Archive for the 'yougler' Category


[audio:awanband-satubintang.mp3]

Post hari ini ringkas sahaja kerana aku ingin memperkenalkan satu website yang menyediakan perkhidmatan email forwarding web pages profiles. Senang cerita, aku menggunakan perkhidmatan Yougler untuk menjadi borang contact untuk korang menghubungi aku.

Nampak macam rumit bukan? Dan jika korang ada plugin untuk buat borang contact korang sendiri, korang mungkin tak memerlukan website Yougler ini. Tak apa. Aku memang suka website-website begini dan ianya adalah percuma. Bukan kene bayar pun untuk mencuba sesebuah perkhidmatan.

Jika korang jenis malas nak buat borang contact diblog korang atau korang sendiri tak ada blog. Korang boleh gunakan Yougler untuk jadikan ia sebagai satu cara untuk membantu orang lain menghubungi korang. Ianya mudah sahaja. Aku register dengan mengambil masa tak sampai 1 minit sahaja.

Macam mana nak guna kalau kita dah register Yougler? Ianya mudah sahaja.

1. Daftar Yougler dulu.
2. Korang akan dapat satu link seperti ini : http://yougler.com/titaniumhijau
3. titaniumhijau itu adalah username aku.
4. kalau username korang memey. Ianya jadi http://youghler.com/memey
5. Itu sahaja dan bolehlah sebar-sebarkan kat kawan-kawan korang.
6. Atau buat sahaja ruang contact seperti aku lakukan diblog ini.

Sebenarnya, Yougler juga ada menawarkan perkhidmatan yang lain. Tapi aku cuma suka perkhidmatan email forwarding ini sahaja. Bagi aku ianya membantu aku sebab aku malas nak install plugin buat form yang macam kebiasaanya orang lain atau blogger buat. Itu sahaja. Jika korang rajin, korang install ajela plugin tu. Aku tak berapa rajin..

So, tak payah susah-susah buat borang contact. Guna Yougler sudah memadai dan membantu korang. Jika ada orang menghubungi korang melalui Yougler, korang akan dapat email di inbox email korang. Jika korang register Yougler guna Gmail, korang akan dapat email forwarding tersebut ke akaun Gmail korang. Email yang aku terima sangat pantas. Tidak ada delay. Jadi, aku mencadangkan Yougler bagi sesiapa yang berminat. Tak suka tak apa. Korang leh wat cara korang. Aku tak kesah..

Ps: Yougler is the best email forwarding service i ever found. Huh. Lupa, korang boleh hubungi aku melalui ruang contact di sini. Nak tanya apa-apa pun boleh. Janji jangan yang pelik-pelik.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Semasa aku jenjalan gi blog orang lain, aku terjumpa ada orang promote satu Pay Per Lead baru. Dari orang kita juga dan kalau tak silap aku beliau juga pernah buat program PPL ni dulu. Jadi, aku pun download laporan percuma beliau dan daftar program PPL tersebut. Siapakah beliau? Beliau adalah Bearnerd Bondly!

Nama PPL tersebut adalah Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords. Mak aii, panjang betul. Aku dah baca laporan percuma yang beliau berikan. Kalau korang nak, korang boleh gi dapatkan kat sini. Bagi sesiapa yang tak pernah ada akaun adword. E-book ini akan membantu korang ada akaun adword dan mengajar korang bagaimana nak transfer duit dari bank Malaysia seperti Maybank ke akaun adword korang. Semua diberitahu step by step.

banner125x125 Pay Per Lead Terbaru   Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords


E-book ini juga akan bagitau korang macam mana nak mempromosikan produk korang, bagaimana nak main keyword dan memilih keyword yang sesuai ketika menggunakan Google Adword. Senang cerita, dia ada ajarlah apa yang patut. Ada 2-3 ilmu baru yang aku dapat dari laporan ni berbanding laporan percuma yang lain. Download laporan disini!

Jadi, jika korang belum baca laporan ni. Bolehlah download dengan segera. Percuma aje. Bukan kena bayar pun. Lagipun, membaca itukan amalan yang mulia.

Tentang PPL, Bearnerd Bondly menawarkan RM0.25 untuk setiap 1 downline yang korang dapat cari. Secara mudahnya memang kebiasaanya downline tersebut akan download laporan ini. Jadi, jika korang nak cari sedikit duit melalui PPL ini, bolehlah sertai PPL ini juga.

——

Aku sudah membuat satu ruang baru iaitu contact. Korang nampak kan? Jadi jika ada sesiapa yang mahu contact aku berkenaan apa-ap sahaja seperti pembelian vcc, pembelian paypal, sponsor, mahu aku review sesuatu atau membuat pengiklanan di blog ini. Sila gunakan ruang contact tersebut.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011