Apakah kaitan antara titan Earncet.com dan program terbaru advertlets iaitu TITAN program? Macam-macam yang bermain di mata dan perasaan aku bila perasan bab ni. First sekali bila aku tengok iklan ni, rasa marah pun ada. Geram pun ada, lawak pun ada. Dah takde nama lain ke nak pakai aa?? Tapi nak buat macam mana kan? Benda nih normal dan dah jadi biasa. Aku cuma menggunakan nama titan dan titaniumhijau sejak beberapa tahun lepas manakal advertlets baru sahaja melancarkan program ini 14 Februari 2008 kalau tak silap aku. So, apa pendapat korang tentang Advertlets titan ni? Rasa best ke menyampah ke apa? So, untuk tidak membuang masa, korang leh tengok kat SIni dan baca apa-apa yang patut. Itu post tentang titan program oleh pihak advertlets sendiri.

Sumber Gambar : Advertlets.com
Program ini akan berjalan pada bulan ini. Iaitu pada bulan Mac. So, marilah kita tengok apa kehebatan advertlets titan ni. Aku tahu ramai yang bengang dan ada yang tak puas hati dengan advertlets dan beberapa blogger juga ada yg pending bayaran diorang beratus-ratus. Dan ada yang dengarnya advertlets berhutang tak bayar2 dekat beberapa bulan. So, aku harap advertlets dapat menjawab persoalan itu kepada pihak yang terbabit. Tak baik woo bayar lambat. Jika diorang ada fraud click. Bagi amaran awal-awal. Ini tidak, dah sampai cecah minimum payout, dah request payout beberapa kali, pastu tanak bayar. Memanglah ramai bloggers yang marah dan berasa Advertlets nih hampeh.
So, Advertlets kene ingat, Golongan Bloggers dan Webmaster di Malaysia ini yang tolong popularkan korang, kalau takde diorang. Memang tak jalan Advertlets ni. So, hope masalah ini setel di kedua-dua pihak yang masih tak dapat payment. Mungkin Advertlets bayar. Tapi kita tak tahu bila..aku tengok, happy aje diorang. Siap tambah Daniel Tan dan Simon Tan lagi tu dalam keluarga Advertlets. Macam tak ada apa-apa masalah pun. Itu yang aku bengang. Apapun, aku masih tak bape faham sangat masalah dan modus operandi Advertlets dan sistem pembayaran diorang. Lantak koranglah Advertlets..
Senang cite, ramailah yg tak puas hati pasal Advertlets nih. Tak caya lagi? Meh korang selongkar kat forum wangcyber. Berapa ramai yang tak dapat bayaran dan berapa ramai yg tak puas hati berbanding yg puas hati dengan advertlets? So, apa dah jadi sekarang? Adakah anda masih mahu bersama advertlets? Ini semua terpulang pada korang.
Ps: Aku buat entri ni sebab nak tengok berapa ramai yang suka dan tak suka advertlets. LAgi satu, sape dah dapat duit dari advertlets? Sila buat pengakuan di sini dan sambil tu, mari dengar bende nih. Korang teka lagu soundtrack apa..
[audio:cintaantarakita.mp3]
Pss : Lagu ni mengisahkan Bagaimana Hazwan menyanyikan lagu terakhirnya dipenjara. Siapa Hazwan? Pegi baca kat blog Khai..
[audio:permintaanterakhir.mp3]
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
















