Yap. Ini bayaran komisen kedua daripada Panduandpli.com. Cabaran PPL masih berlangsung kerana mengikut kata admin, selagi tak cukup kuota 1000 orang yang download panduan percuma Panduan DPLI ini, selagi itulah cabaran ini akan terus berlangsung. Untuk kali keduanya, aku berjaya mendahului lagi peserta lain. Dan aku harap untuk kali ini aku berjaya bawa lebih banyak lead yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang DPLI dan peperiksaan MeDSi.

komisenkeduapanduandpli Komisen kedua dari PanduanDpli.com


JIka ada antara korang yang berminat nak cari sedikit duit tambahan, boleh daftar sebagai di panduandpli untuk mempromosikan cabaran itu. Nilai untuk 1 lead adalah 30 sen sahaja. Tak banyak. Tapi kalau korang tak kisah nak dapat duit sampingan macam ini, korang digalakkan untuk mencuba skill promosi korang tu.

Dalam 2,3 hari ini aku agak sibuk. Banyak benda kena setelkan dan aku terpaksa memeningkan kepala untuk selesaikan masalah orang lain. Kalau masalah diorang tak selesai, masalah aku secara automatiknya juga tidak akan selesai. Jadi, nak tak nak, kena setelkan dulu benda tu.

Ps: Wokeh, nak tidur. Aku dah penat sangat hari ini..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Jumlah aku tulis sesuatu di Facebook terlalu sedikit berbanding aku menulis diblog. Dengan ini, aku memutuskan bahawa aku lebih minat berblogging berbanding berfacebook. Tapi aku akui, facebook sudah menjadi salah satu tools pemasaran aku.

2. Sejak aku kenal Twitter, aku tak sangka ada lebih dari 1500 orang akan jadi follower aku. Nickname atau username titaniumhijau yang aku gunakan sudah sebati dalam perjalanan hidup aku sebagai blogger. Jadi, aku mahu ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang follow aku di Twitter. Terima kasih!

3. Menulis blog sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Biarpun aku tidak lagi full time blogger seperti dulu, tapi aku rasa menjadi Blogger Separuh Masa juga mempunyai banyak kelebihannya. Aku sudah ada banyak masa untuk orang lain termasuk insan-insan yang aku sayang. Cuma jangan mintak aku berpisah dengan dunia blogging. Melainkan internet sudah tidak wujud lagi didunia ini.

4. Ketika aku berjaya mendapat pendapatan atau duit pertama dari internet, memang aku gembira. Tidak sangka yang aku boleh buat dari macam-macam program. Mungkin aku juga sudah sertai lebih dari 1000 program sejak 6 tahun lepas. Ini bukan bermakna aku menjadi seorang blogger otai ataupun orang lama dalam industri ini. Ini cuma membuktikan bahawa aku memang berminat untuk cari duit dengan cara ini. Bagi aku, ini satu kepuasan dan cara aku untuk melawan diri aku sendiri.

5. Aku punya satu sifat dalam diri yang cukup sukar untuk aku buang. Aku sayangkan juga sifat itu dan mahu terus ianya kekal dalam diri aku. Cuma mungkin pada saat ini, aku belum berupaya untuk membuangnya. Sifat yang aku cukup sayang itu adalah MALAS.

6. Pengalaman kena tipu dalam dunia blogging, dunia internet marketing dan dunia maya ini mengajar aku banyak perkara. Ada banyak jenis penipuan yang wujud. Samada kita sedar atau tidak sahaja. Yang aku pasti, aku akan cuba untuk tidak ditipu lagi pada masa hadapan. Yang menipu aku tu, aku harap mereka sedar pada suatu hari nanti. Aku bukan seorang yang baik. Aku juga mahir dalam selok-belok menipu. Jadi, tak payahlah tipu aku atau terus berpura-pura. Sebab kadang-kadang, memang aku saja biarkan diri aku ditipu. Kat dunia ini, susah nak jumpa orang yang jujur 100%. Bukan tak ada. Tapi dalam jumlah yang minimum.

