Ya. Dalam 2-3 hari ini, aku ada masuk beberapa group difacebook. Semuanya dok bercerita pasal Innity yang makin lama makin ketat peraturannya. Jika dulu, cuma minta 20k unik visitor dan 100k impression. Tapi untuk tahun 2012 ini, sekurangnya mesti ada 40 ribu unik visitor dan 200k impression sebulan. Maksudnya kena ada trafik yang dua kali ganda berbanding syarat sebelum ini. Dan ini juga bermakna, sesiapa yang mahu sertai program Innity kena usaha berkali-kali super kali ganda untuk layak diterima ke dalam keluarga Innity. Yang dah lepas tu, nasiblah. Rezeki korang. Haha..

Dan trafik itu cuma syarat dari segi trafik. Ada kriteria lain yang perlu dititikberatkan. Tak boleh macam dulu dah. Dan antara syarat utama yang perlu korang tau. Ini dia. Aku translate dari website Innity. Kalau salah tafsir, maafkan aku. Maklumlah, subjek English dulu aku dapat 7E masa SPM..

- Website atau blog korang kena hidup. Tak boleh under construction lama-lama. Kalau sejam dua atau sehari dua tu boleh diterima. Tapi kalau dah berbulan-bulan. Itu tak boleh.
- Tak boleh ada kandungan orang dewasa. Korang faham kan?
- Tak leh main kopi-kopi. Teh dan kertas pasir pun tak boleh. Mesti original.
- Tak leh letak video download filem, streaming filem, atau kongsi file mediafire yang selalu macam korang buat tu. Tak leh letak dahh link video download atau kongsikan file Ombak Rindu Mediafire 380MB tu..
- Blog mesti update setiap hari. Seminggu sekali.
- Trafik tak leh main tipu. Autosurf, skrip autosurf dan yang seangkatan dengannya dilarang sama sekali. Tapi kalau berani, leh cuba. Kalau berani la..

408664 358085667550634 100000476123832 1578424 1449499133 n Innity makin ketat petat.


Ok. Itu syarat sebelum korang hantar penyertaan blog baru ke Innity. Bagaimana pula yang dah terlepas? Adakah masih boleh buat benda-benda diatas? Kalau nak cari pasal, buatlah. Tapi sebolehnya dikurangkan dan sampai satu tahap, elakkan. Untuk kes budak-budak yang nak masuk keluarga angkat Innity ni, jangan buat. Sebab CONFIRM kena reject punya.

Ok. Mengapa Innity ni makin ketat-petat?

Aku bukan nak salahkan orang lain. Tapi memang fitrah orang Malaysia ni pantang nampak benda boleh buat sedikit, diorang akan cari cara untuk manipulasi sistem. Bagi orang yang tinggi level dan kacak macam aku ni, korang akan faham maksud sebenar aku buat artikel ni. Disebabkan orang-orang yang agak pandai nilah, Innity terpaksa mengetatkan pengambilan ahli baru ke keluarga mereka. Ramai yang abuse sistem dan ramai yang pandai manipulasi trafik dalam blog mereka. Kalau abuse secara tak terkawal atau tak sengaja tak apa lagi. Tapi ini abuse secara sistematik dan dipantau setiap hari.

Haa, bagaimana tu? Korang tengok aje syarat diatas. Dari 5 syarat tu, aku boleh cerita 1001 macam perkara yang membuatkan ramai orang senang cari makan dengan Innity sampai boleh jana ribu-ribu dengan program ni. Lepas tu, pergi bagitau satu dunia, dia senang-senang dapat 2-3 ribu dari Innity. Kalau aku pun, aku boleh buat. Tapi aku tak nak buat. Dapat RM100-300 sebulan dari Innity, dah cukup bagus dah bagi aku. Kalau dapat lebih, itu bonus la kiranya.

