Pehh, bila aku tengok perkembangan Upin dan Ipin sekarang, macam-macam dah berlaku. Penjenamaan Upin dan Ipin berkembang pesat dalam 1-2 tahun ni. Bermula dengan rancangan tv Upin dan Ipin, kemudiannya filem Upin dan Ipin, barang-barang Upin dan Ipin seperti baju, pensel box dan segala bagai lagi menjadikan Upin dan Ipin menjadi satu ikon baru untuk kanak-kanak di Malaysia.

Malah, Majalah IM juga ada mengupas sedikit cerita dan pengalaman pemilik Upin dan Ipin dalam majalah tersebut. Siapa pemiliknya? Ya, beliau adalah Hj. Burhanuddin bin Md Radzi, Pengarah Urusan syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd.Siapa belum download dan baca, sila buat dengan secepat mungkin. Benda panas macam ni, kalau tak dibagitahu, memang korang tak tahu kan?

OK. Sejujurnya, dah lama aku tunggu animasi Malaysia macam ni. Lama sangat. Sejak zaman Dash Yongkura, Gaban, Power Rangers, Kickers, Sailormoon dan lain-lain lagi. Sekarang, kita dah nama Upin dan Ipin. Dah ada pula Boboiboy. Dan macam-macam lagi animasi Malaysia yang lain sejak bermulanya perubahan kartun Silat Lagenda. Nampaknya, perubahan demi perubahan berlaku. Aku harap Upin dan Ipin akan lebih berkembang lagi pada masa hadapan.

Mungkin Les Copaque juga boleh buat satu lagi animasi baru yang menggunakan tema bola sepak untuk menaikkan lagi semangat bola sepak di negara kita ni. Boleh tiru gak style Digimoon dan Pokemon. Tapi kalau untuk bola sepak, leh tiru Captain Tsubasa punya style. Popular sampai ke hari ini. Kalau pemilik Upin dan Ipin ni boleh buat, sepakan yang keluar gambar harimau Malaya, tandukan yang keluar gambar badak sumbu..ataupun aksi gol keeper yang menangkap bola siap keluar gambar gorilla tangkap bola. Mesti best gila kan?



Apapun, sila layan animasi terbaru. Episode 1 - Mainan Baru. Untuk season terbaru Upin dan Ipin. Aku suka episode kali ini. Memang layan. Dah lama tak main kereta kontrol macam ni. Hehe..

Ps: Siapa yang masih layan Upin dan Ipin macam aku??

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku nak kongsikan bayaran pertama yang aku dapat dari program Adstract.com. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah juga kan untuk cover apa yang patut. Lagipun, program ni memang susah sikit nak dapat duit. Nak capai 100usd pun lambat, nak tunggu dapat bayaran pun lambat. Tapi takpe, janji depa bayar, aku takde masalah.

Untuk pengetahuan korang, aku tak guna kat blog aku yang ni atau blog personal aku yang lain. Aku lebih banyak gunakan iklan Adstractni untuk blog niche aku yang lain sebab trafik datang dari negara yang berbeza. Bayaran CPM dan klik dari negara lain lebih kacak berbanding Malaysia. Jadi, aku kena terima hakikat yang Adstract ni tak cukup power untuk trafik Malaysia. Tapi tak semestinya korang tak boleh dapat apa-apa dari trafik Malaysia. Ada sen-sennya. Tapi tidaklah sebanyak trafik luar. Betul tak?

578811 426139297411937 100000476123832 1784349 270102906 n Komisen pertama dari Adstract.com


Kalau blog korang ada banyak trafik dari negara luar, aku cadangkan korang sertai Adstract. Adstract ni ada banyak program 2tier mereka. Ada banyak anak syarikatnya. Tapi aku lebih prefer stick dengan Adstract berbanding program-program diorang yang lain. Lagipun, iklan Adstract ni takde popup rasanya. Jadi, tak rasa annoying sikitlah berbanding program Paid-to-Promote.net.

Apapun, kalau korang nak cuba, bolehlah pergi usha apa yang patut. Aku dah share. Korang nak cuba atau tidak, terpulang pada kekacakan diri korang. Korang rasa korang kacak, jadi seharusnya korang cuba. Haha..

Ps: Aku nak gi cari lamb chop ni. Lapar sungguh.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku tahu isu PTPTN ni panas. Tak kiralah siapa kita, pasti akan rasa macam terbeban aje bila hutang PTPTN kita tu yang 20 hingga 50 ribu tu terbeban kat atas ketiak kita tu. Aku tahu ada yang dah habis belajar tetapi masih gagal langsaikan hutang ptptn walaupun dah kerja 5-10 tahun. Aku tahu ada yang masih belum dapat kerja tetap dan masih berhutang. Semua orang ada hutang masing-masing dan aku tahu semua orang ada kekangan yang sukar untuk orang lain faham.