7. Salah satu perkara yang membuatkan aku suka menggunakan internet adalah mencari kawan baru. Aku ada kawan di Korea, Jepun, US, UK, Canada, Singapore, Australia, China, India, Indonesia dan macam-macam lagi. Kalau mahu aku melancong ke semua tempat itu, memang aku tak berdaya. Sebab itu, berkenalan dengan mereka melalui platform blogging banyak membantu dan mengajar aku dalam banyak perkara. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku yang biasa-biasa aje ni. Terima kasih juga kepada semua blogger di Malaysia yang menyayangi dan suka berkawan dengan aku. Tanpa korang, tidak ada blogger titan atau titaniumhijau di dunia ini.

8. Mengapa aku memilih nama atau username titaniumhijau? Ceritanya mudah sahaja. Dulu, aku student Geologist ketika aku masih di Universiti Malaysia Sabah. Jadi, pada hari aku pilih username ini, pagi itu ada satu subjek iaitu Mineralogi. Subjek ni, mengajar aku nama-nama dan sifat-sifat galian dan jenis-jenis batuan yang ada kat dunia ini. Salah satunya titanium. Dan bila aku lihat dalam gambar, ada warna hijau. Jadi, bila aku daftar satu forum luar, aku letak titaniumhijau. Tak sangka, sampai hari ini masih kekal. Ini kisah 6 tahun lepas. Sampai satu tahap, ada mamat tiru username aku ini dan daftar di forum Digitalpoint. Siap buat penipuan lagi. Terus kawan aku buat report. Tak sampai 2 hari, mamat tu kena ban dari forum tu. Kalau korang ada akaun kat DP, bolehlah usha aku kat sana. Kadang-kadang, aku masih lepak lagi kat sana. Cari ilmu tambahan.

Itu sahaja bebelan dan repekan dari aku. Aku tengah tunggu file-file dari cerita korea iaitu President. Masih belum habis download semuanya. Ada lagi 12 episode. Biasanya aku download semua, baru mula tengok. Tapi aku rasa nak tengok 2-3 episode dulu. Kasi spoiled sket. Haha..

Ps: Aku tengah meracau ni. Toksah bacalah yek..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lambat pula update hari ini. Cuma nak update bayaran yang aku terima dari program Bursttraffic. Aku dah dapat bayaran komisen yang ke 17 dan 18 dari Bursttraffic. Kira bolehlah. Ciput pun ciputlah. Tak payah nak berkira sangat. Dah cukup bagus aku boleh dapat bayaran daripada program ini. Lagipun, baru aje cuba-cuba. Lom blast habis untuk program ni. Kena usaha lagi gigih kalau nak dapat income tinggi dari program ini.

komisenke14daribursttraffic Komisen ke 17 dan 18 dari BurstTraffic.net

komisenke18bursttraffic Komisen ke 17 dan 18 dari BurstTraffic.net


Semalam aku dah cerita macam-macam pasal isu blogger. Hari ini malas nak sentuh sangat. Aku tahu ramai yang lagi terer dari aku dalam bab-bab jurus buat duit dengan blog. Aku cuma salah satu blogger yang berjaya buat duit dengan blog. Cuma belum cukup berjaya untuk capai apa yang aku mahukan. Jadi, aku akan berusaha ke arah tu dengan lebih bersemangat untuk tahun ini. Umur pun dah lanjut. Jadi, tak boleh nak main-main. Kena kurangkan juga buat benda bukan-bukan. Hehe..

Sesiapa yang berminat nak buat duit dengan blog, boleh cuba program Bursttraffic. Cuma nasihat aku, pastikan korang ada website atau blog yang mempunyai trafik dari luar. Itu akan beri korang potensi untuk dapat income lebih dari program ini. Jangan hanya cuba program tempatan sahaja, cuba juga program luar. Cabar diri korang agar menjadi blogger yang lebih kreatif dan tahan dugaan.