Jadi, tak perlu nak tuduh atau kecam Innity ni macam-macam. Korang dah buat onar, nak salahkan orang lain pula. Kalau yang tak buat tu, tak ada masalahlah la. Tapi kalau yang dok buat onar tu, fikirlah sikit. Ingat korang aje nak cari makan dengan Innity? Orang lain pun nak juga. Sebab sesegelintir yang tamak ni memanipulasi trafik dan mengambil kesempatan, mak ramai dah blogger susah nak join Innity. Nanti kalau kena ban, diam-diam sudah. Jangan nak meroyan macam cerai bin keempat dengan talak tiga pula.

Cuba fikir. Macam mana nak dapat 200k impression dan 40k unik visitor dalam masa sebulan? Senak perut tau. Leh batuk berdarah dibuatnya. Kalau blog baru, paling cepat pun..4-5 bulan. Kalau blog lama, paling cikai pun kena establish dari segi trafik dalam 1-2 tahun. Baru senang nak lepas kelulusan Innity. Kalau ada lagi awal dari 4-5 bulan tu, itu cara paling cepat dan OF COURSE, blogger tu memanipulasi sistem dan buat perkara-perkara yang dilarang. Dan blog-blog yang ada paparkan iklan Innity sekarang pun, majoritinya cuma berjaya maintain 20-40 unik visitor dan 100-200 impression setiap bulan. Itupun kekadang lepas. Tapi banyak yang tak lepas. Mereka lepas untuk dapat kelulusan dari Innity aje. Lepas dah lepas, buat entri biasa-biasa aje. Dah tak kerja kuat macam dulu.

Aku cakap ni bukan aku dengki ke apa. Aku pun ada buat salah gak. Tapi beringatlah sikit. Aku tau korang terer. Tapi itu market tempatan aje. Kalau berani main cara macam ni, main market luar. Ada berani ke tak berani? Masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak dapat 10 dollar pun lom tentu boleh dapat kalau tak kena caranya. Korang abuse sikit sistem, terus kena ban tanpa budi bicara. Kalau nasib baik, ada surat amaran. Tapi biasanya, memang terus ban. Ingat lagi kes Clickbank? Kes Payloadz? Kes Bidtraffic? Kes Widgetbucks? Kes Tradebit? Sebab ada yang abuse sistem dan bijak memanipulasi kelemahan sesebuah program, terus dia ban orang dan trafik dari Malaysia. Tak ke sedih tu?? Jadi, sebelum buat apa-apa, fikir dulu buruk dan baiknya. Aku tak halang korang cari rezeki. Tapi berpada-padalah sebab ada yang buat kerja online atau menulis blog ni adalah pendapatan utama mereka. Kalau tertutup rezeki mereka disebabkan ada kawan kita yang buat tahi, apa perasan diorang? Apa perasaan korang kalau korang ditempat mereka?

Ps: Okeh, aku tau paling cikai pun ada 10 orang blogger akan benci selepas baca artikel aku ini. Confirm. Tapi mereka tak berani mengaku punya. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, majoriti kawan perempuan aku pakai tudung. Tapi ada juga yang tak pakai tudung. Jadi, kepada kawan-kawan aku yang tak bertudung, bolelah dapatkan tudung secara percuma. Lagipun, bukan kena bayar 1 sen pun. Dan tudung ini akan terus dihantar ke rumah korang.

Ok. Bab pakai tudung atau tak pakai tudung ni, aku tak nak sentuh dalam-dalam.  Bab fesyen tudung pun aku tak nak sentuh lagi. Korang dah besar dan faham. Apa kepentingan pakai tudung ni dan apa sebab orang perempuan mesti pakai tudung, korang patut dah tahu. Korang dah pergi sekolah dan of course ramai yang ambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Jadi, korang pasti tahu mengapa orang perempuan kena pakai tudung. Bukan bermakna orang perempuan yang tak pakai tudung itu jahat atau orang yang pakai tudung tu terlalu mulia pada pandangan mata masyarakat, tetapi jika nak dibandingkan, perempuan yang pakai tudung lebih kacak berbanding orang yang tak pakai tudung.

tudungpercumaheliza Siapa nak tudung percuma?


