Seperti yang aku duga, program ini turut membayar aku pada pertengahan bulan. Ada beberapa payment yang aku terima malam tadi dan salah satu darinya adalah program Paid-to-Promote ini. Takdelah banyak sangat yang aku dapat, tapi aku tetap dapat payment yang pasif dari program ini sejak 3 bulan lepas.

komisen7daripaidtopromote 300x144 Komisen ke 7 dari Paid to Promote.net


Program ini tak susah. Cuma perlukan keberanian dan kebijaksanaan. Bukan aku kata yang kurang berjaya dengan program ini tak berani atau tak bijak. Cuma mungkin korang cuma tak gunakan keberanian dan kebijaksanaan korang tu ke tahap yang serius. Aku tahu ada yang main-main dan tak berapa fokus. Sebab tu diorang tak dapat 1 sen pun dari blog mereka. Ada yang serius, tapi tak berapa pandai nak buat promosi. Itu pun susah juga. Ada yang pandai buat semua benda, tapi dia malas nak buat kerja. Yang dia mahu, nak duit ajer. Nak kerja senang dan mahu banyak duit. Huh..leh gi jalanlah kalau ada orang macam nih..

Secara jujur, aku yakin aku memang leh dapat income dari program ini setiap bulan. Cuma jumlah yang aku dapat tidaklah sebanyak mana program-program yang aku sertai yang lain. Sebab itu kita perlu sertai banyak program untuk berikan kita lebih banyak income. Ini bukan bermakna aku tidak fokus. Aku sentiasa fokus. Cuma aku mahu cuba lebih banyak program untuk lihat samada aku boleh berjaya dengan program itu atau tidak. Ya, sudah pasti aku mahu duit. Tapi dengan cara aku sendiri.

Boleh daftar disini jika mahu >> Paid-to-pPromote.net

Ps: Jadi atau tak gi indonesia esok nih?? Emmmm..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Salah satu pendapatan yang membantu aku untuk bayar deposit bagi kereta Saga BLM, adalah melalui program Tnx. Ya, walaupun tak berapa banyak, tapi program ini merupakan salah satu penyumbang terbesar selain, blog-blog niche dan program Google Adsense. Sekurang-kurangnya, bayaran yang aku terima tu dapat tampung untuk aku bayar duit kereta aku setiap bulan. Malah, program ini dah banyak bantu aku untuk memiliki gadget-gadget yang dulu aku tak penah dapat. Contohnya seperti laptop Fujitsu yang aku gunakan sekarang. 100% aku dapat dari hasil buat duit dengan blog.

Dulu, aku buat kerja semuanya melalui komputer akak aku. Selepas aku merampas kuasa komputer akak aku yang dah nazak tu, aku labur dekat seribu lebih untuk upgrade komputer tu. Duit upgrade tu pun dari program-program yang aku sertai diinternet. MAsa tu, aku belum lagi ada ebook sendiri dan tak terfikir pun nak jual ebook atau nak beli kereta. Tambahan pula, i income yang pasif setiap bulan seperti hari ini. Sangat berbeza. Tapi dari wang yang sedikit tu, aku upgrade komputer akak aku, beli RAM, beli kipas, tukar motherboard, setting komputer agar jadi laju dan sebagainya. Cuma aku tak tukar casingnya sahaja. Aku suka komputer tu nampak lama. Leh nampak lusuh dan betapa kuningnya komputer tu setelah diberi nafas baru. Dari situlah aku berblogging dan mampu beli laptop Fujitsu yang sekarangnya menjadi nadi utama untuk aku menulis blog.

komisen64daritnx 300x128 Komisen ke 64 dari TNX


Ok, apa yang aku nak beritahu adalah kesungguhan korang untuk mendapatkan sesuatu. Jika korang yakin korang boleh buat, korang mahukan sesuatu, berusahalah untuk mendapatkannya. Jika dulu, nak kenal alif, ba, dan ta atau nak kenal nombor satu, dua dan lapan belas menjadi satu kesukaran bagi korang, tapi sekarang bagaimana? Aku yakn korang kenal semua benda tu kan? Jika dulu tak reti nak menunggang basikal, tapi sekarang dah pandai pula memandu Satria Neo atau Barbarus. Tak mustahil kan? Semuanya datang dari kesungguhan korang untuk capai apa yang korang angankan atau impikan.

Begitu juga dengan program Tnx. Kali pertama aku dengar program ni, aku rasa program ni mungkin nak tipu aku atau blogger lain. Sebab aku rasa, macam susah nak cari advertiser yang berminat nak beli iklan text ads kat blog kita. Aku tahu macam bodoh ajer masa tu. Tapi aku cuba juga. Beratus-ratus kali aku taip artikel untuk projek Tnx nih. Semuanya manual. Tak macam sekarang, dah macam-macam plugin autoblog muncul. So, bertambah senang korang nak buat duit dengan Tnx ni. Cuma aku mungkin lebih suka cara lama, membuat artikel secara manual atau separa manual. Itu mungkin lebih memberikan aku kepuasan. Aku yakin ramai yang bersependapat dengan aku dalam bab itu.