TAPI.

Aku nak penghutang PTPTN semua faham satu perkara.

Bila kita dah berhutang dengan orang, kita MESTI bayar balik. Itu perkara asas dalam bab-bab meminjam. Sama juga dengan kes kita buat loan untuk beli kereta dan rumah. Ini kes lagi teruk. Korang tak bayar bayaran bulanan kereta kacak korang tu, tak pasal-pasal kereta tu kena tarik. Malu dapat, hutang tak setel, masalah lain pula timbul. Lagi teruk, bila kita buat pinjaman dengan Along-along dan Angah-angah. Jadi, kalau kita nak buat perbandingan, pinjam dengan PTPTN ni takdelah teruk sangat berbanding pinjaman Along atau pihak Bank. Aku tengok orang yang berhutang PTPTN ni lagi gembira berbanding orang yang ada hutang rumah dan kereta atau hutang Along. Jadi, apa masalah sangat nak bayar duit PTPTN tu??

547661 425186627507204 100000476123832 1778876 1947745602 n Aku tak setuju mansuh PTPTN.


Sediakan RM100 untuk bayaran setiap bulan untuk bayar hutang PTPTN. Ya, aku tahu, bagi yang hutang PTPTNnya berpuluh ribu, bila tambah lagi dengan caj perkhidmatan, umpama kita bayar macam RM20-RM50 sahaja setiap bulan setelah ditolak dengan RM100 tu. TAPI, bila korang tak putus bayar dengan PTPTN ni, PTPTN takdenya nak bagi surat mahkamah suruh korang bayar selonggok 2-3 ribu. Ini bila dah dapat surat mahkamah, baru mengelebah ketiak korang nak cari 3-4 ribu untuk setel kes mahkamah tu. Kekadang, nak merayu pun tak lepas walaupun aku tahu masing-masing ada masalah yang sukar kita fahami.

Korang kena faham, masa korang belajar dulu. Korang dah guna duit PTPTN tu. Aku tahu ada yang betul-betul memanfaatkan duit tu. Beli buku, bayar yuran, beli alat-tulis, fotostat buku rujukan yang tebal-tebal, guna untuk persatuan dan kelab dan segala bagai lagi. Tapi aku LEBIH nampak duit PTPTN ni jadi duit untuk korang beli handset mahal-mahal, belanja awek-awek sedap-sedap setiap minggu, berjalan sana-sini dengan kekasih korang, beli minyak wangi untuk ketiak awek-awek korang dan macam-macam lagi. Ya, aku nampak ini. Yang beli buku rujukan tu, berapa kerat sangatlah. Bila disuruh beli buku pelik-pelik tu, muka cantik terus tarik jadi huduh. Misai lawa korang tu terus jadi putih dan kelabu. Dan aku rasa banyak lagi salahguna duit PTPTN tu dalam kehidupan pelajar korang. Tapi bila time kena bayar, liat bukan main. Bagi aku, ini semua masalah SIKAP. Kalau sikap elok, mesti ada kesedaran nak bayar hutang tu.

Aku sendiri mula dengan bayar RM50 setiap bulan. Lepas tu upgrade RM100 pada tahun kedua. Ada duit lebih sikit, aku tambar RM200-RM500 setiap bulan. Pernah aku pejam mata bayar RM700 pada sesetengah bulan bila aku dapat duit lebih. Ya, ada orang kata aku ada part time, bolehlah bayar banyak-banyak. Aku bujang, takde banyak tanggungan, bolehlah setel masalah PTPTN.

Heloooo!!

Aku ada adik-beradik. Diorang pun dapat PTPTN. Duit diorang selalu gak habis. Terpaksa gak minta mak bapak diorang. Kekadang, diorang pau juga duit aku. Tak pau aku, diorang pau kaklong diorang. Nak kata bayar duit untuk rumah sewa dan kereta? Aku pun ada 2 biji kereta yang aku bayar. Kelisa dan Saga. Belum campur duit motor Lagenda tu. Tapi Kelisa tu, adik aku dah sambung bayar sebab dia nak pakai kereta. Sekarang, duit Saga dan Kelisa dah nak habis. Duit moto Lagenda pun dah habis. Jadi, lepas sikit beban aku. Rumah sewa aku tu? Aku gak yang kena bayar. Masa kat UMS, rumah sewa kita orang RM1000 sebulan. Lom campur bil air letrik dan makan-minum lagi. Kalau korang kata aku senang dan ada banyak duit, korang silap besar. Ingat korang aje ada masalah ke?? Setiap orang ada masalah. Tapi bagaimana korang selesaikan dan uruskan masalah korang tu sahaja berbeza dengan aku.