Biasanya, ya. Aku ulang sekali lagi. Biasanya, siapa yang pakai tudung ni cantik. Dan maksud cantik tu ada banyak kategorinya. Sejujurnya, aku tahu ramai yang cantik dan seksi bila tidak bertudung. Tapi bila korang bertudung, aku berani cakap korang lebih seksi dan kacak dalam definisi yang berbeza.

Bila kawan aku kata, perempuan yang bertudung ni biasanya mukanya bukan lawa pun. Dan dia bertudung pun sebab dia tak lawa atau muka penuh jerawat, family paksa pakai tudung, malu dengan kengkawan sebab muka hodoh dan macam-macam sebab lagi. Jadi, dengan rasa rendah diri mereka yang tak berapa cantik ni pun pakai tudung. Sebab bila bertudung ni, leh sorok sikit kehodohan muka dan perangai buruk mereka dan leh sorok rambung kerinting mereka yang tak berapa lawa atau sorok perangai mulut celupar yang suka mengata dan jaja cerita kain dalam orang. Yelah, dah bertudung, mesti orang lain anggap perempuan bertudung ni semuanya baik-baik belaka. Dan yang tak bertudung, semuanya jahat belaka. Sebab tu, kalau korang perasan, orang melayu yang tak bertudung ni, majoritinya lawa dan seksi atau majoritinya memang perasan yang mereka lawa. Yang memang lawa tu, lawalah. Yang perasan lawa, itu lain ceritanya.

helizahelmitudung Siapa nak tudung percuma?


Tapi memang ada juga bukan macam tu. Mungkin sebab mereka belum dapat signal lagi nak bertudung. Haa..itulah yang dok rakan-rakan aku bercerita bila kita orang bermuzakarah bab tudung ni. Ada betul, dan ada yang tak betulnya.

Malah, ada kawan aku lebih berbangga kerana tidak bertudung. Susah gak nak nasihat bebudak macam ni.  Dan dia pula model sambilan. Kalau tengok gambar dia, sengsara gak mata aku dibuatnya. Sampai satu tahap, aku terpaksa buat dek je sebab perempuan yang tak makan saman ni. Takkan nak kena tunggu muka penuh jerawat, tunggu muka jadi hodoh atau tunggu dapat signal baru nak pakai tudung? Takkan nak tunggu kena rogol baru nak bertudung? Dah kena rogol..pastu salahkan perogol? Patut ke? Dah ko berpakaian seksi sana-sini, dedah sana-sini, tunjuk pusat yang huduh, tunjuk ketiak yang legam tu..apa kesnya?

tudungpercuma Siapa nak tudung percuma?


Jadi, sementara ada orang offer untuk bagi tudung percuma ni. Sahutlah cabaran bertudung ni. Mungkin signall nak bertudung tu tak sampai lagi. Mungkin hati tu nak tapi rasa macam ada yang menghalang. Tapi sekurangnya cuba buat sesuatu. Tudung ni pun aku tengok lawa. Walaupun tidaklah macam telekung, tapi sekurangnya ini satu permulaan yang baik untuk bertudung. Ok, cara nak dapat tudung percuma ni mudah sahaja. Korang cuma kongsikan gambar tudung dari FABS Collection diatas dan letak di wall facebook masing-masing. Tulis juga status yang agak kreatif dan mungkin korang berpeluang untuk dapat tudung percuma tersebut. Lepas, hantar report dekat wall atau tag FABS Collection punya facebook. Mudah, bukan?