Cerita blogger sombong, blogger otai, blogger nuffnang dan macam-macam lagi tu, kita tolak tepi kejap. Kita usaha dulu agar menjadi blogger yang lebih berjaya. Kemewahan, kepuasan, bangga, puas dan macam-macam lagi akan datang setelah kita kuat berusaha. Apa yang kita nak, akan datang dengan sendirinya selepas itu.

Ps: Baru habis layan cerita korea yang bertajuak Oh! My Lady. Cerita yang agak ringan dan kelakar. Jalan cerita ok dan endingnya boleh diagak. Tengah download cerita President pula. Nak tahu pula cerita parti-parti politik kat korea. Mana tahu, ada benda baru yang boleh dipelajari dari cerita korea ni.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Sila percaya bahawa ada orang lagi hebat dari anda. Mungkin dari pelbagai aspek. Jika korang rasa, koranglah yang paling champion berbahas masa kat sekolah dulu, tapi hari ini, pasti ada ada yang lebih hebat berbahas berbanding korang. Jadi, tak yah la nak sombong-sombong dan riak kata korang lagi terer dari orang lain.

2. Jika korang rasa korang dah cukup terer berblogging dan menulis blog, dapat banyak follower, dapat banyak komen, dapat banyak impression dan dapat macam-macam, tak perlulah nak riak semacam sampai orang lain rasa menyampah pada korang. Sebenarnya, ada beratus ribu orang lagi terer dari korang dalam bidang tulis-menulis blog nih. Baru dapat ribu-ribu ringgit program tertentu, dah bangga semacam sampai menjatuhkan dan mengutuk program yang dulunya memberikan korang pendapatan yang agak suam-suam kuku. Cuba cool sikit. Nescaya orang lain dan blogger lain akan lebih respek dan hormat dengan korang. Ini bila dah berjaya dapat income tinggi dari program baru, program biasa-biasa ni, bolehlah plak korang kutuk selamba aje. Korang kena faham, setiap program berbeza. Ada senang, ada mudah. Kalau tak dapat, cuba lagi. Kalau dah dapat, jangan hina pulak program lain.

3. Jika korang rasa korang boleh sepak bola paling jauh masa kat sekolah dulu, percayalah, ada orang sepak lagi jauh dari korang. Setakat sepak sampai keluar stadium, hemm. Ada orang sepak bola, sampai tak jumpa bola tu dahh..jauh sangat perginya..

4. Jika Chong Wei tu, dah cukup power main Badminton kat Malaysia, tapi kat peringkat dunia, ada Lin Dan yang selalu kacau. Jadi, kita tahu Chong Wei dan Lin Dan, siapa lagi terer bukan? Namun begitu, aku yakin suatu hari nanti ada orang lebih terer berbanding Chong Wei dan Lin Dan nanti. Masa Hafiz Hashim start jadi juara dan jadi pemain nombor satu dunia, aku rasa takde sape leh kalahkan dia. Tapi lihat sekarang, berapa ramai yang boleh kalahkan Hafiz kacang-kacang aje?

5. Jika korang, blogger baru. Tulis macam-macam kat blog. Tapi tak dapat sambutan. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding kan? Kenapa blogger baru lain, buat satu entri, beribu datang komen. Beratus ribu dapat impression. Mengapa? Mana tidaknya, korang baru buat tulis dalam 3-4 bulan, tapi usaha tak macam 10-20 tahun. Nak dapat lebih, kita kena usaha berganda-ganda. Kalau nak komen beribu-ribu setiap hari, usahalah sampai dapat sehingga boleh buat macam blogger-blogger terer yang lain buat. Ini tidak, bila tak dapat buat, tak dapat apa yang dia nak, mulalah buat artikel menuduh dan menghina blogger lain. Mulalah tunjuk dalam hati dia pun ada taman. Kenapa? Mungkin itulah fashion berblogging dalam dunia blogging kini. Berbeza sangat masa 4-5 tahun dulu. Semua kool. Sekarang, orang kita lebih beremosi dan berfikiran super sonik. Lebih banyak negatif berbanding yang positif.