Sepanjang aku habiskan hutang-hutang aku ni, takde masa aku nak tambah sport rim kereta. Biarlah orang kata Saga kacak aku kotor kena selut atau debu. Nak basuh kat kedai pun aku fikir 2,3 kali. Semuanya aku basuh sendiri. Tunggu hujan turun, terus aku ambil syampu dan basuh kereta aku. Aku pun takde masa aku nak jalan luar negara. Tak ada masa aku nak belikan rantai emas atau jam tangan mahal-mahal kat awek-awek aku. Nak bagi key-chain pun kekadang aku berkira. Takde masa aku nak cari seluar dan baju baru. Tapi bab makan, aku tak berkira. Nak makan apa, makanlah selagi aku mampu bayar. Aku tahu perasaan orang bila kelaparan. Aku pernah sebulan tak jumpa nasi. Makan biskut kering dan air teh kosong aje tanpa gula. Sebab tu aku tahu betapa azabnya bila orang lapar. Dan biarlah orang perempuan atau awek-awek aku kata aku selekeh sebab pakai baju yang sama aje sepanjang masa. Biarlah diorang nampak baju aku ada tahi lalat yang dah bertahun bermukim kat baju tu. Bagi aku, baju tu cuma keperluan asas. Bukan masuk peringkat KEHENDAK. Aku tak kesah. Janji, aku tak minta duit korang untuk bayar hutang. Itu satu perkara yang sangat memalukan.

Ini nasihat aku sebagai peminjam PTPTN dan dah habis bayar PTPTN. Bila korang betul-betul nak bayar hutang. Buat plan. Berapa nak agih. Jangan over budget. Jangan nak makan sedap aje. Takde masalah kalau seminggu tu nak makan sardin dan maggi. Tapi pilihlah 1-2 hari untuk makan sedap. Nanti korang kata pula aku tak bagi korang menikmati keindahan dunia yang Allah ciptakan untuk kita. Jangan pula ada kata, belanja awek atau beli handset mahal-mahal tu pun menikmati keindahan dunia ni. Lu kena fikir, mana lebih penting dulu.

Dan bila Najib kata kena guna dekat 40 billion lebih mansuh PTPTN, aku rasa dah satu pembaziran. Duit tu boleh guna untuk benda lain yang lebih patut. Bukan aku kata aku tak suka apa yang pembangkang cuba buat. Tapi carilah isu lain. Bab PTPTN ni, takkan selesai selagi pemikiran rakyat Malaysia ni masih mahukan benda percuma sepanjang hayat. Najib dah buat macam-macam 1Malaysia. Sahamlah, beras 1Malaysialah, voucher 1Malaysialah, bantuan RM100lah..elaun tambah lagi..dan memacam. Bagi aku, itu dah banyak membantu. Walaupun takdelah sempurna, tapi lebih baik ada daripada tak ada. Sejujurnya, aku cukup pantang bila ada orang memperjuangkan pemansuhan PTPTN, tapi ada anak dia langsung tak bayar hutang PTPTN . Malah, anak dia siap menunjuk sakan kereta yang baru tukar sport rim. Lom tambah sayap sana-sini lagi.  Aku benci orang yang nak ptptn ni mansuh tapi tak pernah langsung ada usaha untuk bayar hutang PTPTN. Sekurangnya, bayarlah sikit-sikit. Duit boleh cari. Tapi bila dah diMALUkan, orang akan kenang sampai bila-bila.

533187 425186247507242 100000476123832 1778873 2145963792 n Aku tak setuju mansuh PTPTN.


Aku ada banyak boleh cerita bab PTPTN ni. Tapi aku stop dulu. Sebab makin banyak isu aku timbulkan, banyak lagi orang tak puas hati. Caj pentadbiran ni, kecil aje sebenarnya. Janji korang bayar, susutlah baki hutang korang. Tapi kalau korang tak bayar..memang sakit jiwa nak membayar. Caj atau interest kereta atau loan rumah tu, lagi BESAR dan MERBAHAYA sebenarnya kalau kita fikirkan betul-betul. Aku tak mahu anak-anak korang merempat bila rumah atau kereta kena tarik sebab tak bayar hutang. Jadi, uruskan hutang-hutang dengan betul. Insya-Allah, korang boleh selesaikan semua perkara dan sentiasalah berdoa pada Allah agar hidup korang dipermudahkan. Ini, kalau tak solat, tak puasa dan tak rajin buat amalan sunat, ingat Allah nak tolong mudah-mudah ke. Allah maha Adil. Jika kita minta benda baik, insya-Allah dapat. Tapi kalau kita tak minta, ingat boleh dapat mudah-mudah ke???

