Archive for the 'wangcyber' Category


Berita baik pada hari Jumaat. Haha..

Ya. Akhirnya cek pertama dari Youthsays telah cair dalam akaun Maybank aku. Setelah hampir sebulan menunggu bayaran tersebut, akhirnya janji mereka dikotakan biarpun ianya super lambat. Tak apa. Janji depa bayar. Itu sudah mampu menyejukkan amarah aku yang lepas-lepas. Malah, pada masa yang sama, aku juga dapat komisen dari Shuth hasil mempromosikan produk Wangcyber iaitu Rahsia Menjual Produk Fizikal. Korang boleh beli kat sini jika mahu beli. Aku tak paksa aa..

youthsayspayment Open Case: Cek Pertama dari Youthsays


Nampak? Yang RM1000 tu adalah Youthsays Realvoice Project punye payment manakala yang RM14.80 tu bayaran komisen yang aku terima hasil dari mempromosikan produk Wangcyber. Jadilah kan? Siapa nak bagi duit kat kita pertengahan bulan macam ni. Aku rasa aku nak angkat kamera baru. Boleh kah??

kfwangcyberpayment 300x146 Open Case: Cek Pertama dari Youthsays


Ini satu lagi bukti payment notification pasal Wangcyber affiliate program yang aku cite kat atas tadi. Just saje gatal nak tambah bukti sahaja. Jadi, shuth dah bayar akulah kiranya. Hoho..

Cukuplah update semasa dari aku hari ini. Hari ini aku gembira dan berada dalam active mode. So, banyak benda yang aku hendak buat hari ini. Dan pastinya ianya akan menyebabkan aku lepak di KFC petang ini selama 2 jam. Ini kerana laptop Fujitsu aku cuma mampu bertahan selama dua jam untuk online secara percuma di KFC. Mahal oo main internet kat cyber cafe kat Jerantut ni. 1 Jam bersamaan dengan RM3.00. Satu rate yang agak mahal tetapi aku yakin warga Jerantut tak kesah kerana mereka sudah tidak ada pilihan lain. Lagipun, itu sajalah satu-satunya cyber cafe yang aku jumpa setakat ni kat sini..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak kongsikan 2 bukti bayaran yang aku dapat dari 2 program yang aku kira sangat bagus untuk kita semua. Aku rasa kebanyakkan dari korang pun sudah ada yang sertai 2 program ini. Malah, mungkin ada antara korang yang berjaya buat duit dengan 2 program ini dengan lebih baik dari aku.

Program pertama adalah Triond. Aku dah jarang gila update pasal Triond dan bayaran yang aku dapat setiap bulan. Yelah. Dapat pun sikit aje. Tapi kali ni aku nak tunjuk gak kerana ini mungkin bayaran terakhir yang aku dapat dari Triond pada tahun 2008 ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak kan? Sikit aje. Mesti korang buhsan tengok payment yang sikit macam ni. Itupun nak tunjuk. Takpe. Biarlah sedikit. Tetapi tak berhenti masuk ke akaun paypal kita. Itu lebih bagus daripada tak dapat langsung. Betul tak? Jadi, kepada sesiapa yang masih belum berjaya buat duit dengan Triond. Sila usaha dengan lebih gigih lagi. Ingat dalam triond, marketing sangat penting. Jadi, mahirkanlah bahagain marketing dan berusaha bersungguh-sungguh.

Program kedua adalah produk pertama Wangcyber atau boleh aku kata program affiliate pertama yang dijalankan oleh Wangcyber iaitu Laporan Rahsia Menjual Produk Fizikal di Internet. Aku baru je dapat bayaran daripada shuth hari ini. Walaupun tak banyak, tapi aku suka sebab berjaya mendapat komisen dari program ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak kan? Korang pun boleh buat dengan menyertai program affiliate Wangcyber ni dan dapatkan juga Laporan Rahsia Menjual Produk Fizikal ini. Jika korang hendak tahu tips dan pengalaman Shuth sendiri, dapatkan laporan tersebut sekarang. Of course kene beli. Bukan percuma. Kalau aku sendiri pun beli, takkanlah korang tak boleh kan? Leh gi beli kat sini.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Semalam, aku telah beli satu lagi buah tangan dari Shuth. Aku rasa korang kenal siapa Shuth kan? Shuth antara salah seorang IM lokal yang memang dikenali ramai dan mempunyai sebuah forum yang sangat popular iaitu Wangcyber.com. Aku kira ramai yang sudah tahu tentang forum Wangcyber bukan? Jadi, dipendekkan cerita, aku beli satu lagi panduan atau ebook yang aku rasa sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk menjual barangan fizikal melalui online.

Jika korang menghadapi masalah atau buntu untuk mengetahui bagaimana hendak menjual produk fizikal melalui online. Ini antara panduan terbaik yang aku pernah baca setakat ini dan yang paling menarik, ianya dalam bahasa melayu dan aku yakin ianya adalah pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan panduan murahan. Panduan ini membantu aku memahami beberapa perkara yang selama ni aku kurang mahir. Maklumlah, aku jarang jual barangan fizikal melalui online. Tetapi aku sangat berminat untuk menjual sesuatu. Mungkin ini projek tahun depan. Biarlah rahsia dulu ye..

Selain itu, korang juga akan tahu..

- Beberapa Sumber Untuk Mencari Produk dan Pembekal
- Tips-tips mencari produk yang sesuai dan terlaris di pasaran
- Tips membungkus dan menghantar produk
- Tips memilih syarikat kurier
- Sedikit Tips untuk promosi
- Belajar dan memahami tentang pesaing anda
- Dan rahsia-rahsia lain..

Secara jujur. Ini antara ebook terbaik yang aku baca dan beli sejak kebelakangan ini. Ianya diterangkan dengan teliti dan diadun dengan pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan ebook tangkap muat atau transalation dari mana-mana ebook bahasa english. Ianya sesuai digunakan untuk market Malaysia. Untuk market luar negara, aku kurang pasti. Dan yang paling menarik, harga panduan ini sangat murah!

Dapatkan segera di sini :) : Panduan Menjual Produk Fizikal

336x280 a2 Panduan Menjual Produk Fizikal Secara Online

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:happybirthday_1.mp3]

Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.


 Setahun bersama Titan dan Earncent.com


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------