6. Jika korang tak dapat kempen buffered earnings, orang lain dapat plak. Jika blogger baru dapat buffered earnings banyak, korang yang dah lama berblogging ni satu kempen buffered earnings pun tak dapat-dapat, malah impression dah juta-juta. Takkan ini pun mahu tanam pokok kaktus dalam hati? Manalah tidak sakit hati dibuatnya. Cuba bawak bersabar. Yakinlah bahawa ada orang lebih terer dari korang dalam bab-bab nak dapat buffered earnings nih walaupun kita masih tahu bahawa nak dapat buffered earnings ni masih jadi salah satu daripada 1001 benda ajaib dalam dunia blogging.

8. Jika korang jeles, ada orang dapat buat duit dengan program Innity, korang pula, blognya tak pernah-pernah diluluskan oleh pihak Innity. Jadi, korang kena faham, yang orang lain tu, lebih terer dari korang dalam bab-bab Innity nih. Diorang lagi terer dari korang. Akui hakikat tu. Kalau bengang, cuba buat apa yang perlu untuk dapat akaun Innity tu. Ada pula yang bengang, camana mamat ni dapat beratus-ratus klik dalam akaun innity diorang walaupun cuma ada satu blog sahaja. Korang pelik. Aku lagi pelik. Teringin nak belajar macam mana diorang dapat klik banyak macam tu. Betul tak? Jadi, kena usahalah sungguh-sungguh agar dapat buat macam orang yang terer tu..

Okeh. Cukup cerita bed time story hari ini. Boleh ulang baca sebelum korang tidur nanti. kita kena tahu, ada orang lebih baik dan lebih hebat berbanding kita. Tak perlu nak rasa rendah diri. Kita cuma perlu lebih berusaha dan berusaha untuk jadi yang lebih baik. Jangan mudah putus asa. Huhu, aku pun dah rasa macam merepek aje nih. Ayat pun dah tunggang langgang rasanya. Malas aku nak edit balik. Apapun, aku tahu ada ramai orang yang lebih bagus dari aku. Sekurang-kurangnya mahu dekat beratus ribu yang lebih pandai dan bagus dari aku dalam dunia berblogging nih. Tahniah untuk diri korang sebab lagi terer dari aku. Hehe..

Ps: Aku sebenarnya tengah pelik semacam aje nih. Ada 3-4 orang yang aku jumpa, dapat income dari Innity tinggi ke langit. Ada satu atau dua blog sahaja. Tapi jumlah klik yang diorang dapat, kekadang hampir 5 ratus lebih dan ada yang dekat 6-7 ratus setiap bulan. Malah, ada yang beribu klik dalam 1 bulan. Itu memang super power blogger. Camana depa leh henjut sampai banyak tu? Sebab aku tahu, orang kita ni bukan jenis suka sangat klik iklan. Sebulan, dapat 500 lebih klik. Kalau 1 klik tu 50 sen, diorang dah dapat RM250 tu. Itu belum campur yang impression punya tu. Jeles gila aku. Tapi yang lagi pelik, bila aku tanya camana diorang dapat klik banyak macam tu. Diorang tanak bagitau. Nama website pun tak nak bagitau. Entahlah, diorang memang tak nak dedahkan agaknya. Biarlah, walaupun aku tahu sebenarnya, aku dah tahu teknik diorang tu. Jadi, aku pura-pura aje yang aku tak tahu teknik tu. Nak tengok, selama mana dia nak simpan teknik yang dikatakan rahsia tu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011