Ya, seperti yang kita tahu, skuad hoki Malaysia kalah dengan Pakistan. Mungkin seperti yang ramai duga, Malaysia akan kalah dengan Pakistan. Bila aku lihat sudah tinggal 5 minit terakhir, aku yakin yang skuad hoki kalah kali ini dan mahu tak mahu, terpaksalah mereka bertarung pada pusingan kelayakan untuk mencari tiket ke Sukan Olimpik 2012 nanti. Yang aku kurang berkenan bila aku tengok hoki, hampir separuh pemain hoki malaysia wat macam-macam style kat rambut diorang. Tobek sana, toreh sini, botak pun ada, rambut macam ronaldo pun ada. Apa kes? Sebelum ni, elok aje rambut diorang masa lawan India. Takkan bayar nazar kot sebab menang dengan India? Aku rasa sebab gunting rambut ini boleh dimasukkan juga dalam faktor-faktor kekalahan Skuad Hoki Malaysia dalam Sukan Asia kali ini. Aduhaiii..
Lupakan seketika tentang kekalahan hoki dalam Sukan Asia kali ini. Yang pasti Skuad Malaysia berjaya mencapai target mereka untuk mendapat 9 pingat emas dalam kejohanan kali ini. Mereka berjaya mendapat 9 emas, 17 perak dan 13 gangsa. Keseluruhannya pula adalah 39 butir pingat berjaya dikutip untuk edisi kali ini. Aku ucapkan tahniah kepada skuad kali ini kerana berjaya membawa banyak pingat dan mengharumkan nama negara. Pasti ada imbuhan kepada mereka-mereka yang berjaya mendapat pingat emas nanti. Dari segi kedudukan pula, Malaysia ditangga ke 9 dari 25 negara yang bertanding dalam Sukan Asia kali ini. Itu pencapaian yang agak bagus dan aku kira ianya lebih baik berbanding negara-negara yang lain. China Korea Selatan dan Jepun, memang 3 negara hebat yang tidak dapat disangkal lagi. Aku harap, Malaysia akan menjadi pesaing ketat kepada 3 negara itu dalam tempoh 10 tahun lagi. Ya, aku tahu lama. Tapi itu sahajalah tempoh yang aku rasa agak sesuai untuk kita meletakan sasaran untuk skuad Malaysia nanti.
Hari ini, aku tak pergi mana-mana. Kerja pun dah setel. Balik dari solat Jumaat, terus melayan surat khabar dan air teh kundur. Lega dapat berehat seketika. Kawan aku ajak aku pergi Indonesia bulan Disember nanti. Aku tengah fikir, nak pergi ke tak. Budget memang murah. Tak sampai 500 ratus. Dah boleh joli kat sana. Tapi tengoklah, aku akan beri keputusan dalam masa yang terdekat. Dan kalau aku kata setuju, aku kena buat passportlah gayanya.
Oklah, waktu untuk bekerja..
Ps: Korang pernah dengar tentang CBAleads tak?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content













