Archive for the 'youthsays' Category


Hari ini aku post ringkas aje sebab aku dah terlewat untuk pulang ke tempat kursus aku tu. Aku ada masa sejam lebih aje ini. Jadi, aku akan taip selaju boleh tentang bagaimana aku menang contest dari kempen Says ini.

candydateelectionscampaignonsaysmytitan Menang Contest M&Ms Candydate Election Vote and Win dari Says.my
Ya, kempen dari Says. Jika korang pernah buat duit dengan Says, aku yakin ada banyak kempen yang korang promosi dalam blog korang bukan? 1 klik akan dapat 20 sen. Kalau banyak klik, akan dapat lebih banyaklah. Tapi kali ini ada juga contest yang dijalankan dari kempen tersebut. Ingat tak kempen tentang coklat M&M’s yang sibuk berkempen. Siapakah yang menang? Ya, coklat yang merah itu menang.

Tapi macam mana pula aku menang? Aku pun kurang pasti. Tapi dalam 30 hari tu, ada 1 hari aku yang menjadi orang yang paling banyak dapat klik untuk kempen coklat M&M’s ini. Hari tersebut jatuh pada hari yang ke 26. Jadi, aku pun ditabalkan untuk jadi pemenang. Hadiahnya adalah M&M’s Dispenser yang kononnya sangat eksklusif.

Jadi, bila aku nak ambil hadiah ini? Itu aku kurang pasti bila sebab memang aku agak sibuk sekarang. Kalau sempat, aku gi ofis diorang minggu depan. Minggu ini memang dah tak sempat. Aku banyak kerja dan tak sempat nak pergi ofis Says ini. Em, cubalah bagi aku hadiah duit tunai ke, tiket airasia ke, apa ke yang boleh dipos ke rumah. Ini tidak, kena juga ambil kat pejabat says diorang tu. Ingat dekat ke? Dah la aku tak tahu tempatnya walaupun alamat diorang dah bagi. Aku fail sikit bab-bab cari alamat ofis ni..

Apapun, ada tak antara korang yang menang contest yang sama? Korang dah ambil hadiah ke belum? Kalau dah, cuba cerita sikit pengalaman korang cari pejabat Says tu? Hehe..

Ok. Cerita dah habis. Bosan kan? Kalau bosan? Gi tengok Melodi. Haha..

Ps: Camana boleh tertidur waktu genting ni. Grrr… icon smile Menang Contest M&Ms Candydate Election Vote and Win dari Says.my

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Nampaknya siri-siri artikel untuk tips naikkan Alexa rank aku terpaksa tangguhkan dulu. Sebab banyak komisen masuk dalam minggu ini. So, layankan aje la ek. Aku dah dapat bayaran terbaru dari Says. Kiranya lama gak tunggu sebab diorang ambil masa 2 minggu untuk cek dan confirmkan earning Says kita tu. Ada tipu ke tak, ada fraud ke tak, ada main tipu ke tak, ada berlaku pertindihan klik ke apa dan yang sama waktu denganya. So, 2 minggu depa akan cek dan selepas confirm, kita akan dapat 1 email untuk bagitau yang bayaran dah confirm. Kita cuma perlu tunggu dalam masa 2 minggu sebab bayaran akan dibuat dalam tempoh tersebut.

Dan ini hasilnya.. icon smile Komisen ke 5 dari Says.my

komisenkelimadarisays Komisen ke 5 dari Says.my


Kira oklah tu kan? Tak banyak macam blogger lain dapat. Bolehlah beli aiskrim Baskin Robbins dua-tiga mangkuk dan makan sorang-sorang. Tapi itu aje yang aku mampu dapat. Aku dah 3 bulan berturut dapat bayaran dari program Says ini. Tapi untuk bulan Julai ni, aku masih belum capai minimum payout. Sebab memang aku tak buat siri-siri promosi sangat untuk Says. Memang sibuk dan agak malas sikit. So, dapatlah beberapa ringgit sahaja untuk bulan ni. So, kena usaha lagi kuat kalau nak cecah minimum payout.

Tak ada tips untuk buat duit dengan Says kali ini. Baca balik tips-tips yang lepas sebab aku sangat malas ketika ini. Nak update itu, nak update ini. So, kalau ada masa aku akan selit cerita tentang tips buat duit dengan program Says ni. Mudah aje, ambil link promosi, tepek kat blog dan karang ayat-ayat manis untuk umpan pembaca klik link tersebut. Ada rezeki, adalah yang gatal klik link tu. Kalau takde, takde la. Trik lain? Nanti aku cerita ekk..