Sumber rujukan: FABS Collection

Ok. Aku pun nak try gak. Mana tahu, leh bagi adik aku ke mak aku ke sebagai hadiah hari jadi mereka walaupun belum sampai masanya. Lagipun, FABS Collection tak cakap pun orang lelaki tak leh join nak dapat tudung percuma ni, kan? Kan? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tadi aku sempat tengok kereta terbang. Lebih tepat kereta perodua Myvi berwarna hitam terbang. Dan ada ciri-ciri baru diupgrade dipasaran. Boleh terbang. Mesti ramai pereka kereta akan serbu ke Perodua untuk mengcungkil rahsia yang mampu membuatkan Myvi Hitam ini terbang dan landing baik punya diatas van putih tersebut. Paling kesian, owner van tu. Ada insurans lagi ke van tu. Leh claim ke??

keretamyvihitamterbang Kereta Myvi Hitam Terbang

keretamyvihitamterbanglagi Kereta Myvi Hitam Terbang


Hemm..aku tertanya-tanya. Siapa yang bawa kereta Myvi hitam ni? Lelakikah? Perempuankah? Melayukah? Cinakah? Orang tua kah? Makcik ka? atau gadis comel? Jangan kata lelaki kacak. Semua lelaki kacak tidak pandai buat kereta terbang. Mereka cuma pandai buat duit dan mencairkan hati gadis-gadis comel. Hehe..

Apapun, cukup untuk malam ni. Aku nak khatamkan baca Manga 666 Satan kat Mangareader ni. Ada 76 episode semuanya. Entah bila boleh habis. Baru masuk chapter 21. Grr..

Ps: Tapi aku dah ngantuk. Kopi satu jag tak cukup agaknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Aku cuma nak update ringkas aje sebab aku dah penat update hadiah banner untuk 2 pertandingan iaitu Pertandingan Earncent Review Contest 2011 dan juga Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Korang boleh check banner di blog atau website yang korang menang tu. Ada yang aku terpaksa gantikan diblog lain sebab tempoh masanya dah terlalu lewat. Dan ada yang aku letak kat blog aku. Tapi jangan risau, banyak trafik ke blog-blog tersebut dan aku yakin ada yang klik dan melawat ke blog korang. Dan dapat juga backlink dari blog-blog aku tu. Yang aku belum setelkan secara menyeluruh adalah penghantaran Ebook 701panduan dan juga Ebook Panduan Says. Insya-Allah, aku akan selesaikan juga hari ini.

Baik. Ini bayaran komisen terakhir dari program Adgitize. Mereka dah bungkus. Mungkin sebab dah tak mampu nak bayar duit blogger. Tapi sekurangnya diorang bayar separuh dari earning kita yang berbaki dalam program tu. Jadi, aku pun dapat sikit walaupun tak banyak.

komisenterakhiradgitize Komisen terakhir dari Adgitize


Apapun, terima kasih kepada Adgitize kerana bagi peluang kat blogger macam aku ini untuk terus buat duit melalui blog. Harap lebih banyak program macam Adgitize dan Metavertizer muncul dan memberi peluang untuk kita buat duit pada tahun 2012 ini.

Kepada yang belum hantar banner, no akaun bank dan apa yang patut, sila berbuat demikian agar aku boleh uruskan proses hadiah korang tu. Dan yang terakhir untuk 9 orang blogger yang akan menerima review yang bernilai antara RM30-RM50 hasil tulisan aku sendiri dalam blog ini. Aku akan buat secara berperingkat memandangkan aku akan jadi super sibuk dalam 2-3 bulan ini. Insya-Allah, aku akan cuba selesaikan dalam masa yang terdekat. Aku minta maaf atau kelewatan dan kekhilafan aku. Biasalah, ingat aku robot ke boleh setel semua benda dalam sekelip mata. Aku cuma manusia biasa yang selalu malas dan selalu buat kesilapan.

Untuk pertandingan Pengalaman kenda denda di Sekolah pula, sudah 11 orang yang menyertai pertandingan tersebut dan anda boleh berusaha untuk memenagi Cabaran SEO. Untuk cabaran yang lepas, dimenangi oleh CikTom. Tapi kali ini, agaknya siapa yang boleh kalahkan entri aku di search engine. Aku harap ada yang boleh menang. Aku sendiri agak berusaha keras untuk tak bagi korang potong aku. Haha..

Ps: Wokeh. Serius, aku penat gile ni. Hemm..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 11 of 317« First...891011121314...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011