Archive for the 'YouthSays Real Voices Project' Category


Hari ini aku nak share dengan korang satu lagi bayaran yang agak kontroversi. Aku rasa mungkin ada antara korang yang masih dapat bayaran. Tetapi semalam aku menerima satu bayaran komisen dari satu program yang telah lama aku tinggalkan sejak April 2008.



Yup. Seperti yang aku tulis di title. Ianya adalah bayaran dari Payloadz.com. Masih relevankah Payloadz sekarang? Masih ada kah yang menerima bayaran dari Payloadz? Aku masih tidak dapat login ke dalam akaun aku kerana ianya masih disuspend. Namun, aku telah menerima bayaran dari mereka. Bagaimanakah itu terjadi? Itu aku tak pasti. Tapi dari penerangan yang aku terima diruang memo dalam transaksi paypal aku, ianya menyatakan ia adalah bayaran komisen reseller dan click. Jadi, aku masih tak faham-faham lagi. Nanti aku lakukan satu eksperimen untuk mengetahui sama ada Payloadz ini masih relevan untuk disertai atau tidak. Entahlah, aku dah pelik dari malam tadi..



Ok. Lupakan kejap tentang Payloadz. Mari kita kembali ke satu lagi berita baru yang aku terima pagi tadi selepas aku masuk office aku. Aku dan member2 lain yang pernah menyertai broadcast Youthsays telah menerima berita tentang YouthMEDIA. So, aku malas nak cite banyak-banyak. Korang leh usha kat website diorang di sini.

Tak lama lagi melalui YouthMEDIA ni, kita akan dibayar berdasarkan iklan yang akan dipaparkan. Korang leh nampak kan benda yang kat sudut kanan tu? Haa, dalam masa yang sama, kita akan promosikan website orang lain. Jika orang lain letak kat blog diorang, aku punye blog ni pun akan dipromosikan juga.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak promosikan satu lagi PPL tanah air yang semakin panas sekarang. Aku kira hampir setiap bulan akan ada PPL baru yang tersebar diserata blog-blog melayu sekarang. Malah, aku yakin ianya akan terus menyerang untuk jangka waktu yang lebih lama. PPL international pun nampaknya semakin kurang. Mungkin diorang tahu waktu bila yang sesuai untuk melancarkan PPL tersebut.

PPL kali ini adalah duitsurvey.com. PPL ini dikelolakan oleh saudara Wanmus. Aku tak pasti nama sebenar beliau. Namun usaha beliau sangat aku puji kerana beliau membuka satu peluang lama yang diperbaharukan dengan cara tersendiri.



Melalui PPL Duitsurvey.com ini, beliau mempromosikan cara mudah untuk mendapat duit melalui program Youthsays. Masih ingat dengan program tersebut? Ya, program itulah yang pernah membayar aku lebih 1 ribu tu, malah aku yakin tak lama lagi aku akan menerima cek dari youthsays lagi. Wanmus juga menunjukkan bukti bahawa beliau berjaya untuk buat duit dengan program survey Youthsays. Mungkin korang boleh belajar bagaimana hendak buat duit melalui Youthsays dengan report percuma beliau. Benar, ianya mudah tetapi percayalah, korang masih perlu berusaha. Jika malas, fikir-fikir sendirilah apa hasil yang korang dapat ye?

Tak banyak yang aku nak komen. Jika korang download report ni dari link referral aku. Aku akan dapat RM0.25 sahaja. Dan aku memerlukan 40 orang untuk mencapai nilai minimum. Tinggi betul payout yang ni. RM10. Aku harap, mungkin Wanmus boleh considerkan ke RM5 sahaja. Itu lebih memberangsangkan kami untuk mempromosikan PPL ini. Sebab apa? Aku yakin tak ramai orang mampu mencapai nilai minimum. Itu satu hakikat yang kita kene ketahui. So, korang nak join atau tak. Aku dengan Wanmus, tak rugi punya..

Ps: Jika korang pemain adsense, korang pun leh try benda ni. JIka korang pemain affiliate dan clickbank, ini juga boleh korang buat semasa waktu santai-santai. Seposen pun duit apa. Sebagai blogger baru, apa salahnya korang try jugak benda ni kan? kan?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Berita baik pada hari Jumaat. Haha..