Dan jika kerajaan setuju mansuh PTPTN dan orang-orang yang tak pernah bayar ptptn tu suka hati, bagaimana pula dengan orang yang dah habis bayar PTPTN? Kalau aku, aku akan minta balik duit yang aku bayar tu. Kalau aku nak minta balik duit tu, pasti akan ada beratus ribu orang akan minta balik. Cuba fikir, berapa banyak lagi duit kerajaan kena hulur untuk cover duit tu semua???

Budak-budak sekarang memang manja. Semua nak percuma. Tak nak bersusah-payah. Last-last, mak abah korang juga yang bertungkus-lumus bayarkan hutang ptptn korang. Dah banyak dah kes aku dengar macam ni. Tak kesian ke dengan mak abah korang tu???

Ps: Baru aje berdebat dengan kawan aku pasal PTPTN. Patutlah nak mansuh PTPTN. Satu sen pun tak pernah bayar. Nak percuma aje kerjanya. Tapi aku dengar, dah ada cita-cita nak angkat Proton Preve.  WHAT!

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Terengganu kena jentik malam ini. Huh..orang Selangor ni memang pandai bab-bab jentik ketiak orang tau. Jadi, kalau ada mana-mana pasukan kena jentik lagi dengan Selangor lepas ni, jangan marah aa..

Secara jujurnya, gua memang sukar hendak percaya apa yang gua lihat malam ini. Gua memang harap Selangor boleh kutip 3 mata ini malam. Tapi gua tak sangka sampai 6 biji gol yang cantik-cantik gua dapat lihat. Semua jaringan yang Selangor dapat malam ini, memang jaringan yang best-best belaka. Takde satu pun gol poyo yang gua saksikan. Baik dari gol pertama, gol Safik, Gol Amri dan lain-lain, semuanya gol-gol yang kacak belaka. Tahniah buat Irfan Bakti yang berjaya membuat sesuatu pada pemain Selangor yang bagi aku mungkin hilang punca dalam 2,3 perlawanan yang lepas.

Salah satu sebab yang aku rasa Selangor betul-betul naik tocang ini malam adalah perlawanan antara T-Team dan PKNS Selangor. PKNS belasah T-Team dengan jaringan 4-1. Jadi, Selangor sebagai abang besar mesti mahu tunjuk ketiak mana paling kuat kan? Jadi,nak tak nak Selangor kena jentik gak Terengganu malam ini. Akhirnya, 6 jentikan berjaya dikenakan di ketiak Terengganu manakala Terengganu cuma mampu berjaya dapat 1 jentikan aje walaupun jentikan itu merupakan jentikan pertama dalam perlawanan ini.

545675 424654704227063 100000476123832 1776451 124961519 n Selangor jentik ketiak Terengganu ini malam.


Korang kenal ketua pasukan Selangor? Amri Yahyah. Bagi gua, dia juga kini telah menjadi satu pemain lagenda Selangor selain Mokthar Dahari. Persamaan antara Mokthar Dahari dan Amri Yahyah kita boleh nampak kesetiaan mereka kepada pasukan Selangor. Tak pernah tukar pasukan lain. Walaupun nampak EGO dan NAKAL. Tapi dia juga hebat. Salah seorang penyerang Selangor yang aku rasa cukup hebat dan berbakat. Teringat masa dia masa mula-main main untuk Selangor. Nampak macam tak ada apa-apa aje. Tapi sekarang..bagi gua lagi, dia sebaris dah dengan Hairuddin Omar, Indra Putra, Safik, Safee Sali, Norshahrul Talhah..bagi gua lagi Amri ni, kalau dapat peluang baik, memang dia boleh hasilkan gol..

Keputusan rasmi: Selangor menang 6 jentikan berbalas 1 jentikan.

Walaupun separuh masa gua lihat Terengganu macam banyak menyerang. Tapi semuanya tak menjadi. Forkey memang ada peluang, tapi hambar belaka. Manaf Mamat pun kurang menjadi. Yang lain pun tak berapa menjadi. Jadi, tak boleh buat apa. Terengganu mungkin terkena badi adik mereka. Atau mungkin mereka terlampau penat. Si Muslim pun aku tengok penat semacam aje. Mungkin sebab diorang ada banyak perlawanan yang kena main berbanding Selangor.

Tapi, pasukan yang kalah tetap kalah. Malam ini, yang menang adalah Selangor. Sekali lagi, Selangor.

Keputusan penuh dalam Liga Super 7 April 2012:

[1] Sarawak VS Kelantan [1]
[0] Johor FC VS Lions XII FC [1]
[6] Selangor VS Terengganu [1]
[2] Negri Sembilan VS Sabah [2]
[2] Perak VS Kuala Lumpur [1]
[1] Felda United FC VS Kedah [0]

Ps: Ok. Gua rasa gua boleh tidur dengan nyenyak ini malam. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 10 of 342« First...78910111213...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011