Berita baik pada hari Jumaat. Haha..
Ya. Akhirnya cek pertama dari Youthsays telah cair dalam akaun Maybank aku. Setelah hampir sebulan menunggu bayaran tersebut, akhirnya janji mereka dikotakan biarpun ianya super lambat. Tak apa. Janji depa bayar. Itu sudah mampu menyejukkan amarah aku yang lepas-lepas. Malah, pada masa yang sama, aku juga dapat komisen dari Shuth hasil mempromosikan produk Wangcyber iaitu Rahsia Menjual Produk Fizikal. Korang boleh beli kat sini jika mahu beli. Aku tak paksa aa..

Nampak? Yang RM1000 tu adalah Youthsays Realvoice Project punye payment manakala yang RM14.80 tu bayaran komisen yang aku terima hasil dari mempromosikan produk Wangcyber. Jadilah kan? Siapa nak bagi duit kat kita pertengahan bulan macam ni. Aku rasa aku nak angkat kamera baru. Boleh kah??

Ini satu lagi bukti payment notification pasal Wangcyber affiliate program yang aku cite kat atas tadi. Just saje gatal nak tambah bukti sahaja. Jadi, shuth dah bayar akulah kiranya. Hoho..
Cukuplah update semasa dari aku hari ini. Hari ini aku gembira dan berada dalam active mode. So, banyak benda yang aku hendak buat hari ini. Dan pastinya ianya akan menyebabkan aku lepak di KFC petang ini selama 2 jam. Ini kerana laptop Fujitsu aku cuma mampu bertahan selama dua jam untuk online secara percuma di KFC. Mahal oo main internet kat cyber cafe kat Jerantut ni. 1 Jam bersamaan dengan RM3.00. Satu rate yang agak mahal tetapi aku yakin warga Jerantut tak kesah kerana mereka sudah tidak ada pilihan lain. Lagipun, itu sajalah satu-satunya cyber cafe yang aku jumpa setakat ni kat sini..
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content