Dipendekan cerita, kalau tak boleh setelah kita cuba banyak kali. Barulah korang boleh kata, benda ni mungkin tak sesuai untuk aku sekarang. Mungkin tak kena dengan cara aku sekarang. TAPI mungkin pada 10 tahun nanti, atau 20 tahun nanti, benda ni akan serasi dengan aku. Jadi, cubalah. Cuba dan teruskan mencuba.

Nahh, cuba Tnx. Hehe >> Tnx.net

Ps: Aku di Jerantut sekarang. Haha.. icon biggrin Komisen ke 64 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tahu sekarang cerita tentang GDI dah suam-suam kuku. Malah, mungkin ada yang dah tak aktif dengan GDI dan mungkin dah tak dapat satu sen dari GDI. Yelah, benda ni sudahlah kena bayar bulan-bulan, manalah tak sakit ramai blogger dan IM nak kekal dengan GDI. Aku tahu hakikat tu sebab tu aku tak kisah untuk buat ujikaji dengan program GDI ni.

komisengdinovember 300x134 Komisen ketiga dari GDI


Kalau nak ikutkan, memang aku rugi berbanding untung. Bayar bulan-bulan 10 dollar, tapi baru 3 kali sahaja dapat komisen dari GDI. Itupun, bukan dapat tiap-tiap bulan. Tapi aku tak kisah sebab aku nak tengok sejauh mana GDI boleh pergi kat Malaysia dan aku mahu lihat perkembangannya dalam 3 tahun ni. Aku sangat berterima kasih pada mereka-mereka yang kekal jadi GDI aku tanpa berpaling untuk meninggalkan GDI. Walaupun ramai yang blah dan ramai yang kurang percaya dengan GDI untuk menjana pendapatan, aku tak kisah. Jika aku boleh bayar insuran, bayar zakat (ni wajib), bayar topup (kekadang cecah beratus), bayar streamyx (Rm60 lebih), bayar celcom broadband (rm68, wajib!), bayar dan beli domain tiap-tiap bulan sampai beratus-ratus tu, takkan aku tak leh bayar RM30 untuk GDI? Jadi, tak perlulah nak salahkan GDI itu ini dan beri macam-macam alasan. Kalau ada sebab kukuh dan boleh diterima, itu aku tak kisah.

Apapun, setakat ni, ujikaji aku terhadap rakyat Malaysia terhadap GDI yang berkonsepkan internet ni, ianya akan berjaya jika ada strong leader duduk kat atas. Dan yang strong tu bukan seorang aje, ada berpuluh 2nd dan third leader yang kuat dan bagus untuk membantu kawan-kawan mereka yang kat bawah. Kalau atas je kuat, bawah lemah, sakit jugak kan? Begitu juga GDI. Tanpa orang bawah, orang kat atas takkan dapat satu sen pun. Benda ni memang cari orang. Kalau korang tak suka bab-bab cari orang ni, aku tak kesah. Tapi kalau bab-bab orang atas menipu orang kat bawah ni, memang aku kesah. Malah, aku rasa ramai orang kesah tentang perkara tu. Jadi, bagi upline-upline tak kiralah dalam MLM ke, owner program affiliate ker, jual ebook ker atau apa-apa perkara sekalipun, jangan tipu dan jangan cuba ambil kesempatan. Aku tahu ramai yang buat kat belakang dan kat depan memang muka baik, putih suci bersih dan senyum manis. Tapi guna cara yang kurang sihat untuk buat duit. Ya, aku tahu itu hak dia. Tapi kita juga ada hak. Anyway, kalau cite bab ni, sampai bila pun tak habis. Jadi, aku berhenti kat sini. Malas nak panjangkan isu ni. Nanti ada orang kata aku dengki plak.

Jadi, buat pilihan yang sesuai. Jika GDI tak sesuai. Tinggalkan. Tak perlu nak kutuk sana sini. Walhal, diri sendiri satu promosi pun tak buat langsung. Nak salahkan pulak upline. Pernah tak contact upline lebih dari 50 kali? Tanyakan macam-macam kat upline? Dan yang lebih penting, kenal tak upline korang? Aku cakap ni bukan GDI aje, tapi program-program yang lain. Kenalkan owner ebook tu? Kenal tak owner blog tu? Kenal tak owner program tu? Ke korang cam join macam tu ajer? Pernah terfikir tak benda nih semua?