Ps: Peraduan baru. Boleh menang Suzuki Alto yang baru. Macam best aje peraduan ni.. icon biggrin Komisen ke 5 dari Says.my

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, ini bayaran yang ketiga aku dapat sepanjang aku berdating dengan Says.my dan juga Youthays. Agak lama jugaklah aku masih kekal dan setia dengan program ini sejak 2008. Kiranya nak hampir 3 tahun dah aku dengan program ini. Pendek kata, macam-macam gak benda yang aku belajar dari program ini.

komisenketigadarisays Komisen ke 3 dari Says.my


Aku terima satu bayaran sepanjang RM1000 ketika bersama dengan Youthsays dan dua kali bayaran ketika bersama dengan Says.my ni. Dan bayaran keempat telah pun aku request. Tak banyak, dalam 60 lebih aje. Malas nak tunggu lama-lama sebab mereka ambil masa 2 minggu untuk sahkan earning aku dan ambil masa 2 minggu lagi untuk transfer duit ke akaun bank aku. Jadi, pendek kata adalah dalam dekat satu bulan aku kena tunggu bayaran dari Says ni selamat masuk ke akaun Maybank aku tu..

Jadi, terpulang pada korang nak sertai atau tidak program Says ini. Tak ada paksaan. Program ini memang terbukti boleh buat buat duit. Aku lebih banyak mempromosikan kempen-kempen Says melalui blog-blog aku. Jadi, cara lain, aku tak tahu camana nak bagitau cara aku promosikan benda ni. Bagi aku, korang kena tahu tips dan trik untuk umpan orang klik kempen-kempen Says tu. Guna ayat yang pelik-pelik yang berpotensi untuk pancing pembaca anda untuk klik kempen tersebut. Satu lagi tips, hide atau clock korang punya link yang korang promosikan tu. Gunalah bit.ly ke, Adf.ly ke Goo.gl ke atau gunakan mana-mana link untuk pendekan url untuk promosikan link says tersebut. Biasalah, mentaliti orang kita memang cukup benci klik iklan atau link-link yang disyaki ada unsur-unsur memberikan duit kepada tuan punya blog. Betul tak? Sila katakan aku salah jika dakwaan aku ni silap. Tapi 50% dari mereka yang baca point aku ini akan terpaksa bersetuju dengan hakikat ini.

Okeh. Selain dari itu, banyak belajar tentang taktik dan teknik menaikkan trafik ke blog korang. Ini taktik umum untuk buat duit dengan blog. Tanpa trafik, kita takkan boleh dapat apa-apa dari blog kita. Jadi, janganlah nanti mulalah meroyan atau tampar makwe sendiri kalau gagal buat duit dengan blog. Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri dan anda patut tampar diri sendiri daripada terus sepak anak orang lain. Aku dah penat tengok macam-macam karenah orang bila gagal buat duit dan terus menyalahkan orang lain. Hemm..sebelum korang terus bengkak dan bernanah dengan ayat-ayat cinta aku ni, baik aku tutup karangan hari ini dengan secepat mungkin.

Ok. Habih dah karangan bahasa melayu hari ini.

Berminat dengan Says? Bolehlah mula hari ini >> Says.my

Ps: Wokehla..petang ni ada pasar. Aku mahu cari apam balik. Lama tak makan wehh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam aku dah cerita pasal ManggaAd, jadi hari ini aku nak cerita pasal Says.my pula. Sejak beberapa minggu lepas, aku cuba buat eksperimen untuk cuba promosikan kempen-kempen dari Says atau Youthsays ni. Kira sakit kepala gak fikir camana nak jana trafik dan lepas tu nak pancing para pelawat untuk klik pada kempen-kempen tu. Kena main psikologi sikit dan kena pandai main silap mata. Akhirnya, kebanyakan kempen yang kene klik tu berjaya juga aku sudahkan. Memang susah, tapi ianya tidak mustahil Memang boleh berjaya kalau kena caranya.

kempensays Edisi Siasat   Buat Duit dengan Says.my


Ini contoh earning-earning terkini yang aku dapat dari Says.my.Doposen, doposen, doposen, ouppss dua ringgit, doposen balik, doposen, doposen dan doposen. Haa, macam best plak buat duit dengan Says.my ni. Hehe..

Jadi, kalau korang terer dalam bab-bab promosi ni dan korang dah ada pengalaman dengan kempen-kempen Churpchurp, korang boleh cuba Says.my. Tak ada paksaan. Aku suka Says ni sebab dia update earning dia cepat dan terkini. Si Yuna tu pun selalu update earning yang kita dapat. Misal kata kita dah dapat berapa hari ini, dia akan update melalui email. Setiap kali aku capai nilai maksimum klik bagi sesebuah kempen, dia akan email aku. Kalau kempen Earth Hour tu, minimum dia 20 klik, jadi, cukup 4 ringgit, klik yang lebih takkan dikira dan secara cepatnya si Yuna akan email aku bagitau yang aku dah dapat maksimum klik. Berbeza dengan churpchurp, cukup susah aku nak nampak klik yang kita dapat secara harian. Ada orang kata, kita boleh tahu selepas sesebuah kempen Churpchurp tu habis. Tapi aku rasa sangat lambat. Mungkin pihak Churpchurp boleh buat sesuatu tentang itu. Dan mungkin juga aku tersilap. Kalau silap, sila bagtau aku. Ini pandangan liar aku ajer..

Dah, boleh join kat sini kalau nak: Says.my

Ps: Wokehh, nak buat benda lain plak. icon smile Edisi Siasat   Buat Duit dengan Says.my

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011