Ya. Akhirnya cek pertama dari Youthsays telah cair dalam akaun Maybank aku. Setelah hampir sebulan menunggu bayaran tersebut, akhirnya janji mereka dikotakan biarpun ianya super lambat. Tak apa. Janji depa bayar. Itu sudah mampu menyejukkan amarah aku yang lepas-lepas. Malah, pada masa yang sama, aku juga dapat komisen dari Shuth hasil mempromosikan produk Wangcyber iaitu Rahsia Menjual Produk Fizikal. Korang boleh beli kat sini jika mahu beli. Aku tak paksa aa..



Nampak? Yang RM1000 tu adalah Youthsays Realvoice Project punye payment manakala yang RM14.80 tu bayaran komisen yang aku terima hasil dari mempromosikan produk Wangcyber. Jadilah kan? Siapa nak bagi duit kat kita pertengahan bulan macam ni. Aku rasa aku nak angkat kamera baru. Boleh kah??

kf


Ini satu lagi bukti payment notification pasal Wangcyber affiliate program yang aku cite kat atas tadi. Just saje gatal nak tambah bukti sahaja. Jadi, shuth dah bayar akulah kiranya. Hoho..

Cukuplah update semasa dari aku hari ini. Hari ini aku gembira dan berada dalam active mode. So, banyak benda yang aku hendak buat hari ini. Dan pastinya ianya akan menyebabkan aku lepak di KFC petang ini selama 2 jam. Ini kerana laptop Fujitsu aku cuma mampu bertahan selama dua jam untuk online secara percuma di KFC. Mahal oo main internet kat cyber cafe kat Jerantut ni. 1 Jam bersamaan dengan RM3.00. Satu rate yang agak mahal tetapi aku yakin warga Jerantut tak kesah kerana mereka sudah tidak ada pilihan lain. Lagipun, itu sajalah satu-satunya cyber cafe yang aku jumpa setakat ni kat sini..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Sedikit update ringkas tentang TNX. Ya, aku sudah terima bayaran ke 17. Ciput aje tapi aku memerlukan sedikit wang paypal untuk membeli sebuah report dan beli 1 panduan yang dikeluarkan oleh IM lokal kita. Malah, aku juga telah biasa membuat bayaran untuk hosting Netkl semalam dengan menggunakan duit paypal. Jadi, aku withdraw aje duit dalam TNX dan gunakannya.

Ini je yang aku sempat withdraw dan hari ini pun aku dah leh withdraw lagi. Tapi aku tunggu sehingga hujung bulan ini untuk withdraw kali ke 18. Tak apa, pelan-pelan sikit. Masa tu, Linkadage, LInkXL, Backlinks, TLA dan beberapa program yang seumpama dengannya akan turut membayar upah bulanan ke akaun paypal aku. Jadi, tak apalah kalau aku pakai duit TNX dulu. Yang bagus tentang TNX nih, kita leh withdraw asalkan dah capai tahap minimum untuk cashkan ke akaun paypal. Hanya 5 dollar sahaja. Dan ianya mengambil masa 1-3 hari sahaja dan kadang kala dalam masa 24 jam sahaja duit itu selamat ditransfer ke akaun paypal kita. Ini juga antara penyebab aku menyukai TNX dan mahu buat duit dengan TNX dengan lebih serius..



Ok. Tentang masalah aku di Rawanaz. Aku sudah tahu apakah masalahnya. Masalah terletak pada file htaccess aku. Hampir kebanyakkanyan domain aku file htaccess aku menjadi kosong. Means 0 kilobyte. Biasanya aku dah rewrite file tu. Tapi bila aku cek, memang ada masalah dan aku telah selesaikan masalah itu hanya dengan upload semula file htaccess di tempat yang sepatutnya. Terima kasih kepada pihak Rawanaz kerana mengesannya dan memberitahu aku untuk menyemak bahagian htaccess itu. Support Rawanaz memang laju dan aku akuinya ianya juga sehebat support yang diberikan oleh Pihak Netkl. Dua-dua memang best! Jadi, jika korang tanya aku, aku tetap aku recommend dua hosting ini iaitu Netkl dan Rawanaz.

Ok. Email terakhir dari Youthsays memberitahu aku bayaran ke akaun maybank akan tiba selewat-lewatnya esok. Tetapi jika masih lambat, aku masih tak dapat buat apa-apa. Janjinya minggu lepas, kemudian hari rabu ini. Kemudian katanya selewat-lewatnya hari Jumaat. Aku sudah tak kesah bila tarikh sebenar duit 1 ribu tu akan ditransferkan ke akaun aku. Yang penting, mesti masuk. Itu dah cukup memadai buat aku.

Itu sahaja update untuk hari ini. Hari ini aku penat lagi. Nak air sarsi bandung..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------