awal-awal ketika syarat-syaratnya tidak ketat seperti hari ini.
1. Website atau blog korang mesti ada minimum 100000 pageview atau hits setiap bulan. Hambek ko, bukan senang nak dapat hits sebanyak tu. Kena guna strategi yang sesuai. Main SEO dan buat artikel panas la jawabnya..
2. Website atau blog korang mesti ada minimum 20000 unik visitor setiap bulan. Memang susah. Tapi tak mustahil korang boleh buat.
3. Website korang mesti ada artikel yang berkualiti dan selalu update. (Yang ni ramai orang malass..)
4. Trafik yang datang tidak boleh dari ; listing on newsgroups, instant mesengger posting ; chat room posting ; spam dan sebagainya. Korang langgar, tanggung sendiri akibatnya.
5. Website atau blog korang tak boleh ada kandungan yang agak keterlaluan dan juga tak ada berunsurkan porno atau lucah (adult content) atau yang berkaitan dengannya.
6. Website atau blog korang tak boleh sediakan online streaming, file-sharing content dan juga sediakan video atau audio download. Maksudnya, tak leh buat webite download lagu ke download video ke atau yang lebih kurang sama waktu dengannya.
7. Kena bodek Innity selalu. (Yang ni aku tambah sendiri aje. Hehe..)
Haa, lebih kurang begitulah. Syarat utamanya aku rasa dari segi pageview dan unik visitor. Kalau kurang, memang susah nak lepas. Kalau Innity luluskan pun, belum tentu korang leh capai minimum payout setiap bulan. Bukan tak boleh, tapi cukup sukar.
Ps: Ok, itu aje nak bagitau. Aku sakit kepala nih. Nak install Monopoly 3 dan bengang sebab susah betul main game helikopter ni. Tali barut Orga ni memang tak bagi peluang langsung!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