Ps: Blog sokongan dah terlalu banyak. Aku kena tumpu balik kat projek Tnx dan projek ebook baru. Baru aku perasan, ini adalah artikel yang ke 840 dalam blog ini. Wahh, tak lama nak ke seribu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku gi Kompleks PKNS kat Shah Alam. Kira popular gak tempat ni kat Shah Alam. Tadi pun, boleh tahan ramai gak orang melepak kat sini. Yang tukang jual handset by hand pun ramai gak. Terpaksa aku tolak dengan baik. Kang tak pasal-pasal ada yang kejar aku tak tentu pasal.

Oleh sebab kekeliruan jadual balik Lipis antara aku dengan abah, jadi, aku tak jadi balik Lipis hari ini. Kiranya, abah aku la yang akan balik dengan mak aku yang demam tu. Jadi, nak tak nak, aku kena buat passport tu hari ini. Kalau tak, takut tak sempat nak buat. Nak gi indonesianya hari Sabtu ni. Kawan aku dah bertahun-tahun paksa aku ikut dia. Nak tak nak, aku ikutkan jugaklah. Dan disebabkan sahabat aku ni, mahu tak mahu, aku kena buat passport. Lagipun senang nanti, kalau nak gi melancong ke mana-mana. Betul tak? Betuuuuulll. Pandai korang ek..

Ok. Masuk balik cerita bila aku dah kat dalam Kompleks PKNS tu. Seingat aku, aku pernah datang sini masa aku kecik dulu. Atas tujuan apa, aku pun dah tak ingat. RAM otak aku tak mampu nak imbas balik atau imbas muka kejadian-kejadian lepas. Kiranya bahagian history dah king kong sket la dalam kepala otak aku ni. Dari Banting ke sini, adalah dalam 40 minit. Sekejap aje, aku gi ikut highway KESAS, drive pun bawak 60km/j ajer. Bukan nak berlumba pun dan tak da sorang pun yang berani sponsor hadiah. Jadi, aku bawak slow ajer la.

Sampai sana, terus aku cari parking. Pastu menapak ke dalam kompleks tu. Cari plak tempat nak buat passport tu. Dekat tingkat 3, bilik dia nuuuuuuuunnn, kat hujung dunia. Sakit gak kaki aku sampai sekarang akibat mencari bilik tu. Nasib kaunter dia bukak sampai 10. Kira laju gak la. Dalam 15 minit, isi borang, gi ambil gambar, ukur tinggi, cop jari dan sebagainya, semua setel termasuklah pembayaran RM100 untuk 2 tahun. Kalau bayar RM300, untuk 5 tahun. Dan aku kena tunggu dalam sejam untuk tuntut passport aku.

Untuk tidak membuangkan masa, aku pun geledahlah kompleks PKNS ni sebab aku pun memang aku anggap aku tak pernah ke sini. Semua 3 floor aku geledah. Sampai saje buat-buat bodoh masuk pejabat diorang. Sekali jumpa plak kedai buku kat bahagian bawah sekali. GI beli surat khabar, beli buku “Buat duit dengan Youtube” dan aku blah dari situ sebab ada makcik tu tengok aku semacam ajer. Ingat aku pencuri ker? Bukan apa, aku dah dok dekat setengah jam dok berdiri kat section sama ajer tak gerak-gerak. Haha, banyak sangat buku. Aku cuma ada budget nak beli satu buku je hari tu. Jadi, terpaksa pilih yang mana aku tak pernah beli. Oleh sebab buku pasal youtube ni takde lagi dalam koleksi aku, so aku ambillah. Tak baca lagi sebab tak sempat. Mungkin aku baca masa aku on da way ke Indonesia nanti..

Dah cukup sejam. Aku gi balik ke pejabat keramat tu, dan letak aku punya resit kat kaunter no.1. Biasanya itulah kaunter yang akan panggil kita untuk proses terakhir sebelum kita dapat passport Malaysia yang warna merah tu. Lepas aku buat tandatangan yang paling mahal kat dunia, aku pun blah dari situ. Jumpa kereta hitam aku tu, start engine, terus balik Banting tanpa berlengah-lengah lagi. Bukan apa, kaki aku sakit sangat menapak hari ini.

passportmalaysia Pengalaman Ngeri ketika Membuat Passport


Sampai rumah, abah dengan mak aku ada. Apa kess ni? Kata balik Lipis? Rupanya mak aku tak berapa baik lagi demam dan sakit perutnya. Perubahan jadual. Diorang balik esok. Aku dan akak aku balik hari Khamis nih.

Sekian, itu sahaja cerita hari ini. Nantikan cerita yang lebih best keesokan harinya..ngeri tak cerita hari ini? Haha!!

Ps: Aku baru je beli ubat batuk Hurix’s Gamat dan Madu Plus. 2 botol. Harap-harap lega sikit tekak aku yang manja ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011