[audio:Dance With Wolf.mp3]
Jika kau orang masih ingat post tentang Projek RM30000 dengan Youthsays tu, hari ini Projek Youthsays itu mungkin telah berakhir. Aku telah menyiapkan chapter terakhir hari ini dan ianya merupakan tugasan yang paling sukar untuk aku siapkan hingga mengambil masa lebih dari satu hari. jika tiada part 2 atau part 3 dalam chapter ini, maka dengan ini, berakhirlah tugasan aku untuk projek Youthsays “Realvoices” ini. 15 chapter telah aku siapkan dan jika korang hendak baca, bolehlah pergi ke bahagian profile aku di Youthsays Real Voices disini.

Banyak gak perkara manis pahit apabila aku terlibat dengan projek ini. Walaupun aku dibayar sebanyak RM500 untuk menulis 15 chapter ini, aku tetap bangga kerana terpilih untuk projek yang dianjurkan oleh Youthsays. Yelah, dalam jutaan rakyat malaysia dan puluhan ribu yang menyertai komuniti Youthsays, aku antara 50 orang yang terpilih untuk aktiviti bersejarah ini. Bangga itu ada. Tapi tidak tahap riak. Peluang datang bukan selalu dan secara jujur, aku masih terkejut apabila menerima pelawaan mereka untuk menyertai aktiviti ini melalui panggilan telefon hari itu. Apapun, ianya sudah tamat..mungkin?
Satu lagi berita gembira. Semalam aku mendapat tahu aku telah berjaya terpilih buat kali ke 4 untuk mendapat hadiah bonus mingguan sebanyak RM100. Jadi, jumlah terkumpul adalah RM400. Tambah dengan RM500 untuk setiap peserta, ini menjadikan RM900! Wow! Dan jika aku berjaya mendapat hadiah bonus untuk minggu terakhir ini, ianya akan mengenapkan jumlah itu ke angka RM1000! Wow!
Ini mungkin satu angka yang kecil bagi sesetengah orang. Tetapi bagi aku ianya besar. Mengapa? Setiap minggu aku perlu tulis 3 chapter yang kadang kalanya tajuk yang diberikan membuatkan aku terpaksa berfikir selama beberapa jam sebelum menyiapkan tugasan. Ini sangat berbeza dengan mengupdate blog-blog adsense, widgetbucks, nuffnang, tnx, text link ads dan website yang lain. Post yang au tulis lebih berbentuk peribadi dan lontaran apa yang aku rasa dengan gaya aku yang tersendiri. Bagi aku, ianya satu tugasan yang mencabar. Tak tahulah pulak korang..
Oklah. Itu sahaja yang aku nak borakkan. Internet macam biskut merry hari ini. Kejap ada, kejap xde. Aku nak layan cerita korea pun terbantut dibuatnya. Oklah, aku mahu wat kerja lain pula. Mata dah jadi pink dah ni sebab tak tidur lagi..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content















